Hari ketiga dimulakan dengan sarapan pagi di Vienna Room, Hotel Duo, Prague.
Buffet breakfast.
Bread, boiled egg, potatoes, cakes, donut and tea. Healthy Hearty breakfast.. hehe.
Seperti selalu kami turun breakfast awal sebab nak check out the hotel and its surroundings before starting the day's touring.
Hotel Duo, Prague, Czech Republic.
Sejuk sungguh masa tu.. below 10ºC.
Ada taman kecil depan hotel ni.
Beautiful flowery shrubs.
Lagi cantik masa summer kot.
Kami also explore taman tepi hotel ni. Beautiful!
Kami bermalam 1 malam sahaja di Prague. Seterusnya kami akan ke Bratislava di Slovakia. Tapi sebelum tu ke Prague Castle dulu.
Hujan pagi tu.
Tiba di Prague Castle. Wooii.. Pagi-pagi hujan gini pun dah ada queue! Turun je dari bas kami disambut oleh local guide, Tomas nama dia.
Kami nampak ada ramai tourists dari China. Tomas kata ada ramai pelancong dari China sekarang sebab for the first time ada penerbangan terus dari Shanghai ke Prague yang telah dilancarkan a few days ago. Apa-apa pun jangan risau sebab kita follow je bendera Malaysia tu.. hehe.
Tomas kata kami beruntung sebab walaupun dah ada queue masa tu, queue tu tak panjang dan tak lama nak beratur. Kalau masa summer kata dia, boleh sampai ke hujung jalan orang beratur. Nak masuk ni ada security check tapi tak la lama. Lancar je.
Di sebelah check point ni ada Royal Garden. Tak masuk sebab tutup. Ada sign: 'Royal Garden, Lower Stag Moat and South Gardens are closed today due to weather reasons'.
A couple of shots of the garden dari luar pagar.
Inilah Tomas, dengan payung pink tu. Very friendly and knowledgeable.
Jalan masuk ke Prague Castle. Bangunan kuning belah kanan tu was once a Riding School tempat tentera DiRaja berlatih tunggang kuda. Now it is a museum.
Jalan ke pintu masuk ke Prague Castle, an ancient symbol of the Czech State, monumen Czech yang paling penting dan salah satu institusi budaya yang paling penting di Republik Czech.
Prague Castle didirikan di sekitar 880 oleh Prince Bořivoj of the Premyslid Dynasty (Přemyslovci). Menurut Guinness Book of World Records, Prague Castle adalah the largest ancient castle di dunia, dengan keluasan hampir 70,000 m².
Tapak Warisan Dunia UNESCO ini terdiri daripada komposisi besar istana dan bangunan gereja dari pelbagai gaya seni bina, dari bangunan-bangunan gaya Romesque dari abad ke-10 dan pengubahsuaian Gothik abad ke-14.
Arkitek terkenal Slovenia Josip Plečnik bertanggungjawab dalam pengubahsuaian yang banyak dibuat ketika era First Republic (1918-1938). Sejak Velvet Revolution, Prague Castle telah mengalami pembaikan dan pembinaan semula yang penting dan berterusan.
Prague Castle ini dikelilingi parit (moat) sewaktu pembinaannya. Salah sebuah parit ini kini dikenali sebagai Deer Moat. Sewaktu pemerintahan Rudolf II, parit ini dikeringkan, dipagar dan digunakan untuk memburu rusa. Malangnya, semua rusa ini telah ditembak oleh tentera Perancis sewaktu Prague Occupation (1741-42).
Istana ini adalah antara tarikan pelancong yang paling ramai dikunjungi di Prague yang menarik lebih dari 1.8 juta pengunjung setiap tahun.
Prague Castle adalah pejabat rasmi Presiden Republik Czech. Istana ini merupakan tempat tinggal untuk kings of Bohemia, Holy Roman emperors, dan presiden Czechoslovakia. Bohemian Crown Jewels disimpan dalam bilik tersembunyi di dalamnya.
Ini peta 3D Prague Castle dan St. Vitus Cathedral. Kami masuk melalui pintu di arrow biru terus ke Courtyard Kedua iaitu melalui bahagian bangunan Imperial Stables of the complex. Kompleks ini secara keseluruhannya meliputi kawasan yang lebih besar daripada tujuh padang bola sepak.
