Wednesday, May 9, 2018

CHUKAI, KEMAMAN, TERENGGANU - MUZIUM KEMAMAN

Next saya ke Muzium Kemaman pula. Kebetulan lokasi muzium ni cuma about 50 meter je dari hotel penginapan kami. 



Muzium Kemaman. Muzium ini menfokuskan kepada individu-individu terbilang di negeri Terengganu. 


Ini pelan Muzium Kemaman. Ada 2 levels, ground and first floor.

Bahagian reception. Kata security guard ni muzium ni ada dikunjungi oleh pelancong dalam dan luar negara, pelajar-pelajar sekolah dan universiti dan lain-lain persatuan dan pertubuhan dari Malaysia. Ada juga individu yang datang membuat research. Cerita security guard ni lagi, pernah ada pelancong luar negara yang melawat muzium ni sampai selama 6 jam. 

Tak ada pengunjung lain masa ni, so I have the museum all to myself.. hehe. 


Sejarah beca, sejenis pengangkutan yang hampir pupus.

Bahagian asal usul Kemaman. 



Fascinating facts about Kemaman. Dah dibuka sejak 300 tahun lalu oleh Che Wan Teh seorang keturunan Raja Pahang bermula di Kampung Mengkuang. Seterusnya berpindah ke Kampung Tanjung Geliga dan akhirnya beliau dan pengikut beliau menetap di Kampung Cukai. Juga dikatakan asal nama 'Kemaman' datang dari pokok maman yang banyak tumbuh di sini. Ada juga dikatakan 'Kemaman' asalnya dari gabungan 'kera' dan pokok 'maman' kerana dilihat banyak kera yang makan sedang daun pokok maman. Dari 'Keramaman', lama-lama jadi 'Kemaman'. 

Ptolemy pula dalam peta dunia yang dibuatnya ada menamakan 2 pelabuhan di pantai timur semenanjung Malaysia ni iaitu 'Perimula' referring to 'Kuala Sungai Terengganu' dan 'Kole' referring to 'Kemaman'.


Pengenalan Muzium Kemaman. Ia sebuah muzium yang menfokuskan kepada individu-individu terbilang di negeri Terengganu.


Objektif penubuhan muzium ini.

Sejarah bangunan muzium. Dari pejabat pengurus lombong bijih besi ke bank dan sekarang sebuah muzium.



Profail Daerah Kemaman.




Saya memang suka betul tengok foto-foto lama macam ni.





Few years ago ada saya jalan-jalan di Pantai Kemasik. Cantik sangat pantai tu.




Masjid Kampung Tuan yang sudah berusia 100 tahun. Memang ingat nak pergi lawat masjid ni tapi tak sempat. 

Ini pameran koleksi cenderamata Menteri Besar.



Diorama Pejabat Menteri Besar.



Tokoh Setiausaha Kerajaan. 

Tokoh Menteri Besar.





Bahagian 'Pentadbiran'.

Suasana dalam Muzium Kemaman, ground floor.


Bahagian matawang yang digunakan di Terengganu dan Tanah Melayu. 




Teruja tengok poster ni. 



Bestnya la kalau dapat lawat tengok rumah-rumah Melayu lama ni seperti Rumah Bujang Berserambi Selasar, Rumah Limas Belanda, Rumah Bujang Berpeleh dan Rumah Tele. Tak pernah saya dengar pun nama-nama rumah-rumah ni.

Other fascinating buildings and galleries ialah Istana Tengku Long, Perahu Kemajuan dan Perahu Sabar, Galeri Perikanan dan Galeri Pelayaran. I was listening in awe when one of the museum officer related to me the processes involved in restoring the Perahu Kemajuan during the restorations carried out oleh pihak Muzium Negeri. Perahu yang dibina pada 1946 iaitu selepas pendudukan Jepun di Tanah Melayu itu adalah dari jenis Pinis Dogol, kini diletakkan di Muzium Negeri Terengganu.

Ok, jom naik ke tingkat 1. Ini foto lama di dinding tangga naik ke first floor.

Suasana di tingkat 1, Muzium Kemaman.

Pameran di tingkat 1 dimulai dengan pameran Tokoh Sastera. 

Tokoh Sastera Terengganu, Dato' J.M Aziz. 

Kenali Tokoh Penyair J.M Aziz - boleh dibaca di sini



Prof Dato' Dr. Hashim bin Awang.

Dato' Haji Abdul Rashid bin Ngah.

Dato' Abdul Aziz bin Abdul Rahman (J.M Aziz). 


Ismail bin Haji Salleh / Ismail Al Falah. 

Tengku Alias bin Talib.

Tuan Sharif bin Tuan Putera.

Suasana di bahagian pameran Tokoh Sastera.

Bahagian Tokoh Pendidikan. 







Bahagian Tokoh Kebudayaan. 

Perusahaan Bot.



Pengukiran Kayu.



Ukiran Halus Persenjataan.



Kraftangan Tembaga.



Pembuat Keris.




Tokoh Budaya Songket.





Di bahagian Tokoh Sukan.



Kamaruddin bin Maidin.


Yahya bin Jusoh.




Chairil Anwar Abdul Aziz @ Musa.



Mohd Azizulhasni bin Awang. 



Di bahagian Tokoh Agama.









Syeikh Wan Abdullah bin Haji Wan Mohd Amin.



Syeikh Abdul Malik bin Abdullah.



Syeikh Abdul Malik bin Isa.


Syeikh Muhamad bin Zainal Abidin Al-Idrus. 



Syeikh Abdul Rahman bin Syed Muhammad. 


Pada saya memang seronok bila dapat melawat muzium seperti Muzium Kemaman ini. Banyak yang saya dapat tahu bukan sahaja tentang Kemaman dan sejarahnya tetapi juga tentang penduduknya/tokoh-tokohnya. I am always attracted to sources that could give me a glimpse of the past, what it was like, how a place came to be and about its people. I can't explain it, I just love it :).  

Bersambung....

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

No comments:

Post a Comment