Friday, December 22, 2017

EASTERN EUROPE - CZECH REPUBLIC - DAY 02 - PART 03 - PRAGUE - PRAGUE CITY-WENCESLAS SQUARE-PRAGUE OLD TOWN SQUARE-ASTRONOMICAL CLOCK

Ok sambung cerita percutian kami di Eastern Europe. Summary setakat ini: landing di Frankfurt, terus ke Romerberg. Then ke Wertheim Village dan bermalam di Karlovy Vary. The next day lepas walking tour di Karlovy vary, kami bertolak ke Prague, about 2 hours drive. 

Sambil tu apa lagi nak buat, ambik gambar le.. hehe.

We left Karlovy Vary about 12 noon. Sejuk masa tu!

Ok saya share apa yang sempat dirakam sepanjang perjalanan.






No, we did not shop di Hugo Boss tu 😊.



Sekali sekala lalu kawasan hujan renyai.






























Tiba di Prague.



Suasana bandaraya Prague. 


Belah kiri tu ialah bangunan Czech Ministry of Industry and Trade di tepi sungai Vltava. 


Menyeberang sungai Vltava dengan Hlávka's Bridge menuju ke pusat bandar Prague. Dari jambatan ni boleh nampak Å tefanik Bridge dan bangunan Czech Ministry of Industry and Trade tadi. 


Melalui Wilsonova street ni boleh nampak Praha Masarykovo nádraží (Prague Masaryk railway station), sebuah terminal stesen keretapi yang terletak di kawasan New Town di Prague. Ia adalah stesen keretapi pertama di bandar ini di mana keretapi stim digunakan, dan stesen keretapi kedua tertua di Prague. Sejak 1845.




Yang ni pula ialah Praha hlavní nádraží (Prague main railway station). Ia adalah stesen keretapi terbesar dan paling penting di Prague di Republik Czech. Pada 2014, 27 juta penumpang menggunakan stesen ini.

Stesen keretapi ini terletak di Vinohrady. Ia dibuka pada tahun 1871 dan dinamakan Stesen Franz Josef sempena Franz Joseph I of Austria. Semasa Republik Pertama dan dari 1945 hingga 1953 stesen ini dipanggil Stesen Wilson (Czech: Wilsonovo nádraží) sempena bekas Presiden Amerika Syarikat, Woodrow Wilson. 

Bangunan asal stesen ni ada design Art Nouveau yang dibina antara 1901 dan 1909.

Stesen ini merupakan hub pengangkutan antarabangsa dengan perkhidmatan ke Jerman, Poland, Slovakia, Austria, Hungary, Switzerland. Juga ke Belanda, Serbia, Russia, Ukraine dan Croatia pada musim panas.

Ini bangunan State Opera, Prague.

Bangunan State Opera ini dibuka pada tahun 1888. Setelah ditutup sewaktu pendudukan Jerman pada tahun 1938, ia dibuka kembali pada tahun 1992. 

Dalam setahun lebih kurang 300 performances dibuat di State Opera ni. 

The National Museum, new wing.

National Museum, bangunan asal yang bersejarah. It was founded in 1818. Pada masa ini muzium ini menempatkan hampir 14 juta item from the area of natural history, history, arts, music and librarianship, yang terletak di puluhan bangunan.

Muzium ni ditutup for renovations. Might as well, sebab dalam travel package macam ni memang tak de masa nak explore muzium. Tambah la lagi pulak muzium besar macam ni. Oh well.. 


Dan kami pun masuk ke satu dataran namanya Wenceslas Square. Ia adalah salah satu dataran bandar utama dan pusat perniagaan dan budaya masyarakat di New Town of Prague, Czech Republik. Dataran ini dinamakan sempena nama Saint Wenceslas, santo pelindung Bohemia. Ni lah patung Saint Wenceslas.
Mercu tanda utama di Wenceslas Square adalah patung King Wenceslas yang sedang menunggang kuda. Baginda adalah Duke of Bohemia yang memerintah sekitar tahun 900 dan sangat disayangi oleh rakyatnya. King Wenceslas diangkat menjadi patron saint bagi Wilayah Bohemia setelah baginda mati dibunuh oleh adiknya sendiri yang merupakan seorang pagan. Oleh kerana baginda sangat disayangi rakyat Czech, patungnya banyak didirikan di merata-rata tempat.

Empat patung di kaki King Wenceslas adalah St Ludmila, St Agnes, St Procopius dan St Adalbert.

Banyak peristiwa bersejarah yang berlaku di Wenceslas Square ni, seperti demonstrasi, perayaan, dan perhimpunan awam yang lain.  Ia adalah sebahagian daripada pusat bersejarah Prague, sebuah Tapak Warisan Dunia. 

