Wednesday, January 31, 2018

EASTERN EUROPE - AUSTRIA - DAY 06 - PART 02 - VIENNA - VIENNA CITY TOUR-MARIA THERESIEN PLATZ-HOFBURG PALACE

Selesai lawatan pertama Vienna kami iaitu di Schönbrunn Palace, program seterusnya ialah Vienna City Tour. 

Suasana bandaraya Vienna.

Left: Bauhaus - workshop, home and garden specialist.
Right: UniCredit Bank Austria.


Left: Star Inn Hotel, Vienna. 

Then kami passed by pasar popular di Vienna ni iaitu Naschmarkt di jalan Wienzeile yang 1.5 km panjangnya. Dah ada sejak abad ke 16. Kata Katarina, barang-barang yang dijual di sini adalah agak mahal berbanding dengan di tempat lain di Vienna. Still, ramai pelancong suka ke pasar ni.

Nowadays, one can buy fresh fruit and vegetables from around the world, exotic herbs, cheese, baked goods such as bread, kaiser rolls, and torte, meats, and seafood. There are also many small restaurants which offer e.g. sushi, kebab, seafood, traditional Viennese food such as Kaiserschmarrn or Palatschinken (compares to rolled up crepes) and stalls which offer clothes and accessories. Since 1977, the market extends further along the Wienzeile to an adjacent area every Saturday, when a flea market takes place there. - Wikipedia

Ini adalah Secession Building, sebuah dewan pameran yang dibina pada tahun 1897 oleh Joseph Maria Olbrich sebagai manifesto seni bina untuk Secession Vienna. Secession merujuk kepada sekumpulan artis aliran kesenian moden yang rebel against the long-established fine art institution. 

Beautiful foliage work detail. The motto of the Secessionist movement is written above the entrance of the pavilion: "To every age its art, to every art its freedom" (German: Der Zeit ihre Kunst. Der Kunst ihre Freiheit). - Wikipedia  

Sekitar bangunan Secession.

Masa lalu di kawasan Karlsplatz ni, ternampak bangunan Karlskirche. Karlskirche (St. Charles Church) adalah sebuah gereja baroque yang terletak di bahagian selatan Karlsplatz di Vienna, Austria. Secara amnya dianggap sebagai the most outstanding baroque church in Vienna, as well as one of the city's greatest buildings, gereja ini didedikasikan kepada Saint Charles Borromeo, one of the great counter-reformers of the sixteenth century.

Pada tahun 1713, setahun selepas the last great plague epidemic, Charles VI, Holy Roman Emperor, berjanji untuk membina sebuah gereja untuk saint pelindung, Charles Borromeo, yang dihormati sebagai penyembuh bagi penderita wabak. Maka gereja ini pun dibina.

Casino Wien - elegant building housing a casino, plus dining.

Selain Karlskirche, dari Karlsplatz ni juga boleh nampak satu lagi gereja iaitu St Stephen's Cathedral. Later kami akan ke katedral itu.

Melalui Kärntner Straße/Strasse. Kärntner Straße (Carinthian Street) adalah jalan membeli-belah yang paling terkenal di Vienna. Ia melalui Stephansplatz hingga ke Karlsplatz di Ringstraße. Rekod pertama Kärntner Straße adalah dari 1257, sebagai Strata Carintianorum, yang merujuk kepada kepentingannya sebagai laluan perdagangan ke wilayah selatan Carinthia. 

Bangunan kuning di kiri foto ini ialah Hotel Mewah Bristol Vienna terletak betul-betul bersebelahan dengan Vienna State Opera. An inspiring meeting point for Vienna's cultural and business life selama lebih dari 120 tahun. Dibuka pada tahun 1892, hotel ini hotel still serves as a living example of Viennese charm.

Ini antara bangunan bersejarah yang paling popular di Vienna ni, the Vienna State Opera, sebuah Austrian opera house. Asalnya dikenali sebagai Vienna Court Opera.

Pada tahun 1920, dengan penggantian Habsburg Monarchy oleh First Austrian Republic, ia dinamakan sebagai Vienna State Opera. Ahli Philharmonic Vienna direkrut dari orkestranya.

Kerja pembinaannya bermula pada tahun 1861 dan siap pada tahun 1869. Perasmian perdana dibuat pada 25 Mei 1869 dengan persembahan 'Don Giovanni' oleh Mozart, dihadiri oleh Emperor Franz Josef and Empress Elisabeth (Sissi). 
'Don Giovanni' is an opera in two acts with music by Wolfgang Amadeus Mozart and Italian libretto by Lorenzo Da Ponte. It is based on the legends of Don Juan, a fictional libertine and seducer

Oleh kerana foundation yang dalam, bangunan itu menyerupai sebuah peti yang tenggelam. Kritikan seperti itu dan kritikan lain akhirnya membuat arkiteknya Eduard van der Nüll membunuh diri dan dua bulan selepas itu August von Siccardsburge (seorang lagi arkitek) meninggal akibat serangan jantung. Mereka berdua tak sempat melihat bangunan ini siap. 

