Selepas jalan-jalan di Gua Kek Look Tong, seterusnya Man the taxi driver bawa saya ke Taman Rekreasi Gunung Lang pula. Ada saya baca tentang taman tu dan menarik juga tempat tu actually.
Man terus drove us to the recreational park. Dia beritahu kalau hujung minggu dan cuti am, taman ni ramai pengunjung. Tapi pada hari tu, which is a Monday, kata Man tak ramai orang so saya boleh jalan-jalan dengan selesa. Juga tak perlu tunggu lama untuk naik bot. Yes, ada bot ride merentas satu tasik untuk ke taman di bahagian dalam park ni. Interesting. I wished my wife was with me masa tu. She definitely would have enjoyed it.
Man terus drove us to the recreational park. Dia beritahu kalau hujung minggu dan cuti am, taman ni ramai pengunjung. Tapi pada hari tu, which is a Monday, kata Man tak ramai orang so saya boleh jalan-jalan dengan selesa. Juga tak perlu tunggu lama untuk naik bot. Yes, ada bot ride merentas satu tasik untuk ke taman di bahagian dalam park ni. Interesting. I wished my wife was with me masa tu. She definitely would have enjoyed it.
Jalan masuk ke Taman Rekreasi Gunung Lang.
Dah nampak sign besar taman rekreasi ini.
Inilah aerial view of the entire gugusan Gunung Lang dan Gunung Bilike dan lokasi Taman Rekreasi Gunung Lang.
Tapi sebelum masuk ke park tu, Man cadang nak bawa saya ke satu lokasi di luar park tu dulu, tapi masih dalam kawasan Gunung Lang. Nak tunjuk pada saya satu kawasan yang menarik kata dia sebab dia sendiri pernah ke situ untuk fotografi. Wah! Bagus la si Man ni.
Di lokasi anak panah merah tu la Man bawa saya. Just about less than a km dari entrance ke Taman Rekreasi Gunung Lang.
Sunyi je jalan ni so Man park saja teksi dia di tepi jalan.
Again it was so nice to see these magnificent karst mountain up close.
Ada pula kolam teratai di tepi gunung ni. Lagi la nice to me sebab ada pokok besar dengan akar berjalinan dan berjajaran (betul ke 'berjajaran'? 😊) dari atas hingga ke tanah. Entah berapa lamalah agaknya usia pokok hebat ni!
Saya pun masuk ke kawasan ini. Man pun join sekali.
So beautiful. Kata Man di sini ada juga photographers buat outdoor wedding photoshoots.
Ada banyak juga water lily di sini.
Mesti la cuba zoom in.. hehe.
Sebenarnya cuba juga nak ambil gambar seekor lebah sedang hovering atas bunga ni tapi tidak berjaya.. hehe.
Love it that this part of the park is also well kept. Nice!
Nampak tak pokok di tepi gunung ni. Pokok-pokoknya di atas dan akar-akarnya exposed melingkar ke bawah all the way ke tanah.
Saya rasa lah kan, akar-akar tu asalnya tidak terdedah tapi bila bahagian gunung di situ runtuh maka exposed la akar-akar tu. Sama lah seperti stalaktit yang terdapat di luar Gua Kek Look Tong (yang saya lawat earlier) yang asalnya stalaktit tu ada di dalam siling gua tapi bila gua tu runtuh maka terdedahlah stalaktit tu.
Love this view with a single tree di padang hijau tepi kolam teratai berlatarbelakangkan gunung karst.
Kebetulan si Man tengah berteduh bawah pokok tu. Good to show how big the tree and the batu kapur dan akar-akar tu.
Ada satu lagi kolam teratai. Ada jenis yang warna purple.
I think it's nice to include a human figure when shooting at a place like this lah. Ni curi-curi ambil when si Man tu was not looking.. hehe.
MasyaAllah, look la how magnificent these trees are!
And how epic looking these roots are!
Nampak macam prehistoric pulak... hehe.
Glorious!
Saya rasa akar-akar pokok-pokok ini menguatkan lagi tebing gunung batu kapur ini dari runtuh akibat impact from natural forces such as the sun and the rain.
Sambil jalan tu sembang dengan si Man. Dia kata kalau dia shoot for outdoor for wedding couple di sini, dia prefer jalan tu bersih dari daun-daun kering. Saya kata saya prefer ada daun-daun kering tu, baru nampak natural.. hehe. Gitu le sembang kami, berkisarkan tentang fotografi.. hehe. Btw si Man tu pakai Canon EOS 5D. Wow! Mesti hebat dia ni tapi dia humble je.