Since di Prague Castle ini adalah juga istana rasmi Presiden Republik Czech maka mestilah ada pengawal yang dipanggil Castle Guards - the Armed Forces for the Safety of the Czech Republic.
Castle guards ni adalah dibawah Military Office of the President of the Republic. Mereka dipilih dari ranks of the Army of the Czech Republic (ACR). Senjata yang digunakan ialah 'Scorpio' submachine gun (model 61) with model 59 machine-gun.
View dari dalam pintu masuk. Juga ada tentera yang berkawal.
Nak masuk castle ni kena beli tiket. Dah termasuk dalam pakej. Tomas belikan for all of us. Ni tiketnya.
Ok, dengan peta 3D bawah ni saya tunjukkan perjalanan walking tour kami. Bermula dengan masuk ke ❶ Second Courtyard, lepas tu masuk ke dalam ❷ St.Vitus Cathedral, masuk ke ❸ Old Royal Palace, di dataran depan ❹ St George's Basilica, photoshoot di ❺ Third Courtyard, photoshoot di ❻ depan First Courtyard, photoshoot di ➐ View Point of Prague Lesser Town dan ❽ walking tour to Prague Lesser Town.
First, di Second Courtyard, masuk melalui Imperial Stables.
Pemandangan di Second Courtyard yang dibuat semasa pemerintahan Emperor Rudolph II. Dataran ini dikelilingi oleh bangunan New Royal Palace yang merupakan pusat pentadbiran Presiden Republik Czech, representative and presidential offices. Juga ada bangunan yang bentuk macam silinder tu which is the Chapel of the Holy Cross. Di tengah tu pula ialah Kohl's Fountain. Ada juga sebuah telaga yang di tutup dengan iron gate.
Tomas bagitau kalau ada bendera berkibar, maknanya Presiden ada di rumah/berada di dalam negara.
Prague Castle Picture Gallery.
Sebuah telaga di Second Courtyard, Prague Castle. Renaissance well with a decorative cover from the 18th century.
Kohl's Fountain atau dikenali juga sebagai Lion Fountain, dibina pada 1686. Air di fountain ini dibekalkan dari paip air purba, yang membawa air dari aliran Brusnice dan juga dari kolam di bawah istana musim panas Hvězda di Horní Liboc.
One of the oldest fountain in Prague. Ianya adalah penting kerana merupakan salah satu takungan air terbesar untuk Prague Castle dan air dari situ juga digunakan untuk menghentikan kebakaran hutan.
Ini Chapel of the Holy Cross, built in the mid-18th century. Sewaktu pemerintahan Empress Maria Theresa pada kurun ke-18, Prague Castle telah diubahsuai dan beberapa bangunan tambahan baru dibina. Salah sebuah di antaranya ialah The Chapel Of The Holy Cross.
Emperor Ferdinand I mengasingkan diri di Prague selepas baginda turun takhta pada tahun 1848 dan gereja ini menjadi sanctuary kepada keluarga dia selepas itu.
Foto 360º yang kurang berjaya, berlengkang lengkong.. hehehe. Masa ni belum pandai nak adjust the horizon.. ahahaha...
Tomas tengah beri penerangan. I think what makes this sort of walking tour interesting is largely due to the fascinating facts shared by the tour guide. Plus si Tomas ni memang pandai bercerita, imparting fakta sejarah dengan cara yang menarik and often funny ways. Memang tak bosan la.
Next kami lalu bangunan New Royal Palace (blue arrow) ke St Vitus Cathedral di Third Courtyard.
Di depan St Vitus Cathedral.
Nama penuhnya gereja ini adalah St. Vitus, St. Wenceslas and St. Adalbert Cathedral tetapi lebih dikenali sebagai St. Vitus yang merupakan seorang Sicilian martyr dan juga penasihat Bohemia, pelakon dan penari.
Facade di sebelah barat St Vitus Cathedral ini dibina di antara tahun 1837 dan 1929 mengikut gaya Neo-Gothic. Tingkap besar 'Rose Window' atas pintu masuk utama ini direka oleh František Kysela pada tahun 1927. Ia mengandungi lukisan kaca kisah-kisah dari Bible.