Then masa kami lalu Philharmoniker strasse, Katarina suruh kami tengok sebelah kanan bas. Inilah sebuah cafe yang sangat terkenal di Vienna, kata dia, iaitu Café Sacher. Ramai orang beratur nak masuk cafe ni antara lain sebab ada dijual sejenis kek popular di Austria iaitu kek Sacher-Torte yang dicipta oleh Chef Franz Sacher pada tahun 1832 untuk dijadikan dessert dalam sebuah parti diraja sewaktu dia hanya berusia 16 tahun. Kiranya kek ni lazatnya fit for a king la. Café Sacher ini terletak di tingkat bawah Hotel Sacher yang dibuka pada tahun 1875.

Inilah rupanya keknya. 'A chocolate cake consisting of a fairly dry, dense cake with a layer of apricot jam, coated in a dark chocolate fudge-like ganache on the top and sides and liqueur'. Teringat kek Black Forest masa kami di Black Forest, Germany, also got alcohol. 

Ini bangunan 'The Generali Foundation', sebuah muzium seni kontemporari di Vienna, yang diasaskan pada tahun 1988 oleh Generali sebagai persatuan seni. 

Ini Augustinian Church. Gereja ini adalah sebuah parish church yang terletak di Josefsplatz, di sebelah istana Hofburg, istana musim sejuk dinasti Habsburg di Vienna. Asalnya dibina pada abad ke-14 sebagai parish church of the imperial court of the Habsburgs.

Ada service city tour naik kereta kuda ni. Kami naik bas je la.. hehe...

Lalu di Albertinaplatz di belakang Vienna State Opera. Ada Monument Against War and Fascism di platz ni.

View Albertina Museum dari Albertinaplatz. 

Ini Albertina Museum, sebuah Art museum housed in Habsburg Palace. Bangunan ini adalah salah sebuah dari 17 sayap bangunan Hofburg Palace.

Muzium ini menempatkan salah satu koleksi seni yang paling penting di dunia. Ditubuhkan pada 1776, muzium ini memiliki karya-karya Da Vinci, Raphael, Michelangelo, Duerer, Rembrandt dan lain-lain.

Depan muzium ni ada 'Equestrian statue of Archduke Albrecht'.

Antara lukisan yang dipamerkan di muzium ini.

Vienna State Opera House. Pada 12 Mac 1945, semasa Perang Dunia Kedua, Vienna State Opera House ini telah dibom oleh pengebom bersekutu dengan anggapan opera house ini ialah sebuah stesen keretapi. Ia telah telah dibina semula pada tahun 1955 oleh Erich Boltenstern yang mengikuti design asal.

Di kedua-dua belah opera house ini ada fountain. Yang ini yang belah kiri melambangkan music, dance and joy. 



Ehhh.... ada giant pink rabbit pulak!

Artis Jerman, Albrecht Dürer, yang berasal dari Nuremberg, telah melukiskan "Young Hare" pada 1502 dan telah diiktiraf sebagai 'a masterpiece of observational art' dan ditempatkan di Albertina Museum di Vienna. Dan patung pink rabbit itu adalah interpretasi lukisan tersebut oleh Ottmar Hörl (the president of the Academy of Fine Arts in Nuremberg since 2005).

Jadi kami dah dibawa pusing Albertinaplatz dan Augustinerstraße,  di sekitar kawasan yang ada beberapa bangunan-bangunan bersejarah seperti Vienna State Opera House, Generali Foundation, Albertina Museum, Augustinian Church dan Café Sacher/Hotel Sacher.

Seterusnya kami ke Maria-Theresien-Platz melalui jalan Opernring dan Burgring. On the way ke sana, kami nampak beberapa bangunan bersejarah Austria seperti Hofburg Palace (foto kiri). 

Juga Kunsthistorisches Museum atau Museum of Natural History (foto kiri).


Semasa melalui jalan Opernring kami came upon Park Burggarten, taman Imperial Palace Hofburg. Ada monumen Mozart di taman istana ini sebagai memperingati komposer Wolfgang Amadeus Mozart (1756-1791).

Since kami sekadar passed by saja taman ni, maka saya tampal la foto-foto lama 1998 saya bergambar di monumen ini dan bersama "Mozart' 😊.

Kami pun diturunkan di Museum of Natural History di jalan Burgring for a walking tour bersama Katarina. Beberapa foto muzium ini dari bahagian belakangnya yang mengadap jalan Bellariastrasse. 

Dari lokasi kami diturunkan tu, we also got a good view of the Austrian Parliament Building. 
The Austrian Parliament Building in Vienna is where the two houses of the Austrian Parliament conduct their sessions. 


Ini bangunan Museum of Natural History view dari jalan Burgring.

Seperti bangunan-bangunan lain di kawasan ini, facade muzium ini juga ada banyak patung-patung. 

