Wednesday, November 21, 2018

EGYPT - DAY 06 - PART 01 - CITY TOUR

Dah hari ke 6 kami di Mesir. Alhamdulillah. Hari ini kami akan ke Masjid Amru Al 'As, Masjid Sayyidah Nafisah, Makam Imam Shafie, Masjid Ibnu Tulun dan beberapa makam wali-wali Allah. 

Waktu masuk Solat Subuh di Cairo pagi tu ialah pukul 4:20 pagi. Sangat awal. Sempat lagi sambung tidur sebelum pergi sarapan. Foto bawah ni diambil at about 6:30 am. So dah terang dah.

Banyak betul burung di kolam renang hotel ni.

Nak penuh bumbung lobby hotel ni jadi tempat burung melepak. Berapa la kos yang terlibat membersihkan najis burung-burung ni yang perlu ditanggung oleh pihak hotel. Dari pengalaman kami bercuti di bandar-bandar Eropah, the locals and the tourists are strictly prohibited from feeding the birds precisely because the cost of cleaning up the birds' droppings is a eating up much of the city's/town's budget. Plus bila burung-burung ni dah well fed, mereka tak perlu luang masa terbang sana sini cari makan. So they have much time on their hands, or rather their feet, to socialize. So banyak la masa nak mating, jadi makin besarlah populasi mereka, dan makin banyak la taik mereka. Also dari kesihatan ianya merbahaya pada penduduk setempat kerana dalam dried bird droppings ada sejenis fungus yang boleh menyebabkan sakit pada manusia seperti sakit respiratory. 

So kalau jalan-jalan di tempat banyak burung, dan di tempat kering macam di Mesir ni pulak, maka berhati-hati la especially if you see a lot of bird feces. Advisable to cover your nose.

So kenapa banyak burung di sini? Sebab kolam renang ni la. 

Kalau view dari atas Amarante Pyramids Hotel Cairo ni, memang la hotel ni ibarat sebuah oasis dengan sumber air. So memang la attracts a lot of birds. 

Bercanda di tepian kolam...


... sambil bermandi manda riang ria.

Bukan main lagi syoknya ya...


Sarapan di restoran hotel.

Nice ambience restoran ni. Saw a group from Indonesia.

Our breakfast. Yum! Alhamdulillah.

Oh ya, hotel ni klasik sikit. Pintu liftnya macam ni 😊.

Dan di dinding hotel ni, di laluan nak ke bilik, ada banyak painting of Old Cairo like these. Needless to say, they got me really excited lah. I know, while other hotel guests may not even give them a second look, tapi pada saya sangatlah menarik. 

Ini lukisan Mosque El Mooristan, Cairo - Eqypt oleh Louis Haghe. Imagine walking down this street at this time period!

They gave me glimpses of what old Cairo looks like back then, in the 1800's. How can that not be exciting.. hehe. Artis lukisan ini pula ialah David Roberts menggambarkan Bazaar in the street leading to Mosque El Mooristan, Cairo. 

Dan di lobi hotel ni juga ada beberapa lagi beautiful paintings. So masa menunggu nak bertolak ke destinasi lawatan kami pagi ini, saya sibukkan diri dengan capturing the beautiful paintings.


Ini lukisan 'Nomads In The Desert' by Georges Washington. Gambaran orang-orang Badwi di kurun ke 19.

'The Heron Hunt' (1865) by Fromentin, EugΓ¨ne. Memburu burung heron. Mungkin satu sports among the royals. 

'Pilgrims Going To Mecca' (1861) by Leon Auguste Adolphe Belly. Satu gambaran menarik bagaimana orang dulu dari Mesir/Africa pergi ke Makkah untuk mengerjakan haji. Untuk ke Makkah mereka lalu kawasan padang pasir dengan berjalan kaki atau tunggang unta dan lepas tu menyeberang Laut Merah. Perjalanan ambil masa lebih 3 bulan lamanya. Juga mereka terpaksa berdepan dengan possibility diserang oleh the nomadic tribes of desert – known as Bedouin sehingga ramai yang dibunuh. Ini kerana the caravans lalu kawasan mereka. Untuk elak serangan jemaah terpaksa membayar caj yang mahal untuk dibenarkan lalu di kawasan itu. Dan seperti yang kita tahu jemaah Malaysia dahulu juga menghadapi pelbagai cabaran berbanding sekarang. Oleh itu sangat patut la kita bersyukur kerana sekarang sudah dipermudahkan oleh Allah swt.