Dulu masa Middle Ages, namanya ialah 'Horse Market' iaitu tempat jual beli kuda, then tukar ke 'Wenceslas Square' pada 1848. Bentuknya segi empat tepat sepanjang 750 m, dengan National Muzium di satu hujung dan sempadan Old Town dan New Town di hujung satu lagi.

Terfascinated pulak dengan tandas awam ni.. hehe. Betul-betul tepi jalan di selekoh sibuk.

Sebelum start touring, turun je dari bas kami pun pergi lunch dulu dan bersolat. 

Lunch di Restoran Barakat. Lokasinya di Opletalova. Dari Wenceslas Square tempat kami turun bas tadi ke restoran ni adalah dalam 15 ke 30 minit jalan kaki. Di belakang restoran ni ialah Prague Islamic Centre. So lepas makan terus solat.

Lunch makan nasi beriani ayam. Beli sepinggan je, dibahagi dua sebab portion sangat besar. Boleh bayar guna Euro, kalau tak de Koruna. Tapi balance akan dibayar dalam Koruna. 

Lepas makan ke Prague Islamic Centre, betul-betul belakang Restoran Barakat tadi.

Waktu solat di Prague. Pukul 4:50 pm dah masuk Maghrib.

Suasana dalam masjid di Prague Islamic Centre. Sangat selesa.

Ruang solat wanita di tingkat 1.

Dah siap makan dan bersolat, lega rasanya. Alhamdulillah. Baru la selesa nak touring. 

Berjalan semula ke Wenceslas Square. 

Grand Hotel Evropa di tengah-tengah Wenceslas Square ni ada sejarahnya yang tersendiri. Di hotel inilah seorang kerani yang bertugas di London Stock Exchange yang bernama Nicholas Winton menyabung nyawa menyelamatkan 699 kanak-kanak Yahudi dari tentera Nazi secara rahsia.

Information center.

Road signs dalam bahasa Czech. Pandai-pandai lah terjemah. Kami tengok logo tu je senang...hehe. Memang la ni guided tour tapi interesting kalau kita aware of the signages instead of just following the guide. 

Di Wenceslas Square ni ada banyak hotel dan branded stores.

'SvaÅ™ené víno' is hot wine. Selain wine, kiosk ni jual other beverages and snacks. 

Perhentian tram di Wenceslas Square.

Ini Palác Koruna atau Koruna Palace. Ia adalah pusat perniagaan dengan branded stores, restoran dan pejabat.
Istana Koruna mempunyai tiga tingkat bawah tanah dan tujuh tingkat di atas. Di ruang bawah tanah, terdapat megastore muzik terbesar di Eropah tengah, di ground floor dan mezanin, terdapat beberapa kedai nama jenama. Terdapat juga restoran dan kafe,

Berjalan ke Prague Old Town.


There are lots of cafe with outside seating by the roadside.


Dah di area tourists, mesti la ada banyak kedai souvenir. 

Boleh tahan jugak la crowd petang tu.  Tapi tak sesak. Selesa. 

Sekali sekala ternampak street performers. 

Tour guide berhenti kejap di Visitor Center ni to check directions. 

Dah mula masuk ke area Old Town.


Saya suka walking tour, lagi la kalau lalu lorong-lorong pedestrian yang sempit macam ni. Very charming to me lah.. hehe.

Inilah Prague Old Town Square. Antara landmarks di dataran ni adalah Prague Astronomical Clock dan Church of Our lady before Týn dan St. Nicholas Church. 

Kami masuk ke Old Town Square ni melalui dataran kecil dekat Prague Astronomical Clock. Di sini ada bangunan Old Town Hall yang ditubuhkan pada tahun 1338 sebagai tempat pentadbiran Kota Lama.

Kalau nak tengok kota lama Prague ni, boleh ikut guided tour jalan-jalan di bawah tanah di bangunan Old Town Hall ni. 


Bahagian tertua kompleks ini terdiri daripada menara Gothic yang indah dengan bay chapel dan jam astronomi yang unik - dikenali sebagai Orloj atau Prague Astronomical Clock - di mana, setiap jam antara 9 pagi dan 11 malam, 12 patung-patung apostles muncul.

Seperti beberapa bangunan lama bersejarah lain yang kami encounter, Prague Astronomical Clock ni juga sedang dalam proses baikpulih.

More of this historical clock later.


Satu lagi mercu tanda sejarah di Prague ialah bangunan Dům U Minuty (At the Minute), satu contoh high-Renaissance architecture.

