Monday, November 12, 2018

EGYPT - DAY 04 - PART 04 - MAKAM NABI HARUN AS, LEMBU SAMIRI & GUNUNG TURSINA

Selesai lunch dan bersolat di Morgenland Hotel, kami pun bertolak ke tempat lawatan seterusnya.  

Dianggap sebagai 'bandar suci' atau 'holy land', paling ramai yang datang ke Saint Catherine adalah mereka yang beragama Kristian yang datang dari seluruh dunia.  

Sebelum bertolak sempat Ustaz Faiz menunjukkan kepada kami sebuah buku yang menarik tentang Saint Catherine's Monastery. However, content buku ini lebih cenderung kepada fahaman Kristian. Kami beli both English and Indonesian versions for reference.

Bertolak dari Morgenland Hotel.

Morgenland Hotel di tengah Padang Pasir dengan backdrop gunung yang cukup indah sekali.

Dah 3 pm masa tu. Suhu nyaman.

Masa on the way tu kami came upon this monument di satu roundabout. On one side ada Ayat Al Quran dari Surah Thaha, Ayat 8 hingga 12 dan on the other side ada mosaic gambar Saint Catherine. Kenapa begitu? Ini kerana Saint Catherine adalah bandar penting bagi penganut tiga agama: Islam, Kristian dan Yahudi. Walaupun tiga agama yang berbeza, sejarah yang diabadikan di bandar ini tetap sama kepada ketiga-tiga agama ~ di sinilah Nabi Musa as menerima wahyu Kitab Taurat (dipanggil Torah bagi penganut Yahudi dan Ten Commandments bagi penganut Kristian). Di sini jugalah penganut ketiga-tiga agama Islam, Kristian dan Yahudi percaya Nabi Musa as telah berbicara dengan Allah swt di Lembah Suci Tuwa. Bandar ini walau bagaimanapun dinamakan sebagai Saint Catherine, sempena seorang Christian Saint dari Mesir yang telah disemadikan di sebuah gunung di sini.

Ayat Al Quran dari Surah Thaha (20): Ayat 8-12 yang menceritakan kisah Nabi Musa as menerima wahyu di Lembah Tuwa di kawasan ini.

[08] Allah! Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia, bagiNyalah segala nama yang baik. 

[09] Dan sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal Nabi Musa?

[10] Ketika ia melihat api, lalu berkatalah ia kepada isterinya: "Berhentilah! Sesungguhnya aku ada melihat api semoga aku dapat membawa kepada kamu satu cucuhan daripadanya, atau aku dapat di tempat api itu: penunjuk jalan.

[11] Maka apabila ia sampai ke tempat api itu (kedengaran) ia diseru: "Wahai Musa! "

[12] "Sesungguhnya Aku Tuhanmu! Maka bukalah kasutmu, kerana engkau sekarang berada di Wadi Tuwa yang suci.

Sebuah mural panjang tentang Saint Catherine City.


Sekali sekala kami ternampak orang Badwi menunggang unta crossing the desert.

Kami passed by satu kawasan tanah perkuburan.

Di sini terletaknya makam Nabi Harun as. Kata Ustaz, kami akan dibawa melihat Lembu Samiri dahulu sebelum ke makam Nabi Harun as ini. Jadi saya share sini dulu foto-foto yang sempat kami rakam dari dalam bas as we passed by.

Nabi Harun as adalah saudara kepada Nabi Musa as. Bila diangkat menjadi Rasul untuk berdakwah kepada Firaun, Nabi Musa as telah memohon supaya Nabi Harun as dibenarkan menjadi pembantunya kerana beliau lebih jelas dan fasih berbicara berbanding dirinya.

Menurut sebuah kisah, keadaan Nabi Musa as seperti itu adalah disebabkan di waktu kecilnya beliau telah menarik janggut Firaun sampai dia murka. Firaun curiga mungkin dialah bayi yang setelah dewasa kelak akan menghancurkan kekuasaannya. Oleh yang demikian, dia ingin membunuh Nabi Musa as.

Atas saranan isteri Firaun, Nabi Musa as yang masih kecil itu diuji dengan roti dan bara api. Jika dia memilih roti bererti dia bayi yang cerdas, yang akan menghancurkan kerajaan Firaun, tetapi bila dia memilih bara api bererti dia seorang bayi biasa yang tidak mengerti apa-apa. Atas izin Allah swt, Nabi Musa kecil memilih bara api dan memakannya hingga lidahnya melepuh terbakar, yang mengakibatkan dia tidak dapat berbicara dengan jelas sehingga dewasa.

