Friday, November 2, 2018

EGYPT - DAY 03 - PART 04 - DAHAB EVENING WALK

Kami selamat sampai di Dahab, 3 jam awal dari yang dijangkakan. Syukur Alhamdulillah. 

Summary perjalanan selama lebih 8 jam dari Cairo ke Dahab: 
- Dari Amarante Pyramids Hotel Cairo ke Sinai Rest House (stop solat subuh dan sarapan), 
- Menyeberang Terusan Suez melalui Al Shahid Ahmed Hamdi Tunnel 
- Stop di Muzium Kubu Israel (War Memorial 73)
- Stop di 'Uyun Musa (telaga-telaga Nabi Musa as)
- Passed by Ras Sudr 
- Stop di Abu Zenima for lunch
- Passed St. Catherine
- Tiba di Dahab

Welcome to Dahab. 

Dah memang suka artwork macam ni maka harus la saya highlight di sini 😊.



Ok cerita sikit tentang Dahab. 

Dahab (دهب, emas) adalah sebuah bandar kecil di pantai tenggara Semenanjung Sinai di Mesir yang mengadap Teluk Aqaba, kira-kira 80 km timur laut bandar Sharm el-Sheikh. Dahulunya sebuah perkampungan nelayan Bedouin, Dahab kini dianggap sebagai salah satu destinasi menyelam yang paling popular di Sinai. Ketibaan rangkaian hotel antarabangsa dan penubuhan kemudahan sampingan yang lain telah menjadikan bandar ini sebagai destinasi popular dengan pelancong. Dahab is served by Sharm el-Sheikh International Airport. 

Dahab boleh dibahagikan kepada tiga bahagian utama. Pertama, Masbat, yang termasuk kampung Bedouin Asalah di utara Dahab. Di selatan Masbat adalah Mashraba, yang lebih touristic dan ada lebih banyak hotel. Di barat daya pula ialah Medina yang merangkumi kawasan lagun yang terkenal dengan shallow-water windsurfing.

Dan hotel penginapan kami, Octopus Hotel berlokasi di kawasan Mashraba. 

On the way to hotel.

Bandar ni nampak macam jenis low-rise. I think la sebab tak nampak bangunan tinggi. Tak perlu kot nak bina tinggi-tinggi sebab tanah luas.



Monumen bertemakan haiwan laut.




Hotels and restaurants.  

Popular among backpackers and surfers and other sea-related activities enthusiasts.

Sampai di hotel. Hotel Octopus ni sangat simple, with basic necessities je. No big lobby or anything like that. Cuma walk in to the reception counter and check-in. No staff in uniform, ada yang just wear shorts je. And since kami cuma bawak knapsacks je maka carry je la sendiri. Tempat makan pun open air je (foto kiri). Betul-betul next door ada convenience stores. In other words suasana very laid back. Macam hotel bajet or motel. Ini tidak la menghairankan kerana mostly hotels di sini cater for backpackers and divers/surfers. Pada kami ok je duduk di hotel ni. Satu malam je pun.

Dan yang paling ok sebab ada banyak kucing! 😃😄

Check-in counter, through that door. Kata Ustaz Faiz, pihak Kembara Sufi memilih penginapan kami di sini kerana lokasinya yang terletak di tengah bandar. Kalau hotel-hotel berbintang di Dahab, lokasinya terletak jauh dari bandar seperti hotel Hilton di area Medina. 

Area dalam hotel. 

Ada swimming pool.




Berjalan ke bilik.

Each room ada verandah.

Depan our room ada kucing comel ni! Siap saya ditegurnya.. hehe. Comel!

Bilik dengan keperluan asas. 

Since kami sampai Dahab 3 jam lebih awal dari yang dijangkakan, maka kami ada banyak time for free-and-easy before dinner. So we decided to go for a walk at the touristic area. Will be passing through Dahab Bazaar which is only about 150 meters from our hotel. 

Kembara Sufi juga tak aturkan sebarang aktiviti kerana pada kebiasaannya groups hanya akan tiba di Dahab lewat petang. Group yang sampai pukul 8 malam pun pernah ada sebab terpaksa melalui pemeriksaan sekuriti yang ketat di pos-pos keselamatan semasa dalam perjalanan.

