Lepas di Urquhart Bluff, kami dibawa John singgah di Memorial Arch.
Inilah Memorial Arch, Great Ocean Road. Memorial ni dibina sebagai tanda penghormatan kepada anggota-anggota tentera Australia Perang Dunia Pertama yang telah membina the Great Ocean Road. Memorial Arch yang ada sekarang ni adalah yang ke 4. The earlier ones rosak sebab kebakaran, ribut dan pembesaran jalan.
Dibina oleh askar yang kembali antara 1919 dan 1932 dan didedikasikan kepada tentera yang dibunuh semasa Perang Dunia I, Great Ocean Road ini adalah peringatan perang terbesar di dunia. Kerja-kerja survey bermula pada bulan Ogos 1918 dan beribu-ribu tentera yang kembali turun di kawasan itu untuk memulakan kerja. Kerja yang dilakukan adalah susah dan sangat mencabar tanpa bantuan jentera berat - hanya menggunakan picks, penyodok dan gerobak kuda. Ada patung bronze di sini yang menggambarkan pekerja-pekerja ini.
Ada beberapa sumber maklumat di tempat Memorial Arch ni.
Kerja-kerja yang terlibat dalam penbinaan jalanraya ini adalah sangat sukar. Panjangnya waktu siang menentukan berapa jam mereka bekerja. Oleh itu pada musim tertentu mereka akan bekerja lebih dari 8 jam sehari. Mereka dibayar 10 shillings and sixpence untuk selama lapan jam sehari. Juga bekerja setengah hari pada hari Sabtu. Mereka tinggal dalam khemah-khemah selama waktu projek dan menggunakan dapur makan bersama. Kos makanan capai hingga 10 syiling seminggu. Para pekerja mempunyai akses kepada piano, gramophone, permainan, akhbar dan majalah di kem.
Juga ada plak ni.
Juga papan info ni.
Pembinaan dilakukan dengan tangan; menggunakan bahan letupan, picks, shovel, wheel barrows, dan beberapa jentera kecil. Ada kalanya kerja yang terlibat adalah sangat berbahaya menyebabkan beberapa pekerja terbunuh di tempat kerja seperti di bahagian pergunungan pantai yang curam. Pekerja-pekerja juga terpaksa meletakkan peledak pada lutut mereka semasa dalam perjalanan, kerana perjalanan ke lokasi kerja adalah tidak rata dan selamat. Bahan letupan dynamite digunakan untuk meletupkan batu basalt yang sangat keras, manakala kuda dan pengusung dan pekerja dengan pickaxes and shovels membersihkan jalan. Pada hujung minggu, kerana jarak yang terlibat, hanya beberapa pekerja sahaja yang dapat pulang ke rumah bertemu keluarga. Untuk mereka yang lain, memancing atau memburu menjadi aktiviti hujung minggu utama.
Pada masa dulu, pengguna jalan ini mesti membayar tol di gate di Eastern View, di mana sebuah gerbang peringatan didirikan. Pemandu perlu membayar two shillings and sixpence dan penumpang one shilling and sixpence.
Di Memorial Arch ni juga satu pantai. Just a short walk down this path.
Nampak dah pantai.
MasyaAllah, cantiknya.
Kalau tadi di Urguhart Bluff kami dapat tengok pantai di sana dari lookout point tinggi, di sini pula kami dapat jalan-jalan di pantai.
Lokasi pantai Memorial Arch.
Pantai di Memorial Arch ni mengadap Bass Strait. Kebetulan masa tu langit cantik dan dramatik.
Bila berada di landskap cantik luas macam ni, maka haruslah capture shots yang paling 'wide' yang termampu.. hehe.
Boleh tahan ramai juga tourists di sini masa ni but that was expected. Luas pun pantai ni so tak jadi hal.
Now looking back at these photos, bagus jugak ada people in the shots. It help show how vast and long this beach is.
One shot dengan wife before leaving 😊.
Sampai di bas awal, kami berbual dengan John. John cerita kadang-kadang weather di sini is unpredictable. Like one time tu, dia bawak tourists and hujan lebat masa tu. Jenis yang sangat lebat. Then hujan tu stop dan mereka berhenti di satu photo stop and John enthused that at that time there was the most amazing most defined rainbow he had ever seen! And he showed us the photo! Whoa!
MasyaAllah... cantiknya!
Dan perjalanan kami diteruskan.
Foto-foto seterusnya adalah pemandangan pantai Lorne-Queenscliff coastal dari Memorial Arch hingga ke Cumberland River.
Wefie with boo.
Passing by Big Hill.
Kata John batu-batu hitam tu ialah batu batan gunung berapi.
Kelihatan di hujung sana ialah bandar Lorne.
Tiba di bandar Lorne.