Kisah Nabi Musa as memohon Nabi Harun as menjadi pembantunya ini diceritakan di dalam Al Quran, Surah Thaha (20): Ayat 24-36: 

[24] “Pergilah kepada Firaun; dia benar-benar telah melampaui batas.”

[25] Dia (Musa) berkata, “Ya Tuhanku, lapangkanlah dadaku.

[26] Dan mudahkanlah untukku urusanku.

[27] Dan lepaskanlah kekeluanku dari lidahku.

[28] Agar mereka mengerti perkataanku.

[29] Dan jadikanlah untukku seorang pembantu dari keluargaku.

[30] (Iaitu) Harun, saudaraku.

[31] Teguhkanlah kekuatanku dengan (adanya) dia.

[32] Dan jadikanlah dia teman dalam urusanku.

[33] Agar kami banyak bertasbih kepada-Mu.

[34] Dan banyak mengingat-Mu.

[35] Sesungguhnya Engkau Maha Melihat (keadaan) kami”. 

[36] Dia (Allah) berfirman, "Sungguh, telah diperkenankan permintaanmu, wahai Musa!"

Makam Nabi Harun adalah bangunan bulat di sebelah kanan. Bangunan putih di sebelah kiri adalah sebuah gereja Kristian.



Selain di St Catherine ini, makam Nabi Harun juga dikatakan berada di Petra, Jordan. Wallahu a'lam.

Seorang pengembala kambing wanita orang Badwi.

Lelaki Badwi yang kami nampak earlier.

Kami pun tiba di tapak Lembu Samiri. Kisah Lembu Samiri ini bermula selepas Bani Israel diselamatkan Allah swt dari tentera Firaun.

Dalam perjalanan mereka selepas menyeberang Laut Merah, Bani Israel melalui kawasan sebuah kaum yang menyembah berhala. Lalu mereka meminta kepada Nabi Musa as untuk membuatkan sebuah berhala untuk mereka sembah. Kisah ini diceritakan di dalam Al Quran Surah Al-A'raf (7), Ayat 138-140 yang bermaksud:

[138] Dan Kami selamatkan Bani Israel menyeberang laut itu (bahagian utara dari Laut Merah). Ketika mereka sampai kepada suatu kaum yang tetap menyembah berhala, mereka (Bani Israel) berkata, "Wahai Musa! Buatlah untuk kami sebuah tuhan (berhala) sebagaimana mereka mempunyai beberapa tuhan (berhala). (Musa) menjawab, "Sungguh, kamu orang-orang yang bodoh."

[139] Sesungguhnya mereka akan dihancurkan (oleh kepercayaan) yang dianutnya dan akan sia-sia apa yang telah mereka kerjakan.

[140] Dia (Musa) berkata, "Layakkah aku mencari tuhan untukmu selain Allah, padahal Dia yang telah melebihkan kamu atas segala umat (pada masa itu)".
Nampak tak patung lembu Samiri tu?

Nabi Musa as telah memohon kepada Allah swt agar dikurniakan kitab suci untuk dijadikan pedoman dan risalah kepada kaumnya. Allah swt memerintahkan Nabi Musa as untuk bermunajat selama 30 hari di Gunung Tursina. Selepas tamat 30 hari, Allah swt memerintahkan supaya Nabi Musa as menambah 10 hari lagi untuk menjadi ujian kepada Bani Israel yang ditinggalkannya di kaki gunung di bawah pimpinan Nabi Harun as.
Inilah yang dikatakan Lembu Samiri.

Bani Israel yang menanti kepulangan Nabi Musa as merasa kecewa bila dia tidak pulang selepas 30 hari yang dijanjikan. Ketika inilah seorang ahli sihir yang bernama Samiri di kalangan mereka mengambil kesempatan menyebarkan perbuatan syirik. Dia mendakwa Nabi Musa as tersesat dalam mencari Tuhan dan tidak akan kembali. Kemudian Samiri mencipta patung anak lembu dari emas. Dia memasukkan segumpal tanah dari bekas tapak kaki kuda Malaikat Jibril as ketika mengetuai Nabi Musa as dan pengikutnya menyeberangi Laut Merah. Patung yang dicipta Samiri boleh bersuara.