Ok so saya pun buat la sikit research bagaimana jemaah Malaysia dulu pergi mengerjakan haji dan jumpa article menarik ini. Thought it'd be nice to share here. Orang kita dah pergi buat haji sejak kurun ke 15 lagi? Hang Tuah sendiri pun ada ke Makkah mengerjakan haji? Dulu-dulu jemaah kita berlayar hampir setahun untuk pergi buat haji? So baca la article ni ya. Menarik!
Bagaimana Orang Malaysia Zaman Dahulu Menunaikan Ibadah Haji?

Yang ini pula lukisan 'Arabs Travelling in the Desert' by Horace Vernet (1789-1863).


Menunggu bas sampai.

Di lobi hotel ada peta ni. Destinasi-destinasi pakej percutian kami ini adalah di Cairo, Giza, Sinai, Alexandria dan Faiyum. 

Bas sampai kami pun bertolak lebih kurang 8:45 am. Program hari ke 6 ni termasuk melawat beberapa buah masjid utama di Cairo dan menziarah beberapa makam para Aulia'. Tapi sebelum itu, untuk entry ini saya cerita sikit tentang Bandar Kaherah ini based on the photos yang sempat saya rakam semasa menuju ke tempat lawatan pertama kami pada hari ini iaitu Masjid Amru Al 'As.

Most bangunan-bangunan di Kaherah warna kelabu atau merah bata. Jarang sangat nampak yang bercat. Kalau ada pun seperti major buildings. So kalau tidak dilindungi oleh cat, my guess is the buildings' surface pasti tahan hakis angin dan pasir, tahan panas dan tahan keadaan-keadaan lain yang sepatutnya dilindungi oleh cat. 

Cairenes. That how you call the citizens of Cairo. Cara sebutnya, 'Kai-reens'. Ni untuk plural. 

Kalau singular, 'Cairene'. 

Just look at those ripe red tomatoes. Sedap tu makan dengan salad sprinkled with olive oil πŸ˜‹. 

Since it hardly ever rains, tak de la masalah jemuran basah. Tapi ada masalah lain seperti habuk dan birds droppings.

Suhu nyaman di pagi hari.

Mostly yang colorful di Cairo ni yang saya nampak are the shops. At least mereka ambil berat la jugak pasal penampailan kedai mereka. 

More Cairenes.

Very likely yang dimop cuma bahagian dalam. Kalau mop di luar, no point. Just look at those poor potted plants. Covered with thick dust.

Jalanraya masih kira tenang lagi awal pagi ni. So no incessant honking lah.. hehe.


Pada 2012, dianggarkan ada 20 juta perokok di Mesir. Mereka menghisap 19 bilion batang rokok setiap tahun, menjadikan Mesir pasaran rokok terbesar di dunia Arab. 
πŸ”΄Bilangan orang dewasa yang merokok produk tembakau di Mesir terus meningkat, antara 4% hingga 5% setahun berbanding negara lain yang peratusnya merosot.
πŸ”΄Perokok lelaki adalah lebih ramai berbanding wanita. Bagaimanapun, bilangan perokok wanita semakin meningkat.
πŸ”΄Pada 5 September 1999, Nasr Farid Wasel, Mufti Agung Mesir pada masa itu, mengeluarkan Fatwa larangan merokok tembakau.
πŸ”΄Di Mesir, ada undang-undang kawalan tembakau melarang merokok di tempat-tempat awam dan di dalam pengangkutan awam. Samada dipatuhi atau tidak, tengok sajalah foto di atas.
πŸ”΄Dikatakan bahawa tinggal di Cairo adalah sama seperti merokok satu pek rokok setiap hari disebabkan oleh rokok dan pencemaran udara.

Nampak tak road sign kuning 2 budak sekolah sedang memecut berlari tu? Agaknya di Kaherah ni memang begitu kot, budak-budak sekolah melintas jalanraya begitu. Fyi, hampir 50 peratus kematian kemalangan trafik di Mesir setiap tahun adalah pejalan kaki, menurut kajian 2017 oleh World Health Organization (WHO).

Cairo's youngsters.


