Friday, November 23, 2018

EGYPT - DAY 06 - PART 02 - MASJID AMRU AL 'AS

Dan kami pun tiba di Masjid Amru Al 'As.

View Masjid Amr Al 'As dari atas. Besar masjid ni.

Masjid ini terletak di kawasan Fustat dengan beberapa gereja dan sebuah synagogue di sekitarnya. Jadi lokasi masjid ini dikatakan berada di tengah melting pot of culture and religions. Ben Ezra Synagogue tu adalah synagogue Yahudi yang tertua di Mesir.

Siapakah Amru Al 'As. Beliau adalah seorang sahabat Rasulullah saw dan juga seorang panglima perang Islam yang telah membebaskan Mesir dari kekuasaan Rom. Sebagai mengenang jasa beliau, Khalifah Umar Bin Al Khattab telah memilih dan mengangkat beliau menjadi Gabenor Mesir.

Masjid Amr ibn al-As yang juga dikenali sebagai Masjid Amr, pada asalnya dibina pada 641-642 AD, di pusat ibu kota Mesir yang baru diasaskan, iaitu Fustat. 

Struktur asal masjid ini adalah merupakan masjid pertama yang pernah dibina di Mesir dan seluruh Afrika. Masjid yang ada sekarang ini adalah masjid keempat terbesar di dunia Islam. 

Masjid ini juga dikenali sebagai Taj al-Jawamie (Crown of Mosques) yang menunjukkan kepentingannya di tanah Islam dan di Afrika khususnya. Juga dinamakan sebagai al-Jamie'al-Ateeq (the Ancient Mosque) yang merekodkan sejarahnya sebagai masjid pertama di Afrika dan masjid utama keempat selepas masjid Nabi di Madinah dan masjid Kufa dan Basrah. Juga dipanggil Masjid Ahl ar-Rayah (Mosque of Banner Holders) sebagai rujukan kepada banyak utusan Nabi saw yang membawa Banner Islam ke Mesir dan Afrika

Amr ibn al-As, dengan perintah Khalifah Umar, adalah jeneral Arab yang membebaskan Mesir dari Rom. Pada tahun 641, sebelum dia dan tenteranya menyerang ibu kota Iskandariah (di bahagian barat laut delta sungai Nil), Amr telah mendirikan khemahnya di sebelah timur Sungai Nil, di bahagian selatan delta. 

Mengikut cerita, tidak lama sebelum Amr berangkat ke pertempuran, seekor burung merpati bertelur di khemahnya. Apabila Amr kembali menang, dia perlu memilih tapak untuk ibu kota baru, kerana Khalifah Umar telah menetapkan bahawa ia tidak boleh berlokasi jauh dari Alexandria. Oleh itu, Amr mengisytiharkan lokasi merpati bertelur itu sebagai pusat bandar barunya, iaitu Fustat, atau Misr al-Fustat, "City of the Tents". Kemudian, Masjid Amr dibina di lokasi yang sama.

Masjid Amr Al 'As yang asal berukuran panjang 28.9 meter dan lebar 17.4 meter, mempunyai 6 pintu masuk, berdinding mud bricks, bertiang batang pokok kurma, berlantaikan batu kerikil dengan beratapkan daun kurma kering. Arah Makkah dalam masjid asal ini tidak ditandakan oleh mihrab seperti masjid-masjid selepasnya. Ia ditandakan dengan 4 tiang-tiang yang dibina ke dalam dinding arah Kiblat. 
Berjalan masuk ke dalam Masjid Amr Al 'As bersama Ustaz Faiz.

Proses pembangunan masjid yang asal dikatakan melibatkan 60 orang para sahabat Rasulullah saw. Mereka juga yang menentukan arah kiblat masjid ini. Di antara para sahabat yang turut serta dalam pembangunan awal masjid ini adalah Zubair bin Awam, alMiqdad, Ubadah Bin Shamat, Abu Darda, Abu Zar Al Gifari, Abu Bashrah, Mahmiyah bin Jaza’ Azzubaidi, dan Nabih bin Shawwab Al Bashra, ra, dan lain lain. Masjid Amru bin Al Ash dirasmikan dengan melaksanakan solat Jumaat pertama, pada 6 Muharram 21 H/17 Disember 642 M.

