Dah day 05 kami di Mesir. Waking up at Morgenland Hotel/Morgen Land Village, Semenanjung Sinai.
Beautiful desert sunrise.
Semalamnya kami travelled dari Dahab ke Saint Katherine-Nuweibaa Road (Taba Protectorate) dan Morgenland Hotel/Morgen Land Village.
Lokasi Morgenland Hotel. Kawasan kelilingnya adalah gunung ganang gurun.
Pemandangan dari dalam kawasan Morgenland Hotel.
Pusing mana pun dalam kawasan hotel ni mesti nampak gunung ganang.
The mountainous surrounding is so majestic.
Seekor kucing tengah catwalk di tepi swimming pool.
😍
Kalau tak silap African travelers ni adalah Christians dan mereka nak ke St Catherine's Monastery dan seterusnya ke Mount Sinai sebagai satu pilgrimage.
Cara staff Morgenland Hotel bawa beg-beg besar guests. Granted memang la tak macam other hotels guna proper trolleys, tapi cara ni adalah lebih effective, right.
Bersarapan di Morgenland Hotel.
Yes, ada mee! Nampak plain je, tapi sedap! Bertambah.. hehe.
Lepas makan posing kejap sambil tunggu masa nak bertolak ke St Catherine's Monastery.
Hampir nak cecah air kolam masa nak dapatkan sudut tembakan ini.. hahaha.
I was also fascinated by these desert flowers. Let's have a closer look shall we.
Beautiful bright pink color. Tak de bau tapi.
The red ones.
And the whites.
Kaktus pun ada.
Tiny yellows.
Sampai masuk dalam scrubs nak ambik gambar bunga... hahaha. When I saw these shots, I asked my wife kenapa la ambik gambar I macam ni.. hehe. I ended up liking them pulak 😊.
Pemandangan kedai souvenir dan khemah Badwi di entrance masuk ke Morgenland Hotel.
Ok, masa untuk bertolak. Moh!
Masa waiting for the rest of the group members, saw this hungry dog looking for food. Kesian 😢.
Off we went to St Catherine's Monastery.
Ini jalan keluar/masuk Morgenland Hotel. Jalan utama/highway sayup di depan sana.
I thought by now dah biasa dah dengan pemandangan macam ni. Yet I was still deeply mesmerized.
I wonder if lampu-lampu jalan ni menyala masa malam. Sebab semasa di Semenanjung Sinai ni kami sememangnya tidak travel masa waktu malam kerana isu keselamatan.
Elok la tak travel malam. Otherwise tak dapat la tengok pemandangan macam ni.
Tak pasti ini bangunan apa, tapi nampak menarik di kaki gunung ini.
Di atas bukit tu ialah Makam Nabi Harun as yang tidak dapat kami lawati atas sebab-sebab keselamatan.
Bangunan beige tu ialah sebuah gereja.
Ada kawasan perkuburan di kaki bukit di mana terletaknya Makam Nabi Harun as.
El-Nabi Haroun Cemetery.
Jalan masuk ke The Tomb Of Prophet Haroun.
Meneruskan perjalanan ke St Catherine's Monastery. Passed by Bedouin Village dan Monastery Supermarket.
Melalui kawasan El-Kharazein.
Arah ke St Catherine's Monastery.
Welcoming mural to St Catherine City.
Ada sebuah monumen di roundabout di sini. Ada terpapar Ayat Al Quran dari Surah Thaha, Ayat 8 hingga 12. Juga ada tablet tentang The Sacred Valley Tuwa.
Walau pun kawasan ini nampak deserted, tapi sebenarnya ada orang-orang Badwi yang tinggal di sini. Sekali sekala kami ternampak anak-anak kecil orang Badwi bermain.
Tiba di tempat parking berdekatan dengan St Catherine's Monastery. Bas tidak dibenarkan masuk hingga dekat ke biara tu.
