Ok, dah sampai ke last entry kisah jalan-jalan Sumbar saya.
Next ke Danau Tarusan Kamang. Tapi sebelum tu stop macam cucur jagung dulu 😋.
Macam-macam ada.
Selain cucur jagung, kami beli juga risoles, donut dan entah apa tah lagi satu tu.
Then singgah kejap beli jajan. Saya beli pisang salai dan kacang.
Journey continues.
Tiba di Koto Panjang Kamang Hilir.
Pa'unchu singgah kejap beli jajan gorengan. Macam-macam assortment dia beli termasuk tahu goreng sumbat sayur seperti kobis, taugeh dan timun. Sedap sangat.. hehe.
Tiba di Danau Tarusan Kamang. Dulu masa saya ke sini, saya dan Pa'unchu stop di MTI Tarusan tu for some photoshoot. Kali ni he drove us further in hingga ke hujung tasik (blue car).
Danau ni ada masanya penuh dengan air dan green field ni akan submerged. Pada masa lainnya, macam ni, ada padang hijau yang luas.
Pada saya Sumbar ni, mana je la pergi mesti ada view yang indah.
Sampai kerbau-kerbau meragut rumput pun nampak cantik dengan landscape macam ni.
Then ada pulak itik-itik becok ni.. hehehe...
Then ada pulak adegan akak ni kejar-kejar anak lembu yang nakal tak nak balik kandang... hehe.
Ada juga babak romantis pasangan kerbau bersiar-siar sambil meragut rumput tepi danau.
Sampai adegan melepas pun ada jugak.. hehe.
Ada father and son spending some quite time grazing the field.
Dengan backdrop gunung dan banjaran lengkap dengan dramatic sky.
Alhamdulillah, kali ni saya ke sini, dapat tengok danau ni kering.
Itik lagi.. hehehe. Last time ke Sumbar ni dapat tangkap gambar itik-itik di kolam dan di sawah. Kali ni di tasik pulak.
Ada scenery kerbau dengan background rumah gadang.
Ada scenery kerbau dengan backdrop masjid.
Itu adalah Masjid Danau Tarusan Kamang.
Kelam kabut saya nak compose foto ni nak masukkan itik-itik tu dalam satu framing dengan background masjid.. hahaha... Itik-itik tu laju betul berenangnya pun! Hehehehe...
Masa saya pertama kali ke Sumbar ni, memang agak terkejut juga bila nampak tuan dan anjing-anjingnya bersiar-siar.
Berpusing saya di padang rumput ni nak dapatkan framing kerbau dengan gunung tu... hehe.
Riang ria riuh kambing-kambing ni.
Dah nak balik dah masa ni tetiba perasan pasangan kerbau ni berjalan ke arah saya dan Pa'unchu. Takut jugak, tapi maintain distance le.
Sambil framing, sambil bersiap sedia at any time ready to bolt in case dikejar.. hehehe.
Merengus-rengus kerbau ni! Ngrohhh.... ngrohhh... hehe.
Selesai di Tarusan Kamang kami menuju ke Bukittinggi untuk bermalam di sana. Esok dah nak balik, so better stay di Bukittinggi, dekat dengan airport.
Betul-betul lepas Tarusan Kamang, kami lalu Kampung Baru Kamang Mudik, Kecamatan Kamang Magek, Kabupaten Agam.
Dulu saya berhenti di sini untuk ambik gambar sunset. Sepatutnya memang elok stop sini sebab scenery sunset di sini memang cantik. Alas, we were short of time so kami shoot dari dalam kereta je.
Di sini memang masa waktu senja boleh nampak kumpulan-kumpulan burung, semua terbang ke satu arah. Kebetulan masa kami lalu tu ada awan cantik oren kelabu ni. Tengah sunset masa tu.
Saya terus menembak capturing mana-mana sceneries yang nampak cantik dari dalam kereta.
Dan tak sangka dapat shots masjid ni. Siap dengan reflection di sawah. Alhamdulillah.