Penjual tisu di depan pintu masuk ke masjid.

Disebabkan pembinaan semula yang sering berlaku, tiada lagi kesan struktur yang asal, tetapi Masjid yang dibina semula ini masih merupakan mercu tanda yang terkenal di kawasan Old Cairo.

Renovasi-renovasi pada masjid ini yang dilakukan throughout the years:
πŸ”΅ Tahun 673 M: oleh Gabenor Maslama Ibn Mukhallad Al-ansari: diperluas dan ditambah dengan 4 menara di sudut masjid. Penambahan menara ini membolehkan panggilan azan didengar di setiap sudut bandar. Selepas itu masjid-masjid lain di Mesir juga kemudiannya melakukan yang sama. 
πŸ”΅Tahun 698: oleh Gabenor Abd al-Aziz ibn Marwan: menambah extension masjid membesarkan lagi kawasan masjid.
πŸ”΅ Tahun 827: oleh Gabenor Abdullah Ibn Tahir: merenovasi dalaman masjid dengan arcade (lorong-lorong yang dibentuk dengan barisan tiang-tiang dengan arch diatasnya).
πŸ”΅ Tahun 1179: oleh Salahuddin Al-Ayyubi: dibina semula seluruh masjid selepas kebakaran (1169) untuk menghalang penaklukan tentera Salib.
πŸ”΅ Tahun 1300: oleh Amir Salar: memulihkan masjid selepas gempa bumi. 
πŸ”΅ Tahun 1796: oleh Sultan Murad Bay: membina semula masjid kerana keuzuran struktur bangunan masjid.
πŸ”΅ Tahun 1875: sekali lagi dibina semula.
πŸ”΅ Tahun 1980: oleh Sultan Murad: masjid direnovasi di bahagian pintu masuk.

Pada tahun 1169, bandar Fustat termasuk Masjid Amr Al 'As telah musnah dalam satu kebakaran atas perintah Shawar, wazir Mesir ketika itu, untuk menghalang bandar Fustat daripada ditakluk oleh Tentara Salib. Kebakaran besar ini berlaku selama 45 hari. Selepas Tentara Salib berjaya diusir, dan kawasan itu telah ditawan oleh tentera Nur al-Din, Salahuddin Al-Ayyubi mengambil kuasa, dan membina semula masjid ini pada tahun 1179.

Dahulu Masjid Amr bukan sekadar tempat beribadat tetapi juga sebagai mahkamah untuk menyelesaikan perselisihan dalam hal-hal agama dan sivil. Selain itu, masjid ini juga menjadi tempat pengajaran agama, ilmu Al-Quran, perundangan dan hadis serta persuratan.
Bahagian luar dinding masjid ini dihiasi dengan lampu-lampu dinding yang antik.

Cantik sungguh corak rekaannya. Mungkin sudah beratus tahun usianya.

600 tahun sebelum Masjid Al-Azhar didirikan, Masjid Amru Al-'As telah menjadi pusat pendidikan Islam di Mesir. Para pengajarnya terdiri dari para sahabat Rasulullah saw. Ia boleh memuatkan lebih kurang 5,000 pelajar.
Untuk masuk melawat masjid ini, pengunjung harus menanggalkan kasut. Kasut boleh ditinggalkan di tempat kasut dan dijaga with a small fee. Kira sedekah la. Atau boleh je buat seperti kami dengan membawa kasut-kasut kami di dalam beg karung. Juga seperti sepatutnya pelawat yang tidak menutup aurat akan diberikan jubah.

Masjid Amr Ibn al-As menjadi universiti sebenar yang pertama, bukan sahaja di Mesir, tetapi juga di seluruh dunia. Ia pada asasnya menjadi pusat pengajaran dan pembelajaran. 