Suspen jugak kalau tetiba some wild animals appeared from that deep dark crevices! Hehehe...
Berjalan semula ke teksi.
Next kami ke Taman Rekreasi Gunung Lang.
Taman Rekreasi Gunung Lang yang terletak hanya lima kilometer dari bandar Ipoh adalah salah satu daripada banyak gunung batu kapur di negeri Perak, Malaysia, khususnya di Lembah Kinta. Ia telah dijadikan sebuah taman rekreasi berlokasi di utara Bandaraya Ipoh.
Kawasan kapur ini telah diterokai pada tahun 1880 oleh pelombong timah Melayu, di mana aktiviti perlombongan dilakukan di gua-gua di sini. Kawasan ini juga menjadi kawasan perlombongan bijih besi yang telah menyebabkan kawasan landskapnya terganggu seperti terbentuknya kawasan berpaya dan tasik.
Aerial view Taman Rekreasi Gunung Lang.
Bangunan bumbung merah tu ialah bangunan entrance ke taman ini. Dari situ ada jeti pengunjung boleh naik bot merentas tasik hijau tu untuk ke taman di bahagian dalam iaitu Taman Alam dan Budaya Gunung Lang (Natural and Cultural Park of Gunung Lang).
Kajian Pelan Tempatan Ipoh 2020 (Ipoh Local Plan Study 2020) menggariskan kawasan Gunung Lang seluas 111.93 hektar sebagai Kawasan Sensitif Tahap 2 dan perlu dipelihara. Oleh itu aktiviti-aktiviti yang dibenarkan di kawasan ini ialah eko-pelancongan, penyelidikan dan pendidikan. Keistimewaan pembentukan batu kapur di sini menarik pengunjung kerana ia terletak berdekatan dengan pusat bandar Ipoh.
Ini saya buat peta ringkas Taman Rekreasi Gunung Lang.
Ini bangunan entrance dan jeti taman. Kata Man di sebelah belakang kanan bangunan ini sepatutnya ada air terjun buatan mencurah dari atas di sign putih 'Taman Rekreasi Gunung Lang' tu. Tapi hari tu tak dipasang pulak air terjun tu.
Ada info board. Nice!
Taman ini dibina dengan kerjasama Jabatan Landskap Negara.
Man sebagai unofficial tour guide saya pun mencadangkan pada saya what to do and where to go in the Park. How excellent of him. Again he asked me to just take my time and enjoy this huge park while he waited.
Di anjung bangunan entrance dan jeti ini pengunjung 'disambut' oleh pemandangan yang sangat indah ini! This lake is referred to as Tasik Bekas Lombong Bijih (Wang). Tasik ini adalah salah satu dari tiga buah tasik buatan dari bekas lombong bijih timah yang ada di taman ini.
Aerial view untuk pemandangan foto di atas.
Framing of the view shot dari anjung bangunan entrance dan jeti Taman Rekreasi Gunung Lang.
Ini aerial view bangunan utama taman ini dari arah tasik.
Bot-bot yang digunakan untuk bawa pengunjung menyeberang tasik.
Alhamdulillah cuaca baik hari tu. Panas tu biasa la. Kalau hujan susah le sikit nak ambil gambar.. hehe.
Jom jalan ke jeti ni.
View dari jeti. Belah kiri tu anjung bangunan entrance dan jeti ini.
Sepatutnya air terjun buatan jatuh ke dalam kolam (kanan dalam foto bawah) tapi hari tu the waterfall was 'switched off'. Kawasan bukit di sebelah kanan sekali di belakang tu ialah kawasan bekas kuari batu marmar.
Very beautiful and calming.
Ada banyak ikan di tasik ni.
Besar-besar ikannya.
Memancing adalah dilarang di tasik ini.
Boleh beri makan ikan-ikan ni dengan makanan ikan yang ada dijual di salah satu kedai di bangunan ni.
Ada pelbagai ikan air tawar di tasik ni khususnya kelah, lampam, kap dan tilapia.
Ehhh.. apa tu?!
Biawak rupanya. Besar! Menurut cerita seorang pak cik yang operate servis bot di sini, dulu di kolam ini ada banyak burung-burung air, itik-itik dan angsa-angsa. Tapi makin lama makin kurang sebab banyak dimakan biawak-biawak di sini! Yes, even angsa dimakannya! Jadi semua burung/itik/angsa tu dah cabut lari ke tempat yang lebih selamat. Sekarang biawak-biawak tu makan ikan je.