Jadi nak ke monastery tu boleh samada berjalan kaki atau kalau tak larat boleh naik kereta sewa. Jaraknya 850 meter.
Ini peta St Catherine's Monastery di Semenanjung Sinai.
Deretan kedai di entrance masuk ke laluan ke Saint Catherine's Monastery.
Dalam blog entry saya sebelum ini, ada saya cerita tentang pembunuhan pegawai keselamatan Mesir oleh pengganas? Ingat tak? Haaa... di pintu masuk ke Saint Catherine's Monastery inilah berlakunya pembunuhan tu. Selain mangsa, ada 4 orang lagi pegawai keselamatan yang cedera ditembak. Kerana itu semua pengunjung yang nak masuk ke kawasan monastery ini mesti melalui pemeriksaan security yang ketat di sini.
Pemandangan laluan ke St Catherine's Monastery.
Betul tu, kami decided to walk. Ada group members lain yang naik kereta sewa dengan caj LED 10 seorang sehala.
Agak berdebu juga jalan ni masa tu.
Ustaz juga berjalan bersama kami.
Tu dah nampak dah dinding biara.
Biara ini dibina di lembah di kaki Gunung Tursina.
Nampak subur kawasan monastery ni.
A man and his camel, listening to something from his handphone.
Relak je dia tunggang unta duduk macam tu, dengan hands free dan layan mobile phone. I guess 'Do not text and drive' do not apply here.. hehe.
Tiba di St Catherine's Monastery.
Gunung di tengah di belakang tulah Gunung Tursina.
Lokasi St Catherine's Monastery dan Mount Sinai.
Suasana di pintu masuk ke monastery. Tak ramai pengunjung masa tu.
Gambaran St Catherine's Monastery dan Mount Sinai pada 1839.
Bergambar kenangan.
Pemandangan keseluruhan St Catherine's Monastery dari arah depan.
Satu lagi lukisan lama St Catherine's Monastery.
Maklumat tentang apa yang ada di dalam biara ini. Ada sebuah masjid di dalamnya iaitu Fatimid Mosque. Juga ada Telaga Nabi Musa as dan The Burning Bush.
Teringat anjing putih yang saya nampak earlier 😡.
Ni buku-buku tentang St Catherine's Monastery yang kami beli di Morgenland Hotel sebagai rujukan. Saya insert beberapa foto/info dari buku ini di sini.
Inilah St Catherine.
Info about St Catherine.
St Catherine's Monastery ialah sebuah biara Kristian mazhab Greek Othodox yang dibina di kaki Gunung Tursina. Nama rasmi yang lengkap bagi biara ini adalah Sacred and Imperial Monastery of the God-Trodden Mount of Sinai. Namun ia lebih dikenali sebagai Saint Catherine's Monastery sempena seorang Christian Saint bernama Catherine of Alexandria yang dikatakan disemadikan di sini.
Sedikit info tentang sejarah biara ini.
Jom kita masuk ke dalam.
Ini pelan monastery ini. Kami masuk dari belah Kleber's tower. Kami tidaklah jalan cover the whole monastery, cuma di NE Court, Well of Moses dan Church of Transfiguration.
Btw, nampak tak ada section 'Library' dalam pelan di atas? Perpustakaan yang dibina antara tahun 1930 dan 1942 ini adalah sayap bangunan biara yang luas dan tahan api. Di dalamnya ada salah satu koleksi monastik terkaya di dunia, yang kedua pentingnya selepas Vatican.
Ni belum lagi masuk dalam kawasan biara, masih lagi di outer court of the monastery.
Berjalan menuju ke pintu masuk monastery.
Ada perigi lama di tepi dinding tembok monastery ni. Dikatakan dalam monastery ini banyak telaga-telaga.
Pintu masuk ke St Catherine's Monastery.
Binaan seperti pondok kayu kecil yang terlekat pada dinding St Catherine's Monastery ini adalah pintu-pintu asal untuk masuk ke biara ini.