Di bumbung muzium ini ada beberapa patung-patung philisophers. These are Anaxagoras, Empedocles, Aristotle dan Herodotus.
From left to right: Anaxagoras (Greek pre-Socratic philosopher - c.510-428 BC), Empedocles (Greek pre-Socratic philosopher c.490-c.430 BC), Aristotle (Greek philosopher - 384-322 BC) and Herodotus (Greek historian - 484-c.426 BC).


Statues of Jason and Colaeus.
Right: Jason, ancient Greek mythological hero who was famous for his role as the leader of the Argonauts and their quest for the Golden Fleece.
Left: Kolaios Von Samos, with his left hand above his eyes looking to yonder and a rudder in his right hand. Colaeus, ancient Samian explorer and silver merchant.

Kami pun sampai ke Maria-Theresien-Platz di mana letaknya Museum of Natural History dan Art History Museum. 

Ini bangunan Art History Museum di kiri kanan Maria-Theresien-Platz. Kedua-dua bangunan muzium ini dan Museum of Natural History dibina antara 1872 dan 1891.

Ini Museum of Natural History. Khazanah muzium ini termasuk koleksi pelbagai lukisan, artifak arkeologi dan kesenian dekoratif yang dimiliki oleh keluarga Habsburg sejak berkurun-kurun lamanya. Malah muzium ini sendiri merupakan artifak dalam pemeliharaan sejarah. 

Architectural styles: Historicism, Beaux-Arts architecture. Di facade muzium ini ada patung-patung yang menggambarkan personifikasi Afrika, Asia, Eropah, dan Amerika.

Di puncak dome muzium ini ada patung Helios, the god of the Sun. 

Koleksi artifak muzium paling awal dimulakan sejak lebih kurang 250 tahun yang lalu. Hari ini, koleksinya meliputi 8,700 meter persegi.

Sehingga 2011, muzium ini menempatkan kira-kira 30 juta objek dan bilangannya semakin meningkat. 

Di bumbung ada patung-patung tokoh-tokoh penting dalam pelbagai bidang.
From Left:
Nicolaus Joseph von Jacquin (1727-1817) Dutch-Austrian physician, chemist and botanist.
Johann Christian Fabricius (1745-1808) Danish zoologist.
René-Just Haüy (1743-1822) French mineralogist.
Antoine-Laurent de Jussieu (1748-1836) French botanist.

Koleksi di muzium ini yang terdiri daripada kira-kira 25 juta spesimen dan artifak adalah asas penting untuk kerja-kerja lebih daripada 60 kakitangan saintis. Bidang penyelidikan utama mereka meliputi pelbagai topik dari asal-usul Sistem Suria dan evolusi haiwan dan tumbuhan kepada evolusi manusia, serta tradisi dan adat istiadat prasejarah.

Statue of James Cook.

Balik pada Art History Museum (Kunsthistorisches Museum). Ia adalah muzium seni terbesar di negara ini. Diperintah bina oleh Emperor Franz Joseph I of Austria-Hungary untuk menyimpan dan mempamer koleksi seni Habsburg yang hebat dan menjadikan ia dapat diakses oleh orang awam. Façade muzium ini features famous European artists, such as the Dutch Bruegel, among others.

Di puncak octagonal dome bangunan muzium ini juga ada patung. 


Since kami tak masuk dalam muzium-muzium di sini, saya share a couple of old photos inside the Art History Museum from way back in 1998 untuk bagi sikit gambaran interior muzium ini.


Antara kedua-dua Museum of Natural History dan Art History Museum ialah Maria-Theresien-Platz. Di dataran ini ada monumen Empress Maria Theresia. Maria Theresa Monument ini telah diklasifikasikan sebagai World Cultural Heritage. 

Tugu Maria Theresa di sini dibina memegang sehelai kertas yang dinamakan Pragmatic Sanction of 1713. Pragmatic Sanction of 1713 adalah undang-undang yang diperkenalkan oleh bapa Maria Theresa, Emperor Charles VI yang membolehkan seorang wanita dilantik menaiki takhta.

Patung Maria Theresa dibina dikelilingi oleh patung-patung orang kepercayaannya. Di antara mereka adalah empat orang jeneral (von Daun, von Khevenhüller, Traun dan Laudon) yang menunggang kuda. Patung yang hanya berdiri sahaja terdiri dari von Kaunitz (menteri negara), Van Swieten (doktor peribadi), Liechtenstein (panglima angkatan tentera) dan Count von Haugwitz (penasihat ekonomi dan pentadbiran).



Sebelum beredar, minta wife take one shot for this 1998 throwback 😊.

Dari Maria-Theresien-Platz, kami berjalan ke Hofburg Palace.

Melintas jalan dari Maria-Theresien-Platz ke Hofburg Palace.

Outer Gate besar masuk ke Hofburg Palace.

Pada pintu gerbang ini tertulis nama pembinanya, Francis I dalam Bahasa Latin.


