Friday, February 24, 2017

BRUNEI 2017 - MASJID JAME' 'ASR HASSANIL BOLKIAH - ROYAL REGALIA - KAMPONG AYER

Lepas lunch kami dibawa ke Masjid Jame' Asr Hassanil Bolkiah di area Kiarong yang dibina pada 1988 costing USD 700 juta dan dibuka secara rasmi pada 1994 sempena jubli perak pemerintahan Sultan Hassanal Bolkiah. Masjid terbesar di Brunei.

Masjid ini ada 29 kubah kerana Sultan Hassanal Bolkiah adalah pemerintah Brunei yang ke-29. Bila dah siap dibina dan dibuka kepada orang awam, baginda Sultan Hassanal Bolkiah sendiri telah membacakan khutbah Jumaat. 

Bas kami berhenti di tepi masjid ni untuk ke tempat parking bas. Ok jugak sebab dekat dengan dewan solat wanita. Ini di kawasan laman masjid with fountain leading to the side entrance.

On each front sides of the main entrance ada taman ni. 

Apa-apa pun kami solat dulu. Hafizul kata photography dan video adalah dilarang di dalam masjid. In fact, handphone pun mesti disimpan. He also said di dalam tu ada 500 kamera yang monitor interior masjid. So dari pemerhatian saya interior masjid ni sungguh cantik. Dari karpet ke siling, sungguh grand dan cantik sangat. Dan chandelier juga sangat cantik made of crystals and gold. Di bawah kubah saya nampak ada ayat-ayat Al Quran tapi saya tak boleh baca sebab tulisannya berseni dan bertingkat-tingkat so saya pun bertanya dengan seorang pak cik yang berpakaian baju melayu lengkap yang sangat smart. Dia kata dia hendak ke majlis kahwin. Anyway, dia pun tak pasti atas sebab yang sama saya tak boleh baca, so kami pun bertanya pada seorang lelaki remaja berjubah putih yang ada di situ. Nampaknya seperti seorang pelajar tahfiz. Dia pun berjalan ke bawah kubah tu dan beritahu kami itu adalah ayat-ayat dari Surah Yasin, the first few ayat.  

Selesai solat kami pun jalan-jalan di kawasan luar masjid dan ambik  gambar. 


Ini chandelier di luar anjung masjid, so boleh le ambik gambarnya. Chandelier di dewan solat lelaki begini juga designnya tapi lagi besar dan lagi grand.

Di laman masjid ni ada this beautiful water fountain. 



Dari arah depan masjid.

Main entrance masjid.






Selesai di Masjid Jame' Asr Hassanil Bolkiah, kami ke Royal Regalia. 

Ini bangunan Lapau Diraja di Bandar Seri Begawan yang merupakan Dewan Istiadat Diraja Brunei. Di sinilah upacara pertabalan Sultan dan upacara perkahwinan diraja diadakan. Ia terletak di seberang Bangunan Royal Regalia.

Di Brunei tak boleh melintas jalan macam ni, Mesti guna laluan melintas. If not kena denda. Tapi tourists dari China tak peduli itu semua. Saya juga nampak salah seorang dari mereka merokok depan bangunan Regalia betul-betul di main entrance di tempat buka kasut. Tentu la tour guide mereka dah beritahu tapi mereka tak peduli itu semua it seemed. 

Info Royal Regalia.



Bangunan Royal Regalia. Nampak macam kecik je dari luar, tapi bila dah masuk punya la besar. 

Muzium ini dibuka pada tahun 1992 sempena sambutan jubli perak pemerintahan Sultan Hassanal Bolkiah. Asalnya dibina sebagai Churchill Museum untuk menghormati Perdana Menteri British, Winston Churchill. Dulu ada patung Churchill tapi dah dibuang sebab tak boleh ada patung-patung di Brunei. 

Ini interior dalam. Ada pameran barangan perarakan pertabalan Sultan. Tapi sebelum tu kami ke bahagian dalam dahulu oleh Hafizul. Nak masuk ke dalam kena tinggal everything (handbag, kamera, handphone etc) yang dibawa dalam kotak plastik besar yang disediakan. So all 14 of us letak our stuff dalam kotak tu and it was closed. Which means no photography di bahagian dalam muzium tu.

Di bahagian dalam Royal Regalia ni ada pameran sejarah hidup Sultan Hassanal Bolkiah dan pelbagai peralatan kebesaran Sultan Brunei serta segala bagai hadiah yang telah diberikan kepada Sultan dari pelbagai pihak dari dalam dan luar negara. Dan Hafizul sempat bercerita pada kami hampir semua barangan yang dipamerkan which made it so much more interesting. Like, seriously interesting. Plus bila dah dengar cerita tak perlu la banyak membaca di situ.. hehe. Lagi best bila cuma kami je yang ada di dalam tu masa tu. Which means tak ada tourists yang suka buat bising tu, yang kalau bercakap sesama mereka mesti dalam keadaan terjerit-jerit.

Anyway, terlalu banyak yang diceritakan oleh Hafizul dan saya ringkaskan saja dengan menampal pamphlet ni 😊.