Bila ditanya berapa besar biawak terbesar yang pernah pak cik tu nampak di tasik ini, dia kata ada la saiz budak umur 5 tahun. Haa.. gitu dia buat bandingan saiz biawak tu... hehehe.
Pas masuk cuma berharga RM3.00 sahaja.
Ini maklumat waktu operasi bot.
Perjalanan bot adalah dari jeti di bangunan entrance (bumbung merah) ke jeti on the far side of the lake di mana ada dataran tanah rata dikelilingi dengan gunung batu kapur i.e Taman Alam dan Budaya Gunung Lang.
A few more shots before naik bot.
Inilah rupa botnya. Tak ingat pulak kekerapan bot ini berulang alik antara entrance dan taman. Rasanya sejam sekali or may be slightly more than that. But I remembered the pak cik said servis ulang alik tu dibuat lebih kerap pada hujung minggu dan cuti am terutama masa cuti sekolah sebab ramai pengunjung datang.
Saya perasan bot tu saja dipandu dekat dengan tebing supaya pengunjung dapat lihat dengan dekat keindahan semulajadi surrounding tasik ini.
Ok jom naik bot.
Saya juga perasan semua penumpang dimestikan memakai boat safety life jackets. Well done to Majlis Bandaraya Ipoh kerana menitikberatkan keselamatan pengunjung. Driver juga tidak akan bergerak selagi semua penumpang sudah securely vested up. Double well done!
Menuju ke Taman Alam dan Budaya Gunung Lang.
For most part of the cruise, driver pandu bot dekat pada tebing bukit kapur di tasik ini.
Hari dah mula panas. Lebih kurang pukul 11 pagi dah masa ni. Nyaman berangin.
Ada menara tinjau di taman tu.
Tak pasti asal nama Gunung Lang ni. Based on this 'Gunung Lang' signage bersama gambar burung helang yang didirikan oleh Majlis Bandaraya Ipoh, saya assume asal namanya adalah dari burung helang or short formnya 'Lang'. Agaknya dulu di kawasan ini ada banyak burung helang.
Dah nak sampai jeti taman.
Ada menara tinjau. Saya menara tinggi tak larat dah nak panjat.. hehe. I bet the view from up there is awesome lah.
Sampai ke jeti. Pelayaran bot tak lama. Cuma lebih kurang 5 minit sahaja.
Ini laluan bot dari jeti di entrance building ke taman. I think this such a great and fun way untuk pengunjung get to the taman. Boleh saksikan keindahan bukit batu kapur yang dah berusia jutaan tahun bukan saja dari darat tapi juga dari tasik.
A couple of aerial views of the Taman Alam dan Budaya Gunung Lang. Boleh nampak jelas dari view 3D ini tasik dan taman dipagari bukit/gunung batu kapur yang so beautifully covered with kehijauan tumbuhan.
Ini pula aerial view of the taman itself. Ada laluan pejalan kaki sejauh 2 km, menara tinjau, taman permainan kanak-kanak, tapak perkhemahan kemudahan awam seperti tandas dan surau. Selain dari itu, juga ada mini zoo dan rumah burung. Rumah tradisional Perak, dataran warisan, wakaf terapung, pergola, gerbang warisan pun ada. Pengunjung boleh membuat aktiviti seperti mendaki bukit, merentas belukar, mengua dan canoeing.
Jalan masuk ke kawasan taman. Di sini juga adalah tempat menunggu bot untuk balik ke entrance.
Taman ini disediakan laluan pejalan kaki meliputi keseluruhan taman. Jadi best plan mana nak pergi so that boleh cover as much area. Or simply just have a leisurely walk and enjoy this beautiful garden.
Petunjuk arah ini boleh bantu pengunjung tuju ke sections of interest.
Ini pelan jalan-jalan saya di taman ni. Start dari jeti, terus ke tengah taman ke Dataran Warisan, then ke Menara Tinjau, then turn right ke mini zoo, then ke Taman Permainan, lepas tu cross the taman ke section rumah burung sebelum ending the walk balik semula ke jeti. Nope, saya tak pergi mendaki bukit, jungle trekking, masuk gua etc. Selain saya cuma seorang diri, I did not have on the proper shoes. Plus banyak lagi tempat lain nak pergi so tak boleh la lama sangat di sini.