Pintu masuk adalah di bawah pondok kayu ini.
Biarawan yang tinggal di sini pada zaman dulu menggunakan tali dan takal untuk keluar-masuk ke biara melalui pintu ini. Ini kerana serangan kerap berlaku terutama antara abad ke-15 dan ke-17. Entrances ini sengaja dibina tinggi begini untuk tujuan keselamatan.
Inilah sistem elevator di biara ini, guna manual labour. Handles diputar bagi tali dililit atau dilepas semasa menaikkan atau menurunkan orang yang nak keluar masuk monastery ini. See above photo.
Tapi pelawat sekarang tak perlu la nak panjat tali masuk through the pondok dinding tu sebab dah dibuat pintu ni.
Upon entering, ada seorang monk.
Tentang Monasticism.
Sumber: link
Menurut catatan sejarah, pada 626 Nabi Muhammad saw secara peribadi memberi piagam (dipanggil Ashtiname of Muhammad saw) kepada biarawan-biarawan St. Catherine untuk melindungi hak-hak orang Kristian dan orang bukan Islam yang "jauh dan dekat" yang tinggal di kawasan-kawasan yang kebanyakannya Islam.
'Ashtiname of Muhammad' saw, yang juga dikenali sebagai Covenant atau Testament (Testamentum) of Muhammad saw, (Prophet Muhammad’s saw Charter of Priviliges to Christians) adalah dokumen yang merupakan piagam atau writ yang didakwa disahkan oleh Nabi Muhammad saw yang memberikan perlindungan dan keistimewaan lain kepada para pengikut Jesus the Nazarene, diberikan kepada biarawan Kristian Biara Saint Catherine. Ia dikatakan dimeterai dengan imprint tangan Nabi Muhammad saw.
Āshtīnāmeh adalah perkataan Parsi yang bermaksud "Book of Peace", istilah Parsi untuk treaty and covenant.
Ashtiname yang digambarkan di bawah ini bukanlah yang asal, tetapi sebenarnya salinan asal dari abad ke-16, yang mungkin telah diubah versi teks aslinya.
Dr. Aziz Suryal Atiya was a professor of Medieval History at Farouk University when he took part in The Monastery of St. Catherine and the Mount Sinai Expedition, a research project that looked into the history of the monastery and the authenticity of the Achtiname. Here’s what he had to say: “After the Arab conquest of Egypt in AD 640 , it was said that the Prophet Muhammad granted the monks of Mount Sinai a covenant whereby their lives and property became secure under Muslim rule. The existing tradition is that the original charter was taken from the Monastery by Sultan Selim I after the Ottoman conquest of Egypt in 1517. The Sultan, however, gave the monks a copy of it and sanctioned its terms.” Source: link |
والله أعلمُ
Ok, sambung balik cerita lawatan ke biara ni. Ini di lorong di pintu masuk utama monastery. Up ahead di sebelah kanan ialah Telaga Musa as dan di sebelah kiri ialah pintu masuk lorong ke Church of Transfiguration dan juga lokasi Fatimid Mosque.
Dari sudut pandangan ini pula, up ahead ada 'The Burning Bush'.
Ok mula-mula let's have a look at the Fatimid Mosque, yang menara putih tu. Terdapat 85 orang pekerja Islam di dalam monastery ini dan mereka (atau sesiapa sahaja yang beragama Islam) boleh bersolat di dalam masjid ini atau di mana sahaja di dalam biara ini dan juga di luar main gate.
Masjid ini dikatakan adalah bukti perlindungan biara ini oleh khalifah Mesir, dan juga sikap toleran para monks kepada Islam. Ia adalah sebuah bangunan segi empat tepat dengan dua tiang kukuh di mana gerbang bumbung dilandaskan. Meskipun pada umumnya dianggap sebagai struktur yang didirikan sebagai masjid, terdapat bukti arkeologi yang menunjukkan bahawa ia pada asalnya merupakan rumah tamu dan telah diubah menjadi masjid pada awal abad ke-11. Sejak turun temurun kaum Jabaliya (orang Badwi tempatan), diamanahkan dengan kunci-kunci ke masjid ini.