Kemudian Samiri menyeru orang ramai: "Wahai kawan-kawanku! Musa sudah tidak ada lagi dan tak ada gunanya kita menyembah tuhan Musa itu! Sekarang mari kita sembah anak lembu emas ini. Ia boleh bersuara dan inilah tuhan kita yang patut disembah".

Sekembali Nabi Musa as, dia amat marah melihat perlakuan kaumnya menyembah patung anak lembu.  Peristiwa ini diceritakan di dalam Al Quran Surah Thaha (20), Ayat 85-91 yang bermaksud: 

[85] Dia (Allah) berfirman, “Sungguh, Kami telah menguji kaummu setelah engkau tinggalkan, dan mereka telah disesatkan oleh Samiri.”

[86] Kemudian Musa kembali kepada kaumnya dengan marah dan bersedih hati. Dia (Musa) berkata, “Wahai kaumku! Bukankah Tuhanmu telah menjanjikan kepadamu suatu janji yang baik? Apakah terlalu lama masa perjanjian itu bagimu atau kamu menghendaki agar kemurkaan Tuhan menimpamu, mengapa kamu melanggar perjanjianmu dengan aku?”

[87] Mereka berkata, “Kami tidak melanggar perjanjianmu dengan kemahuan kami sendiri, tetapi kami wajib membawa beban berat dari perhiasan kaum (Firaun) itu, kemudian kami melemparkannya (ke dalam api), dan demikian pula Samiri melemparkannya.

[88] Kemudian (dari lubang api itu) dia (Samiri) mengeluarkan (patung) anak lembu yang bertubuh dan bersuara untuk mereka, maka mereka berkata, “Inilah Tuhanmu dan Tuhannya Musa, tetapi dia (Musa) telah lupa.”

[89] Maka tidakkah mereka memerhatikan bahawa (patung anak lembu itu) tidak dapat memberi jawaban kepada mereka, dan tidak kuasa menolak mudarat maupun mendatangkan manfaat kepada mereka?

[90] Dan sungguh, sebelumnya Harun telah berkata kepada mereka, “Wahai kaumku! Sesungguhnya kamu hanya sekadar diberi cubaan (dengan patung anak lembu) itu dan sungguh, Tuhanmu ialah (Allah) Yang Maha Pengasih, maka ikutilah aku dan taatlah perintahku.”

[91] Mereka menjawab, “Kami tidak akan meninggalkannya (dan) tetap menyembahnya (patung anak lembu) sampai Musa kembali kepada kami.”

Mengikut Al Quran, patung yang dibuat oleh Samiri telah dimusnahkan oleh Nabi Musa as seperti yang diceritakan di dalam Al Quran Surah Thaha (20), Ayat 97-98: 

[97] Dia (Musa) berkata, "Pergilah kau (Samiri)! Maka sesungguhnya di dalam kehidupan (di dunia) engkau (hanya) dapat mengatakan, 'Janganlah menyentuh (aku)'. Dan engkau pasti akan mendapat (hukuman) yang telah dijanjikan (di akhirat) yang tidak dapat engkau hindari, dan lihatlah tuhanmu itu yang engkau tetap menyembahnya. Kami pasti akan membakarnya, kemudian sungguh kami akan menghamburkannya (abunya) ke dalam laut (berserakan).

[98] Sungguh, Tuhanmu hanyalah Allah, tidak ada tuhan selain Dia. Pengetahuan-Nya meliputi segala sesuatu". 

Ukiran patung ini dikatakan acuan kepada patung yang dibuat oleh Samiri. Seperti kata Ustaz Faiz, itu hanyalah cerita yang disampaikan turun-temurun secara lisan. Apa yang penting ialah kita ambil iktibar dan pengajaran dari peristiwa yang telah berlaku di sini.
Ustaz juga share dengan kami satu lagi versi cerita lembu Samiri ini. Dikatakan the actual golden calf terletak hampir dengan tempat kami berkumpul ni. Dan kerana lembu itu dibuat dari emas, maka pada waktu tertentu pancaran matahari yang kena pada lembu emas ini terpantul ke permukaan tebing bukit di situ, maka terbentuklah the cow shaped rock.

Di sebelah Lembu Samiri ini pula ada sebuah tempat yang dinamakan Megalo Manna Garden. Tak ada apa-apa keterangan pun mengenai tempat ini di mana-mana. Tapi berdasarkan namanya, mungkin di sinilah turunnya Mann dan Salwa kepada Bani Israel pada ketika itu.

