Monday, November 5, 2018

EGYPT - DAY 04 - PART 01 - DAHAB GLASS BOTTOM BOAT TOUR

Hari ke 4 di Mesir kami berada di Dahab. Had a good night sleep malam tadi. Well rested and raring to go jalan-jalan pagi ni. 

Ini di verandah bilik kami dan taman depan bilik.

Waaa... suhu akan naik sampai nak dekat 40°. Panas tu. Anyway per itinerary kami that day we'll be pretty much under the shades. 

Breakfast dulu sebelum start jalan-jalan.

Santai je ruang makannya. 

Made our own egg sandwich guna telur rebus dan butter.

Bersarapan sambil ditemani oleh si comel ni 😊.

Lepas sarapan, balik ke bilik kejap to freshen up. Masa nak keluar.. ehhh... betul-betul depan pintu ada si kelabu ni tadi. Alaaa.. kenapa la kau comel sangat nih!! 

Kan dah teringat Tam Tam 😢😃.

Lepas sarapan kami pun bertolak untuk program pertama pagi tu iaitu a short boat cruise di Teluk Aqaba, Laut Merah. Ok, saya share di sini foto-foto Dahab while on the way to the beach. 

Al Huda Mosque di Dahab.

Pemandangan di Dahab. Kawasan kediaman dengan backdrop gunung ganang.

Street wall art di Poseidon Divers (a group of dive centres)


Kawasan perumahan sedang dalam pembinaan.

Seperti ambil gambar sawah padi, memang la rasanya saya tak akan jemu ambil gambar gunung ganang di Sinai ni. Cukup indah sekali!

Resorts di Dahab.

Sampai dah di pantai. 

Dekat je public beach ni dari hotel penginapan kami.



Pantai Awam Dahab ni terletak di sebelah Jaz Dahabeya hotel.

The public beach.


Well kept. 

Quite nice actually. Especially sebab masa ni tak de orang.. hehe.

Kalau belah-belah Arab ni, seats santai macam ni mesti ada. Must be nice melepak situ while sipping tea and coffee and puffing shisha.


Cantik landscape beach, sea and mountains di sini.



More resorts di hujung sana.






SubhanAllah.. cantiknya. Epik sangat!

Ok jom kita naik bot. 

Itulah bot yang akan kami naik.

Masuk ke kawasan pantai 

Since nak naik bot tu kena redah air laut sikit, maka footwear kena tinggalkan. 

Kami akan naik bot besar with glass bottom untuk tengok dasar laut. Untuk ke bot tu, kena naik smaller bot to reach it. Btw, the weather was brilliant, Alhamdulillah.

Di sepanjang pantai ini ada beberapa resort such as Jaz Dahabeya, Ganet Sinai Resort, Swiss Inn Resort Dahab dan Dahab Resort.

Moh naik bot kecik ni.

We let the akak-akak dan mak cik-mak cik naik dulu. Tu dia sampai senget sebelah... hahaha. Maka buat seketika itu riuh meriah lah pantai yang otherwise sunyi ini.. hehehehe.. Actually memang seronok jalan-jalan dengan mereka yang pangkat kakak dan mak cik sebab memang tak sunyi punyalah... hehe.

Group foto atas bot.. hehe.

Sementara menunggu bot kecik tu hantar mereka, kami pun bergambar juga lah.


Kanan: bersama Ustaz Toyyeb, student di Universiti Al Azhar.
Tengah: bersama Ustaz Faiz (in vest) dari Kembara Sufi dan rakan-rakan satu group.
Kiri: bersama Thoha, our local guide. 

Then kami pulak naik bot kecik ni untuk ke glass bottom boat. Dan mesti la berwefie.. hehe.

Yang kanan tu Kak Kathy, our new best friend. We just love talking with her. She's so funny and wonderful. Yang kiri tu Kak Hamidah, yang saya dah declare as my kakak angkat 😊. Love her to bits. She's so cool and wise and so sisterly. 

And then there is me, who basically calls everyone in this group kakak, mak cik atau abang. Macam la masih muda lagi.. hehehehe.

So ok, ni lokasi Dahab di Semenanjung Sinai. 

Our short boat cruise ni adalah di Teluk Aqaba, Laut Merah.