Kaum Islam Badwi sudah mempunyai hubungan dengan biara ini sejak abad ke-6 ketika the monks mula datang dari Montenegro, Serbia dan Sahara Barat di Mesir. Piagam dan perjanjian yang menghubungkan kedua-dua mereka telah diturunkan dari satu generasi ke generasi berikutnya sehingga ke hari ini.
Untuk majlis-majlis khas, masjid ini masih digunakan oleh orang Badwi tempatan, yang telah membantu mempertahankan biara ini sejak berabad-abad lamanya.
Maklumat tentang Fatimid Mosque dan 'Ashtiname of Muhammad' saw dari buku yang kami beli earlier.
Ini pula ialah menara Church of Transfiguration, sebuah Greek Orthodox autonomous Church.
Juga dikenali sebagai Church of St. Catherine.
Kerja pembinaannya bermula pada 542 AD dan siap 9 tahun kemudiannya.
Seterusnya kami ke 'The Burning Bush'. Dilindungi dengan tembok, ia adalah spesies bramble, yang tidak dapat dijumpai di mana-mana Semenanjung Sinai. Ia tidak berbunga dan tidak berbuah.
As you can see, pelawat tidak dibenarkan pergi dekat pada bush ini dan kawasannya dah dipagar. Sebelum ini, this was not the case. Dulu pelawat boleh pergi dekat. Now dah dipagar mungkin kerana ramai pelawat pergi petik daun-daun bush ini untuk dijadikan souvenir. Jadinya bahagian yang berjurai tu jadi sampai botak seperti dalam foto bawah ni.
Monks di monastery ini percaya inilah burning bush yang original. Nama saintifik bush ini ialah Rubus sanctus, yang biasa dikenali sebagai 'holy bramble'. Ia telah dipindahkan beberapa meter dari tempat asalnya supaya sebuah chapel yang didedikasikan untuknya boleh dibina di situ. The monks juga percaya bahawa inilah satu-satunya holy bramble yang tumbuh di Semenanjung Sinai. Setiap percubaan untuk menanamnya di tempat lain telah tidak berhasil.
Di bawah bush ini, pada dinding tembok ada lukisan Moses and the Burning Bush, ikut interpretation mereka lah.
Info dari buku yang kami beli.
Pohon hijau yang menjadi kepercayaan agama kristian ini boleh memakbulkan doa sesiapa sahaja. Pokok ini juga digelar pohon 1,000 tahun. Ianya juga digelar pohon suci.
Kisah Nabi Musa as yang dikaitkan dengan Burning Bush ini ada diceritakan di dalam Al Quran. Ketika itu Nabi Musa as dan keluarganya sedang dalam perjalanan pulang ke Mesir dari Madyan. Ketika singgah di Lembah Tuwa ini, dia cuba menyalakan api tetapi api tetap tak mahu menyala.
Bila Nabi Musa as ternampak api yang menyala (yang dikatakan dari semak berduri ini), dia meninggalkan keluarganya sebentar untuk mendapatkan api tersebut. Maka terjadilah dialog di antara Nabi Musa as dengan Allah swt seperti yang diceritakan di dalam Al Quran Surah Al Qasas (28): Ayat 29-32:
[29] Maka ketika Musa telah menyelesaikan waktu yang ditentukan itu dan dia berangkat dengan keluarganya, dia melihat api di lereng gunung, dia berkata kepada keluarganya, “Tunggulah (di sini), sesungguhnya aku melihat api, mudah-mudahan aku dapat membawa suatu berita kepadamu dari (tempat) api itu atau (membawa) sepercik api, agar kamu dapat menghangatkan badan.”