Gereja yang dibina dalam tempoh hampir 600 tahun (delayed sebab kematian pembina-pembinanya, Perang Hussite 1419 dan kebakaran menara) ini adalah contoh seni bina Gothic yang terkenal dan merupakan gereja terbesar dan paling penting di negara ini dan ia berada di bawah milik kerajaan Czech sebagai sebahagian daripada kompleks Prague Castle.
Pintu-pintu di St Vitus Cathedral dibuat dari gangsa dan diukir dengan kisah-kisah lagenda mengenai St Wenceslas dan St Adalbert. |
Selain daripada perkhidmatan keagamaan, coronasi raja-raja dan ratu-ratu Czech juga berlaku di sini. Katedral ini juga adalah tempat penguburan patron saints, sovereigns, noblemen and archbishops.
Ada banyak juga patung gargoyles yang kami nampak pada bangunan gereja ni. Ia adalah sebenarnya corong yang mengalirkan air hujan dari bumbung yang dihias dengan pelbagai wajah yang menakutkan. Ia mempunyai dua makna simbolik: melindungi gereja dari kuasa syaitan dan peringatan kepada pengunjung untuk meninggalkan segala kejahatan di luar gereja. Tapi kata Tomas, Gargoyle ini tak selalu berjaya menjalankan tugasnya kerana orang jahat sering masuk ke gereja ini pada masa dahulu.
Gereja ini penting dalam kehidupan beragama dan kebudayaan Republik Czech. Padanya ada banyak khazanah bersejarah dan berharga seperti mozek abad ke-14 'The Last Judgement', kubur St Wenceslas dan Charles IV, silver tomb of St John of Nepomuck, the ornate Chapel of St Wenceslas and art nouveau stained glass by Alfons Mucha.
Hujan renyai masa ni.
Beratur masuk ke dalam St Vitus Cathedral. Mujur queue tak panjang.
Pintu masuk ke cathedral.
Besar betul gereja ni. Sangat tinggi silingnya.
Keadaan sedikit sesak di bahagian pintu masuk sebab ini adalah area untuk pelawat yang masuk secara percuma.
Yang berbayar macam kami ni boleh masuk melepasi barricade ke bahagian dalam cathedral.
Heran macam mana orang dulu-dulu boleh buat binaan macam ni dengan peralatan yang mereka ada masa tu.
Seperti gereja grand yang lain di Eropah, cathedral ini juga ada banyak stained glass windows.
Very colorful.
Worship section.
Ini Cyril and Methodius window. Bahagian tengah tingkap stained glass ini menggambarkan boy St. Wenceslas dengan neneknya, St Ludmila,
Di bahagian kiri kanan pula memaparkan episod-episod dari kehidupan Saints Cyril dan Methodius yang menyebarkan agama Kristian di kalangan Slavs.
Imej Slavia juga termasuk di bawah Christ, dan sebagai lambang Slavia Bank yang membiayai tingkap kaca berwarna.
Chapel ini didedikasi kepada František Tomášek, Cardinal of the Roman Catholic Church in Bohemia yang meninggal dunia pada tahun 1992.
Juga ada banyak patung-patung pada tiang-tiang dan dinding gereja ni. Agaknya patung-patung saints dan holy emperors.
Ini bahagian hadapan kathedral ni. Di bawah tu ialah the Royal Mausoleum.
Berada di tengah-tengah gereja.
Ini tingkap 'Rose Window' yang kami nampak dari luar tadi. Ia siap pada tahun 1927 dan menunjukkan biblical scenes.
Organ.
Organ yang terletak di atas Royal Mausoleum.
Royal Mausoleum.
Main altar.
Ini sebuah ukiran kayu gambaran kota Prague pada masa dahulu. Sejak dulu lagi, kota Prague dibina di kedua-dua belah Sungai Vltava. Satu-satunya jambatan yang dibina menyeberang sungai ini adalah Charles Bridge yang ketika itu hanya jambatan kosong tanpa perhiasan patung-patung saints seperti yang ada sekarang.
