Wednesday, November 7, 2018

EGYPT - DAY 04 - PART 02 - TABA PROTECTORATE

Next destination: St. Catherine. Sekali lagi kami dalam bas melalui kawasan padang pasir yang cukup indah landskapnya. 



Waktu dan suhu ketika itu.


Tak ke breathtaking view macam ni! SuhanAllah.

Yang indahnya juga saya perhatikan, di kawasan padang pasir, gunung ganangnya kelihatan seperti tercacak seperti dalam foto ini. Tanah rata then suddenly gunung tegak tinggi, tidak mula dengan kecerunan landai dan terus ke puncak. Tapi seperti terpacak. 

Di kegersangan gurun ini, yang sungguh hebatnya juga bila there is life, seperti pokok-pokok dan rumput. 

Susunan gunung ganang as far as the eyes can see. 

'Jagged edges' mountains. So magnificent!

Highway yang dibina membelah gunung ganang. 

Kerap kali pemandangan yang kami nampak bagaikan sebuah lukisan. Surreal sangat!


Tertera أَشْهَدُ أَنْ لَاإِلَــــهَ إِلَّا اللهُ ، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ اللهِ dan الله أكبر

Seperti yang Ustaz beritahu kami earlier, kawasan yang kami lalu ini ada unta-unta liar. Tapi yang ini unta-unta yang dibela since kaki depan mereka diikat. Kami happy actually dapat capture gambar sepasang unta ni 😊.

Sekali sekala kami came upon kawasan ada kerja-kerja pembinaan lebuhraya.


Berehat seketika. Dikorek lubang empat segi dijadikan tempat duduk berehat. Rasanya bukan sahaja untuk berlindung dari terik matahari, tapi juga provide coolness. In fact, sebentar lagi kami akan buat satu stop yang ada tempat rehat begini only there are bigger.

Jarang kami berpeluang menikmati keindahan pemandangan padang pasir sebegini. Jadi tentulah kami manfaatkannya dengan merakam gambar as best as we possibly could. 

Selfie dalam bas satu.. hehe.


Rupa bentuk bukit dan gunung akibat hakisan angin.

Dan kami dibawa berhenti di sini buat seketika. 

Lokasi hentian ini.

Terletak di Saint Katherine-Nuweibaa Road, dalam Taba Protectorate.


Close up lokasi tempat hentian ini. 

Kami stop di bukit ini.

Tempat ini berada di dalam Taba Protectorate. Ia adalah 'Taba Protected Area' yang ditubuhkan pada tahun 1998 untuk perlindungan rizab air, mamalia, burung yang rare dan reptilia.

Kata Ustaz Faiz, tempat ini adalah persinggahan rehat orang-orang Badwi. Disebabkan pemandangannya yang cantik, ia juga menjadi persinggahan pelancong yang datang ke Sinai.

Pada kami berdua memang la rasa seronok sebab dapat peluang jalan-jalan di padang pasir. Tidak la tengok dan ambil gambar dari dalam bas sahaja. 

Bila dah set foot di tempat ini barulah betul-betul terasa betapa luasnya padang pasir di sini. And very bright tapi suhunya nyaman.

Di atas bukit kecil ni ialah sebuah trak yang ditumbangkan dengan 'smiley face' painted on the truck's back. Macam 'landmark' la kot supaya dari jauh boleh nampak tempat ni.

Ada lubang-lubang dikorek pada bukit ini. Nanti kita explore.

Tambah Ustaz Faiz lagi, walaupun kawasan gurun ini nampak macam tak ada orang, tapi sebenarnya ada ramai kaum Badwi yang tinggal di kawasan ni.


Pasirnya sungguh halus. Kurang sikit je dari halus tepung.

Pada bukit ini dikorek dan dijadikan bilik-bilik. Kata Ustaz ia dijadikan tempat berehat orang-orang Badwi di situ.

Ada 2 bilik.



Ada papan tanda/info di dinding bukit ni.

Rupanya iklan Orang Badwi offering service tunggang unta jalan-jalan di kawasan gurun. Seperti yang saya baca dan catat di atas, sememangnya kawasan gurun di Sinai ni terkenal kerana landskap padang pasirnya yang sangat cantik. 