Ini adalah Masjid Jamik Al-Syarif, Nagari Kamang, Kecamatan Kamang Magek, Kabupaten Agam Timur, Sumatera Barat.
Kalau anda ke Sumatera Barat ni bertujuan untuk berfotografi, saya sangat recommend datang ke masjid ini dan tunggu waktu sunset.
Alhamdulillah, malam tu kami dijemput Pa'unchu ke rumah dia untuk makan malam. Masakan sup daging dan begedil isteri Pa'unchu sedap sangat!
Bergambar kenangan bersama isteri dan anak-anak Pa'unchu.
Sebelum balik ke hotel, sempat singgah kedai bordir.. hehe. Saya duduk luar je la. Sekali sekala dipanggil ke dalam jadi mannequin try baju lelaki sebab ada yang nak belikan untuk ayah...hehe.
Esoknya, lepas sarapan kami bertolak. Saja la bertolak awal, kot boleh nyinggah mana-mana lagi..hehe. Hujan renyai masa tu.
Kami menginap di Hello Guest House. Kalau ke Bukittinggi, silalah menginap di sini. Selesa, bersih dan rate berpatutan.
Jalan-jalan kejap di area Jam Gadang ni.
Singgah makan bika sekejap.
Lunch makan soto yang sungguh sedap! Alhamdulillah.
Pulang...
Dan selesailah cerita saya jalan-jalan di Sumatera Barat, buat kali yang ke 3 ini. Alhamdulillah, banyak tempat-tempat yang dapat saya lawat semasa dalam ketiga-tiga percutian saya di sana.
Saya senaraikan di sini semua tempat-tempat di Sumatera Barat yang telah saya lawat:
2015: Pergi bersama isteri.
1) LEMBAH ANAI
2) PDIKM
3) PUTRI MINANG
4) CHAN UMAR
5) BIKA TALAGO
6) MAJLIS PERKAHWINAN KAMPUNG DI PALUPUAH
7) JAM GADANG
8) SG LANDIA - LAKE MANINJAU
9) PROF DR HAMKA - LAKE MANINJAU - BUNDO KANDUANG
10) PASAR ATAS
11) CULTURAL SHOW
12) NGARAI SIANOK
13) LOBANG JEPANG
14) AGAM GALLERY
15) LAPANGAN LUBUK AMBACANG
16) SULAMAN HJH ROSMA
17) KINIKO ENTERPRISE
18) PONDOK FLORA
19) ISTANO BASA PAGARUYUNG
2016: Pergi sorang.
1) MASJID RAYA
2) MUARA PADANG
3) JAMBATAN SITI NURBAYA
4) TELOK BAYUR
5) TELUK KABUNG
6) JAMBATAN NAGARI TARATAK SEI LUNDANG
7) JAMBATAN GANTUNG NAGARI BARUNG BARUNG BALANTAI SELATAN
8) PUNCAK MANDEH
9) JEMBATAN AKAR NAGARI PULUIK PULUIK
10) PASAR SORE NAGARI KOTO BERAPAK KECAMATAN BAYANG
11) PANTAI CAROCOK PAINAN
12) PUNCAK BUKIT LANGKISAU
13) KAMPUANG BATU DALAM DANAU DIBAWAH
14) MASJID UMMI
15) LADANG TEH
16) LADANG BAWANG KAMPUANG BATU DALAM DANAU DIBAWAH
17) DANAU SINGKARAK
18) SUNGAYANG
19) PUNCAK PATO
20) KABUPATEN TANAH DATAR DAN LIMA PULUH KOTA
21) LEMBAH HARAU DAN ABDI HOMESTAY
22) ABDI HOMESTAY
23) AIR TERJUN AKA BARAYUN
24) KENAGARIAN HARAU
25) JEMBATAN KELOK 9
26) KENAGARIAN GADUT TILATANG KAMANG
27) DANAU TARUSAN KAMANG
28) KAMPUNG BARU KAMANG MUDIK
29) MARAPI SUNRISE
30) GANTING SINGGALANG
31) PADANG PANJANG
32) PACU JAWI
33) TABEK PATAH
34) PUNCAK ALAI
35) PASAR KELOMPOK TANI NAGARI KOTO TINGGI
36) PASAR BAWAH BUKITTINGGI
37) WISATA ALAM BUKIK TAKURUANG
38) NAGARI MALALAK
2017: Pergi dengan friends.
