Friday, November 16, 2018

EGYPT - DAY 05 - PART 02 - BACK TO CAIRO FROM ST CATHERINE

Ok, untuk entry ini tiada cerita lawatan ke mana-mana. Cuma sharing foto-foto yang sempat kami rakam ketika dalam perjalanan balik semula ke Kaherah dari St Catherine. Banyak foto yang kami ambil dan pemandangan sepanjang perjalanan pulak awesome sangat jadi rasanya elok la di kongsi dan recorded dalam blogs cerita percutian kami ke Mesir.

Di Morgenland Hotel, St Catherine, Semenanjung Sinai.

Alhamdulillah kami dapat melawat ke Sinai dan melawat ke tempat-tempat sejarah Nabi Musa as di sini. Nabi Musa as adalah nabi yang paling banyak disebut di dalam kitab suci Al Quran, sebanyak 136 kali kerana perjuangannya menentang Firaun dan berdepan dengan kaum Bani Israel yang keras kepala dijadikan contoh oleh Allah swt kepada Nabi Muhammad saw dalam menegakkan syiar Islam.

Bertolak ke Cairo around pukul 11 pagi. 

Seperti the days before, masuk je highway, terhidang di depan mata pemandangan hebat seperti ini.

Al Nabi Saleh School.

Kiri: Makam Nabi Saleh as.

Mujur la ada bawak extra memory cards. Dah memang tak beringat langsung dah ambik gambar masa percutian kali ini 😊. Semua nak capture.

Ok, here we go... saya share foto-foto pemandangan-pemandangan landskap gunung ganang gurun Semenanjung Sinai, Mesir yang sangat indah dan mengagumkan.

Walau pun highway di Semenanjung Sinai ini melalui kawasan banyak gunung ganang/bukit bukau, tiada terowong dikorek untuk laluan lebuhraya. Mungkin kosnya lebih murah untuk bina highway around the mountains instead of going through them.

Dah nampak dah these patches of green in the middle of nowhere di gurun ni sebelum ni masa dalam perjalanan dari Cairo ke Dahab a few days ago. Yet each time nampak, I was in awe.  

Nampak macam kebun sayur dan jagung. Agaknya guna underground irrigation (underground sprinkler) menggunakan air yang di pam dari dalam tanah. Saya baca Kementerian Pengairan Mesir telah pun buat paip bawah tanah yang membawa air Sungai Nil ke Sinai untuk tujuan pengairan.

At times dapat capture pemandangan berlainan jenis gunung in one framing. Like this one. Yellow granite mountains dengan background dark magma mountains.  

Satu shot gunung dengan jaluran batu hitam yang merentas puncak-puncak gunung. Nampak macam jaluran ni merentang right smack in the middle of the mountain. Awesome sangat!

My wife and I were always looking out for camels masa journey ni.. hehe. Managed la jugak dapat a couple of pretty decent shots 😊.


Satu feature menarik dan unik pada gunung ganang/bukit di Semenanjung Sinai ini ialah jalur-jalur batuan hitamnya. Ini terjadi bila granit gunung meretak dan magma gunung berapi menolak naik melalui retakan itu dari bawah yang kemudian menyejuk dan menjadi keras dan kukuh dan berwarna hitam.

Dan jalur-jalur hitam yang terbentuk secara semulajadi ini adalah lebar sebab nampak jelas dari jauh. Ada jaluran magma hitam yang saya nampak berkilometer panjangnya, merentas a whole mountain.

Dari Surah Fatir, Ayat 27: 
'Tidakkah kamu melihat bahwasanya Allah menurunkan hujan dari langit lalu Kami hasilkan dengan hujan itu buah-buahan yang beraneka macam jenisnya. Dan di antara gunung-gunung itu ada garis-garis putih dan merah yang beraneka macam warnanya dan ada (pula) yang hitam pekat'.
SubhanAllah.

Gunung St Catherine (2,629 m) adalah gunung yang tertinggi di Mesir. Lokasinya bersebelahan dengan Gunung Sinai (2,285 m). Dan kedua-dua gunung ini adalah lebih tinggi dari gunung-gunung dalam foto bawah ini and these are pretty high mountains. Sebagai perbandingan.

Sekali sekala kami ternampak kereta in middle of the desert. Like, berpuluh even beratus kilometer jauhnya dari nearest town. Either ada town di balik gunung yang kami tak nampak atau ada settlements orang Badwi nearby.

Memang saya suka sangat ambil gambar gunung-gunung berlapis-lapis macam ni 😊.

Melalui satu kawasan settlement/small town.

Ada masjid and school (I think).

Sebuah lagi masjid.

Another one, a smaller one.

Nampaknya kawasan ni ada sistem pengairan dan subur.

Lone tree di lereng bukit. If you look closer ada kambing-kambing berteduh di bawah pokok ni. 

Kawasan rumah-rumah penduduk.

And their goats. 


Nampak macam belum siap atau dah abandoned, tapi actually ada orang tinggal dalam tu. 

More trees and goats.


