Wednesday, June 8, 2016

YANGSHUO & GUILIN: GUILIN - DAY 05 - PART 02 - MULONG PARK AND GOING HOME

Sebelum ke airport kami ada 1 lagi stop iaitu ke Mulong Park. 

Macam biasa dari dalam bas ambik a few more people shots :).


I think that lady was selling pork. 

Spending the morning playing mahjong with friends. Some parts macam laid back je city ni. 


Other parts bustling with activities.




Comel je adik tu duduk reverse macam tu... hehe.


Guilin ni memang cantik. Dari dalam bas pun boleh dapat tengok beautiful sceneries macam ni. Lagi la cantik kalau pergi to places yang mereka label as 'scenic spots'.

Hujan masa di jambatan ni. Kami bersyukur sebab tak hujan masa kami naik chairlift di Yao Mountain tadi. Francis kata ada group besar dari Malaysia yang kehujanan semalamnya masa naik ke gunung Yao. 


More Guilinese shots. 





Masa lampu merah kenderaan berhenti. Ada dipasang bumbung di traffic stops di sana. Very considerate, especially considering ramai adalah penunggang-penunggang motorsikal.

Kami pun sampai la ke Mulong Park di tepi tasik Mulong. Kecik je park ni which to me bagus la sebab kalau besar rasanya tak akan sempat nak round habis. Plus dah nak dekat masa nak ke airport dah pun. 

Hujan renyai masa ni. Saya tengok semua ahli rombongan redah je.. hehehe... 
Ada kura-kura berkepala naga duduk atas duit emas. 


Pemandangan-pemandangan cantik di Mulong Park ni. 



Ada juga pentas terbuka ni tapi Francis kata tak payah tengok show di sini sebab tak best dan tak authentic. Diadakan persembahan kebudayaan dari negara-negara ASEAN tapi oleh locals. 

So Francis bawa kami ke tepi tasik Mulong ni. 

Itu adalah Mulong Pagoda yang kami lihat sewaktu mengikut Four Lakes Two Rivers Cruise semalam. What a beautiful view!

Macam biasa ada penjaja. Tapi ada juga fisherman ni yang offer pengunjung untuk bergambar dengan burung cormorant dia. 

Kami pun menuju ke Dragon Bridge.

View dari Dragon Bridge ni lagi la awesome!

Selit panorama satu, tembak dengan mobile phone using Panorama Mode.. hehehe.. 



Dah puas ambik gambar dan bergambar, kami pun balik ke bas untuk makan tengahari di Zhengyang Shopping Street.




Udah gatal benor gamaknya... hehehe...

We got off at Zhengyang Shopping Street.

Kereta polis di Zhengyang Shopping Street. 

Berjalan ke restoran.



Patutnya kami lunch di Endian Halal Restaurant tapi tak jadi sebab restoran tu dah ada tempahan dari big groups. Memang ada tables reserved for us tapi Francis mentioned that takut restoran tu sibuk dan therefore takut lambat dapat makanan and so lambat habis makan atau makan kelam kabut sebab nak berkejar ke airport selewat-lewatnya pukul 1.30 tengahari. Jadi lunch kami diubah ke Restoran Brand Of Beef Noodles di Zhengyang Shopping Street. Semua setuju dan tak kisah walau pun kami dah 2 kali dibawa makan di restoran tu. Makanan restoran tu sedap! :)

Selesai lunch kami pun ke airport. 

Tiba di Guilin Liangjiang International Airport.

Urusan check-in bags Francis yang uruskan. Kami semua setuju si Francis ni memang bagus sebagai tour guide walau pun muda je orangnya. I think sebab dia dah bawak ramai pelancong dari Malaysia so dia dah tahu mentaliti dan cara orang Malaysia. 

Masa tengah check-in, lepas bag saya diimbas dengan mesin x-ray, saya telah dipanggil oleh one of the lady security officer ke belakang tempat imbasan bag. Ehhh... cemas dibuatnya. Why la? 
Dengan patuh saya ikut arahan. Saya ditunjuk oleh officer tu pada tv screen x-ray seperti anak panah merah foto atas ni dan ditanya adakan itu bateri? Terus saya macam nak lempang kepala saya sendiri. Francis dah beritahu yang tak boleh letak sebarang bateri lithium, handphone ke, computer ke, tak boleh, according peraturan keselamatan penerbangan terkini. Tapi saya overlooked. So saya pun diarah supaya mengeluarkan bateri tersebut.  

Seperti flight ke China tempohari, perjalanan balik ke Kuala Lumpur juga transit di Hong Kong. Kami naik pesawat Dragonair KA 703 dari Guilin ke Hong Kong berlepas pada pukul 4.30 petang. Pukul 4.00 petang, dah panggil for boarding. 

Berlepas ke Hong Kong dalam penerbangan selama 1 jam 10 minit.

Pemandangan yang cukup indah dari kapalterbang.



Bye bye Guilin.



Sajian ringkas.

Amazing sky. SubhanAllah.



Ini adalah lebih kurang flight route over Hong Kong menuju ke Hong Kong International Airport.

Boleh nampak bangunan-bangunan tinggi di northern territory ni.

Juga boleh nampak Tai Lum Chung Reservoir. Also can see dinding empangan di reservior ni. 

Dari Google map.

Boleh juga nampak Siu Lam Psychiatric Center. 

That's Pearl Island. Sure mahal giler unit high rise di situ. 


Nampak jelas Castle Peak. 


Foto kanan - Castle Peak Power Station. 

Selamat mendarat di Hong Kong International Airport pada pukul 5.40 petang mengikut jadual. Alhamdulillah.

Di airport ni pun views awesome-awesome belaka. 

Jauh pun nak ke terminal so dapat la shoot a few sceneries as the plane taxied to the gate.