Di dinding bangunan ni ada ukiran/lukisan adegan-adegan Bible, kehidupan Renaissance dan mitologi Yunani.





Next kami ke Old Town Square. 

Luas dataran Old Town Square ni.

Landmark yang paling imposing di dataran ni selain the Prague Astronomical Clock tadi ialah gereja ni, the Church of Our lady before Týn.

Gereja ini adalah gereja gothic dan merupakan ciri dominan di Old Town of Prague, Republik Czech. Ia telah menjadi gereja utama bahagian ini sejak abad ke-14. Menara gereja adalah 80 m tinggi dengan empat menara kecil.

Ini bangunan National Gallery - Kinsky Palace.
This Rococo building on Old Town Square features rich stucco and sculptural decoration. The Kinský Palace has been witness to many historical events. Today it is the seat of the National Gallery in Prague

Bangunan ini pula dikenali sebagai Stone Table House. Pernah satu ketika terkenal sebagai tempat literary salon di mana selalu dilawati oleh Prague artists termasuk saintis terkenal Albert Einstein.


St. Nicholas' Church. Gereja ini adalah sebuah gereja Baroque di Old Town of Prague. 

Gereja St. Nicholas' Church ini dibina antara 1704-1755 di tapak di mana dahulu gereja Gothic dari abad ke-13 berdiri, yang juga didedikasikan untuk Saint Nicholas.

Ini Jan Hus Memorial. Lahir pada tahun 1369, Hus menjadi religious thinker, philosopher dan reformer yang berpengaruh di Prague. Beliau adalah pendahulu utama kepada pergerakan Protestan pada abad keenam belas. Dalam karya-karyanya, beliau mengkritik religious moral decay of the Catholic Church. Hus akhirnya dikutuk oleh Council of Constance dan burned at the stake pada 1415. Ini membawa kepada Perang Hussite. 

Kematian Hus menimbulkan kemarahan di kalangan pengikutnya di Prague. Pengikut Hus - yang digelar Hussites - membalas dengan membakar biara dan gereja-gereja. Pemerintah Vatican, Pope Martin V menyeru pengikut Katholik di negara lain memerangi kelompok Hussites yang berfahaman Protestant ini sehingga menimbulkan peperangan Katholik-Protestant yang panjang.

Di Old Town Square ni juga ada horse carriages. Tapi kami sebenarnya prefer to walk. Plus senang nak ambik gambar berbanding dengan being on a carriage.

More street performers. Papa Smurf pun ada.. hehehe.

Ok, 360° satu 😊. Dari kanan: Prague Astronomical Clock, Stone Table House, Church of Our lady before Týn, National Gallery - Kinsky Palace, Jan Hus Memorial dan St. Nicholas' Church. 


Di dataran ini pernah ada satu tiang dikenali sebagai Marian Column. Tempat tiang tu didirikan ditandakan pada dataran ini seperti dalam foto bawah - refer arrow biru. Tiang batu pasir itu didirikan di tengah-tengah Old Town Square sebagai tanda kesyukuran Prague berjaya dipertahankan dari serangan tentera Sweden pada tahun 1648. 

Yang arrow merah tu pulak ialah garisan Prague Meridian. Titik perubahan penentuan masa di Prague berlaku pada tahun 1652. Pada masa tu lah garisan Prague Meridian ni was embedded pada pavement di Old Town Square ni. Dan ianya dekat dengan Marian Column supaya bila bayang Marian Column tu kena pada garisan Prague Meridian ni, itu maknanya dah time high noon. Fyi, garisan tu sebenarnya tegak. Melengkung dalam foto bawah sebab ni foto 360°.. hehe.


Ok, saya cerita pulak pasal Prague Astronomical Clock dengan a bit more detail. Masa ni kami juga ramai pengunjung lain mengerumuni menara besar jam ni menunggu waktu jam seterusnya. Nak tengok apa jam ni nak buat bila tepat detik jam seterusnya.

Mekanisme jam ni ada 3 komponen utama: astronomical dial, "The Walk of the Apostles" dan calendar dial.


Bahagian atas sekali tu, yang ada 2 tingkap warna biru tu ialah bahagian "The Walk of the Apostles". Lengkap sejam, 12 patung apostles akan menjengok di tingkap-tingkap tu. Yang tengah ialah muka jam astronomical dial. Dan yang bawah sekali ialah calendar dial.

4 patung yang ada pada muka jam calendar dial adalah Chronicler, Angel, Astronomer dan Philosopher.