Kota Prague juga pernah mengalami beberapa kejadian banjir besar sepanjang sejarahnya. Banjir besar yang terkini terjadi pada tahun 2013 yang lalu. Tomas turut menunjukkan kepada kami beberapa gambar banjir besar yang melanda Prague ketika itu yang disimpan di telefon bimbitnya.
Ini lukisan yang menggambarkan saat St John of Nepomuk dijatuhkan hukuman lemas dihumban dari Charles Bridge oleh King Wenceslas IV kerana enggan mendedahkan Confession yang dibuat oleh permaisuri baginda, Queen Johanna.
Dan inilah tomb yang dikatakan paling hebat di sini iaitu tomb St. John Nepomuk yang merupakan Czech archbishop and martyr. Arkitek Austria bina tomb ini pada tahun 1736 dengan menggunakan dua tan silver. Ia dianggap sangat mewah dengan silver cherubs and candles surrounding the saint’s statue.
Mewahnya tombs ni siap dengan sculptured red canopy yang dipegang oleh silver angels. Sekali pandang macam it does not go with the rest of the church's art pieces.
Guna dua tan silver nak buat tomb ni.
Binaan marmar putih di tengah gereja depan sebuah mezbah yang tinggi ialah the Royal Mausoleum. Ada tangga ke bawah yang menuju ke keranda diraja di mana makam-makam raja-raja Czech Republic dan patron saints terletak. Dua tombs yang di atas tu ialah tombs Ferdinand I dan isterinya yang dibina antara 1571 dan 1589.
Ini pula Tomb of St Vitus yang namanya diabadikan pada gereja ini. St Vitus adalah seorang tentera Roman yang tinggal di Sicily pada kurun ke-3 dulu. .
Disebabkan kepercayaannya kepada agama Kristian, dia telah dihukum bunuh oleh Maharaja Rom dengan cara dicampak ke dalam gelanggang untuk dibaham oleh singa-singa. Menurut ceritanya, walaupun singa-singa tersebut sedang kelaparan, mereka hanya duduk di kaki St Vitus. Kerana itulah ukiran singa sentiasa terdapat bersama patung St Vitus di mana-mana juga, termasuk di gereja ini.
Dalam katedral ada banyak chapels dan yang paling popular adalah St. Wenceslas Chapel yang didedikasikan untuk patron saint negara. Chapel ini dibina pada abad ke-14 dan berada di atas kubur St. Wenceslas. Lukisan dinding menunjukkan biblical scenes dan kehidupan Wenceslas. Ia juga dihiasi dengan lebih daripada 1,300 batu permata. Pintu berdekatan membawa kepada perbendaharaan kerajaan yang mengandungi antara lain the Bohemian crown jewels. Unfortunately tak dibenarkan masuk ke dalam chapel ini dan dilarang mengambil gambar.
Coat of Arms Raja-raja Bohemia.
Bersambung...
For easy reference, saya senaraikan di bawah semua links kepada entries Eastern Europe travels saya:
01 - EASTERN EUROPE - GERMANY - DAY 01 - PART 01 - DEPARTURE & ROMERBERG
02 - EASTERN EUROPE - GERMANY - DAY 01 - PART 02 - WERTHEIM OUTLET VILLAGE
01 - EASTERN EUROPE - GERMANY - DAY 01 - PART 01 - DEPARTURE & ROMERBERG