Depan hotel kami ni ialah El Mashtaba Street. Sepi je masa ni sebab still panas. Nearing sundown nanti, jadi meriah jalan ni.

Walking up El Mashtaba Street northward.

Restoran dah mula set tables and chairs di depan, some on the road.

Selain restoran dan kafe, ada banyak kedai pakaian dan beberapa kedai buah-buahan.

Dan kami dah mula terdengar music, super loud music! 

As we leisurely made our way to the bazaar area sambil ambil gambar, we felt it was as if the street starting to gradually became alive, buzzing activities. There were even horses on the road.

Ramai juga mereka ni kami nampak. Dah macam pekan mereka pulak.

Passed by restaurants, a resort, clothing stores, souvenir stores, home deco stores etc, you know the kind of establishments one could find in touristic areas.

Masuk pula ke Tawfik El Hakim Street.

Sometimes acting a bit also lah kan..😄. 

Bangunan kiri yang ada tiang-tiang macam tak siap tu ada saya nampak biasanya pada bangunan rumah di Mesir ni. Firstly, sebab bila ada anak dalam family kawin, mereka akan tambah satu floor lagi for the newly wed. Ada yang kata sebab nak elak bayar cukai. This I don't understand actually. Or simply memang belum siap and to be completed later.  

I think the souvenirs sold here are quite nice, unique, memang menarik. Fyi, di sini mesti bargain. The seller will start off with a very ridiculously high price to which you are expected to counter with shamelessly low price. Then both parties will haggle till a price is agreed upon by both. Are sellers pushy? Well, a few are but mostly ok je. Not that we shop a lot, just a few trinkets je for family.

An artfully decorated water fountain, which seemed to be no longer in use. 

Very nice, right! Sebenarnya I'm not entirely sure what these are... haha. I'm guessing lamps sebab ada wayar-wayar di belakang these beautiful egg shaped thingy. Very creative light fixtures designs.

Very beautiful and ethnic looking designs and patterns for pillow covers.

Ada macam-macam jenis batu. Agaknya health spa rocks. Or scrubbers. Or soaps. Entahlah.. hehe.

Interesting looking spices, dried plants and perhaps mushrooms. 


Shoes, slippers, tshirts, hats, shorts, bags, shades, pelampung.. semua beachy things ada lah. 

Tiba di jalan tepi pantai.

Susah sikit nak nampak pantai/laut sebab ada berderet kedai/restoran/cafe dibina betul-betul at the edge of the beach yang menghalang pemandangan laut. 

Ghazala Market, sebuah supermarket yang besar di area ini.

Golden monument. Cengkerang siput, I think. 

Haaa.. di depan bangunan Dahab Police Department ada view laut ni. 

Pemandangan Teluk Aqaba, Laut Merah dari Dahab.

Why, hello there sweetie 😍.

Friendly dogs. 


Di hujung sana tu still Dahab, di El Fanar Street. Ini macam teluk kecil. 

Bangunan putih tu ialah Hotel Sirtaki. 

Dari Dahab, Egypt ni, across Teluk Aqaba, boleh nampak Tabuk Province, Saudi Arabia.



Jom sambung jalan lagi, ke arah utara.

Dan ada banyak tour operators di sini. Selain dari offering all sorts of ocean related activities, juga ada macam-macam pakej desert safaris. 


Unik belaka front restoran-restoran di sini.

Most are seafood restaurants.

This 'front' is my favourite! It has so many amazing details!

Banyak barangan dari 'old Cairo'. Love it!



Restoran bentuk kapal pun ada. Ye la, kan dah tepi laut.


Then we reached at Masbat Bay, yang terbahagi dua oleh jambatan atas pasir ni, kecuali semasa banjir kilat yang jarang berlaku actually. 

Di sini ada pantai berpasir. 

Ada la orang berkelah...

... mandi manda...  

...dan snorkeling.

On the opposite site ada pemandangan ini. 