Pada muka jam astronomical dial juga ada 4 patung-patung. 3 dari 4 patung-patung ini mewakili sifat-sifat masyarakat yang dibenci pada masa pembuatan jam besar ini. Patung skeleton tu, melambangkan kematian. Yang main alat musik tu mewakili nafsu dan keseronokan duniawi. Next ialah Vanity, yang pegang cermin muka, sedang mengagumi diri. Last sekali, memegang beg berisi emas mewakili tamak atau riba. Bila lengkap sejam, si skeleton akan mengoncang loceng yang dipegangnya dan kepala patung-patung yang lagi 3 tu akan menggeleng-geleng menunjukkan orang-orang yang mereka wakili itu masih belum sedia untuk meninggalkan dunia ini kerana masih belum puas mengumpul harta, berseronok dan berbangga diri.


Makin nak dekat jam seterusnya, makin ramai orang. Sempat saya ber360° dalam crowd tu... hehe.


Tepat pukul 4 petang, jam pun berbunyi dan 12 patung apostles pun kelihatan di tingkap-tingkap kecil tu. 

Mereka percaya apostles tu menjengok di tingkap dan bless the town.

Inilah patung-patung 12 Apostles yang ada dalam Prague Astronomical Clock ni.

Katanya it is a 'fascinating mechanical performance' yang masa Middle Ages dianggap salah satu keajaiban dunia. Sampai ada legend kata si pembuat jam ni telah dibutakan supaya dia tak boleh buat jam macam ni lagi. Tapi masa kami tengok tu.. tak de la apa yang menariknya. So we concluded that what we saw was not the full performance mungkin sebab masa tu sedang direnovasi, so it was just a partial performance. Oh well... hehe. 


Ok, saya share di sini more information about the clock from posters displayed di dinding barriers bahagian renovasi jam besar ni. 







Since bahagian dalam menara jam ni tak boleh masuk due to renovations, so it was nice for them to display the insides in these posters. 






















Bersambung....

For easy reference, saya senaraikan di bawah semua links kepada entries Eastern Europe travels saya:
01 - EASTERN EUROPE - GERMANY - DAY 01 - PART 01 - DEPARTURE & ROMERBERG
02 - EASTERN EUROPE - GERMANY - DAY 01 - PART 02 - WERTHEIM OUTLET VILLAGE

03 - EASTERN EUROPE - CZECH REPUBLIC - DAY 02 - PART 01 - KARLOVY VARY - GRANDHOTEL PUPP-HOT SPRING COLONNADE
04 - EASTERN EUROPE - CZECH REPUBLIC - DAY 02 - PART 02 - KARLOVY VARY - MARKET COLONNADE-MILL COLONNADE-DVORAK PARK-PARK COLONNADE-CZECH POST-ELIZABETH V SPA
05 - EASTERN EUROPE - CZECH REPUBLIC - DAY 02 - PART 03 - PRAGUE - PRAGUE CITY-WENCESLAS SQUARE-PRAGUE OLD TOWN SQUARE-ASTRONOMICAL CLOCK
06 - EASTERN EUROPE - CZECH REPUBLIC - DAY 02 - PART 04 - PRAGUE - CHARLES BRIDGE-PRAGUE OLD TOWN SQUARE
07 - EASTERN EUROPE - CZECH REPUBLIC - DAY 03 - PART 01 - PRAGUE - PRAGUE CASTLE-ST VITUS CATHEDRAL
08 - EASTERN EUROPE - CZECH REPUBLIC - DAY 03 - PART 02 - PRAGUE - OLD ROYAL PALACE-PRAGUE LESSER TOWN-CHARLES BRIDGE
09 - EASTERN EUROPE - SLOVAKIA - DAY 04 - PART 01 - BRATISLAVA - BRATISLAVA CASTLE
10 - EASTERN EUROPE - SLOVAKIA - DAY 04 - PART 02 - BRATISLAVA - BRATISLAVA OLD TOWN-CORDOBA CULTURE CENTER
11 - EASTERN EUROPE - HUNGARY - DAY 04 - PART 03 - BUDAPEST - CENTRAL MARKET HALL-LIBERTY BRIDGE
12 - EASTERN EUROPE - HUNGARY - DAY 05 - PART 01 - BUDAPEST - GELLERT HILL-CITADEL
13 - EASTERN EUROPE - HUNGARY - DAY 05 - PART 02 - BUDAPEST - FISHERMAN'S BASTION
14 - EASTERN EUROPE - HUNGARY - DAY 05 - PART 03 - BUDAPEST - HEROES SQUARE
15 - EASTERN EUROPE - HUNGARY - DAY 05 - PART 04 - BUDAPEST - RIVER DANUBE CRUISE
16 - EASTERN EUROPE - HUNGARY - DAY 05 - PART 05 - BUDAPEST - GELLERT THERMAL BATH-CAVE CHURCH
17 - EASTERN EUROPE - AUSTRIA - DAY 06 - PART 01 - VIENNA - SCHONBRUNN PALACE
18 - EASTERN EUROPE - AUSTRIA - DAY 06 - PART 02 - VIENNA - VIENNA CITY TOUR-MARIA THERESIEN PLATZ-HOFBURG PALACE
19 - EASTERN EUROPE - AUSTRIA - DAY 06 - PART 03 - VIENNA - KOHLMARKT-GRABEN-HUNDERTWASSERHAUS
20 - EASTERN EUROPE - AUSTRIA - DAY 06 - PART 04 - VIENNA -VIENNA ISLAMIC CENTER-St STEPHEN CATHEDRAL-KARNTNER STRASSE
21 - EASTERN EUROPE - AUSTRIA - DAY 07 - MONDSEE-LANDZEIT
22 - EASTERN EUROPE - AUSTRIA - DAY 07 - MIRABELL GARDEN-MOZART WOHNHAUS-MAKARSTEG
23 - EASTERN EUROPE - AUSTRIA - DAY 07 - SALZBURG OLD CITY
24 - EASTERN EUROPE - GERMANY - DAY 08 - ON THE WAY TO NEUSCHWANSTEIN CASTLE
25 - EASTERN EUROPE - GERMANY - DAY 08 - NEUSCHWANSTEIN CASTLE
26 - EASTERN EUROPE - GERMANY - DAY 08 - BMW WELT-MARIENPLATZ
27 - EASTERN EUROPE - GERMANY - DAY 09 - DACHAU CONCENTRATION CAMP MEMORIAL SITE
28 - EASTERN EUROPE - GERMANY - DAY 09 - DACHAU OLD TOWN - GOING HOME