Dari lokasi ini dah ternampak Rumah Tradisional Perak di Dataran Warisan tu. Interesting!
Berjalan ke Dataran Warisan, I passed through kawasan taman bunga. Wangi betul masa jalan di sini. Ada pelbagai spesies bunga ditanam seperti heliconia (sepit udang), musa (pisang) dan bougainvillea (bunga kertas).
Saya ni bukannya kenal bunga. Saya tahu ia nampak cantik, sebut SubhanAllah dan ambil gambar.. hehe.
Yang ini saya tahu... bunga kertas putih.
Bunga ni halus je tapi harum! Jasmine agaknya.
Bunga kuning berjurai. Pokoknya besar dan rendang. Rasanya ini Laburnum atau golden chain atau golden rain. Ehhh.. kata tak kenal bunga. Google la.. tu pun main teka je... hehe...
Yang kiri tu bunga heliconia. Bunga kuning (foto kanan) tu, MasyaAllah wanginyaaa!
These wonderfully fragrant bright yellow flowers are Yellow Jasmine, I think.
Purple bougainvillea.
Ada gerbang-gerbang kayu as part of the wonderful landscape.
Bunga Kamboja / Red Plumeria.
Kamboja Kuning / Yellow Plumeria.
Tiba di Dataran Warisan.
Pemandangan bukit batu kapur dari Dataran Warisan.
Di Dataran Warisan ini ada 3 buah Rumah Tradisional Perak. Kalau tak silap ini adalah contoh Rumah Kutai yang hanya ada di negeri Perak. Kutai atau kotai bermaksud lama atau tua. Reka bentuk rumah ini sudah ada sejak 200 tahun yang lalu.
Masa kecil saya sering juga dibawa parents pergi melawat arwah atok dan opah di Perak. Rumah mereka tidaklah begini. Tapi yang jelas bumbungnya memang jenis panjang begini.
Rumah ni saya perhatikan struktur utamanya dibuat largely dari kayu keras. Dindingnya pula dibuat dari anyaman buluh atau rotan. Cantik sungguh anyamannya. Sayang sungguh saya noticed dah ada sarang anai-anai pada dinding ini. Diharapkan pihak admin dapat segera buat extermination dan cegah dari merebak.
Saya noticed juga ada bahagian dinding beranyam tu dibina menutup keseluruhan dinding rumah. Tak ada kerawang nak bagi angin masuk kecuali pada atas tingkap di ruang tamu. I think tak perlu kerawang sebab dinding anyaman tu sendiri boleh ditembus angin.
Selalunya ada ruang serambi, ruang tamu dan bilik. Di belakang pula ialah bahagian dapur. Kalau rumah arwah atok dan opah dapurnya dibina di bawah atas tanah.
Ruang serambi di tangga depan rumah.
Saya suka style tingkap rumah begini. Besar bukaannya siap berpagar. Masa hari berangin, nyaman seluruh rumah.
Di depan rumah ni ada lesung kaki kayu atau lesung hindik digunakan untuk menumbuk padi bagi memisahkan kulit daripada beras. Anak lesungnya ok lagi tapi nampaknya ibu lesung tu dah reput.
Macam rumah arwah atok dan nenek saya, rumah ini juga adalah rumah tinggi atas tiang dan bertangga depan yang cantik buatannya located di sebelah rumah.
Saya fikir rumah-rumah ini dibina di sini kerana mungkin dah hampir nak pupus, diganti dengan rumah teres dan bungalows. Jadi memang wajarlah 'dipamer' supaya bangsa kita kenal rupa rumah Melayu lama dan dapat lihat sendiri keindahannya especially considering rumah Melayu reka bentuk ini cuma ada di Perak sahaja.
Teringat masa kecil dulu saya tangkap ayam-ayam opah yang jinak seekor demi seekor dan bawa naik ke atas rumah lepas tu campak ayam-ayam tu dari tingkap. Berkelepak kelepuk la ayam-ayam tu cuba nak terbang. Habis tersungkur tersembam ayam-ayam tu bila landing... hehe. Kejam I know, but hey I was a kid.. hehe.
Dan tentulah bising ayam-ayam tu! Opah dengar terus jerit, 'Matilah ayam-ayam opah!!'. Pe lagi habislah kena marah teruk dengan mak lepas tu... hehe... It was so much fun though.. hehe. Fyi, no chicken died or suffer any physical injury during the 'mistreatment'... hehe. Lepas tu masih tak serik dan nak buat lagi especially bila opah dan mak di dapur. Tapi masa tu bila ayam-ayam opah nampak saya, mereka terus kelam kabut cabut lari. Even dah offer dedak pun mereka masih trauma dan lari lintang pukang... hehe.