1) TINTIN HOMESTAY
2) PULAU PAGANG
3) PULAU PAMUTUSAN
4) PUNCAK KAWA
5) DESA PARIANGAN
6) BALAI ADAT
7) KAMPUNG RAO-RAO
8) LEMBAH ECHO
9) PADANG MENGATAS
10) DANAU TARUSAN KAMANG
11) KAMPUNG BARU KAMANG MUDIK
Syukur Alhamdulillah
Tamat.
Saya list di bawah semua entries JALAN-JALAN NEGERI SEMBILAN (2016) for easy reference:
01) SUMATERA BARAT 2017 - DAY 01 - PART 01 - DEPARTURE - MASJID RAYA - JOPHIRA TINTIN
02) SUMATERA BARAT 2017 - DAY 01 - PART 02 - PULAU PAGANG - PULAU PAMUTUSAN
03) SUMATERA BARAT 2017 - DAY 02 - PART 01 - JOPHIRA TINTIN - SAWAH PADI
04) SUMATERA BARAT 2017 - DAY 02 - PART 02 - PUNCAK KAWA - DESA PARIANGAN - BALAI ADAT - NAGARI RAO-RAO
05) SUMATERA BARAT 2017 - DAY 03 - PART 01 - ABDI HOMESTAY - LEMBAH ECHO
06) SUMATERA BARAT 2017 - DAY 03 - PART 02 - PADANG MENGATAS
07) SUMATERA BARAT 2017 - DAY 03 - PART 03 - TARUSAN KAMANG - GOING HOME
No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.
ha ah lah kan..
ReplyDeletebetul kata pa'unchu..
dah habis semua tempat di Padang kita pergi!! hehhehe.
dia pun tak tahu mana lagi nak bawak kalau kita datang lagi!!
semua benda yang saya belik dekat kedai kerepek tu sedap!!!
tak perasan pulak paruh itik tu ada yang biasa , ada yang warna hijau! cantiknya!!!
saya rasa , yang dua orang lagi tu pun nanti update gambar kerbau melepas tu!! hehhehee
masa Danau tu banyak air , lagi cantik kan!!dan masa sunset kat situ ..
en syed kena jadik model baju untuk dak ana dan gb? saya tak perasan pun.. hehhe.. saya tengah sibuk memilih kain.. saya beli 5 pasang . nak bagi kat staff kat klinik , dan saya punya sepasang [ yang tak pasti tahun bila lah nak bawak pergi tempah !! ] :)
tahu tak mukena tu apa? = telekung ... :)
kuih nereka !! hahhaaaaaaaa
Kan. Tapi rasanya banyak lagi tempat yang boleh kita explore. For example, kan doc tak sampai lagi jembatan akar, Bukit Langkisau dan Pantai Carocok.
DeleteIndeed, pisang salai dan kacang tepung tu sedap, cannot stop eating.. hehehe..
I pun masa tgk dalam PC baru perasan warna paruh itik2 tu. Cantik!
Hahahaha... tak senang kerbau tu nak berak kita dok ambik gambar dia... heheheheh...
Dulu masa saya ke sana mmg air tasik penuh tapi tak tunggu sampai sunset sebab nak cepat ke Bukittinggi. I'm sure mesti cantik masa sunset there.
A'aa... diminta try baju-baju kemeja for GB. Nasib baik juga try sebab cutting baju tu adalah jenis slim cut untuk orang body slim. Yg bulat macam I ni nampak macam sarung nangka la.. hahahha...
5 pasang! Amboi. Baiknya doc belikan untuk staff. Mesti mereka happy! Hehehe.. tempah cepat, cause I saw some kedai jahit dah mula terima tempahan untuk raya tahun ni.
Mukena? Telekung? Peliknya!
Kenapa la pegi bagi nama kuih macam tu...