Baik, saya sambung lagi cerita percutian kami di Mesir dalam pakej 'Kembara Jejak Rasul di Bumi Mesir', Kembara Sufi Travel & Tours Sdn Bhd.
Alhamdulillah, kami selamat tiba di Saint Catherine pada 1.30 pm.
Alhamdulillah, kami selamat tiba di Saint Catherine pada 1.30 pm.
Di Sinai Governorate, St Catherine City.
'Welcome To Saint Catherine'.
Close ups of the welcome signboard artwork. The mountain ranges (di St Catherine ni ada Gunung Tursina dan Gunung St Catherine), the Bedouins, Bedouins weaves and desert animals.
Juga ada, dari kiri; Fatimid Mosque (di St. Catherine's Monastery), makam nabi (Nabi Saleh as dan Nabi Harun as), St. Catherine statue (rasanya la), Church of Transfiguration (di St. Catherine's Monastery) dan The Burning Bush.
Berhenti sekejap isi minyak. Info harga fuels di Mesir:
Gasoline 80 : 5.50 EGP/Liter
Gasoline 92 :6.75 EGP/Liter
JUNE 16, 2018 - Egypt has raised gasoline prices by up to 50%.
The oil ministry said the price for 95 octane gasoline had been increased to 7.75 Egyptian pounds a liter from 6.60 pounds; 92 octane had been raised to 6.75 pounds a liter from 5 pounds and 80 octane had gone up to 5.50 pounds a liter from 3.65 pounds
Naik 50% !! Bertambah la tekanan kepada pengguna yang, as it is now ni tengah bergelut to make ends meet di masa kadar pengangguran yang tinggi dan kenaikan harga barang.
Ada monumen teko Arab.
Juga patung unta besar ni.
Terasa lapar pulak. Good thing ada Dates Bars ni. So sedap, so crumbly soft. Alhamdulillah.
Sampai di St. Catherine ni, stop pertama kami ialah melawat makam Nabi Saleh as.
Lokasi Makam Nabi Saleh as. Di St Catherine ni, selain Makam Nabi Saleh as, kami juga akan ke Makam Nabi Harun as dan St Catherine's Monastery. Morgen Land Village adalah hotel penginapan kami di St Catherine.
Coordinate makam Nabi Saleh as: 28°37'58.1"N 33°59'43.9"E
Bas berhenti di tepi jalan. Lengang jalanraya masa tu. Feels like we are in a middle of nowhere. Also no other tourists in sight. There were only us.
Follow Ustaz Faiz berjalan ke Makam Nabi Saleh as.
Nabi Saleh as diutus kepada Kaum Tsamud dan telah diberikan mukjizat iaitu seekor unta betina yang dikeluarkan dari celah batu dengan izin Allah swt bagi menunjukkan kebesaran Allah swt kepada kaum Tsamud. Malangnya kaum Tsamud masih mengingkari ajaran Nabi Salleh as dengan membunuh unta betina tersebut. Akhirnya kaum Tsamud dibalas dengan azab yang amat dahsyat iaitu dengan satu tempikan dari Malaikat Jibril as yang menyebabkan tubuh mereka hancur berkecai.
Inilah lokasi Makam Nabi Saleh as, di St Catherine.
Pintu masuk ke makam.
Makam Nabi Saleh as.
Di dalam Al Quran, kisah Nabi Salleh as telah diceritakan menerusi 72 ayat di dalam 11 surah yang di antaranya adalah Surah Al-A'raaf (Ayat 73-79), Surah Hud (Ayat 61-68) dan Surah Al-Qamar (Ayat 23-32). Silalah baca catatan lengkap kisah Nabi Saleh as di Laman Web Rasmi Jabatan Agama Islam Perak.
Makam Nabi Salleh ini terletak di sebuah kawasan perkuburan awam di Saint Catherine.
Bergambar kenangan. Masa ni suasana agak berdebu.
Saya baca, selain di Sinai ini, makam Nabi Saleh juga dikatakan berada di 2 lokasi lain: di Hasik Dhofar, Oman dan di Wadi Al-Salam Cemetery, Iraq. Nabi Saleh diutus kepada Kaum Tsamud yang merupakan penduduk di Madain Saleh di Arab Saudi. Jadi ketiga-tiga lokasi makamnya yang disebutkan tadi setiap satunya adalah possible. والله أعلمُ
Seterusnya kami ke Hotel Morgenland (Morgen Land Village) untuk makan tengahari. Kami juga akan menginap di hotel ini.
Tiba di Morgenland.
Pemandangan Hotel Morgenland dari simpang masuk.
Cantik landskap Hotel Morgenland ni.
Masuk ke dewan makan hotel.
Suasana di dalam dewan makan.
Ada poster besar St Catherine's Monastery.
Lunch kami adalah hidangan buffet. Sedap makanannya. Kami diberitahu Chef di hotel ini pernah bekerja di Singapura. Patut la kena dengan tekak kami..hehe.
Group members sibuk cedok makanan, saya sibuk ambil gambar.. hehe.
Looks delicious 😋.
Mouth watering desserts.
Inilah Chef yang masak lunch kami. Talaat nama dia. Siap pose for me.. 😊.
Our lunch.
Alhamdulillah. Sedap dan berselera kami makan.
St Catherine's Monastery, ikon bandar Saint Catherine.
Selesai makan kami jalan-jalan kejap ambil gambar resort ni.
So beautiful! Swimming pool dengan backdrop gunung.
Kami diberitahu mungkin air kolam ni tidak begitu bersih for swimming. Understandably so since kalau dah berlokasi di tengah gurun maka tentulah berdebu.
Since kami belum lagi check-in ke bilik, kami tumpang dulu bersolat di surau pekerja hotel.
Pemandangan di dalam surau.
Ada meow! 😍
Sementara menunggu group members lain selesai bersolat, kami check out kedai souvenir di hotel ni.
Di depan kedai souvenir ni ada khemah-khemah style orang Badwi untuk hotel guests melepak.
On display ada barangan yang digunakan oleh orang Badwi.
Sangat menarik. Since dalam itinerary tak ada lawatan ke perkampungan orang Badwi (rasanya atas sebab-sebab keselamatan), sekurang-kurangnya dapat juga tengok semua barangan ni.
Ada tempat memanggang.
Dan tempat berdiang.
Kedai souvenir.
Juga didekorasi macam dalam khemah orang Badwi. Looks very inviting.
Bersambung...
No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.
panas tak masa kat khemah badwi tu ?
ReplyDeletedan berdebu ..?
yang biji biji masa gambar dessert tu apa ? buah? anggur ? dan kurma ?
cantik meow tortoise shell tu !
dan nampak garang
Masa tu suhu tak panas, sekitar +-20 degrees. Also masa tu tak de tiupan angin kuat, so tak de debu berterbangan. Otherwise mmg la tak sesuai lepak dalam kehmah tu.
DeleteYes, kurma dan angggur. Kurma tu kurma muda. Masa gigit/kunyah, krap krup rangup. Anggur tu comel saiznya tapi juicy and not too sweet.
Is that what it's called? Tortoise shell? Baru saya tau.. hehe.
Yes, yes, comel tapi mmg nampak garang. Hard life kan, hidup di persekitaran gurun. Nak cari makan lagi, nak defend itself lagi... kesian..
tuan tak pi pyramid ke
ReplyDeletekalau buffet memang paling best kalau travel hehe
Ada. Tak sampai situ lagi ceritanya.
Delete