Masjid ini juga merangkumi banyak sekolah agama (Zawiya) yang menawarkan pengajaran berkelompok mengenai perundangan Islam. Tenaga pengajar sekolah-sekolah tersebut antaranya termasuk al-Imam al-Shafie, Magd al-Din Abu Ashbal, Taj al-Din Mohammed Ibn Bah'a al-Din dan lain-lain.

Hari ini masjid ini bukan lagi sebuah pusat pembelajaran, tapi masih sering digunakan para pelajar Al-Azhar untuk belajar dan menghafal Al-Quran. Terdapat juga tempoh satu ketika dahulu di mana ia berfungsi sebagai "ziada" utama negara, yang pada dasarnya adalah mahkamah undang-undang.

Masjid Amru Al-'As ialah sebuah masjid yang aktif. Ia sentiasa dikunjungi ramai jemaah yang datang beribadah setiap hari. Selain waktu solat, masjid ini dibuka untuk pelancong dan penziarah. 

Masjid ini juga menjadi tumpuan orang ramai pada malam 27 Ramadan setiap tahun di mana malam itu dikatakan sangat hampir dengan Lailatul Qadar. Pada malam tersebut jumlah orang yang datang berjemaah tidak dapat ditampung oleh binaan masjid yang besar ini. Saf-saf solat akan melimpah-ruah sehingga hampir 1 km di luar masjid.
Ada anjung besar yang mengadap ke arah dataran besar di tengah-tengah masjid ini.

Di bahagian dalam masjid ini ada kawasan solat yang besar. Suasana cukup tenang, jauh dari kesibukkan di luar masjid. Kelihatan beberapa jemaah sedang bersolat dan membaca Quran. 

Di dalamnya ada banyak kipas untuk memastikan aliran udara yang baik. Terdapat wooden beams dipasang pada 150 tiang-tiang marmar putih. 

Seperti lazimnya masjid-masjid lama yang lain di Mesir, Masjid Amru Al 'As juga ada dataran empat segi di tengahnya. 

Dataran ini open air dan berlantaikan marmar yang sejuk dipijak walau pun masa tengahari panas, seperti di Masjidil Haram di Makkah.  
Pada asasnya, masjid ini terdiri daripada sebuah dataran yang besar yang dikelilingi oleh 4 ruang berbumbung yang disokong oleh deretan tiang-tiang yang dibuat dari pelbagai jenis variasi batu seperti marmar dan purple porphyry.

Di tengah dataran ini ada sebuah binaan berkubah yang merupakan tempat jemaah minum.

Lantai masjid ini ditutup dengan karpet merah bercorak sejadah yang nampaknya agak usang. Dengan silingnya yang tinggi dan tingkap-tingkap berposisi tinggi, suasana dalam masjid ni jadi sejuk dan nyaman walau pun ketika itu cuaca di luar cukup panas. 

Ini salah satu tempat di mana para penceramah/ustaz memberikan ceramah mereka.

Di beberapa tiang ada rak-rak untuk meletakkan Al Quran.


Baik, now jom baca kisah menarik ini.

Masjid Amru Al-'As juga menyimpan cerita tentang keadilan Khalifah Umar Al-Khattab. Ketika itu, disebutkan bahawa Amru Al-'As berniat untuk membangunkan masjid besar ini di atas tanah yang cukup luas tidak jauh dari kediaman seorang wanita Yahudi tua. Walau dah puas berunding dengannya, wanita Yahudi tetap menolak untuk menyerahkan tanah miliknya kerana tanah itu adalah satu-satunya harta yang dimiliki. Hal itu membuatkan Amru Al-'As berang dan memerintahkan pembongkaran paksa ke atas rumah wanita itu. 