Kucing Emas adalah alat kebesaran Diraja yang diperbuat daripada emas, badannya berbentuk kucing sedangkan mukanya seperti singa; diletakkan di hadapan persemayaman Sultan semasa Istiadat Berpuspa sebagai lambang kebesaran Diraja dan kemegahan Diraja.




Tangkat Ajai emas bentuk tangan ni ialah untuk Sultan meletakkan dagu baginda semasa dipakaikan makhota kerana mahkota emas tu adalah berat.

Tongkat Ajai adalah Alat Kebesaran Diraja yang berbentuk tangan diperbuat daripada emas untuk menjadi penyambut ajai (dagu) Sultan sesudah baginda memakai Mahkota dalam Istiadat Berpuspa.



Kata Hafizul kalau nak kerja dengan Kerajaan Brunei, pemohon akan diuji menyebut secara lisan dan secara bertulis nama penuh Sultan beserta gelaran baginda. Gelaran rasmi baginda ialah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. Anda boleh? 

Satu lagi perkara menarik yang kami perasan di confirm oleh Hafizul ialah bagaimana ceremonies diRaja sedang dalam proses diubah oleh Sultan supaya menepati ajaran Islam. Contohnya, pakaian kebesaran yang ditenun dengan benang emas sedang ditukar kerana lelaki tidak boleh memakai pakaian emas begitu mengikut ajaran Islam. Satu lagi contoh ialah mentera yang dibaca sewaktu keputeraan yang bercanggah dengan ajaran Islam seperti Puja Umur juga telah ditukar dengan Doa Kesyukuran. Alhamdulillah.

Lepas tu kami ambil gambar di ruang legar besar ni. 























Dan seterusnya kalau dah ke Brunei mesti la ke Kampong Ayer 😊. 

Merupakan penempatan atas air yang terbesar di dunia.


Jeti tempat kami naik bot.


Kampung Ayer ini terdiri dari 32 buah kampung dan dihuni oleh 25,000 orang penduduk. 

Lengkap ada surau, sekolah, hospital dan balai bomba.



Masjid Duli Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah.



Bangunan berkubah emas tu ialah kediaman rasmi Sultan Brunei, Istana Nurul Iman.



Juga nampak kesan rumah yang telah terbakar, mostly sebab litar pintas. Sultan akan beri rumah baru kepada penduduk yang rumah mereka terbakar.


Masjid Sultan Omar Ali Saifuddien.

Colorful kampong.

Kami stop di Kampung Bakut Berumput yang terletak di Mukim Peramu.

Tidak seperti di kampung air yang kami lawat di Sandakan, kampung air ni bersih dan tak ada sampah sarap terapong merata dan tak ada langsung bau busuk. Pastinya di Brunei ni dah ada undang-undang kalau buang sampah ke sungai akan kena denda berat dan penjara. 


Tak ada hand rail di pejalan kaki konkrit ni. Tak de ke kejadian orang jatuh dan lemas? Tak de kata Hafizul sebab by the age of 3, orang sini dah pandai berenang. 




Berjalan menuju sebuah rumah atas air di kampung ni untuk minum petang. 


Kata Hafizul, Brunei ada Astro sendiri, tapi ramai orang Brunei langgan Astro Malaysia sebab Astro Brunei tak de saluran hiburan seperti HBO.





Gini la dalam rumah air di sini. Cukup besar dan selesa. I suppose typically gini la rumah-rumah di kampung air ni. Rumah ni dah tak ada keluarga duduk, cuma ada pembantu rumah dari Indonesia. Untuk lawatan pelancong sahaja. 

Jamuan minum petang.

Macam kuih kita.

Lepak kejap di anjung depan rumah air.

Rupanya rumah ni terletak sebelah lorong laluan bot. Agak bising juga la bunyi bot-bot tu lalu. Banyak betul botnya pun. 




Akak pembantu rumah tu kata, suasana senyap waktu awal pagi masa air sungai surut, so tak de la bot-bot yang lalu lorong ni. 

Saya gunakan opportunity ni untuk test camera compact saya ni untuk freeze motion bot yang sedang memecut laju. Wah.. boleh la. Alhamdulillah.


Tambang naik bot ni adalah di antara 50 sen sehingga BND1 mengikut tempat yang ingin dituju.

Ingatkan apa tadi.. hehehe.










Kata Hafizul, yang dibesarkan di Kampung Ayer ni, penduduk di Kampung Ayer bukanlah penduduk miskin. Mereka ada kerja yang bagus dan ramai yang ada kereta some ada luxury cars yang all parked di darat. Mereka terus duduk di kampung air sebab nak dekat dengan kehidupan yang lebih tradisional. To add, kerajaan Brunei juga sedang dalam usaha membina bangunan tempat parking kerana dah tak cukup.


Balik semula ke jeti. 

Bersambung...
No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

1 comment:

  1. menariknya sebab en syed boleh naik jalan jalan kat kampung air tu!! ada jumpa stesen minyak tak? hehehe

    ReplyDelete