Di gate masuk ke Hofburg Palace ni di sebelah kanan ada Welt Museum Wien (Museum of Ethnology). Ia adalah muzium antropologi terbesar di Austria, yang ditubuhkan pada tahun 1876.

Pandangan belah kanan sebaik saja masuk melalui gate istana. Museum of Ethnology ini adalah sebahagian dari bangunan Hofburg Palace. 


Seperti lazimnya facade bangunan-bangunan historic macam ni ada banyak patung-patung. 


Hofburg Palace ini adalah sebuah istana yang sangat besar yang terdiri dari 17 sayap bangunan. Salah satu sayap istana ni dah dijadikan lokasi Museum of Ethnology. 

More statues.





Bangunan Hofburg Palace yang melengkung ni namanya Neue Burg, dilihat dari Heldenplatz (Heroes Square), sebuah dataran besar di kawasan istana ini. 

View komplek Hofburg Palace dari atas.

Hofburg Palace adalah bekas istana kerajaan di tengah Vienna, Austria. Dibina pada abad ke-13 dan terus dibesarkan sejak berabad-abad lamanya, istana ini telah menjadi pusat pemerintahan  Dinasti Habsburg. Ia adalah kediaman musim sejuk raja-raja Habsburg dan Schönbrunn Palace adalah kediaman musim panas. Hari ini ia adalah kediaman rasmi dan tempat kerja Presiden Austria. 

Pelan keseluruhan Hofburg Palace. 
General plan of Hofburg Palace. 1 Swiss Wing, 2a Augustinian Church, 2b Augustinian Monastery, 3 Stallburg, 4 Amalienburg, 5 Leopoldine Wing, 6 Redouten Wing, 7 Winter Riding School, 8 Imperial Library, 9 Augustinian Wing, 10 Archduke Albrecht Palace (formerly Tarouca-de Sylva Palace), 11 Imperial Chancellory Wing, 12 Festsaal - Festival Hall Wing, 13 St. Michael's Wing, 14 Neue Burg Wing, 15 Corps de Logis, 16 Palm House or Butterfly House, A Internal Castle Square, B Ballhausplatz - Ball House Square, C St. Michael's Square, D Schweizerhof - Swiss Court, E Joseph Square, F Albertina Square, G Burggarten - Castle Garden, H Heldenplatz ( formerly External Castle Square) - Wikipedia
Historical construction stages in colours:
  13th to 17th century
  18th century
  19th to 20th century

Pada mulanya dibina sebagai kediaman dan pusat pemerintahan Dukes of Austria pada abad ke-13, ia berkembang dari semasa ke semasa berikutan kedudukan mereka menjadi semakin kuat. 

Dari tahun 1438 hingga 1583 dan dari tahun 1612 hingga 1806, ia menjadi tempat Habsburg kings dan emperors of the Holy Roman Empire, selepas itu Emperor of Austria hingga 1918. Ia terus menjadi pusat pemerintahan dan hari ini digunakan oleh Austrian Federal President.

Di sayap istana ini pada hari ini ia menempatkan sejumlah muzium (Ephesos Museum, Collection of Arms and Armour, Collection of Ancient Musical Instruments and the Museum of Ethnology) serta bilik bacaan perpustakaan nasional. Hofburg Congress Centre juga terletak di sini.

More statues. 

Ada patung golden double-headed eagle di bumbung Neue Burg ni. Left: Statue of Fortuna. 


Selain di bumbung dan pada dinding bangunan, ada juga patung-patung pada bahagian melengkung bangunan ni. Right: Roman soldier statue. Left: Statue of a Marcoman.

Bavarian Germanic tribe.

Sculpture depicting Slavic people.


Statue of a Magyar.

Citizen Statue.


Soldier of Maximilian. 

Wallenstein Soldier.

Statue of Magyar or Hungarian chieftain. 

Staue of armed citizen of Vienna.

Freedom Farmer.

Statue of Tyrolean. 

More stone statues di bumbung.

Depan bangunan Neue Burg ini ada Equestrian Statue of Prince Eugene of Savoy. Dataran besar yang terletak tepat di hadapan Hofburg Palace - Heldenplatz (Heroes Square) dinamakan sempena dua pahlawan perang Austria: Prince Eugène of Savoy, yang menerajui tentera Austria mengalahkan orang Turki pada abad ke-17, dan Archduke Charles, Duke of Teschen, yang mengalahkan Napoleon pada tahun 1809 di Aspern, berhampiran Vienna.
Field marshal and statesman of the Carignan line of the House of Savoy, who, in the service of the Austrian Holy Roman emperor, made his name as one of the greatest soldiers of his generation. He fought notably against the Turks in central Europe and the Balkans (1683–88, 1697, 1715–18) and against France in the War of the Grand Alliance (1689–97) and in the War of the Spanish Succession (1701–14). - Source

Mereka diberi penghormatan dengan patung ekuestrian yang monumental, dibina antara 1860 dan 1865. Patung putera Eugène di hadapan Neue Burg memerlukan sokongan ekor kuda kerana kedua-dua kaki depan kudanya terangkat.