Kecewa dengan tindakan Gabenor, wanita Yahudi tua itu memutuskan untuk mengadu kepada Khalifah Umar di Madinah. Ketika bertemu dengan Umar, beliau terkejut bila mendapati walaupun seorang berjawatan Gabenor, Khalifah Umar hidup dengan sederhana dan jauh dari kemewahan. Dia lebih terkejut lagi kerana setelah mengadukan masalahnya, Khalifah Umar ternyata marah dan memintanya untuk mengambil sepotong tulang. Dengan hujung pedangnya, Umar menoreh garis lurus dengan potongan pada hujung tulang tersebut dan meminta beliau untuk memberikan tulang tersebut kepada Amru Al-'As di Mesir.

Setelah menerima potongan tulang dari Yahudi tua itu, Amru Al-'As pucat lesi dan memerintahkan semua pegawainya untuk memberhentikan pembangunan masjid di tanah Yahudi tua itu. Dia turut memerintahkan untuk menghancurkan bangunan masjid yang telah separuh siap itu.

Tentu saja tindakan itu membuatkan Yahudi tua semakin kehairanan. Amru Al-'As meminta maaf atas tindakannya dan menjelaskan bahawa tulang itu adalah perintah langsung dari Khalifah kepada dirinya selaku Gabenor untuk sentiasa bertindak adil dan lurus baik dari kalangan atasan ataupun bawahan seperti huruf alif yang digoreskan Umar di atas tulang itu. Jika beliau tidak mampu berlaku adil, maka pedang Umar yang akan memenggal kepalanya seperti potongan yang dibuat pada garis lurus itu. Itulah sebabnya Amru Al-'As menjadi pucat ketika menerima tulang dari Yahudi tua itu.

Terkesan dengan kejadian itu, Yahudi tua meminta Amru Al-'As untuk menghentikan pembongkaran masjid. Dia mengaku kagum dengan kepemimpinan Umar Al Khattab yang begitu adil, dan sangat kagum dengan ajaran Islam. Lantas dia meminta Amru Al-'As untuk membimbingnya masuk Islam.


Seorang atuk sedang bersolat cara duduk ditemani oleh cucu perempuan dia.

Bahagian ruang solat wanita.

Binaan berkubah di tengah dataran, tempat jemaah minum.

Let's have a closer look.

Bumbung berkubahnya berbentuk segi lapan dihiasi dengan ukiran berkerawang. Cukup indah sekali.

Bahagian atas tiang-tiang binaan ini juga ada hiasan bermotif tumbuh-tumbuhan.

Pemandangan lebih dekat tempat minum di tengah Courtyard. Ada disediakan bekas minum yang dirantai. 

Di bahagian dalam bumbung pula ada sebuah lampu besar antik. 

Cantik sungguh design antique brass lamp ni.




Interior masjid ini juga dihiasi dengan lampu-lampu antik yang cantik yang digantung menggunakan rantai. 

Dikatakan fungsi lampu masjid seperti ini bukan sahaja untuk menerangi ruang dalam masjid dan juga sebagai hiasan tetapi juga ada makna simbolik. Cahaya yang dipancarkan menandakan kebenaran yang mencerminkan kejujuran, kejelasan, kesederhanaan dan kebahagiaan.

Lampu kaca besar seperti ini dibuat atas perintah Sultan dan members of the court untuk kegunaan di masjid, madrasah (sekolah al-Quran), makam, hospice dan bangunan awam lain terutama ketika zaman pemerintahan Kerajaan Mamluk di Mesir pada abad ke 14.

Pada lampu-lampu ini ada tertulis sebahagian dari Ayat 35 Surah An-Nur: 
Ω†ُّورٌ ΨΉَΩ„َΩ‰ Ω†ُورٍ يَΩ‡ْΨ―ِي Ψ§Ω„Ω„َّΩ‡ُ Ω„ِΩ†ُورِΩ‡ِ Ω…َΩ† يَΨ΄َΨ§Ψ‘ُ
Yang bermaksud: ".....cahaya berlapis cahaya. Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya....".