[30] Maka ketika dia (Musa) sampai ke (tempat) api itu, dia diseru dari (arah) pinggir sebelah kanan lembah, dari sebatang pohon, di sebidang tanah yang diberkati, “Wahai Musa! Sungguh, Aku adalah Allah, Tuhan seluruh alam!
[31] Dan lemparkanlah tongkatmu.” Maka ketika dia (Musa) melihatnya bergerak-gerak seakan-akan seekor ular (kecil), dia lari berbalik ke belakang tanpa menoleh. (Allah berfirman), “Wahai Musa! Kemarilah dan jangan takut. Sesungguhnya engkau termasuk orang yang aman.
[32] Masukkanlah tanganmu ke dalam leher bajumu, dia akan keluar putih (bercahaya) tanpa cacat, dan dakaplah kedua tanganmu ke dadamu apabila ketakutan. Itulah dua mukjizat dari Tuhanmu (yang akan engkau pertunjukkan) kepada Firaun dan para pembesarnya. Sungguh, mereka adalah orang-orang yang fasik”.
Nabi Musa as digelar ‘Kalimullah' ~ orang yang diajak berbicara secara langsung oleh Allah swt di dunia ini. Ini merupakan keistimewaan dan kelebihan yang diberikan Allah swt hanya kepada Nabi Musa as. Ketika nabi-nabi lain mendapat wahyu melalui perantaraan Malaikat Jibril as, beliau mendapat wahyu langsung dari Allah swt. Allah swt berfirman di dalam Al Quran Surah An-Nisa' (4): Ayat 164:
[164] Dan ada beberapa rasul yang telah Kami kisahkan mereka kepadamu sebelumnya dan ada beberapa rasul (lain) yang tidak Kami kisahkan kepadamu. Dan kepada Musa, Allah berfirman langsung.
Suasana di dalam St Catherine's Monastery.
Seterusnya kami ke telaga Nabi Musa as. Di dinding-dinding di keliling telaga ini ada beberapa murals depciting the life of Moses mengikut fahaman Kristian.
Mural yang ini rasanya reflecting the below according to the Bible:
Parting of the Red Sea, The Dance of Miriam and Striking the rock.
Manna and Quail, Moses holding up his arms during the battle against Amalek, assisted by Aaron and Hur and Battle with Amalekites.
Receiving the Tablets and The Golden Calf.
Baby Moses set adrift, Moses defends Zipporah and her sister and Moses marry Zipporah.
Moses tending goats and Moses in front of the burning bush.
Inilah yang dikatakan Telaga Nabi Musa as.
Dari telaga inilah dikatakan Nabi Musa as menceduk air untuk membantu anak-anak perempuan Nabi Syuaib as memberikan minuman kepada ternakan mereka. Nabi Musa as kemudiannya berkahwin dengan salah seorang anak perempuan Nabi Syuaib as ini yang bernama Safura dengan maskahwin bekerja sebagai penggembala kambing untuk ayahnya selama 8 tahun.
Kisah Nabi Musa as membantu anak-anak Nabi Syuaib as ini diceritakan di dalam Al Quran Surah Al Qasas (28): Ayat 22-28:
[22] Dan ketika dia (Musa) menuju ke arah negeri Madyan dia berdoa lagi, "Mudah-mudahan Tuhanku memimpin aku ke jalan yang benar".
[23] Dan ketika sampai di sumber air negeri Madyan, dia menjumpai di sana sekumpulan orang yang sedang memberi minum (ternaknya), dan dia menjumpai di belakang orang banyak itu, dua orang perempuan sedang menghambat (ternaknya). Dia (Musa) berkata, "Apakah maksudmu (dengan berbuat begitu)?" Kedua (perempuan) itu menjawab, "Kami tidak dapat memberi minum (ternak kami) sebelum pengembala-pengembala itu memulangkan (ternaknya), sedang ayah kami adalah orang tua yang telah lanjut usianya".