Ada juga rumah yang saya perasan ditanam rumput/bushes di bumbung. Agaknya a good way to cool the inside of the house masa musim panas dan to keep the heat in masa musim sejuk.

Tak tau la apa kambing-kambing tu makan. 

Tak nampak pun rumput. Ada kot cuma tak nampak dalam foto-foto ni.

Kalau kambing-kambing ni malnourished, tak nampak pulak yang kurus kering. 




Dari Surah Al-Anbiya, Ayat 31:
'Dan telah Kami jadikan di bumi ini gunung-gunung yang kukuh supaya bumi itu (tidak) bergoncang bersama mereka dan telah Kami jadikan (pula) di bumi itu jalan-jalan yang luas, agar mereka mendapat petunjuk'.









Ada kalanya kami nampak locals hailing kenderaan to hitchhike. 

Kawasan perladangan.








Melalui kawasan ada minyak. 

Boleh nampak telaga minyak di darat dan pelantar minyak di laut. 

Dalam ayat 4-5 surah Al-A’la, terdapat “bayangan” kepada emas hitam yang dikenali sebagai petroleum. Petroleum adalah hasil proses pereputan rumput-rampai, tumbuh-tumbuhan, alga dan paku-pakis, yang mana proses ini memakan masa jutaan tahun lamanya. 
Ayat 4: 'Dan Yang telah mengeluarkan tumbuh-tumbuhan untuk binatang-binatang ternak,
Ayat 5: Kemudian Ia menjadikan (tumbuh-tumbuhan yang menghijau) itu kering - (berubah warnanya) kehitam-hitaman'.

Juga kapal.

Di Teluk Suez.

Di lebuhraya Ras Sedr-El Tor.

Telaga minyak. Mungkin ada juga natural gas.

Dari Surah Luqman, Ayat 31:
'Tidakkah engkau memerhatikan bahawasanya kapal-kapal belayar di laut dengan nikmat Kurnia Allah, untuk diperlihatkan kepada kamu sebahagian dari tanda-tanda kemurahanNya? Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan dan bukti (untuk berfikir) bagi tiap-tiap (mukmin) yang tetap teguh pendiriannya, lagi sentiasa bersyukur'. 


Dah pukul 1 tengahari masa ni.

Masa ni kami sedang lalu kawasan antara Ras Abu Rudeis dan Abu Zenima.  

Dapat pun satu shot pelantar minyak di Teluk Suez yang agak jelas. 


Passed by Belayim Petroleum Co.



Teringat betapa saya begitu gigih nak ambik gambar loji penapis minyak ni dengan keadaan dalam bas yang bergedebak gedebuk... hehe.

Lagi la challenging masa nak zoom dekat macam ni 😊.

Ada banyak pelantar minyak di area ni.



Jenuh nak dapatkan walau pun satu shot pelantar-pelantar minyak ni sebab lokasinya sangat jauh di tengah laut dari highway yang sedang kami lalui masa tu. 

Tak pasti ni kilang apa tapi di Abu Zenima ni ada kuari dan lombong logam. Mungkin juga ini kilang cement.



Satu lagi kilang besar di Abu Zenima.

Tiba di bandar Abu Zenima.







Sebuah masjid di Abu Zenima.



Di Abu Zenima kami stop for lunch di Restoran Madinah yang sama kami singgah masa on the way ke Sinai dulu. 



School girls di sana. Very nice uniforms. 

Housing area. Nampak agak deserted. Still new kot and not yet fully occupied.



Kawasan ladang. Ada solar panels di sini.

An eagle soaring high above a mountain.

Unique landscape.

La Playa. Sebuah resort agaknya.

Perjalanan menuju kembali ke Suez.

Perjalanan yang diiring dengan pemandangan biru laut Teluk Suez.

Masuk ke area yang ada banyak resorts.

Resort Village Ayelet Ras Sidr.


Moon Beach Resort.


Olympia Village Sporting Resort.


La Hacienda Ras Sudr Resort.

Pantai di Ras Sudr.





Masjid di Ras Sudr.


Ras Sidr Grand Mosque.

Di El Qantra Shark, Ras Sedr Road


Surprisingly ada banyak patung-patung binatang di Mesir ni. Di St Catherine earlier ada patung besar unta. Yang ni patung-patung 3 ekor kuda hitam. Di Arab Saudi, kepala patung helang di historic UNESCO site, Madain Saleh, habis ditembak hancur walau pun ianya berusia ribuan tahun dan punya nilai sejarah yang tinggi.

Ni unta hidup, bukan patung.. hehe.

Resort Calipsio, Ras Sedr.

Temarcorose Beach and Resort Ras Sedr.

Marina Cedr.

Tak tau ni resort apa.

Al Hayah Resort.

Queen Beach Resort.

I amsterdam ini adalah sebuah food court pertama seumpamanya di Ras Sudr di mana pengunjung boleh nikmati pelbagai restoran, kafe dan kedai-kedai.

MolenVeick Ras Sudr.

Nozha Beach Ras Sudr.

Amir Yal Resort.

Banyak betul resorts mengadap Teluk Suez ni.

Mode of transportation begini still banyak lagi digunakan di Mesir, even di dalam kesibukan bandar Kaherah.