John bercerita: Bandar Lorne, seperti juga bandar-bandar lain di sekitar Great Ocean Road dikelilingi hutan pokok Eucalypt. Dari kejauhan, hutan pokok Eucalypt sentiasa kelihatan kebiruan kerana daun dari pokok ini menghasilkan sejenis gas yang mudah terbakar.
Sehari sebelum Krismas pada tahun 2015, suhu musim panas di sekitar Great Ocean Road meningkat sehingga hampir 40'C. Dengan tak semena-mena kilat menyambar sehingga menyebabkan pokok Eucalypt berhampiran bandar Wye River terbakar. Api merebak dengan pantas sehingga menyebabkan kebakaran hutan yang besar. Penduduk-penduduk di bandar sekitar Great Ocean Road, termasuklah Wye River dan Lorne diarahkan untuk berpindah.
Api merebak dari Wye River menghampiri bandar Lorne, tapi berlaku satu keajaiban apabila ketika api hanya beberapa meter dari bandar itu, arah angin bertiup berubah berlawan arah dan memadamkan api yang sedang marak. Maka terselamatlah bandar Lorne dari tragedi Kebakaran Hutan pada tahun 2015.
Ini Grand Pacific Hotel, Lorne.
Ini Lorne Pier.
Tidak berhenti di Lorne, John terus bawa kami ke Apollo Bay for lunch stop.
Menyeberang St. George river.
St. George river.
Dan kami berhenti di sini for a quick photo stop. Lokasi yang ini pula memberi kami peluang untuk lihat pantai jenis yang berbatu-batu pula.
Lokasi photo stop. Ini adalah dalam kawasan Cumberland River.
Dapat melihat dengan lebih dekat hakisan ombak pada batu-batu gunung berapi yang membentuk tebing ini beribu tahun lalu.
Berikut adalah foto-foto di sekitar photo stop di Cumberland River ni.
Super wide 😊.
Going as wide as I possibly can.. hehe.
Hutan Eucalypt di seberang sana kelihatan kebiruan kerana gas yang dikeluarkan oleh daun-daun pokok Eucalypt. Gas ini juga menyebabkan hutan Eucalypt sangat mudah terbakar.
By the way, ni lah John, the driver/guide.
Where John parked the bus. Di sepanjang Great Ocean Road ni kami nampak banyak tempat stop tepi jalan macam ni. Ada yang kecil dan ada yang besar macam ni. Very nice lah!
Bersambung....
Di bawah ialah semua links untuk entries Melbourne, Victoria saya for easy reference:
1) MELBOURNE - DAY 01 - DEPARTURE & ARRIVAL
2) MELBOURNE - DAY 02 - PART 01 - MELBOURNE HIGHLIGHTS - ROYAL BOTANIC GARDEN & YARRA RIVER
3) MELBOURNE - DAY 02 - PART 02 - MELBOURNE HIGHLIGHTS - ST KILDA & BATHING BOX
4) MELBOURNE - DAY 03 - PART 01 - DANDENONG RANGES NATIONAL PARK & PUFFING BILLY
5) MELBOURNE - DAY 03 - PART 02 - SASSAFRAS & CHURCHILL ISLAND HERITAGE FARM
6) MELBOURNE - DAY 03 - PART 03 - KOALA CONSERVATION CENTER
7) MELBOURNE - DAY 03 - PART 04 - THE NOBBIES - SUMMERLANDS - PENGUIN PARADE
8) MELBOURNE - DAY 04 - PART 01 - ANGLESEA - URQUHART BLUFF AIREYS INLET - GREAT OCEAN ROAD
9) MELBOURNE - DAY 04 - PART 02 - MEMORIAL ARCH - GREAT OCEAN ROAD - LORNE CUMBERLAND RIVER
10) MELBOURNE - DAY 04 - PART 03 - APOLLO BAY
11) MELBOURNE - DAY 04 - PART 04 - TWELVE APOSTLES
12) MELBOURNE - DAY 04 - PART 05 - ISLAND ARCHWAY - RAZORBACK - LOCH ARD GORGE - PORT CAMPBELL
13) MELBOURNE - DAY 05 - PART 01 - FEDERATION WHARF - SOUTH BANK
14) MELBOURNE - DAY 05 - PART 02 - QUEEN VICTORIA MARKET
15) MELBOURNE - DAY 05 - PART 03 - MELBOURNE RIVER CRUISE
16) MELBOURNE - DAY 05 - PART 04 - ISLAMIC COUNCIL OF VICTORIA (ICV - CITY MOSQUE) - FLAGSTAFF GARDEN
17) MELBOURNE - DAY 05 - PART 05 - TREASURY GARDENS AND FITZROY GARDEN - GOING HOME
No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.
No comments:
Post a Comment