Bergambar kenangan.


Actually being here reminded us of a similar place we visited last year (2017) di Arab Saudi, albeit this place is at a much smaller scale. Tempat di Arab Saudi tu ialah Madain Saleh yang blognya boleh dibaca di sini.

Di bawah ni saya tampal satu foto yang dirakam ketika lawatan kami ke Madain Saleh. Ianya sebuah rumah di 'Settlement Area' yang dikorek dan dipahat pada bukit oleh kaum Thamud. This type of dwelling is very similar to those found here. 

Hampir 80% daripada gunung ganang di sini adalah granit dari pelbagai jenis yang terbentuk sejak 600 juta tahun yang lalu. Terdapat juga gunung yang lebih baru yang terbentuk kira-kira 10 juta tahun lalu dari jenis batu gunung berapi hitam. Batu pasir dan batu kapur pula membentuk bahagian utara kawasan puncak pergunungan ini dengan formasi batuan surealis, dataran berpasir dan dataran lapang yang terhakis. Di kawasan pergunungan ini juga terdapat kombinasi granit merah dan batu gunung berapi hitam. 

Secara amnya kebanyakan gunung di sini terbentuk daripada granit merah yang keras dan licin, dan puncaknya pula adalah dari batu hitam yang lebih rapuh. Ini terjadi bila granit gunung meretak dan magma gunung berapi menolak naik melalui retak dari bawah yang kemudian menyejuk dan menjadi keras dan kukuh. 

I know, I know, dah macam baca buku geografi pulak kan.. hehe. Tapi kan, pada saya fascinating sangat fakta-fakta ni bila terhurai apa yang saya nampak di depan mata. Dan tentunya pada masa yang sama terasa sangat betapa hebatnya kekuasaan dan kebijaksanaan Allah swt. 


Ok, jom explore bilik-bilik yang dikorek dalam bukit granit ini.

Di entrance dibuat framing dan pintu kayu.


Besar juga bilik ni. Dan sejuk di dalamnya. Very comfortable place to rest and escape from the desert's blistering heat.

As you can see, pintu ini kecil je saiznya. Tapi bahagian dalam bilik adalah besar.

A couple more landscape shots.


Ini bilik kedua.


Yang ini kecik sikit dalamnya.

Kawasan lindungan yang cantik ini adalah seluas 3.5 km² dan di dalamnya terdapat formasi geologi seperti gua, landskap padang pasir, wadi berdinding curam, laluan-laluan antara gunung ganang dan beberapa mata air semulajadi.

Dari foto ini kita boleh nampak saiz bukit ini.

Nampak cantik beralun-alun longgokan pasir halus yang diterbangkan ke sini semasa ribut pasir.


Selfie jap.. 😊.

Yes it was a very bright day sampai cermin mata saya turned totally dark jadi sun shades.

Ok, last shot of the place captured from the bus just before we left.

Rasanya ini iklan Camel Desert Safari Tour.

Ok, back to capturing more Sinai's amazing desert landscape images. 

Saw more camels.


Kerja-kerja pembinaan lebuhraya.


Ternampak unta lagi.

Tourists on Camel Desert Safari Tour.


Tersekat nafas saya sekejap tengok pemandangan yang surreal macam ni. SubhanAllah.


Kereta tour company 'Discovery Tours' berteduh di bawah pokok. Agaknya drivernya tengah tunggu tourists yang kami nampak tadi habis their camel desert touring. 

Gunung hitam begini terbentuk dari volcanic rocks. 

Syukur Alhamdulillah bas yang disediakan untuk kami cukup selesa. Dan pak cik driver pun memandu dengan cukup berhemah.

Boleh agak la ni papan tanda 'Awas! Kerja Pembinaan Di Hadapan'.

Naik bukit sikit.

Masa turun bukit. Waaaa... such an amazing view. Memang saya dah bersiap sedia nak ambil gambar masa ni.. hehe.

Pak cik driver memandu dengan perlahan dan berhati-hati.

Satu kesimpulan yang kami dapat buat, Kerajaan Mesir memang serious nak jadikan Semenanjung Sinai pusat pelancongan dengan membina lebuhraya yang merentas padang pasir. 