Inilah dalam glass boat tu. Ada very nice, long, big and more importantly clean glass bottom looking down ke dasar laut. Mesti la kena bersih sebab nak ambik gambar kan. Dan air lautnya jernih.
Teringat dua bulan lepas, my wife and I juga ada board a glass boat menikmati keindahan Laut Bunaken masa bercuti ke Manado di Sulawesi, Indonesia.

Aktiviti cruise glass bottom boat tengok keindahan dasar Laut Merah ni sebenarnya adalah aktiviti optional. As it turned out semua dalam group kami bersetuju to go for it. Since excursion ni adalah optional dan tak termasuk dalam harga pakej, kami telah membayar LE90 (RM23) seorang. Pada kami berbaloi sangat. 

Ada peta besar Semenanjung Sinai dalam bot ni yang menunjukkan cities, airports, archaeological sites, beaches, dive sites, fortresses, harbours, lighthouses, places of migratory birds, mosques, monasteries, churches, museums, oasis, panoramic points, protected areas, camping sites, springs, hot springs and villages. So dalam lain perkataan, Semenanjung Sinai memanglah sangat menarik. Ada macam-macam!

Juga ada foto-foto hidupan laut yang ada di Laut Merah ini. 


Ada dugong, dolphins, barracudas and sharks.

Also turtles and stingrays.

Ada catfish, squirrelfish, seahorse, grouper and scorpionfish.

And other exotic fish.



And amazingly colorful corals. 


Bergambar kenangan.

Ok moh tengok apa yang dapat saya capture di dasar Laut Merah ni. Needless to say banyak foto saya yang blur tapi these are yang kira ok la untuk di share di sini.

SubhanAllah, so beautiful right!

Yes, ambil gambar through the glass ada that magnifying effect. That helps sebab dasar yang dalam boleh la nampak jelas.


Ikan belang. Namanya ialah Sergeant major. Ikan warna biru dengan 5 stripe hitam. 

Sergeant majors earn their name from its brightly striped sides, known as bars, which are reminiscent of the insignia of a military sergeant major.  

Sometimes ikan ini dibersihkan dari parasit oleh ikan gobies. Ikan Sergeant major ni pun kerja dia bersihkan parasit dari green sea turtles.

Yang jantan dewasa warnanya lebih biru dan belang hitamnya malap sedikit.



Haaa... yang ni pulak warna kuning. Ini Blacktail butterflyfish yang hanya ada di Laut Merah. Banyak ditemui di kawasan coral-rich antara 0.5 dan 20 m dalam, di terumbu laut atau di lagun atau di teluk.

Tapi ada juga dijumpai ikan ni di Laut Mediterranean selepas mereka berenang melalui Terusan Suez. Jadi Suez Canal tu bukan sahaja jadi laluan kapal tapi juga laluan ikan bermigrasi dari laut ke laut.


Sergeant majors lagi. Banyak ikan ni.

Masa bot ni sedang bergerak ke kawasan corals lain, kalau ambik gambar dasar laut maka akan blur je la since boat is moving. So in the mean time, saya pun ambil la gambar Dahab/Semenanjung Sinai dari Laut Merah.


It was absolutely breathtaking! 

Boleh nampak kawasan deretan resorts yang rimbun dengan pokok-pokok dengan pemandangan backdrop gunung ganang gurun yang tersergam kukuh dan indah.


Rasanya itu Dahab Heights Villa. 

Le Meridien Dahab Resort.

It is my personal opinion that kalau ambil gambar masa travel guna compact camera adalah so much more convenient, like seriously.   

Ikan warna oren ni kami nampak ada banyak di sini. Namanya ialah Scalefin Anthias. Dia ni ada banyak nama lain seperti Sea Goldie, Sea Perch dan Orange Sea Perch. Ditemui selalunya dalam satu kumpulan di lagun air jernih, di saluran-saluran atas cerun dan lereng terumbu karang. Juga sering berkongsi ruang dengan belut Moray. Ikan ini terdapat di Lautan Hindi Barat termasuk Laut Merah, dan di Lautan Pasifik jauh ke timur hingga ke Jepun dan tenggara Australia. Ia tidak ada di Teluk Parsi dan Oman.