Peristiwa ini diceritakan di dalam Al Quran, Surah Thaha (20): Ayat 80-82:

[80] Wahai Bani Israel! Sungguh, kami telah menyelamatkan kamu dari musuhmu, dan kami telah mengadakan perjanjian dengan kamu (untuk bermunajat) di sebelah kanan gunung itu (Gunung Sinai) dan kami telah menurunkan kepada kamu mann dan salwa.

[81] Makanlah dari rezeki yang baik-baik yang telah Kami berikan kepadamu, dan janganlah melampaui batas, yang menyebabkan kemurkaan-Ku menimpamu. Barang siapa ditimpa kemurkaan-Ku, maka sungguh binasalah dia.

[82] Dan sungguh, Aku Maha Pengampun bagi yang bertaubat, beriman dan berbuat kebajikan, kemudian tetap dalam petunjuk.

Pemandangan Megalo Manna Garden.


Anak-anak orang Badwi.



Dua orang wanita Badwi dan seorang anak kecil. 

Comel je kambing-kambing tu ikut tuan mereka.



Kanak-kanak orang Badwi ni baik je. We felt safe sebab masa ini polis yang menjadi escort kami melakukan tugas mereka menghalang kanak-kanak Badwi ini dari mengganggu kami.

Ustaz Faiz dan Ustaz Toyyeb pun kelihatan tak begitu concern with their present. Ustaz Faiz ada share dengan kami yang dia kesian melihat keadaan hidup anak-anak kecil ini. 

Kami juga nampak kumpulan kambing-kambing tinggi di lereng gunung. Nampak tak?

Tu, di anak panah merah tu.

Zooming in.

Apa la yang dapat dimakan oleh kambing-kambing tu on this rocky mountain? Kesian...
Namun Allah swt telah berfirman:
“Dan tiadalah sesuatu pun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Lauh mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang berkenaan)” (Surah Hud, ayat 6).





Selesai dengan lawatan ke Golden Calf ni, kami sepatutnya melawat ke Makam Nabi Harun pula. Masa baru nak bertolak tu kami didatangi seorang Ketua Polis kawasan di situ. Dia memberitahu, semenjak kejadian seorang pegawai keselamatan ditembak mati di kawasan St Catherine pada bulan April 2017 dulu, pelancong tak lagi dibenarkan berkunjung ke kawasan Lembu Samiri kerana kawasan ini telah dianggap tidak selamat. Oleh yang demikian, kami diminta beredar dari situ.

Tentulah kami patuhi arahan ini kerana ia melibatkan keselamatan. Syukurlah kami dapat juga melawat Lembu Samiri. Tapi yang lebih penting lagi kami sangat bersyukur kerana tiada kejadian yang tidak baik berlaku semasa kami di situ. 

Makanya kami hanya dapat melihat makan Nabi Harun hanya dari jalanraya.

Ustaz Faiz juga share semasa kejadian kematian pegawai keselamatan Mesir yang ditembak pengganas itu, satu group yang dibawa oleh Ustaz pada masa itu langsung tidak dapat melawat ke tempat-tempat sejarah Nabi di sini.

Kumpulan tersebut juga hampir tak dibenarkan masuk langsung ke Saint Catherine. Mereka hanya dapat masuk setelah wakil dari Hotel Morgenland datang berbincang dengan pihak keselamatan. Dengan itu, pengalaman kumpulan tersebut di Saint Catherine hanyalah setakat bermalam di Hotel Morgenland.

Kejadian ini mengingatkan saya pada kejadian serupa bila kami tidak dapat ke beberapa tempat lawatan popular di Brussels semasa percutian kami ke Western Europe pada 2015 kerana pada masa itu telah berlaku kejadian pengeboman di Paris.

Begitulah, kita hanya boleh merancang dan Allah swt yang menentukan.  



Tiba semula ke Morgenland Hotel. 

Ramai pelancong dari Indonesia, makanya... 

Perhaps pengunjung dari Indonesia ke sini adalah lebih ramai yang beragama Kristian berbanding Islam.


Oh, hello there! 😀


Check-in ke bilik. Alhamdulillah selesa.


View dari balkoni bilik kami.