Pagi-pagi macam ni nampak ramai ibu-ibu/wanita bawa anak-anak/asuhan ke tadika/sekolah.

Memang patut la kereta-kereta di sini diselubung dengan covers. If not habis coated dengan habuk dan debu. Dan juga bekas tapak-tapak kaki kucing.. hehe.

Ok, here's one Egyptian cat 😍.

Lorong-lorong di bandar Al Qahirah.


Versi kedai kopi di Cairo. Boleh hisap shisha pagi hari. 

Shisha and cigarette.

Di sini jemur kain agaknya 10 minit dah kering. 

Kesian tengok pak cik tua ni. Tak kuat dah dia nak berdiri lama agaknya. Tak pasti sayur apa yang dia jual tu. May be coriander. 

Murals. 

Right photo:
The Eye of Horus, also known as wadjet, wedjat or udjat, is an ancient Egyptian symbol of protection, royal power, and good health. The Eye of Horus is similar to the Eye of Ra, which belongs to a different god, Ra, but represents many of the same concepts.

Funerary amulets were often made in the shape of the Eye of Horus. The Eye of Horus is "the central element" of seven "gold, faience, carnelian and lapis lazuli" bracelets found on the mummy of Shoshenq II. The Wedjat "was intended to protect the pharaoh [here] in the afterlife" and to ward off evil. Ancient Egyptian and Middle-Eastern sailors would frequently paint the symbol on the bow of their vessel to ensure safe sea travel.

Horus was the ancient Egyptian sky god who was usually depicted as a falcon, most likely a lanner or peregrine falcon. His right eye was associated with the sun god, Ra. The eye symbol represents the marking around the eye of the falcon, including the "teardrop" marking sometimes found below the eye. The mirror image, or left eye, sometimes represented the moon and the god Djehuti (Thoth).

In one myth, when Set and Horus were fighting for the throne after Osiris's death, Set gouged out Horus's left eye. The majority of the eye was restored by either Hathor or Thoth. When Horus's eye was recovered, he offered it to his father, Osiris, in hopes of restoring his life. Hence, the eye of Horus was often used to symbolise sacrifice, healing, restoration, and protection.

Source: Wikipedia


Bukan tak ada efforts to keep the city clean. But when you see Cairenes sendiri pun littering... 

Abode.

Yang left tu dipanggil 3 wheel pick up truck. 

El Baghel Beans And Falafel.

Fashion and Poulet. Chic and chicken. Hehehe.. merapu dah..😊.

Di jalaraya laluan kami ni, yang kami nampak paling banyak dan look paling meriah ialah kedai-kedai pakaian. Talking about pakaian, do you know that the world's oldest dress was found in Egypt. A 5,000 year old dress! 

Inilah pakaian tu. Namanya 'The Tarkhan Dress', yang dinamakan sempena tanah perkuburan Tarkhan di selatan Kaherah di mana ia dijumpai pada tahun 1913. Ia adalah pakaian linen berusia lebih dari 5,000 tahun yang disahkan sebagai pakaian tertua di dunia.

Seorang pak cik menjual tisu di tepi jalan yang sibuk.

Kedai buah-buahan. Masa summer, fruits yang popular di Egypt ialah figs, mangoes, water melon, melon, grapes and prickly pears.
Mesir dibahagikan kepada beberapa kawasan pertanian mengikut iklim, tumbuh-tumbuhan semulajadi, jenis tanah dan amalan pertanian. Oleh kerana pelbagai faktor ini, Mesir menghasilkan pelbagai buah-buahan dan sayur-sayuran. Antara buah-buahan dan sayur-sayuran utama yang dihasilkan ialah tomato, kentang, bawang, anggur, kurma dan lain-lain.


Since dah disediakan rumah untuk burung-burung, maka ampaian perlulah di cover dengan plastik.. hehe.

Satu lagi kedai buah.

Bananas, green apples, red apples, oranges and Pomegranates. Mesir adalah salah satu pengeluar sitrus terbesar di Afrika. Mesir, yang terkenal dengan menghasilkan buah citrus yang manis, telah menjadi pengekspot terbesar sitrus ke China selepas Afrika Selatan dan Amerika Syarikat.

Sebuah sundry shop.

Masa lalu di King Faisal Street ni boleh nampak Masjid Sheikh Mohammed bin Hamad Al Thani. 