Ada dua fakta menarik tentang ikan ini. 
Fakta pertama: Selalunya ditemui seekor ikan jantan berenang-renang dengan harem dia! Hamboi! Ada harem! 
Fakta kedua: Seperti ikan spesis Anthias lain, ikan ini adalah jenis 'protogynous hermaphrodite'. Apa tu? Haa.. maknanya ikan ni boleh tukar jantina dia! Seekor ikan jantan anthias mengekalkan harem sebanyak antara 5 hingga 10 ekor ikan Anthias betina. Tapi bila yang jantan tu mati, salah satu dari ikan Anthias betina dalam haremnya akan menjalani pembalikan seks (sex reversal) dan mengambil tempat ikan jantan Anthias yang dah mati tu. 

Saya baca ada at least 22 jenis ikan yang boleh tukar jantina dari jantan ke betina dan sebaliknya. Ini adalah untuk mengimbangi kuantiti bilangan jantina itu sendiri sekali gus mengekalkan keturunan agar berterusan. SubhanAllah begitulah kuasa dan kebijaksanaan Allah swt. 

"Allah pencipta dan pemelihara alam semesta. Allah menciptakan alam semesta ini dalam keseimbangan, dalam harmoni yang indah". 

"Allah sahajalah yang menciptakan manusia dan segala alam ini. Oleh kerana Allah Maha Sempurna, maka Allah mencipta alam ini dengan penuh kesempurnaan. Oleh kerana Allah Maha Pengasih dan Penyayang, maka Allah mencipta alam ini dengan penuh kasih sayang. Begitu juga, oleh kerana Allah Maha Bijaksana, maka Allah s.w.t. mencipta alam ini dengan serba lengkap dan tahu segala kelemahan, kekurangan, keperluan dan kekuatan alam ini".

Then this beautiful multicolored fish appear under our boat. Waaa... cantiknya!

Namanya Emperor angelfish. Ada di lautan India dan Pasifik, dari Laut Merah hingga ke Hawaii dan Kepulauan Austral. Populasi spesies ini secara amnya adalah stabil dan tidak menghadapi sebarang ancaman kepupusan. 

Ia adalah kegemaran jurugambar, artis, dan aquarist kerana corak dan warnanya yang unik. I can see why lah! 

Dari tahun 2010 terdapat laporan bahawa spesies ini telah menjelajah hingga ke Laut Mediterranean tenggara, kemungkinan besar, seperti Blacktail butterflyfish mentioned above, melalui Terusan Suez. 

Ikan Emperor angelfish ini perlukan tempoh 24 hingga 30 bulan untuk bercorak dan berwarna begini. Ikan dewasa spesies ini boleh ditemui di gua-gua di kawasan pertumbuhan karang di lagun atau di terumbu karang.

Dan yang ini pula, kalau tak silap, nampak macam Sinai Parrotfish. Tapi rasanya bukan kot sebab Sinai Parrotfish ni adalah a rare fish yang ada cuma di kawasan tertentu sahaja. Tak kan terjumpa senang macam ni dan dengan glass bottom boat pulak tu.. hehe. 

Lenguh leher menunduk ke lantai kaca bot ni, saya naik ke deck atas. 

Aaaaa.... beautiful open blue sea... deruan angin nyaman... SubhanAllah...

Saya selfie satu ya.. hehe. Oh ya, belilah cermin mata Transition, convenient sangat. Memang la mahal. Berbulan saya dok kumpul duit nak buat sepasang 😎. For me it had become a necessity sebab saya ni sungguh tak tahan silau. Kadang tu kalau silau sangat, sampai pening kepala, rasa nak rebah.

Felt like an epic voyage.. hehe... berangan... 😄.

Santai di deck atas.

Satu lagi.. hehe.

Beach buggy.

Dahab Heights Villa. 


Le Meridian Dahab Hotel.


Other resorts.



Our local guide told me that he likes tourists dari Malaysia sebab kata dia 'akhlak orang Malaysia bagus' dan 'bukan macam mereka' sambil menuding jari ke arah a bunch of half naked foreigners yang sedang bermandi manda di pantai. 

Ok, time to get back to shore. 





Adorable.

Bot kecil earlier tadi pun sampai ke bot glass bottom besar ni untuk bawa kami ke pantai. Sementara dihantar group pertama, saya perhati lagi dasar pantai ni. 

Ehh... ada jugak ikan dekat-dekat pantai ni. Yang ni namanya Two Band Anemonefish atau Red Sea Clownfish. Clownfish ditemui di perairan panas di lautan India dan Pasifik dan Laut Merah di terumbu terlindung atau di laguna cetek.