Disembarked di terminal domestik. 



Terus ke gate 45.

Sempat kami bersolat dahulu di prayer room di airport ni. Prayer Room ini terletak dekat Pintu Perlepasan No. 42.

Prayer room yang cukup selesa sekali. Lengkap ada tempat berwuduq so tak perlu ke tandas nak wuduq. Ada juga sejadah dan Al Quran. 

Sambil menunggu, habiskan mixed nuts brittle biscuit yang dibeli di Guilin's Zhengyang Shopping Street hari tu. 
Pesawat sambungan kami, Cathay Pacific CX 791 dijadualkan berlepas ke Kuala Lumpur pada pukul 8.20 malam.

Masa menunggu tu kami ditegur oleh uncle baju ungu tu. Dia dan keluarganya serta rombongan mereka transit di Hong Kong seperti kami selepas melawat Jiuzhaigou dekat Chengdu di China. Dia berasal dari Seremban dan juga travel dengan big group. 
Uncle ni bercerita yang group dia betul-betul round Jiuzhaigou, sampai panjat-panjat gunung. Dia kata cukup memenatkan sampai sakit kaki. Itu pun cerita uncle ni sebelum dia ke China, 2 bulan sebelum pergi bercuti tu, dia dan rakan-rakan dah bersenam menguatkan diri dengan bangun pukul 5 pagi bersenam di taman Tasik Seremban sejauh 2 km setiap hari. Begitu sekali persiapannya. Ini kerana dia diberitahu yang percutian mereka melibatkan very strenuous journeys.

Dia juga cerita dia dan kumpulannya tak berapa lalu nak makan makanan tempatan di Chengdu sebab terlalu pedas bagi mereka. Penduduk di Chengdu juga tak makan ikan kerana mengikut kepercayaan anutan mereka, abu mayat dibakar dan dibuang ke sungai untuk dimakan oleh ikan. Jadi tiap-tiap hari terpaksalah mereka makan hidangan daging.
 

Lepas tu kami ditegur pula oleh encik ni. Dia bertanya di mana bilik untuk bersolat. Kami pun beritahu la. 
Selesai dia bersolat kami sambung berbual. Nama dia Ishaq Tang Guo Hua seorang Muslim rakyat China yang menetap di Kuala Lumpur dan telah berkahwin dengan orang Malaysia dan ada beberapa orang anak. Dia siap tunjuk foto-foto keluarga dia. Dia juga ada kedai Baba Nyonya Shop dan jemput saya dan isteri ke kedai dia di Jalan TAR sebuah kedai textile wholeseller dan pakar fabrik. Dia fasih berbahasa Melayu. Dan baik sangat orangnya. And apparently very passionate about his business. It was very inspiring talking to him.

Beliau sedang dalam perjalanan pulang ke KL selepas membawa krew TV AL Hijrah membuat penggambaran dokumentari di kampung halamannya yang terletak dekat sempadan Tibet memperkenalkan adat dan budaya masyarakat Islam di kampung halaman beliau
. He showed me videos of locations where the filming took place. MasyaAllah, cantik sungguh tempat-tempat tu. So wonderous! Tak pernah saya tengok landskap macam tu. Encik Ishaq siap suggest suruh saya dan isteri ke sana sebab tempat tu unik dan jarang ada orang Malaysia ke sana. Nak makan tak susah sebab ada banyak makanan halal di situ. Ramai muslim di situ sebenarnya kata dia. In fact, dia kata kalau saya betul nak ke sana, hubungi saja dia dan dia akan tolong uruskan, insyaAllah. 

Masa untuk boarding. 
Kami turut disertai oleh ahli kumpulan kami yang kena serangan mild stroke tempohari ketika kami nak berlepas dari Hong Kong ke Guilin. Alhamdulillah, beliau telah sihat dan sudah boleh travel back to KL. 

Flight Cathay Pacific CX 792 kami berlepas dari Hong Kong ke Kuala Lumpur tepat pukul 8.20 malam. Penerbangan pulang dijangka memakan masa 3 jam 20 minit.

Dah nampak KL.

Alhamdulillah kami telah selamat mendarat di KL pukul 12 tengah malam.

Alhamdulillah, kami dapat sekali lagi pergi bercuti, kali ini ke Guilin dan Yangshuo di negara China. Kami sangat bersyukur semua penerbangan-penerbangan kapalterbang kami dan perjalanan-perjalanan bas semasa di sana adalah selamat dan dipermudahkan oleh Allah swt. Dan kami dapat menyaksikan kebesaranNya dan kehebatan ciptaanNya di bumi China. Kami juga tersangat bersyukur kerana dapat menjaga solat-solat kami dan dipermudah untuk melaksanakan tanggungjawab itu. Serta juga makan minum kami terjaga dan kesihatan kami juga terpelihara. Juga cukup perbelanjaan. Kami juga gembira kerana dapat mengambil begitu banyak gambar untuk dibawa pulang sebagai kenangan.

SubhanAllah, Alhamdulillah, Allahuakbar.

The end :).


Di bawah adalah links untuk semua entries Yangshuo dan Guilin saya:

No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

5 comments:

  1. yup..
    i knew i recoqnise the name ishaq tang tu..
    http://www.thevocket.com/asyikin-exclusive-bermula/

    ReplyDelete
  2. and this as well
    http://www.thevocket.com/asyikin-exclusive-ke-china/

    ReplyDelete
  3. jom en syed..
    apa kata kita plan-plan pergi kampung en ishaq tu

    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ehhh.. jommmm.... saya tgh consider2 ni. Ingat nak gi jumpa dia lepas2 raya. Takut lambat gi jumpa, dia dah tak ingat saya lagi.. hehehe...

      Delete