Ini pemandangan di depan pintu masuk ke masjid yang kami lalui tadi. As you can see, ada banyak lampu-lampu ini dipasang membuatkan saya terbayang bagaimanalah agaknya suasana malam dalam masjid ini. Tentu la cantik sangat bila semua lampu-lampu ini are switched on.

Pada bahagian atas lampu-lampu ini juga ada tertulis sebahagian lagi dari Ayat 35 Surah An-Nur: 
Ψ§Ω„Ω„َّΩ‡ُ Ω†ُورُ Ψ§Ω„Ψ³َّΩ…َاوَΨ§Ψͺِ وَΨ§Ω„ْΨ£َΨ±ْΨΆِ Ω…َΨ«َΩ„ُ Ω†ُورِΩ‡ِ ΩƒَΩ…ِΨ΄ْΩƒَΨ§Ψ©ٍ فِΩŠΩ‡َΨ§ Ω…ِΨ΅ْΨ¨َΨ§Ψ­ٌ Ψ§Ω„ْΩ…ِΨ΅ْΨ¨َΨ§Ψ­ُ فِي Ψ²ُΨ¬َΨ§Ψ¬َΨ©ٍ Ψ§Ω„Ψ²ُّΨ¬َΨ§Ψ¬َΨ©ُ ΩƒَΨ£َΩ†َّΩ‡َΨ§ ΩƒَوْΩƒَΨ¨ٌ Ψ―ُΨ±ِّيٌّ
Yang bermaksud: "Allah yang menerangi langit dan bumi. Bandingan nur hidayah petunjuk Allah (Kitab Suci Al-Quran) adalah sebagai sebuah "misykaat" yang berisi sebuah lampu; lampu itu dalam geluk kaca (qandil), geluk kaca itu pula (jernih terang) laksana bintang yang bersinar cemerlang;".

Rasanya elok kalau saya share di sini the entire Ayat 35 dari Surah An-Nur itu:
Ψ§Ω„Ω„َّΩ‡ُ Ω†ُورُ Ψ§Ω„Ψ³َّΩ…َاوَΨ§Ψͺِ وَΨ§Ω„ْΨ£َΨ±ْΨΆِ Ω…َΨ«َΩ„ُ Ω†ُورِΩ‡ِ ΩƒَΩ…ِΨ΄ْΩƒَΨ§Ψ©ٍ فِΩŠΩ‡َΨ§ Ω…ِΨ΅ْΨ¨َΨ§Ψ­ٌ Ψ§Ω„ْΩ…ِΨ΅ْΨ¨َΨ§Ψ­ُ فِي Ψ²ُΨ¬َΨ§Ψ¬َΨ©ٍ Ψ§Ω„Ψ²ُّΨ¬َΨ§Ψ¬َΨ©ُ ΩƒَΨ£َΩ†َّΩ‡َΨ§ ΩƒَوْΩƒَΨ¨ٌ Ψ―ُΨ±ِّيٌّ يُΩˆΩ‚َΨ―ُ Ω…ِΩ† Ψ΄َΨ¬َΨ±َΨ©ٍ Ω…ُّΨ¨َΨ§Ψ±َΩƒَΨ©ٍ Ψ²َيΨͺΩˆΩ†َΨ©ٍ Ω„َّΨ§ Ψ΄َΨ±ْΩ‚ِيَّΨ©ٍ وَΩ„َΨ§ ΨΊَΨ±ْΨ¨ِيَّΨ©ٍ يَΩƒَΨ§Ψ―ُ Ψ²َيْΨͺُΩ‡َΨ§ يُΨΆِيُؑ وَΩ„َوْ Ω„َΩ…ْ ΨͺَΩ…ْΨ³َΨ³ْΩ‡ُ Ω†َΨ§Ψ±ٌ Ω†ُّورٌ ΨΉَΩ„َΩ‰ Ω†ُورٍ يَΩ‡ْΨ―ِي Ψ§Ω„Ω„َّΩ‡ُ Ω„ِΩ†ُورِΩ‡ِ Ω…َΩ† يَΨ΄َΨ§Ψ‘ُ وَيَΨΆْΨ±ِΨ¨ُ Ψ§Ω„Ω„َّΩ‡ُ Ψ§Ω„ْΨ£َΩ…ْΨ«َΨ§Ω„َ Ω„ِΩ„Ω†َّΨ§Ψ³ِ وَΨ§Ω„Ω„َّΩ‡ُ Ψ¨ِΩƒُΩ„ِّ Ψ΄َيْΨ‘ٍ ΨΉَΩ„ِΩŠΩ…ٌ
"Allah yang menerangi langit dan bumi. Bandingan nur hidayah petunjuk Allah (Kitab Suci Al-Quran) adalah sebagai sebuah "misykaat" yang berisi sebuah lampu; lampu itu dalam geluk kaca (qandil), geluk kaca itu pula (jernih terang) laksana bintang yang bersinar cemerlang; lampu itu dinyalakan dengan minyak dari pokok yang banyak manfaatnya, (iaitu) pokok zaitun yang bukan sahaja disinari matahari semasa naiknya dan bukan sahaja semasa turunnya (tetapi ia sentiasa terdedah kepada matahari); hampir-hampir minyaknya itu - dengan sendirinya - memancarkan cahaya bersinar (kerana jernihnya) walaupun ia tidak disentuh api; (sinaran nur hidayah yang demikian bandingannya adalah sinaran yang berganda-ganda): cahaya berlapis cahaya. Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang dan peraturanNya) kepada nur hidayahNya itu; dan Allah mengemukakan berbagai-bagai misal perbandingan untuk umat manusia; dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu".