Clownfish ini adalah ikan yang menjalin hubungan 'symbiotic mutualisms' dengan anemon laut (sejenis haiwan laut rupanya macam tumbuhan laut - see below photo) dan ia tidak cedera oleh sengat anemon laut itu. Malah anemon laut itu melindungi ikan clownfish dari pemangsa, disamping sisa makanannya jadi sumber makanan pada Clownfish. Sesungut anemon laut yang dah mati juga jadi makanan si Clownfish. Sebagai balasan, clownfish mempertahankan anemon laut itu dari pemangsa dan parasit.

Dalam kumpulan clownfish, terdapat hierarki dominasi yang ketat. Ikan yang terbesar dan paling agresif adalah Clownfish betina. Hanya dua Clownfish, seekor jantan dan seekor betina dalam satu-satu kumpulan yang membiak melalui persenyawaan luaran. Clownfish adalah 'sequential hermaphrodites', yang bermaksud mereka membesar menjadi Clownfish jantan dahulu, dan apabila mereka matang, jadi Clownfish betina.


Dan ikan yang last yang sempat saya rakam sebelum bot kecil sampai ialah Porcupinefish. Dalam keadaan bahaya, porcupinefish boleh mengembung dirinya dengan menelan air untuk menghalang pemangsa yang lebih besar. Cara pertahanan diri ini juga akan menegakkan duri-duri pada badannya.

So dapat kami lihat dan ambil gambar ikan-ikan Sergeant major, Blacktail butterflyfish, Scalefin Anthias, Emperor angelfish, one unknown fish, Red Sea Clownfish dan Porcupinefish. Not bad la for an hour of 'fish watching' 😊. Tak lupa juga the beautiful corals and the amazing scenery. Very nice light optional activity sesuai for all ages. Santai dan very relaxing. Syukur Alhamdulillah. 

Ok dah, jom balik ke hotel. Nak check-out dan lepas tu ke St. Catherine. 

Tak boleh la terus pakai kasut sebab kaki basah dan melekat pasir. So ke tandas la dulu.

Naik bas semula balik ke hotel.

Sampai bilik, freshen up, kemas-kemas dan check out.

Sementara menunggu group members yang lain, sempat singgah kedai beli danish bun dan air kotak. Rasa lapar pulak.

Ustaz also gave us this delicious mini chocolate croissants. Thank you Ustaz 😊.

Kami pun bertolak. Masa leaving Dahab ternampak owners with their horses. 

They offer tourists horseback riding tours through scenic landscapes and off the beaten tracks.

Juga ada beach and dune buggy touring.


Restoran dan kafe bertemakan Firaun.


Goodbye Dahab.



Bersambung...

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

6 comments:

  1. apa rasa makan kedai firaun tu ye? he he. takut malaikat tak masuk sebab gambar berukir?

    ReplyDelete
    Replies
    1. And I'm sure ustaz/pihak travel agent pun tak akan bawa customers mereka ke restoran begitu.. hehe.
      Tapi saya fikir baik je la yg those restaurants are owned by foreigners/non-muslims catering to foreign tourists.

      Delete
  2. gambar 2nd last tu cantik sangat !!

    jauhnya ikan tu travel sampai laut mediterranean !!
    macam dalam cerita finding nemo and finding dory pulak..
    mungkin dia start off travel masa kecik..
    20-30 bulan baru sampai ke seberang sana terusan suez.. terus lagi berenang renang sampai ke tengah mediterranean..

    yang peliknya dalam cerita finding nemo tu tak pulak bapak nemo bertukar jadi betina!! :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan. Macam epik right.

      Itu la. Terfikir jugak kenapa nak berenang sampai sana? Apa yg mendorong mereka? Arus panas? More food there? Ke nak melawat sedara mara di sana.. hehe. My teori kan, I think ada orang yg bawak ikan tu ke sana dan lepaskan di laut mediterranean, mungkin nak biak atau to see if the ikan can survive there.

      Confuse pulak budak2 yg tgk movie tu, bila si bapak tukar jadi betina.. hehe... jenuh mak bapak budak tu nak terangkan.. hehe

      Delete
  3. Bagus sangat coretan Tuan
    Macam dah tak payah pergi Mesir dah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Cik Norhayati.
      Ehh... kalau nak experience the full sight, sound and smell, maka elok la ke sana :).
      Peel saya mmg gitu. Kalau memblog suka buat detail-detail.. agar aku tidak lupa.. hehe.

      Delete