Di Heldenplatz (Heroes Square) ini juga ada statue of Archduke Charles. Walaupun mengidap epilepsi, Charles mencapai penghormatan tertinggi sebagai komander dan sebagai reformer tentera Austria. 

Archduke Charles dianggap sebagai salah satu daripada opponent Napoleon yang paling hebat.

Patung equestrian Archduke Charles ini direka mengikut lukisan popular oleh Johann Peter Krafft. 
Left: Victorious Archduke Charles of Austria during the Battle of Aspern-Essling (21–22 May 1809).
Johann Peter Krafft was a German-born Austrian painter who specialized in portraits, historical works and genre scenes. - Wikipedia

Heldenplatz (Heroes Square).

Salah satu sayap Hofburg Palace, Leopoldine Wing. Sebuah lagi sayap bangunan Hofburg Palace yang dinamakan Leopoldine Wing digunakan sebagai pejabat Presiden dan Perdana Menteri Austria kini. 

Seperti juga pejabat presiden Republik Czech di Prague dulu, bendera akan dipasang di atas pejabat mereka untuk menandakan yang Presiden dan Perdana Menteri berada di dalam negara.

Bendera Austria dan plak sejarah Leopoldine Wing.

Seterusnya dari Heldenplatz (Heroes Square) kami berjalan masuk ke Innenhof Square (Internal Castle Square) pula. 

Di Internal Castle Square ini ada satu lagi wing Hofburg Palace iaitu Imperial Chancellery Wing ini.

Hofburg adalah kediaman Habsburg selama lebih dari 600 tahun dan oleh itu juga jadi pusat Holy Roman Empire. Selain berfungsi sebagai pusat pemerintahan dan pentadbiran, Hofburg juga merupakan kediaman musim sejuk keluarga imperialis dan musim panas di Istana Schönbrunn.

Istiadat menetapkan bahawa setiap anggota keluarga  diraja mesti mempunyai apartmen atau suite mereka sendiri di salah satu sayap di Hofburg ini. Manakala kebanyakan pangsapuri ini kini menempatkan pelbagai muzium serta pejabat, kementerian kerajaan dan penganjuran presiden, Imperial Chancellery Wing dan Amalia Residence, yang mengandungi pangsapuri Franz Joseph dan Elisabeth, hari ini terbuka kepada orang ramai. 
Ada juga service kereta kuda yang bawa tourist round komplek istana ini. Masa zaman dulu ini memang laluan kereta-kereta kuda yang sibuk.

Di sebelah Imperial Chancellery Wing ialah The Swiss Gate (Schweizertor), original main gate of the imperial palace. 

Dari Internal Castle Square ni boleh nampak Swiss Court if look through the Swiss Gate. Pada gate ini ada Titles of Emperor Ferdinand I and the Insignia of the Order of the Golden Fleece. Swiss Court ini adalah bahagian tertua (abad ke 13) dalam komplek istana Hofburg ini. Dinamakan demikian  sempena pengawal Swiss yang ditugaskan untuk melindungi kawasan presintnya. Gerbang Renaissance Swiss ini dibina pada 1553.

Innenhof Square. Bangunan kiri tu ialah sayap Amalienburg (Amalia Residence). Di tengah dataran ini ialah patung Emperor Francis II dan bangunan kanan tu ialah Imperial Chancellery Wing. 
Sayap Amalienburg ini disambungkan dengan Swiss Wing oleh Leopoldine Wing. Amalienburg dinamakan sempena Empress Wilhelmine Amalia, yang menggunakannya sebagai tempat tinggalnya setelah suaminya, Emperor Joseph I. meninggal.

Bangunan Amalienburg ini mempunyai tarikan istimewa kerana ada jam astronomi yang dibina ke dalam fasad bangunan, lengkap dengan sundial dan sfera yang memperlihatkan fasa perjalanan bulan, yang masih lagi berfungsi.

Deco pada facade bahagian bumbung Imperial Chancellery Wing ini ialah Coat of Arms of Emperor Charles VI.

Di tengah Internal Castle Square ini ada Bronze Statue of Emperor Francis II by Pompeo Marchesi 1846. Monumen tembaga Emperor Franz I yang dibina di Milan ini menampilkan Emperor berpakaian toga, seperti yang dipercayai oleh Franz I bahawa ia adalah lambang negara multi-etnis dan sepatutnya mewakili kewarganegaraan Austria. 

Sementara empat patung wanita yang terletak di sekeliling penjuru monumen ini pula menandakan faith, peace, justice and power.

Di Internal Castle Square ini, Statue of Emperor Francis II dikelilingi oleh, dari kiri Leopoldine Wing, Amalienburg dan Imperial Chancellery Wing.