Tak tau dah macam mana lagi nak kata betapa cantiknya pemandangan padang pasir di sini. Le sigh...


Fyi, this beautiful desert landscape photo was captured by my wife. I 💗 her so much 😍.



Banyak juga kambing gurun yang kami nampak. 

Tapi tak nampak pulak si pengembala. May be watching from a shady spot somewhere nearby.


Dan tetiba hujan renyai. Sekejap je tapi. Ustaz kata it hardly ever rain here/Egypt. Dia juga bercerita, masa dia belajar ada pernah once dia ditanya oleh seorang Egytian ketika hujan turun, 'Kami ada hujan, negara kau ada?'. Shocking, right. Tercengang Ustaz. Dibiarkan je la tak berjawab soalan tu, biar je lelaki tu berbangga.

Btw, di Mesir July adalah bulan paling panas, purata 36°C. Paling sejuk bulan January, around 13°C. 

Setiap tahun, dari bulan Mac hingga Mei, angin yang sangat panas, kering dan berdebu bertiup dari selatan atau barat daya Mesir. Angin ini dipanggil khamasīn. Apabila aliran udara kering terus bertiup di kawasan padang pasir yang luas, ia membawa pasir halus dan debu dan akhirnya menghasilkan angin berdebu yang umumnya dirasakan di pinggir padang pasir.

Berbalam-balam. Cantik la sangat.


Beberapa lokasi pergunungan di Sinai, seperti Saint Catherine, mempunyai suhu malam yang lebih sejuk, kerana high elevations.


Bersambung...

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

4 comments:

  1. saya letak nama as peminat lah hehe. tak yah anoy

    tempat sama macam madain saleh ye? so peradaban kaum thamud sampai ke sini ke tuan?

    It is so interesting to to read this.
    n kadang2 terpk ape jadi zaman nabi dulu kat sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya ok je :)

      Setahu saya peradaban mereka tidak sama. Saya buat perbandingan cuma kerana ada persamaan dalam cara mereka membuat rumah/tempat berlindung dengan mengorek lubang dalam bukit2 batu. Which I find rather fascinating kerana kaedah membuat rumah dengan cara itu tidak hanya oleh kaum di Madain Saleh. Teknik ini nampaknya ada juga di tempat lain yg saya rasa kerana bentuk geografi yang hampir sama.

      Betul tu. Saya dan isteri turut terbayang bagaimanakah keadaan Nabi Musa as dan kaumnya merentasi kawasan gurun ni. Sekarang dah senang ada highway, stop areas, journey dalam bas yg selesa. Zaman nabi dulu terpaksa meredah rugged desert landscape dalam cuaca yang panas.

      Delete
  2. hek elehh..
    apa ustaz tu tak jawab ..tak heran punn... tiap tiap hari hujan pun ada..
    kesian kan pak arab tu .. rasanya he thinks the world revolves around tanah arab .. :))

    duduk depan ke ?
    atau engsot ke depan bila nak ambik gambar?
    leas tingkap bas nya .. patutlah gambar dari dalam bas cantik cantik belaka..

    sejuk eh dalam gua tu ..
    ada bau bauan tak ?
    bau manusia atau bau bauan gua/ tanah ..

    gambar masa bas tu turun bukit tu cantik ya amat !!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Exactly, mmg kesian. Not entirely his fault I guess, may be dia tak dpt/limited exposure thus lacking knowledge. He may have been asking that question quite innocently.

      Kami seated at 3rd row. Masa ambik front shots kena la ke aisle.. hehe.
      Indeed. And kami pilih seats yg tak de tiang tingkap in the middle.. hehe.
      Dan yg kami happy sgt bila pak cik driver bas cuci tingkap bas after a couple of days :). Actually I minta tolong Ustaz tanyakan kalau pak cik tu boleh cuci tingkap bas cause masa tu the windows were getting coated with debu. Then bila hujan renyai, lagi la tak best cause got streaks of dirt. Lepas Ustaz tanya, pak cik tu cuci :).

      Nyaman je dalamnya. Tak perasan pulak sebarang bau-bauan.

      Kan!! Berdas-das I ketik kamera.. hehehe.

      Delete