[24] Maka dia (Musa) memberi minum (ternak) kedua perempuan itu, kemudian dia kembali ke tempat yang teduh lalu berdoa, "Ya Tuhanku, sesungguhnya aku sangat memerlukan sesuatu kebaikan (makanan) yang Engkau turunkan kepadaku.
[25] Kemudian datanglah kepada Musa salah seorang dari kedua perempuan itu berjalan dengan malu-malu, dia berkata, "Sesungguhnya ayahku mengundangmu untuk memberi balasan sebagai imbal balas (kebaikan) mu memberi minum (ternak) kami." Ketika (Musa) mendatangi ayahnya dan dia menceritakan kepadanya kisah (mengenai dirinya), dia berkata, "Janganlah engkau takut! Engkau telah selamat dari orang-orang zalim itu."
[26] Dan salah seorang dari kedua (perempuan) itu berkata, "Wahai ayahku! Jadikanlah dia sebagai pekerja (pada kita), sesungguhnya orang yang paling baik yang engkau ambil sebagai pekerja (pada kita) ialah orang yang kuat dan dapat dipercaya."
[27] Dia (Nabi Syuaib) berkata, "Sesungguhnya aku bermaksud ingin menikahkan engkau dengan salah seorang dari kedua anak perempuanku ini, dengan ketentuan bahawa engkau bekerja padaku selama lapan tahun dan jika engkau sempurnakan sepuluh tahun maka itu adalah (suatu kebaikan) darimu, dan aku tidak bermaksud memberatkan engkau. Insya Allah engkau akan mendapatiku termasuk orang yang baik."
[28] Dia (Musa) berkata, "Itu perjanjian antara aku dan engkau. Yang mana saja dari kedua waktu yang ditentukan itu yang aku sempurnakan, maka tidak ada tuntutan (tambahan) atas diriku (lagi). Dan Allah menjadi saksi atas apa yang kita ucapkan."
Seterusnya saya dan isteri made a quick visit inside the Church of Transfiguration.
Pelan Church of Transfiguration.
Mazhab Kristian Greek Orthodox yang dianut oleh paderi-paderi di biara ini sangat berbeza dengan mazhab-mazhab Kristian lain seperti Roman Katholik dan Protestant yang banyak dianuti oleh orang-orang Barat. Penganut-penganut mazhab Kristian inilah yang sebenarnya dirujuk oleh Al Quran sebagai Orang-orang Nasrani. Antara kelainan mazhab ini dengan mazhab-mazhab Kristian yang lain adalah mereka menyambut Hari Krismas pada 7 Januari dan bukan 25 Disember seperti yang lain.
Tak seperti gereja-gereja Kristian yang lain, tak ada kerusi disediakan untuk bersembahyang di dalamnya. Ini adalah kerana secara tradisi, penganut Kristian Orthodox akan bersembahyang sambil berdiri. Photography is not allowed in this church so saya letak sini foto-fot dari buku yang kami beli earlier.
Dengan lawatan ke Church of Transfiguration maka berakhirlah lawatan kami di St Catherine's Monastery.
Kereta sewa yang perlu ditolak to start the engine.
Kawasan kebun dalam St Catherine's Monastery yang pekerjanya terdiri dari kaum Badwi dari Jabaleya tribe.
Berjalan semula ke tempat parking. Kami jalan kaki je.
Kelihatan ada beberapa pengunjung yang sedang berjalan ke Monastery.
What coloful outfit! Beautiful! Mereka ni pilgrims dari Afrika.
Bergambar kenangan. Kakak baju merah tu panjat Gunung Tursina bersama suami dia malam tadinya. Kuat betul dia!
Group members yang lain naik kereta sewa ni untuk ke tempat parking.
Pekerja-pekerja pembinaan jalan berhampiran Saint Catherine's Monastery.
Berhabuk bedebu masa jalan di sini.