Tengah saya belek-belek foto-foto Statue of Emperor Francis II yang saya snap, saya terperasan a guy jumping in front of the statue for a snapshot. I was shocked! I mean, look how high his jump was! Or did he levitate? (insert mysterious spooky music here) 

A few more shots di Internal Castle Square.

Kiri Swiss Wing dan kanan Leopoldine Wing.

Dari kiri: Swiss Wing, Leopoldine Wing, Amalienburg, Statue of Emperor Francis II (di depan Amalienburg) dan Imperial Chancellery Wing.

Dari kiri: Imperial Chancellery Wing, Swiss Court dan Leopoldine Wing.

Locations of the wings.

Lepas tu kami gerak dari Internal Castle Square ni masuk melalui bangunan Imperial Chancellery Wing untuk ke St. Michael's Wing. 

Patung-patung di kiri kanan laluan di Imperial Chancellery Wing ini dinamakan Labours of Hercules.


Left: Hercules fighting Antaeus. 
Right: Statue of Hercules fighting Antaeus. Violent sungguh aksi yang ini!

Lepas melalui Imperial Chancellery Wing, kami pun lalu ke dalam St. Michael's Wing. 

Berada di bawah kubah St. Michael's Wing.

Bronze dome di St. Michael's Wing ini dipanggil Michalertor.

Mendengar Katarina bercerita.

Di bawah kubah St. Michael's Wing ini juga adalah lokasi pintu masuk ke Sissi Museum. Siapakah Sissi? Katarina, our local tour guide bercerita. And saya included my own research also lah.. hehe. 



Sissi adalah Empress Elisabeth, isteri Emperor Franz Joseph yang membina sayap Neue Wing yang telah kami lawat tadi. Actually Franz nak dikahwinkan oleh ibunya (yang very domineering and controlling) dengan kakak Elisabeth. Tapi dia tak suka pada si kakak dan jatuh cinta pada Elisabeth sampai dia bagitau mak dia yang dia tak akan kawin sampai bila-bila kalau tak dapat kawin dengan Elisabeth. 

Sissi terkenal sebagai seorang permaisuri yang cantik dan sangat mengambil berat tentang kecantikan. Sangat obsessive acttually. Contohnya, untuk menjaga kecantikan dirinya, Sissi akan berlatih menunggang kuda selama 3 jam sehari.
- Setiap castle yang dia tinggal di dilengkapi dengan gimnasium.

- Balance beams dipasang di tempat tidurnya supaya dia boleh berlatih setiap pagi.
- Belajar fencing pada usia 50-an dengan disiplin yang sama.
- Seorang horsewoman yang gemilang, dia menunggang kuda setiap hari selama beberapa jam, akhirnya menjadi ekuestrian wanita yang terbaik di dunia, dan yang paling terkenal.
- Bila sudah tidak boleh lagi menunggang kuda sebab gout, dia terus bersenam berjalan, hiking tours tak kira apa pun keadaan cuaca.

Tiap hari 2 jam diperuntukkan oleh Sissi untuk mendandan rambutnya. Patut la 2 jam, tengok la rambut dia. Long and luxurious, kalau duduk di kerusi berjurai sampai lantai. 
- Selepas berjam-jam dressing, braiding and pinning up, rambut yang gugur harus dipersembahkan dalam mangkuk perak dan diperiksa oleh Elisabeth.

- Apabila rambutnya dicuci dengan "essences" telur dan cognac sekali setiap dua minggu, semua aktiviti dan kewajipan dibatalkan untuk hari itu.
- Pendandan rambut dia juga ditugaskan mencabut uban.

Sebagai Empress, tentunya Sissi ada banyak pakaian. Banyak sangat sampai tak pernah diulang pakai. Tapi dalam Muzium Sissi tu cuma ada 3 helai sahaja yang dipamerkan kerana Sissi dikatakan sering menderma pakaian yang telah dipakai kepada pembantu dan rakan-rakannya.

Waaa... tengok la pinggang dia! Walaupun selepas empat kehamilan dia mempertahankan berat badannya pada hampir 50 kg sepanjang hidupnya dengan berpuasa dan bersenam berlebihan. Kalau pada hari ini tindakannya ittu boleh dikatakan sebagai tanda-tanda klasik gangguan makan anorexia nervosa. Ukurlilit pinggang dia pernah kecut sampai 19 inci dan hingga ke 16 inci bila dia murung sebab kematian anak perempuan dia. She was described as “almost inhumanly slender.”
Pada tahun-tahun terakhir hidupnya, Elisabeth menjadi lebih gelisah dan obsesif, dengan menimbang berat badannya hingga tiga kali sehari. Dia kerap mandi wap untuk mencegah penambahan berat badan.