Makan malam. Masa dinner ada ramai di dewan makan ini. Nampak dari pelbagai nationalities. Pastinya semua ke sini kerana ingin melihat dengan lebih dekat sejarah Nabi Musa as. Atau mungkin mereka dinner di hotel ini dahulu sebelum pergi mendaki Gunung Tursina pada lewat malam nanti. Ini kerana lokasi hotel ini adalah dekat dengan St Catherine's Monastery di mana pendakian bermula.

Sedap 😋.

Tak pasti tenunan ini menggambarkan apa, mungkin kisah Nabi Musa as.

Lepas makan, kami jalan-jalan sekitar hotel ini. 





Ke kedai souvenir hotel.

Nampak meriah dan colorful di dalam tu.

Macam-macam ada.


Even the ceiling is so beautifully decorated.


Lobby Morgenland Hotel.



Jalan lagi di luar. Nyaman je, tak sejuk.


Di bahagian swimming pool.










Kami diberitahu Hotel Morgenland adalah hotel yang terbesar di Saint Catherine. Ramai pengunjung yang menginap di sini adalah mereka yang nak memanjat ke Gunung Tursina yang merupakan tempat di mana Nabi Musa as menerima Kitab Taurat dari Allah swt. Program panjat Gunung Tursina dalam pakej kami adalah optional, bergantung kepada keupayaan peserta.  

Kami buat keputusan untuk tidak pergi memanjat Gunung Tursina. Physically kami rasa tak begitu fit. Sedangkan panjat tangga naik Gunung Bromo pun kaki saya dah goyang nak rebah, inikan nak panjat gunung setinggi 2,200 meter selama hampir 4 jam di dalam gelap gelita. 

Fortunately ada 10 orang dari group kami yang pergi naik ke puncak Gunung Tursina. Maka dapatlah saya share some of the photos they took while there. Saya juga share di sini foto-foto dari Ustaz Toyyeb. 

Pendakian ke Gunung Tursina selalunya dimulakan pada sebelah malam, sekitar pukul 12 tengah malam. Ini adalah kerana pendakian ke puncak gunung memakan masa kira-kira 4 jam dan selain menjejak perjalanan Nabi Musa as, satu lagi matlamat pendakian adalah untuk menikmati keindahan matahari terbit. Ahli kumpulan kami yang membuat pendakian ke Gunung Tursina keluar dari hotel pada pukul 11.30 malam. Mereka pergi bawa torch lights, hiking poles and some food and drinks. Malam itu kami mendoakan keselamatan mereka semoga selamat mendaki dan selamat turun. 

Tentunya perjalanan mendaki tiada fotonya sebab gelap. Ini adalah foto-foto dari puncak Gunung Tursina ketika matahari sedang terbit.

Cuaca agak mendung pagi tu. 

And when it cleared up a bit, cantik sungguh!



Gua tempat munajat Nabi Musa as juga boleh dilawati di puncak Gunung Tursina ini. Gua ini terletak di tepi gereja. Ini pintu masuk ke Gua Munajat Nabi Musa as.

Pemandangan ke dalam Gua Munajat Nabi Musa as. Di sinilah dikatakan Nabi Musa as menerima Kitab Taurat yang ditulis pada batu (lauh) dari Allah swt.

Group members pendaki diminta supaya tidak berlama-lama di puncak dan segera turun kerana mereka akan join group members yang tidak mendaki untuk lawatan pada pagi tu.

Peta 3D Gunung Tursina. Lokasi St Catherine's Monastery dan Mount Sinai. Pendakian Gunung Tursina bermula di St Catherine's Monastery. Group members yang turun dari Gunung Tursina akan join kami di monastery ini.

Nampak tak garisan putih tu? Iulah laluan pendaki yang menghubungkan the monastery dan puncak Gunung Sinai.


Laluan pendakian adalah lebih jelas dalam imej ini.






Di puncak Gunung Tursina ini ada Moses Mosque dan a Greek Orthodox Church. 

Seterusnya saya share foto-foto kawan-kawan kami semasa mereka turun gunung. Beginilah sebahagian jalan di lereng gunung ini. Ada yang landai, ada yang mendaki. Dan juga tidaklah begitu lebar. 

Laluan ini pula adalah lebar dan selamat. Semasa turun memang nampak senang berbanding semasa mendaki naik yang tentunya lebih meletihkan. Tapi sebenarnya semasa turun juga adalah susah dan kena sangat berhati-hati kerana at certain parts jalannya berbatu-batu. Ada seorang kakak dari group kami yang mendaki terseliuh kakinya semasa berjalan turun kerana tersilap pijak. 