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

2 comments:

  1. they are driving on the wrong side of the road !! hehehe
    mesti konfius kan masa mula mula tu!
    dapat duduk depan , as usual!
    saya suka view yang nampak jalan depan kita tu , dengan padang kiri kanak dan rumah di kejauhan
    yang panorama tu.
    dulu masa tour Europe dengan my parents , naik bas , tiap tiap hari kena move 2 seats away from the previous day . sebab nak bagi chance orang dapat seats yang lain..

    14 juta artifacts .. bayangkan gimana teruk dan tediousnya kerja curator kat situ .....

    makan kena bayar sendiri ? tak masuk dalam pakej ?

    saya nampak sex machine museum!! tsk tsk tsk.... shocked ... shocked .... hahhahahaa
    tah hapa hapa lah mat saleh mat saleh ni kan....?!

    dah pandai guna 360 lahhh...
    syabas
    syabas...

    Papa Smurf tu macam OKU je!! tersontot kaki gitu !

    Jam tu keluar bunyi tak masa the action?
    Apostles tu just nengok keluar tingkap tu gitu je ? tak ada goyang goyang tangan ke apa ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... klu i drive situ mesti confuse lah!
      Duduk at 3rd row. Sekali sekala ke depan ambik gambar. Nasib baik driver sporting.. hehe.
      Betul. Kan cermin depan bas besar so mmg, like you said, boleh nampak semua tu dgn jelas. Cuma problem bila cermin tu ada taik burung.. hehehe...
      All of us sat at the same place throughout the travels. In fact boleh je nak duduk seats lain sebab bas besar 4o seater and kami pulak cuma ada 19 orang je.

      Kan! I also terfikir the same thing. Yg dipamer, yg dalam stor, yang dipinjamkan, yg for restoration... I think mesti ada a big team nak manage all that. I also dok fikir if I go into that museum entah berapa hari la baru nak habis.

      Yes, pakej ni tak full board. Breakfast dan dinner ada, cuma lunch kena bayar sendiri. For lunch tour guide akan bawakan ke restoran halal. Kalau nak sit in proper lunch in group, restoran halal tu mungkin jauh di outskirt of town dan akan lost time travelling ke sana.

      Hehehe... dah mereka berbudaya begitu. Macam dah tak ada yg taboo dah.

      Hehehe.. thanks. For 2018 ni, tgh nak tgk2 gadget lain pulak.. hehe

      Hahaha.. no la... kaki dia dalam kotak tu. Dia berdiri.. hehe

      Kalau ada berbunyi saya tak dengar sebab suasana agak bising. Sepatutnya ada tiupan trumpet, tapi masa tu tak de mungkin due to the renovation.
      Hehehe.. tak de goyang2... hehe. Jengok2 je... dan berputar2.

      Delete