Kalau dilihat portrait lukisan-lukisan Elisabeth, semuanya masa dia muda iaitu pada umur 35 tahun ke bawah. Ini adalah kerana Sissi tak lagi membenarkan dirinya dipotret selepas dia berusia 35 tahun. Suka the 2nd drawing from left.. so lovely. 
- Tidak seperti perempuan lain pada zamannya, Elisabeth kurang menggunakan kosmetik atau minyak wangi kerana dia ingin mempamerkan kecantikan "semula jadi".
- Elisabeth tidur tanpa bantal di atas katil besi, to retain her upright posture.
- Sebagai facial mask masa tidur setiap malam, raw veal or crushed strawberries digunakan.
- Beliau tidur dengan kain yang dah direndam dalam cider-vinegar yang diletak above her hips untuk memastikan pinggang terus langsing.
- Untuk mengekalkan skin tone, dia mandi cold shower pada pagi (yang pada tahun-tahun kemudian memburukkan lagi arthritisnya) dan mandi minyak zaitun pada waktu petang.

Perkahwinan Elisabeth dan Franz tak bahagia kerana sikap Elisabeth yang obsessive dan sering menjauhkan diri dan bermurung. Elisabeth juga tidak selesa hidup sebagai empress. Sissi hidup berasingan dengan suaminya di akhir hayatnya dengan mengembara bersendirian bersama pembantunya ke seluruh Eropah. Dia mati dibunuh oleh seorang pembenci keluarga diraja yang berbangsa Itali sewaktu mengembara ke Geneva di Switzerland pada tahun 1898.
Elisabeth with diamond stars in her hair, 1865, Painted by Franz Xaver Winterhalter.

Ok cukup la pasal Sissi... hehe. Back to the tour. Ini deco and statues di bawah St. Michael's Wing di gate masuk dari Internal Castle Square tadi.

Sememangnya ini laluan kereta kuda bawak pelancong tour Hofburg Palace. Kiranya dengan cara ini bolehlah pelancong merasa bagaimana royalties dulu-dulu travel.

Details hiasan dinding di bawah Michaelerkuppel.

Ada jaring dipasang untuk elak dari dihinggap dan dibuat tempat bersarang oleh burung. 

50 meter tingginya kubah ni.

Memang lawa dan impressive la dome ni.

Begitu tekun ambik foto 360°C.. hehe.

Dan gini la hasilnya 😊. Not everyone's cup of tea I know, but I love it! 😀

Dari laluan bawah dome St. Michael's Wing tadi kami keluar menerusi Michalertor (Michael's Gate) ke Michael's Square. Di kiri kanan ketiga-tiga pintu di gate ini ada patung-patung besar Hercules depiciting 'Labours of Hercules'. St. Michael's Wing dinamakan sempena St. Michael's Church yang ada berhampiran gate ini.

Pemandangan St. Michael's Wing bersama wings lain yang kami dah lalui di Hofburg Palace ini. 

St. Michael's Wing.

Patung-patung depicting 'Labours of Hercules'.

Left: Hercules fighting the Hydra. Right: Hippolyte and Hercules.

Right: Hercules and Cerberus. left: Statue of Hercules killing Stymphalian birds.

Bumbung St. Michael's Wing.




Facade dengan Coat of Arms.

FJ = Franz Joseph.



Di tengah St. Michael's Square ni ada adalah kawasan terbuka di mana ada banyak runtuhan Rom dan dari zaman abad pertengahan.

Kota Vienna dikenali sebagai Vindobona pada zaman pemerintahan Rom. Runtuhan peninggalan Roman ini ditemui pada tahun 1990.

Bersambung....

For easy reference, saya senaraikan di bawah semua links kepada entries Eastern Europe travels saya:
01 - EASTERN EUROPE - GERMANY - DAY 01 - PART 01 - DEPARTURE & ROMERBERG
02 - EASTERN EUROPE - GERMANY - DAY 01 - PART 02 - WERTHEIM OUTLET VILLAGE