Pemandangan laluan lereng gunung dari laluan bawah. 

Unta ini dirakam oleh kawan kami. Si unta sedang berjalan on its own back to its owner, unattended. Dalam situasi lain, kalau pada mulanya seekor unta berjalan seiring dengan tuannya, dan after a while bila si unta dah berjalan jauh ke depan sehingga tuannya tertinggal di belakang, unta itu akan berhenti menunggu. Bila tuannya dah sampai dekat, barulah unta itu akan berjalan semula. Such a loyal animal. SubhanAllah.

Untuk naik ke Gunung Tursina mestilah mendapatkan service guide yang sudah sememangnya mahir memanjat gunung ini. Ini penting kerana mereka sudah tahu selok belok mendaki gunung ini dan pengalaman mereka ini penting demi keselamatan ketika memanjat dan turun especially semasa dalam gelap.

Membawa unta-unta turun semula ke bawah selepas bawa penumpang ke puncak. Kepada yang tak kuat nak mendaki, boleh juga guna service tunggang unta dengan bayaran kira-kira LE 250 (RM 63) seorang. Sampai di suatu kawasan tertentu, pendaki perlu turun dari unta dan berjalan kaki ke puncak gunung.

Kisah Nabi Musa menerima Kitab Taurat di Gunung Tursina diceritakan di dalam Al Quran Surah Al-A'raf (07): Ayat 143-147:

[143] Dan ketika Musa datang untuk (munajat) pada waktu yang telah kami tentukan dan Tuhan telah berfirman (langsung) kepadanya, (Musa) berkata, "Ya Tuhanku, tampakkanlah (diri-Mu) kepadaku agar aku dapat melihat Engkau." (Allah) berfirman, "Engkau tidak akan sanggup melihat-Ku, namun lihatlah ke gunung itu, jika ia tetap di tempatnya (sebagai sediakala) nescaya engkau dapat melihat-Ku." Maka ketika Tuhannya menampakkan (keagungan-Nya) kepada gunung itu, gunung itu hancur luluh dan Musa pun jatuh pengsan. Setelah Musa sedar, dia berkata, "Maha Suci Engkau, aku bertaubat kepada Engkau dan aku adalah orang yang pertama-tama beriman."

[144] (Allah) berfirman, "Wahai Musa! Sesungguhnya Aku memilih (melebihkan) engkau dari manusia yang lain (pada masamu) untuk membawa risalah-Ku dan firman-Ku, sebab itu berpegang teguhlah kepada apa yang Aku berikan kepadamu dan hendaklah engkau termasuk orang-orang yang bersyukur".

[145] Dan telah Kami tuliskan untuk Musa pada luh-luh (Taurat) segala sesuatu sebagai pelajaran dan penjelasan untuk segala hal; maka (Kami berfirman), "Berpegang teguhlah kepadanya dan suruhlah kaummu berpegang kepadanya dan sebaik-baiknya, Aku akan memperlihatkan kepadamu negeri orang-orang fasik."

[146] Akan Aku palingkan dari tanda-tanda (kekuasaan-Ku) orang-orang yang menyombongkan diri di bumi tanpa alasan yang benar. Kalaupun mereka melihat setiap tanda (kekuasaan-Ku) mereka tetap tidak akan beriman kepadanya. Dan jika mereka melihat jalan yang membawa kepada petunjuk, mereka tidak (akan) menempuhnya, tetapi jika mereka melihat jalan kesesatan, mereka menempuhnya. Yang demikian adalah kerana mereka mendustakan ayat-ayat Kami dan mereka selalu lengah terhadapnya.

[147] Dan orang-orang yang mendustakan tanda-tanda (kekuasaan) Kami dan (mendustakan) adanya pertemuan akhirat, sia-sialah amal mereka. Mereka diberi balasan sesuai dengan apa yang telah mereka kerjakan.

Itulah puncak Gunung Tursina. SubhanAllah.

Pemandangan sekitar semasa turun gunung. 

Kawan kami yang mendaki bercerita ada banyak pit stops dalam pendakian. Boleh berehat, makan dan minum-minum kopi dan teh yang dijual di sini kalau dah penat mendaki.

Ada juga sebahagian laluan pendakian ini dibina tembok-tembok keselamatan.