Ya Allah, cantiknya.

Cahaya matahari memancar menembusi awan di atas dan di bawah. 

What a beautiful ray of light. Epik sangat!

Posing kejap 😃.

A few more beach shots.


Santai habis. 


Jom jalan a bit more.

Sama je la, more restaurants....

... and shops.






Kami diberitahu hati-hati bila makan di restoran macam ni. Lepas pilih ikan di depan restoran, bila hidangan sampai, ikannya saiz lain.

Kami jalan sampai sini je sebab suasana semakin 'lucah'. Makin kami berjalan ke arah utara, pakaian pelancong wanita makin lebih 'mendebarkan', bagaikan satu budaya pulak nampaknya. Mereka begitu bebas dan bersahaja berjalan dengan hanya berbikini. Dah moh patah balik, balik ke hotel.


Ok sampai balik di jambatan tadi. Dan just nice je sebab masa tu tengah sunset. 

Jambatan tempat kami ambil gambar masa ini adalah di Peace Road, mengadap ke arah pergunungan belah St. Catherine.

SubhanAllah, cantiknya!

Maksud 'Dahab' dalam bahasa Arab Mesir ialah 'emas'. Dikatakan asalnya nama 'Dahab' itu adalah dari warna keemasan gunung ganang dan persekitaran di situ semasa matahari terbenam.

Ada juga dikatakan nama Dahab ini adalah dari tanah dan pasir yang mengalir turun dari pergunungan berhampiran ketika banjir besar yang berlaku setiap lima atau enam tahun, yang menjadi bandar ini kelihatan kekuningan atau keemasan.




Sesungguhnya semesta Alam bertasbih kepada Allah swt, termasuklah gunung ganang.
Allah swt berfirman,
إِنَّا سَخَّرْنَا الْجِبَالَ مَعَهُ يُسَبِّحْنَ بِالْعَشِيِّ وَالْإِشْرَاقِ
“Sesungguhnya Kami menundukkan gunung-gunung untuk bertasbih bersama dia (Daud) di waktu petang dan pagi” 
(Surah Sad Ayat 18).

Inilah peta jalan-jalan masa free-and-easy kami di Dahab. Dari Octopus Hotel hingga ke Hidy Street dan patah balik ke hotel. It was nice actually especially lepas 8 jam berada dalam bas earlier.  

Dekat hotel penginapan kami ada masjid ini, Masjid Al Mashraba.

Waktu solat di Dahab.

Sampai di hotel.

To me always is nice to have these furry felines around 😃. Did they not make me miss Tam Tam? 
Desperately! 😄

Malam tu kami ramai-ramai makan malam di tepi swimming pool. Meriah! 😃 Dinner nampak simple je tapi sedap! Alhamdulillah.

Bersambung...

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

4 comments:

  1. tuan tak try makanan kat kedai2 tu ke?

    nampak macam trip ni banyak dalam bas..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak, kami tak makan. First, sebab dinner is provided dalam pakej yg kami ambil ni. Kedua, sebab mahal kalau nak makan di restoran-restoran tu since it is right smack in the middle of a very touristic area di Dahab ni.

      Betul. Jauh2 perjalanan2 ke Sinai (St Catherine dan Dahab), ke Alexandria dan juga ke Faiyum. Kami berdua memang seronok sebab masa long journey tu kami dapat enjoy dan ambil gambar desert landscape yg amazing sgt. Lain dari yg kami pernah nampak sebelum ni. Alhamdulillah.

      Delete
  2. berbikini ??!!
    macam pelik kan sebab di tanah arab buka-bukaan gitu ... hehehhe

    amazing sunset
    amazing sunray
    amazing desert ...

    alaa..
    tam tam tak heran pun ..
    dia lagi suka sekor sekor kat rumah !! :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la pasal our local guide Thoha tu tak suka betul dengan mereka2 tu. Macam tak beradab langsung kata dia.

      Indeed. So much amazingness it's surreal!

      Dia tak heran, saya asyik teringat.. hehe. Kesian dia sekor2 je. Lebih seminggu pulak tu.

      Delete