Kapal-kapal besar kontena sedang berlayar menuju ke Terusan Suez. 

Road work.

Penjana letrik.

Menuju ke terowong Ahmad Hamdi di Terusan Suez.

Tanah perkuburan awam.

Kereta roda dua ditarik keldai.

Tak sure samada hitchhiker atau minta sedekah.

A man crossing the desert.

Terowong Ahmad Hamdi menyambungkan Tanah Besar Mesir dengan Semenanjung Sinai. Bila dah mula nampak banyak lori sedang berbaris macam ni maknanya dah dekat dengan terowong itu. Semua lori-lori ini sedang menunggu giliran untuk diperiksa sebelum masuk ke terowong.

Kawasan sekitar Terowong Ahmad Hamdi adalah kawasan yang sangat sensitif. Sebab itu semua lori-lori yang lalu di terowong ini mesti diperiksa dengan ketat dan terperinci sebelum dibenarkan masuk. Bayangkanlah masa yang diperlukan untuk check loads sebesar kontena macam ni. Pulak tu ada beratus lori in queue. Makanya pemandu-pemandu lori-lori ini boleh sampai terpaksa menunggu sehingga 3 hari sebelum dibenarkan masuk. Lori-lori ini bukan datang dari Mesir sahaja, malah ada yang kami nampak menggunakan plat pendaftaran dari Turki.

Selepas melalui Terowong Ahmad Hamdi, kita dah masuk semula ke benua Afrika. Kami stop sekejap di Sinai Rest Area ini untuk bersolat. 

Sinai Rest Area.

Bersolat di masjid Sinai Rest Area.

Selesai solat, naik bas, rasa lapar pulak. 

Sambung semula perjalanan ke Cairo.

Suhu makin turun bila dah lewat petang.

Memang la rasa lega bila dah masuk balik ke benua Afrika ini sebab dah tak ada lagi pos-pos kawalan tentera dan check points. Kami berdua tak pernah pergi ke Palestine, tapi according to some of our group members yang dah ke sana, kawalan keselamatan di Sinai jauh lebih ketat dari kawalan keselamatan tentera Israel di Palestine.

More road work.

Beautiful ray of light.

SubhanAllah, cantiknya.

Hoping we'd be able to capture a few sunset shots.



Kami perasan juga, kebanyakan kenderaan macam ni ditarik keldai dan bukannya kuda. 

Pembinaan flyover.

Egyptian men.

Nearing sunset.

Nampak pula keretapi. Kata polis escort yang menemani kami, keretapi ini sedang dalam perjalanan menuju ke Suez. 

Terfikir juga kalau berlaku ribut pasir dan landasan keretapi ni tertimbus, maka mestilah perlu dibersihkan dulu sebelum boleh dilalui keretapi. Pasti kosnya sangat mahal. Bukan sandstorms sahaja, tapi juga mountain floods kerana hujan lebat.

Ini Egypt railway network. Kalau dari Cairo nak ke Suez, paling murah ialah dengan naik keretapi. Harga tiket cuma antara RM 3 - RM 6. Perjalanan ambil masa selama 4 jam 40 minit dan jauh perjalanan ialah 123 km. Kalau ikut jalanraya jauhnya 134 km.

Saya baca pernah terjadi even masa nak bina landasan keretapi ni pun mereka hadapi masalah landasan ini dicuri. Beratus-ratus tan trek keretapi telah dicuri yang kalau dibina boleh bina landasan sepanjang 150 km. 

Ok dah sunset! 



Sungguh la cantiknya! SubhanAllah.


Sampai dah di Kaherah. Perjalanan dari Suez ke Cairo ambil masa lebih kurang 2 jam. Traffic jam!



Tiba di Cairo, kami dibawa semula ke hotel penginapan kami Amarante Pyramids Hotel di Giza. Jalan di depan hotel sempit, tak muat bas besar nak lalu, so bas berhenti di tepi jalan utama.

Khidmat dua anggota polis escort yang mengiringi kami sepanjang perjalanan kami ke Sinai juga berakhir di sini. Terima kasih kerana menjaga keselamatan kami.

Kebetulan masa tu di hotel ni ada pasangan pengantin ni yang mengadakan majlis perkahwinan mereka. Such sweet and friendly couple.

Bilik kami di Amarante Pyramids Hotel, Giza. Alhamdulillah, selesa.


Disebabkan kami semua dah kepenatan pada malam itu, dinner disediakan secara bungkus. Makanan yang disediakan adalah Nasi Pattaya dari Restoran Nur Malaysia di Cairo. Wakil dari restoran yang menyediakan makanan ini telah sedia menanti sewaktu kami tiba di lobi hotel.

Bersambung....

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

5 comments:

  1. saya dah list out apa yang saya nak komen.
    list hilang tapi
    :))

    train ride to aswan nampak menarik sangat!!
    percayalah ... saya banyak kali skroll entri ni turun naik..

    ReplyDelete
  2. chop..
    terpublish pulak..

    ahh..
    biar lah..
    dah hilang idea
    hahhahaa

    ReplyDelete