Tengah ada orang photoshoot dalam rumah ni masa tu.
I guess it'd be nicer if some simple low maintenance old furniture digunakan sebagai hiasan dalaman rumah. Also gantung a couple of lampu gas/pam ke. Lagi la nostalgic untuk orang macam saya... hehe.. Oh my... I so old already lah.. hehe.
Ok jom sambung lagi jalan-jalan di Taman Alam dan Budaya Gunung Lang ni.
Tiba di area Menara Tinjau. Tak larat nak panjat so after taking a couple of shots, saya moved on to the next section of the park.
Ada mini zoo di taman ni.
Ada lembu.
Ini special punya lembu. Lembu Bali namanya.
Saya sebenarnya kesian kalau tengok animals dalam captivity macam ni. Tak kisahlah binatang apa pun. Lagi la kalau ada sekor je dalam kandang macam ni. Tak ada companion. Kesian. Like, I know why we have zoos, but still... It's just me I guess.
Ok next...
Rusa Timorensis.
Kalau macam ni saya ok sikit sebab ada a herd.
Yang sekor ni datang ke pagar when I approached.
Dan garu-garu kepala dan tanduk dia pada pagar.
Dear Mr. Deer. How are you today?
Hoi.. jelir lidah kat aku pulak.. hahaha.
Terus teringat Tam Tam.. hehe.
Kuda Pony.
Nak setahun tempoh buntingnya.
Burung Unta.
Burung Emu.
Kesian. Hopefully they quickly find a companion for him/her .
Berjalan merentas taman ini untuk ke Rumah Burung.
Cantik pergola ni. Rimbun dengan purple bougainvillea.
Teduh. Menyediakan untuk pengunjung shaded walkway and sitting area.
Passed through Dataran Warisan dan Rumah Tradisional Perak tadi.
Tiba di bahagian Rumah Burung.
Ayam Hutan Merah.
Mommy and her cute chicks.
Di bahagian Rumah Burung ni pun pemandangan sekitarnya adalah awesome.
Ayam Mutiara.
Dah bertelur tu.
Scenic betul!
Angsa Egypt. Panjang umur angsa ni.
Cozying up.
Itik Paruh Bintik India.
Itik Hutan Carolina.
Kuang.
Merpati Show King. Amboiii.. nama.
Memang regal burung ni pose proud macam king.
Giving me the stare.
Kuang Kuning Emas.
Merpati Bulu Kerinting. Uniknya!
Uwah... betul la kerinting.
Beropol-ropol. SubhanAllah.
Merpati Bokhara Trumpeter.
Tapi senyap je burung ni.
Ok, with that maka selesailah jalan-jalan saya di Taman Alam dan Budaya Gunung Lang ni.
Naik bot semula menuju ke bangunan entrance.
Bersambung....
No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.
Lepas tengok blog u ni , dah tak perlu pergi dah ... semua info / gambar seperti kita kat sana ... hahaha ! Baik TQ
ReplyDeleteEhh.. jangan la begitu David. Elok pergi jugak sebab tak sama tengok foto dengan being there.. hehe.
DeleteSangat menarik 👍👍
ReplyDeleteTerima kasih info yang amat berfunafaat....sy yg dekat pun.xpegi lg...hehehe...lalu dah banyak kali..tp xmenyinggah..
ReplyDeleteSama-sama hash68.
DeleteSama saya juga. Dulu bertahun saya kerja di sebelah Sunway Lagoon tapi tak pernah pergi pun :).
Nice info..gambar pun cantik2.. Bleh sy dptkan nombor telefon encik man.. Sbb sy brcadang nak pegi ke sana n. Week.. Terima kasih
ReplyDeleteTerima kasih.
DeleteMaaf Cik Mira, saya dah tak simpan ctc nombor dia.
Perhaps Cik Mira can do the same way I did. Call for a taxi then bincang dgn driver teksi tu kalau dia boleh bawak jln2. Dgn Grab Car driver pun boleh juga. Kalau the taxi driver or Grab Car driver tu cannot bawa you jalan2, Cik Mira boleh tanya mereka ada tak kawan2 mereka yg boleh buat program jln2 tu.
Salam. Appreciate your good effort with nice pictures. Thumbs up!!
ReplyDeleteSalam. Thank you :).
Delete