Lokasi beberapa masjid-masjid terbesar di Kaherah di Governorate Cairo.


Ini tuk tuk berlesen yang saya ambil gambarnya dalam Governorate Giza.  
πŸ”΄ Di Mesir ada 3 juta tuk tuk. 3 juta! Banyaknya!
πŸ”΄ Ia adalah mod pengangkutan yang popular untuk ramai penduduk bandar ini.
πŸ”΄ Dalam sehari, tuk tuk di Mesir bawa lebih daripada lima juta penumpang.
πŸ”΄ Majoriti pemandu tuk tuk di Cairo adalah lelaki.
πŸ”΄ Tetapi masalah ekonomi Mesir mendorong lebih banyak wanita untuk membawa tuk tuk sebagai cara mencari pendapatan.
πŸ”΄ Ada juga kanak-kanak semuda usia 8 tahun bekerja membawa tuk tuk di Mesir.
πŸ”΄ Component menbuat tuk tuk di Mesir dibeli dari India.
πŸ”΄ Tuk Tuk adalah not legal Mesir sehingga undang-undang tahun 2008 mewajibkan perlesenan dan keperluan pendaftaran.
πŸ”΄ However, tuk tuk adalah illegal dalam Governorate of Cairo.
πŸ”΄ Di Governorate of Giza pula hanya boleh ada 6,000 tuk tuk sahaja.

Bas awam di Cairo ni ada 2 syarikat: CTA dan Hashim. CTA bus fare murah, antara 2 - 2.5LE dan tak ada air-con. Bas Hashim (in photo) bus farenya 3LE. Kalau yang ada air-con dan wifi 5LE.

View dari flyover.

Sejuk mata bila passed by green areas macam ni.

Pohon-pohon kurma dengan buah berjuraian.

Suka bila dapat view dari aras tinggi macam ni. Nampak la juga parts Cairo yang kami tak lalu seperti di hujung sana tu.


Kaherah ni memang la traffic jam agak mencabar. Sama je la dengan bandar lain yang ada waktu-waktu tertentu jalanrayanya sesak.


Kadang kala ternampak la juga usaha-usaha mengindahkan kota ini.

And yes, to be fair tentu la ada bahagian bandar ini yang bersih. Tak la semuanya kotor belaka. Cuma bila dah berdebu berhabuk, tu yang nampak macam kotor. 

Van-van putih bawah flyover tu ialah Cairo Micro-buses which are privately run by individuals. Described as 'the cheapest form of transport in Cairo', tapi 'not very reliable'.

Di Cairo ni kami nampak ibu-ibu dukung anak mereka macam dalam foto-foto di bawah ni. Letak atas bahu. Budak tu macam saddling on her mom's shoulder sambil tangan pegang/berpaut pada kepala mak dia. Ini typical Egyptian manner. Dah tradisi. Kata Ustaz also sometimes sebab saiz besar kedua-dua ibu dan anak, jadi susah nak dukung sandang anak di pinggang.

Dan cara gendong anak macam ni actually dah memang amalan sejak turun temurun seperti lukisan 'An Egyptian Peasant Woman and Her Child' ini oleh LΓ©on Bonnat yang dilukis pada 1870.
Source

Nice bila once in a while ternampak lorong-lorong macam ni dengan pokok-pokok besar yang rendang ditanam di tepi lorong.

Bangunan lama residential. Nampak historic.

A man helping an older gentleman crossing a very busy Cairo road.

High rise apartments di tepi Sungai Nil.

Pemandangan Sungai Nil dari Abbas Bridge. 

Tahukah anda yang orang Mesir kuno mencipta kalendar 365 hari dalam setahun, untuk meramalkan banjir tahunan Sungai Nil? Fyi, dengan pembinaan Empangan Aswan pada tahun 1960-an bermakna bahawa dari 1970 banjir tahunan dapat dikawal.

Sungai Nil panjangnya kira-kira 6,670 km dan merupakan sungai terpanjang di Afrika dan di dunia. Walaupun secara amnya dikaitkan dengan Mesir, hanya 22% dari aliran Nil yang melalui Mesir.

Ahli sejarah waterson mencatat, "Sungai Nil telah memainkan peranan penting dalam penciptaan Mesir, sebuah proses yang bermula kira-kira lima juta tahun yang lalu ketika sungai mula mengalir ke utara ke Mesir".