02 - EASTERN EUROPE - GERMANY - DAY 01 - PART 02 - WERTHEIM OUTLET VILLAGE
03 - EASTERN EUROPE - CZECH REPUBLIC - DAY 02 - PART 01 - KARLOVY VARY - GRANDHOTEL PUPP-HOT SPRING COLONNADE
04 - EASTERN EUROPE - CZECH REPUBLIC - DAY 02 - PART 02 - KARLOVY VARY - MARKET COLONNADE-MILL COLONNADE-DVORAK PARK-PARK COLONNADE-CZECH POST-ELIZABETH V SPA
05 - EASTERN EUROPE - CZECH REPUBLIC - DAY 02 - PART 03 - PRAGUE - PRAGUE CITY-WENCESLAS SQUARE-PRAGUE OLD TOWN SQUARE-ASTRONOMICAL CLOCK
06 - EASTERN EUROPE - CZECH REPUBLIC - DAY 02 - PART 04 - PRAGUE - CHARLES BRIDGE-PRAGUE OLD TOWN SQUARE
07 - EASTERN EUROPE - CZECH REPUBLIC - DAY 03 - PART 01 - PRAGUE - PRAGUE CASTLE-ST VITUS CATHEDRAL
08 - EASTERN EUROPE - CZECH REPUBLIC - DAY 03 - PART 02 - PRAGUE - OLD ROYAL PALACE-PRAGUE LESSER TOWN-CHARLES BRIDGE
09 - EASTERN EUROPE - SLOVAKIA - DAY 04 - PART 01 - BRATISLAVA - BRATISLAVA CASTLE
10 - EASTERN EUROPE - SLOVAKIA - DAY 04 - PART 02 - BRATISLAVA - BRATISLAVA OLD TOWN-CORDOBA CULTURE CENTER
11 - EASTERN EUROPE - HUNGARY - DAY 04 - PART 03 - BUDAPEST - CENTRAL MARKET HALL-LIBERTY BRIDGE
12 - EASTERN EUROPE - HUNGARY - DAY 05 - PART 01 - BUDAPEST - GELLERT HILL-CITADEL
13 - EASTERN EUROPE - HUNGARY - DAY 05 - PART 02 - BUDAPEST - FISHERMAN'S BASTION
14 - EASTERN EUROPE - HUNGARY - DAY 05 - PART 03 - BUDAPEST - HEROES SQUARE
15 - EASTERN EUROPE - HUNGARY - DAY 05 - PART 04 - BUDAPEST - RIVER DANUBE CRUISE
16 - EASTERN EUROPE - HUNGARY - DAY 05 - PART 05 - BUDAPEST - GELLERT THERMAL BATH-CAVE CHURCH
17 - EASTERN EUROPE - AUSTRIA - DAY 06 - PART 01 - VIENNA - SCHONBRUNN PALACE
18 - EASTERN EUROPE - AUSTRIA - DAY 06 - PART 02 - VIENNA - VIENNA CITY TOUR-MARIA THERESIEN PLATZ-HOFBURG PALACE
19 - EASTERN EUROPE - AUSTRIA - DAY 06 - PART 03 - VIENNA - KOHLMARKT-GRABEN-HUNDERTWASSERHAUS
20 - EASTERN EUROPE - AUSTRIA - DAY 06 - PART 04 - VIENNA -VIENNA ISLAMIC CENTER-St STEPHEN CATHEDRAL-KARNTNER STRASSE
21 - EASTERN EUROPE - AUSTRIA - DAY 07 - MONDSEE-LANDZEIT
22 - EASTERN EUROPE - AUSTRIA - DAY 07 - MIRABELL GARDEN-MOZART WOHNHAUS-MAKARSTEG
23 - EASTERN EUROPE - AUSTRIA - DAY 07 - SALZBURG OLD CITY
24 - EASTERN EUROPE - GERMANY - DAY 08 - ON THE WAY TO NEUSCHWANSTEIN CASTLE
25 - EASTERN EUROPE - GERMANY - DAY 08 - NEUSCHWANSTEIN CASTLE
26 - EASTERN EUROPE - GERMANY - DAY 08 - BMW WELT-MARIENPLATZ
27 - EASTERN EUROPE - GERMANY - DAY 09 - DACHAU CONCENTRATION CAMP MEMORIAL SITE
28 - EASTERN EUROPE - GERMANY - DAY 09 - DACHAU OLD TOWN - GOING HOME
04 - EASTERN EUROPE - CZECH REPUBLIC - DAY 02 - PART 02 - KARLOVY VARY - MARKET COLONNADE-MILL COLONNADE-DVORAK PARK-PARK COLONNADE-CZECH POST-ELIZABETH V SPA
05 - EASTERN EUROPE - CZECH REPUBLIC - DAY 02 - PART 03 - PRAGUE - PRAGUE CITY-WENCESLAS SQUARE-PRAGUE OLD TOWN SQUARE-ASTRONOMICAL CLOCK