Seperti saya mentioned di atas, saya juga share beberapa foto-foto dari Ustaz Toyyeb. Ini semasa beliau memanjat Gunung Tursina a few years ago. 

Beautiful clear morning sky.

Di puncak Gunung Tursina ni pun ada kucing. Kesian dia kesejukan sampai kembang bulu.

Saat ketika matahari mula terbit.

SubhanAllah, cantiknya!





Bersambung...

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

4 comments:

  1. dua kali dalam masa dua hari saya ulang baca entri ni
    sebab menarik dan panjang sangat ....
    not that i am complaining tho ..

    nak kemana lah kambing-kambing gurun tu!!
    menyusahkan gembala dia nak herd them back tu safe ground !!
    dah nama kambing gurun kan... tu lah kerja dia kot .. :)

    kesian meow tu kesejukan.
    apa lah agaknya dia makan kat atas sana tu ..
    siapa lah yang bawak dia ke atas sana tu ...

    banyak ilmu yang saya dapat tentang nabi Musa , Nabi harun , Unta Samiri , Bukit Tursina
    thanks En Syed ..

    kalau saya pun saya tak daki Bukit / Gunung Tursina tu !
    tingginya..
    dan jauh.. dan tengah malam mula mendaki !!???
    gigih lah yang mendaki yang dalam rombongan En Syed tu
    mentally and physically prepared lah tu pastinya ..

    kisah lembu Samiri ni tak sama kan dengan kisah lembu dalam Surah Al Baqarah tu ?

    amazing sunrise photos oleh ustaz tu !
    subhanAllah..
    such beautiful land..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. thanks doc baca blog2 saya yang panjang. Sebabnya banyak foto-foto yg nak saya share. Also got lots of info nak share juga. Also senang saya nak later on tgk2 balik foto2 dan baca balik info yg saya dah research.

      Indeed. Also terfikir the same about the goats. I guess mmg terpaksa kot cover far and wide sebab food sources are scarce. Plus utk pengembala tu I think dia dah biasa jln jauh2 tu. Plus to gather the goats after a day's roaming pun tak susah sebab, seperti dalam a couple of photos above, kambing2 tu akan ikut the gembala. Dah trained gitu agaknya.

      Kan! Kesian betul. Like you I also immediately terfikir apa la yg dia mkn. I hope dalam ramai2 pengunjung tu ada la yg bagi makan. Perhaps penjual2 makanan di situ ada la bagi kucing2 di situ makan. And yes, I wonder too how la the cats ended up on top of the 2K+ meter high mountain?

      Sama2 doc. Saya pun masa bercuti ni dan lepas did a lot of readings masa buat research juga banyak yg saya belajar. Personally, it was such an eye opening experience for me. For both wife and I.

      Group members kami yg panjat gunung tu mereka dah memang rancang awal2 lagi nak panjat. They were very determined despite being told of the challenges. Cekal dan gigih mereka tu dan saya mmg respect pada mereka.

      Ya doc, kisah lembu dlm Surah Al Baqarah lain dari kisah lembu Samiri ni.

      Amazing right! Mmg I thank Ustaz Toyyeb for the photos. Tak panjat, dapat tgk the sunrise dari foto2 tu pun dah bersyukur sgt. Kalau saya ada di atas gunung tu entah tak tau berapa ratus foto la agaknya saya akan snap.. hehehe.

      Delete
  2. Alhamdulillah saya dapat naik sampai atas Jabal Musa tu. Indeed, it was a humbling experience. Penat, memang memenatkan. Tp bila fikirkan balik ini tempat turunnya Kitab Taurat, cuba kuatkan semangat. dengan cuaca sejuknya, jalan mendaki naik sangat susah. I'm 26 y/o btw this year :D kalau ikutkan sebab nak bergambar semata atas tu untuk sunrise, memang tak lepas dah hehe Alhamdulillah thank you for these posts, Tuan. Again, really appreciate it :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.
      Kuat Cik Syakirah panjat gunung tu. Dan dalam gelap dan kesejukan. Kami dan isteri tak larat dan duduk di bilik hotel je sambil mendoakan keselamatan rakan2 lain yang pergi mlm tu.

      Begitulah Cik Syakirah, kalau niat kita betul, insyaAllah mendapat keredhaanNya. Alhamdulillah.

      Sama-sama. Alhamdulillah syukur saya dpt berkongsi pengalaman saya dan isteri dlm blog entry ini.

      Delete