Terkenal sebagai sungai terpanjang di dunia, sungai ini mendapat namanya dari kata Yunani Neilos, yang bermaksud lembah. Sungai Nil membanjiri tanah di Mesir, meninggalkan sedimen hitam. Itulah sebabnya orang Mesir purba menamakan sungai ini 'Ar', yang bermaksud hitam.

Nil adalah sungai antarabangsa kerana sumber airnya dikongsi oleh sebelas negara, iaitu Tanzania, Uganda, Rwanda, Burundi, Congo-Kinshasa, Kenya, Ethiopia, Eritrea, Sudan Selatan, Sudan dan Mesir.

Sungai Nil mempunyai dua anak sungai utama, White Nile dan Blue Nile.

Sebelum dihentikan oleh empangan, Nil akan melimpah setiap tahun. Aswan High Dam dibina pada tahun 1960. Empangan utama lain ialah Empangan Roseires, Empangan Sennar dan Empangan Owen Falls.

Sungai Nil telah membanjiri secara bermusim selama beribu tahun untuk menyediakan tanah yang subur dan pengairan bagi penduduk Mesir. Sekitar 40 juta orang (separuh daripada penduduk Mesir) tinggal di rantau Delta Nil.


Sungai Nil pastinya telah memainkan peranan penting dalam sejarah Mesir purba. Kebanyakan tapak bersejarah Mesir Kuno terletak di sepanjang tebing Sungai Nil termasuk bandar-bandar seperti Luxor dan Kaherah.

Banyak jenis ikan yang terdapat dalam sistem Nil. Antara yang terdapat di the lower Nile system  adalah Nile perch  (yang boleh mencapai berat lebih daripada 80 kilogram), bolti, barbel, beberapa spesies ikan keli,  elephant-snout fish, the tigerfish or water leopard, lungfish dan belut.

Buaya Nil, yang terdapat di sebahagian besar sungai ini adalah salah satu buaya terbesar di dunia. Reptilia lain yang terdapat di lembah Nil termasuk soft-shelled turtle, 3 spesis monitor lizard dan kira-kira 30 spesies ular, yang mana lebih daripada separuhnya berbisa.

Cairenes.

Bas awam Cairo, bas CTA.

Seperti tuk tuk, kenderaan tarikan binatang di Cairo juga sedang dalam proses to be phased out.  


Masjid El Shreef di El-Rawda Square, Giza Governorate.

Penjual roti di tepi jalan.

Sebuah kedai makan.

A three wheel pick up truck. Pretty common di Cairo ni. 


Merentas Sungai Nil kecil. Belah kiri sungai ini ialah kawasan Governorate Giza dan yang di kanan ialah Governorate Cairo.

Memasuki kawasan Governorate Cairo.

Kebajikan haiwan (animal welfare) di Mesir adalah isu yang diabaikan. Terdapat hanya beberapa organisasi sahaja yang menyokong hak dan kesejahteraan haiwan. Bila saya mula research tentang isu ini, I had to abruptly stop sebab tak sanggup baca tentang penderaan dan pembunuhan street animals di sana. 


Bersambung...

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

2 comments:

  1. cantik pokok yang berbunga merah jambu tu bunganya ...
    macam sakura pulak ..
    amazing facts about sungai nil!! thanks ;)

    dah baca dah pasal haji tu..
    setahun!!
    i am wondering macamana depa dok berjimat makanan dan air bersih dalam kapal tu ..dan the waste product management
    and the sleeping arrangement , and the toilets ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Indeed. It was nice to see pokok2 hijau berbunga macam tu di tgh kota Kaherah ni.

      Kan. Masa saya baca pun rasa menarik. Tak pernah tau pun sebelum ni.

      Setahun! Lama sungguh! Mmg kena buat persediaan mental dan fizikal yg mantap nak survive such long journey.
      Betul kan, how la they do that. Mesti dah siap2 ration berapa byk nak masak dan nak makan utk sehari. Ada ke facilities nak masak? Ke kena bawak dapur sendiri? Bawak periuk belanga sendiri? Kena bawak berapa kg beras? Ke atas kapal ada dijual beras? Huiii.. like you, mcm2 soalan came to mind masa saya baca article tu.

      Delete