Di bahagian depan ruang solat. Ada sebuah mihrab yang cantik dengan hiasan warna emas.

Di dinding kiblat masjid ini ada 3 mihrab bersama minbar dengan hiasan ukiran, ciri corak geometri dan kaligrafi yang berlainan.


Antara unsur-unsur seni bina lama yang masih kekal dalam masjid ini adalah beberapa tingkap melengkung (arched windows). Ia dibina berkedudukan tinggi dengan bukaan luas untuk menyejukkan suasana di dalam masjid. Tingkap-tingkap ini tiada penutup tapi dihiasi dengan pagar ukiran kerawang berpola simetri.

Ini mihrab kedua. Rasanya a stone carved mihrab.

Sungguh cantik ukirannya. 

Ukiran bermotif tumbuh-tumbuhan. 

Kerusi-kerusi wakaf di dalam masjid ditandakan sebegini. 

Ada yang describe dalaman masjid ini sebagai 'forest of columns' sebab banyak sungguh tiang-tiang dalam masjid ini. 

Dengan siling yang tinggi dan tingkap yang sentiasa terbuka (tanpa penutup) menjadikan ruang dalam masjid ini nyaman dan tenang, sesuai sebagai tempat beribadat. 

Tingkap tinggi ini juga berfungsi untuk menerangi dalaman masjid.

Kemudian kami dibawa ke satu sudut di masjid ini di mana terdapat sebuah perpustakaan. Dikatakan makam anak lelaki Amru Al-'As yang bernama Abdullah bin Amru Al-'As berada di sini. Disebabkan penempatan kubur ini pernah menjadi kontroversi, maka makam ini tidak diberi tanda. Tapi tetap dipercayai makam ini berada pada satu sudut perpustakaan ini. 

Oleh kerana hampir tidak ada struktur asal masjid ini pada hari ini, maka sukar untuk mengesahkan tarikh sebenar pembinaannya. Walau bagaimanapun, penemuan makam Abdullah bin Amru Al-'As ini membolehkan penyelidik mengesahkan usia asal masjid ini.

Ustaz sedang memberikan penerangan tentang perpustakaan di sudut Masjid Amru Al 'As.

Makam anak kepada Amru Al-'As yang bernama Abdullah dikatakan terletak di tiang di sebelah kiri perpustakaan ini.