06 - EASTERN EUROPE - CZECH REPUBLIC - DAY 02 - PART 04 - PRAGUE - CHARLES BRIDGE-PRAGUE OLD TOWN SQUARE
07 - EASTERN EUROPE - CZECH REPUBLIC - DAY 03 - PART 01 - PRAGUE - PRAGUE CASTLE-ST VITUS CATHEDRAL
08 - EASTERN EUROPE - CZECH REPUBLIC - DAY 03 - PART 02 - PRAGUE - OLD ROYAL PALACE-PRAGUE LESSER TOWN-CHARLES BRIDGE
09 - EASTERN EUROPE - SLOVAKIA - DAY 04 - PART 01 - BRATISLAVA - BRATISLAVA CASTLE
10 - EASTERN EUROPE - SLOVAKIA - DAY 04 - PART 02 - BRATISLAVA - BRATISLAVA OLD TOWN-CORDOBA CULTURE CENTER
11 - EASTERN EUROPE - HUNGARY - DAY 04 - PART 03 - BUDAPEST - CENTRAL MARKET HALL-LIBERTY BRIDGE
12 - EASTERN EUROPE - HUNGARY - DAY 05 - PART 01 - BUDAPEST - GELLERT HILL-CITADEL
13 - EASTERN EUROPE - HUNGARY - DAY 05 - PART 02 - BUDAPEST - FISHERMAN'S BASTION
14 - EASTERN EUROPE - HUNGARY - DAY 05 - PART 03 - BUDAPEST - HEROES SQUARE
15 - EASTERN EUROPE - HUNGARY - DAY 05 - PART 04 - BUDAPEST - RIVER DANUBE CRUISE
16 - EASTERN EUROPE - HUNGARY - DAY 05 - PART 05 - BUDAPEST - GELLERT THERMAL BATH-CAVE CHURCH
17 - EASTERN EUROPE - AUSTRIA - DAY 06 - PART 01 - VIENNA - SCHONBRUNN PALACE
18 - EASTERN EUROPE - AUSTRIA - DAY 06 - PART 02 - VIENNA - VIENNA CITY TOUR-MARIA THERESIEN PLATZ-HOFBURG PALACE
19 - EASTERN EUROPE - AUSTRIA - DAY 06 - PART 03 - VIENNA - KOHLMARKT-GRABEN-HUNDERTWASSERHAUS
20 - EASTERN EUROPE - AUSTRIA - DAY 06 - PART 04 - VIENNA -VIENNA ISLAMIC CENTER-St STEPHEN CATHEDRAL-KARNTNER STRASSE
21 - EASTERN EUROPE - AUSTRIA - DAY 07 - MONDSEE-LANDZEIT
22 - EASTERN EUROPE - AUSTRIA - DAY 07 - MIRABELL GARDEN-MOZART WOHNHAUS-MAKARSTEG
23 - EASTERN EUROPE - AUSTRIA - DAY 07 - SALZBURG OLD CITY
24 - EASTERN EUROPE - GERMANY - DAY 08 - ON THE WAY TO NEUSCHWANSTEIN CASTLE
25 - EASTERN EUROPE - GERMANY - DAY 08 - NEUSCHWANSTEIN CASTLE
26 - EASTERN EUROPE - GERMANY - DAY 08 - BMW WELT-MARIENPLATZ
27 - EASTERN EUROPE - GERMANY - DAY 09 - DACHAU CONCENTRATION CAMP MEMORIAL SITE
28 - EASTERN EUROPE - GERMANY - DAY 09 - DACHAU OLD TOWN - GOING HOME
No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.
saya ada banyak setem Czechoslovakia masa kecik kecik dulu , sebagai seorang pengumpul setem tegar
ReplyDeletehonestly .. tadi baru saya baca pasal dia pisah jadik Czech dan Slovakia ..
hehehhesetem tu mesti mahal nanti kan in many years to come ...
cantik nya stained glass tu ..
en syed zoom habis-habisan ya?
errr..
container berisi lidah yang hidup tu ada kat situ tak?
Mesti doc. Simpan! Maybe can check, I dont know where, berapa nilainya sekarang.
DeleteVery colorful!
Zoom about halfway je, sebab bila zoom max, noise mula keluar.
Ada. Tapi later I baca, saintis check tu bukan lidah tapi a part of his brain that had swelled.