03 - EASTERN EUROPE - CZECH REPUBLIC - DAY 02 - PART 01 - KARLOVY VARY - GRANDHOTEL PUPP-HOT SPRING COLONNADE
04 - EASTERN EUROPE - CZECH REPUBLIC - DAY 02 - PART 02 - KARLOVY VARY - MARKET COLONNADE-MILL COLONNADE-DVORAK PARK-PARK COLONNADE-CZECH POST-ELIZABETH V SPA
05 - EASTERN EUROPE - CZECH REPUBLIC - DAY 02 - PART 03 - PRAGUE - PRAGUE CITY-WENCESLAS SQUARE-PRAGUE OLD TOWN SQUARE-ASTRONOMICAL CLOCK
06 - EASTERN EUROPE - CZECH REPUBLIC - DAY 02 - PART 04 - PRAGUE - CHARLES BRIDGE-PRAGUE OLD TOWN SQUARE
07 - EASTERN EUROPE - CZECH REPUBLIC - DAY 03 - PART 01 - PRAGUE - PRAGUE CASTLE-ST VITUS CATHEDRAL
08 - EASTERN EUROPE - CZECH REPUBLIC - DAY 03 - PART 02 - PRAGUE - OLD ROYAL PALACE-PRAGUE LESSER TOWN-CHARLES BRIDGE
09 - EASTERN EUROPE - SLOVAKIA - DAY 04 - PART 01 - BRATISLAVA - BRATISLAVA CASTLE
10 - EASTERN EUROPE - SLOVAKIA - DAY 04 - PART 02 - BRATISLAVA - BRATISLAVA OLD TOWN-CORDOBA CULTURE CENTER
11 - EASTERN EUROPE - HUNGARY - DAY 04 - PART 03 - BUDAPEST - CENTRAL MARKET HALL-LIBERTY BRIDGE
12 - EASTERN EUROPE - HUNGARY - DAY 05 - PART 01 - BUDAPEST - GELLERT HILL-CITADEL
13 - EASTERN EUROPE - HUNGARY - DAY 05 - PART 02 - BUDAPEST - FISHERMAN'S BASTION
14 - EASTERN EUROPE - HUNGARY - DAY 05 - PART 03 - BUDAPEST - HEROES SQUARE
15 - EASTERN EUROPE - HUNGARY - DAY 05 - PART 04 - BUDAPEST - RIVER DANUBE CRUISE
16 - EASTERN EUROPE - HUNGARY - DAY 05 - PART 05 - BUDAPEST - GELLERT THERMAL BATH-CAVE CHURCH
17 - EASTERN EUROPE - AUSTRIA - DAY 06 - PART 01 - VIENNA - SCHONBRUNN PALACE
18 - EASTERN EUROPE - AUSTRIA - DAY 06 - PART 02 - VIENNA - VIENNA CITY TOUR-MARIA THERESIEN PLATZ-HOFBURG PALACE
19 - EASTERN EUROPE - AUSTRIA - DAY 06 - PART 03 - VIENNA - KOHLMARKT-GRABEN-HUNDERTWASSERHAUS
20 - EASTERN EUROPE - AUSTRIA - DAY 06 - PART 04 - VIENNA -VIENNA ISLAMIC CENTER-St STEPHEN CATHEDRAL-KARNTNER STRASSE
21 - EASTERN EUROPE - AUSTRIA - DAY 07 - MONDSEE-LANDZEIT
22 - EASTERN EUROPE - AUSTRIA - DAY 07 - MIRABELL GARDEN-MOZART WOHNHAUS-MAKARSTEG
23 - EASTERN EUROPE - AUSTRIA - DAY 07 - SALZBURG OLD CITY
24 - EASTERN EUROPE - GERMANY - DAY 08 - ON THE WAY TO NEUSCHWANSTEIN CASTLE
25 - EASTERN EUROPE - GERMANY - DAY 08 - NEUSCHWANSTEIN CASTLE
26 - EASTERN EUROPE - GERMANY - DAY 08 - BMW WELT-MARIENPLATZ
27 - EASTERN EUROPE - GERMANY - DAY 09 - DACHAU CONCENTRATION CAMP MEMORIAL SITE
28 - EASTERN EUROPE - GERMANY - DAY 09 - DACHAU OLD TOWN - GOING HOME

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

2 comments:

  1. sache torte ! saya pernah makan rasanya ... yang tak ada liquer.. tak sedap ... tak suka almond paste tu.. rasa obat! :))
    macam best je Muzium of Natural History tu ! macam-macam artifek..
    tahun berapa dulu En Syed pergi tu.. ? masa belajar lagi ke ?
    lupa ..
    guna kamera apa masa tu ? masa tu belum terjebak dengan photography ..?
    really intricately carved statues kan...? marble kan?

    wehh
    budak tu buat majik ke hapa!!??
    atau dia lompat turun dari pedestal statue tu ?
    atau your 360 yang buat dia nampak melompat macam tu?

    omggg... rampingnya ... macam kerengga....
    statue2 yang kat luar depa tak letak jaring pulak kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo.. ada ya version tanpa alcohol. Tak sedap? Rasa obat? Tapi u kan doctor.. hehehe... tak de kena mengena kan.. hahaha.

      Yes, muzium tu best sgt. Dan besar sgt. Ingat lagi masa saya ke situ in 1998, sampai sakit pinggang and masa tu I was still very young.. hehe.
      Masa tu tahun 1998. Dah kerja a few years dah masa tu.
      Guna kamera filem cap Konica. Bagus camera tu actually. Nooo... belum lagi terjebak.. hehe. Terjebak masa 2006, 8 years later after 1998 :).
      Some used marbles, some used stones.

      I think either he is an excellent athlete or, like you said, used magic.
      Tak dibenarkan panjat2 monumen di sini.
      Ni shoot pakai camera compact actually.
      Still boggles my mind how he did it.

      Kerengga pun jeles ok... hehe.
      Dijaring sebab nak elak burung2 dari melepak dan berak2 di situ, dan elak jadi tempat bersarang.

      Delete