Menurut Ustaz, perpustakaan ini hanya dibuka setahun sekali sahaja. Di dalam ada banyak kitab-kitab Islam lama yang sangat  penting dan bersejarah.


Seterusnya kami bersama Ustaz berjalan di sekitar dalam masjid ini.

Rak bulat Al Quran di tiang masjid.

Sebuah anjung besar di tepi dataran.


Di dalam masjid ini ada sebuah telaga yang tak lagi digunakan. Tak tahu apa sejarah sebenar telaga ini. Tapi berdasarkan pengalaman kami, masjid-masjid lama di Mesir memang selalu ada telaga seperti ini. Telaga ini dikatakan digali sendiri oleh Amru Al-'As. 

Telaga ini telah ditutup kini untuk mengelakkan perkara khurafat. Kalau diperhatikan ke dalam telaga ini, kelihatan duit-duit syiling yang dibuang ke dalamnya oleh pengunjung-pengunjung terdahulu.

Masa buat research saya terjumpa satu foto hitam putih telaga ini yang dipost oleh Brooklyn Museum (an art museum located in the New York City borough of Brooklyn). Dan foto itu diberi tajuk 'Mosque of Amr, Well of Mecca Water'.  

Kisah dongeng telaga ini kononnya jika seorang wanita bujang minum dari telaga ini, dia akan bertemu jodoh. Dan jika sudah berkahwin, dia akan mendapat anak. Jadi memang patut la ditutup.

Seorang pengunjung masjid sedang membaca Al Quran. Sememangnya kita patut sentiasa rindu pada Al Quran, rindu untuk membaca ayat-ayat suci di dalamnya. Maka di mana pun kita berada, luangkanlah masa kita untuk membaca Al Quran. Supaya hari-hari kita lengkap.

Beautiful arches supported by rows upon rows of columns. 

Satu lagi unsur-unsur seni bina lama yang masih kekal dalam masjid ini ialah sokongan kayu-kayu melintang yang terletak di atas tiang. Sokongan kayu ini mempunyai dekorasi ukiran yang menarik berdasarkan penggunaan motif bunga dalam bentuk daun anggur. 

Beberapa lagi foto yang diambil di dataran masjid.


Ruang berhadang tu ialah ruang solat wanita.

Bergambar kenangan di Masjid Amru Al 'As di Kaherah, Mesir.

Berselfie kejap 😊.




Bergambar bersama Ustaz dan rakan-rakan seperjalanan.

Selesai dengan lawatan di Masjid Amru Al 'As kami pun bertolak ke destinasi seterusnya. 

Bersambung...

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

4 comments:

  1. lampu lampu antik tu dulu dinyalakan guna minyak eh ?
    i have been wondering .. kalau guna minyak .. macamana caranya depa nyalakan satu persatu ..
    so tedious ..

    amazing kan..? how marble reflects heat ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. I should think so mereka guna minyak masa belum ada letrik.
      I think lampu-lampu tu boleh diturunkan kerana it was attached pada chains untuk isi minyak dan nyalakan lampu. I agree bila fikirkan nak nyala lampu2 ni mmg la sgt tedious. But I'm sure masa gemilang masjid ni ada team khas yg jaga lampu2 ni.

      Tu la doc, apa pun kita buat, ke mana pun kita pergi mmg kita akan sentiasa melihat dan mengalami kehebatan Allah swt.
      "Saudi Arabia imports rare Thassos marble flooring from Greece that reflects the sun’s rays and in turn the heat during the day."

      Delete
  2. Salam tuan,
    Ayat 35 Surah An Nur tu ada sedikit kesilapan.

    Ψ²َيْΨͺُΩˆΩ†ِΨ©ٍ

    yang sebenar adalah

    Ψ²َيْΨͺُΩˆΩ†َΨ©ٍ

    Terima kasih tuan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Pokwa
      Ya Allah. Terima kasih sangat2 beritahu saya kesalahan itu.
      I think in future best that I not quote Al Quran verses to avoid such re-occurrences.
      Again thank you. Really appreciate it.

      Delete