Dah nak dekat sampai ke tempat parkir. Tak jauh, cuma lebih kurang 10 minit jalan kaki.
Kalau tak silap itu adalah St Catherine Plaza Hotel.
Deretan kereta-kereta sewa untuk bawa pelawat dari tempat parking/security check ke monastery.
Signboard di entrance masuk ke monastery.
Deretan kedai-kedai sovenir.
Iklan di sebuah cafe.
Kena tunggu bas sebab bas tidak dibenarkan menunggu di tempat parking sebab kawasannya tidak besar. Sambil tu ambil gambar kambing gurun orang Badwi yang berkeliaran di situ.
Then I spotted more goats nun jauh di tebing gunung tu.
Gigih zooming.. hehe.
Bas tiba kami pun beredar.
Tembok-tembok lama yang dah runtuh.
Lalu di kawasan the Golden Calf.
Lembu Samiri.
Mural St Catherine City menyambut kedatangan pelancong.
Sebuah monumen di satu roundabout. On one side ada Ayat Al Quran dari Surah Thaha, Ayat 8 hingga 12 dan on the other side ada mosaic gambar Saint Catherine.
Makam Nabi Harun
Masa nak sampai ke hotel ternampak pulak batu bertenggek ni. Macam unik pulak. Lagi unik bila terfikir that ianya suatu kejadian semulajadi.
Lagi unik bila saya terfikir, ehh... macam sama dengan Easter Island Moai Statues.. hehehe... gitu la saya berimaginasi.. 😊.
Bersambung....
No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.
saya sangat nak pergi Easter Island!
ReplyDeletesejak kecik nengok documentary pasal Moai tu .. and the mysteries surrounding Easter Island ...
hehhehe... nak jugak menyampuk ..
interesting nya bunga bunga tu.
saya ada satu apps ni.. just snap h[photos of planta ; flowers or leaves or the whole pokok
nanti boleh recognise pokok apa..
yang pink tu Erium Oleander ..
yang merah tu geranium
bluish tu blue plumbago
cactus tu barbary fig
the two last ones are lantana camara..
hahaha .. cant help it ... it is my thirst for knowledge :))
pintu tergantung kat atas gitu !? dan nak keluar masuk kena angkat , turunkan dengan tali ..?!
mesti tak ada biara dan biarawati yang gemuk gemuk kan..
ataupun kalau ada yang gemuk depa suruh duduk diam diam je dalam momastery ..:))
Easter Island tu jauh doc. 2 hari kot flight ke sana. Kosnya lagi. Huiii...
DeleteTapi mmg definitely tak extreme la kalau ke sana :). Eh.. bukan extreme, mainstream.. hehe.
Waaa... got aaaa such apps! Hebat! Saya mmg ada attempt cari nama2 bunga tu di internet tapi tak jumpa so terus give up. So thank you so very very much for sharing the names! Really really appreciate it!
Kalau you snap buah durian, keluar ke result 'Durian'? Mesti la kot. Petai? Jering?
Waa.. I so curious about that apps la. Apa nama apps tu? 'Plants identifier'? I tak terfikir pun such an apps exist. Now ni mcm2 apps ada.
Yes, pintu tergantung. Mcm fortress monastery ni. Susah nak diconquer.
Yes, guna tali yg I think ada plank to stand on. Tak pe doc kalau gemuk pun sebab surely tali tu kuat dan pekerja yg dok push/pull the handle pun kuat2 belaka.
Being the worrier me, I terfikir kalau la ada kebakaran, mcm mana nak lari keluar? Kalau masa perang, musuh tembak bola api dgn catapult dan dlm monastery tu terbakar. Tak kan la nak guna pintu tu. Mana sempat. How to run out? Then I thought mesti la ada emergency exits dan secret tunnels.
planta??!! haiyoo.. plants!!
ReplyDeletehahhaaa
Hahahha.. kalau planta tak payah pakai apps, baca je label planta tu... hehehe
Delete