Friday, June 3, 2016

YANGSHUO & GUILIN: GUILIN - DAY 04 - PART 02 - FUBO HILL, RONG LAKE DAN GUILIN NIGHT TOUR

Seterusnya kami ke Fubo Hill for a bit of walking tour. Cuaca pun dah ok masa tu. Dah tak hujan lebat. 

Sambil dalam perjalanan took some people shots :) 

Satu pemandangan biasa, mereka kalau makan boleh bila-bila masa sahaja... hehe. 

Bandar Guilin yang sibuk.

Risau je tengok budak kecik ni makan dengan stick tajam macam tu masa naik motor. 

Kami pun sampai di area pintu masuk ke Fubo Hill. Ada sebaris basikal untuk disewa.

Inilah patung Jeneral Fubo yang namanya actually was Ma Yuan dikenali dengan gelaran rasminya Fubo Jiangjun (General who Calms the Waves), seorang jeneral perang yang mahsyur semasa zaman Dinasti Han.
Menurut cerita rakyat, General Fubo telah lalu di Guilin dalam satu ekspedisi ke selatan dan telah membuang semua mutiara yang dibawa ke dalam sungai di situ. Jadi sebuah bukit di situ dinamakan sempena nama beliau.

Ma Yuan merupakan punca kepada satu simpulan bahasa Chengyu Cina. "Membalut tubuh seseorang dengan kulit kuda", merujuk kepada tanggungjawab seseorang yang sanggup mati di medan perang yang tubuhnya dibalut dengan kulit kuda. Ma Yuan telah memyebut frasa ini ketika bercakap kepada rakan beliau untuk menjelaskan mengapa beliau ingin terus terlibat dalam perkhidmatan ketenteraan.

Beliau dianggap sebagai salah satu jeneral yang terkenal dalam sejarah China, bukan sahaja kerana pencapaian ketenteraan, tetapi juga kerana belau menunjukkan ketekunan dan rasa hormat kepada rakan-rakan dan orang bawahan beliau. Di samping kemahiran ketenteraan, beliau juga terkenal sebagai seorang yang sangat berdisiplin. Anak perempuan beliau menjadi Empress Ma kepada Maharaja Ming Han yang juga sangat dihormati.

Guilin and Guilin City Map.

Pintu masuk ke Fubo Scenic Area.

Peta Fubo Scenic Area. 



Papan tanda di Fubo Hill.

Macam-macam ada.

Taman bunga di Fubo Hill Park.

Masih ada lagi bunga-bunga walau pun dah nak masuk musim panas masa tu. Francis kata kalau nak tengok banyak bunga di Guilin ni kena datang dalam bulan Mac. 




Francis bawa kami ke Thousand Men Pot. Ini kisahnya.

Kata Francis, the locals believe kalau mereka sentuh bahagian dalam periuk ini, mereka tak akan kelaparan selama-lamanya.

Di sekitar Thousand Men Pot.

Lepas tu kami masuk ke Pearl-Returning Cave. Macam-macam nama tempat-tempat yang mereka bagi. I suppose when translated macam aneh je bunyinya, tapi kalau dalam bahasa mereka tentu sounds nice and apt. Dan tentunya ada la kisah lagendanya tu.
Gini kisahnya. Dulu-dulu, seorang nelayan masuk gua ni dan nampak seorang tua tengah tidur. Tepi orang tua tu ada mutiara. Langsung nelayan tu pegi curi mutiara tu dan bawak balik ke rumah. Lepas tu berlaku kejadian air sungai Li berombak kuat. Lalu nelayan tu diberitahu yang mutiara yang dia curi tu adalah kepunyaan Dragon King yang mengamuk mengocak air sungai Li sampai jadi tak selamat nak menangkap ikan. Lalu nelayan tu pun pulangkan lah mutiara tu. Tu yang dapat nama Pearl-Returning Cave tu.

Jadi siapakah lelaki tua yang tidur di gua itu? Adakah dia menjaga mutiara tu untuk Dragon King? Kalau betul, mesti dia dah dihukum buang kerja kerana cuai dan tidur masa tengah bertugas. Atau adakah orang tua itu adalah jelmaan Dragon King sendiri? Letih sangat main mutiara tu, tu yang sampai tertidur dalam gua tu kot. 

Dari Pearl-Returning Cave kami dibawa Francis ke Thousand Buddha Cave pulak.

Actually tak de la sampai 1,000 Buddha dalam gua ni. Terdapat 250 patung Buddha dan lebih daripada 100 tulisan yang diukir pada dinding gua yang berlakunya semasa pelbagai tempoh. Kebanyakan patung adalah karya semasa zaman Tang dan Song Dinasti.

Bagus betul ada information board macam ni.  
Kebanyakkan ukiran-ukiran ini dibuat selepas Emperor Xuanzong mula worshiped Buddha Dharma. Ada juga patung Buddha bersaiz besar seperti Candana Buddha, Avatamsata Buddha dan Amitabha of Buddha Shakyamuni.

Kata Francis, ukiran Buddha yang ni depict Past Buddha, Present Buddha dan Future Buddha.

Thousand Buddha Cave ni mengadap Sungai Li. 

Dan ini pula ialah Sword Testing Stone. 
Stalaktit ni sikit je lagi nak sentuh lantai gua ni, ada la lagi lebih kurang 4 ke 5 cm gap. Mesti la ada kisah dongengnya and it goes like this. Dikatakan bahawa Jeneral Fubo menunjukkan kuasa pedangnya dengan memotong melalui batu tu kepada musuh beliau untuk menakutkan mereka lepas kata sepakat tidak dicapai dalam satu meeting. Bahagian yang terpotong tu la di panggil Sword Testing Stone. 

Ooo.. eroding limestone rupanya.


Itu le besar ruangnya. 

Across Li River.

Lepas tu kami diberi free time to explore the caves. The are several caves actually. Saya pun berdiri at the edge of the platform to take a few shots of the hill. 

Platform yang mengadap Sungai Li. Di situ la Thousand Buddha Cave.

Ada pak cik tengah mengail ikan.

Eh... ada gua lagi atas tu. Jom naik.

Tangga naik ke gua atas. Tinggi jugak nak panjat.

Pemandangan Sungai Li dari gua atas. 
Platform semulajadi ni namanya Tingtao Pavilion (Listening To The Waves Pavilion). Katanya boleh dengar deruan arus Sungai Li dari sini. But cannot hear la. Nice view though.

Rupanya ada temple kat atas ni. 

Besar bahagian gua ni. Ada lagi tangga turun. Tapi kami tak la turun tangga tu dan explore jauh sebab nak gather balik dengan group. 

Information on Thousand Buddha Rock.

Kat bahagian atas ni ada lagi banyak patung Buddha banding dari di bawah tadi.  


Lepas berkumpul semula dengan group dan berjalan keluar, saya ternampak pintu masuk ke temple yang kami enter dari belah Sword Testing Stone tadi. Yang kami tak jadi turun tangga tadi tu rupanya tembus ke sini. Saya masuk le kejap dan ambik gambar.

Dalam kuil ni ada banyak golden colored Buddha statues.

Ok dah, jom keluar. Rasa semacam je pulak kat dalam kuil tu. 

Sebelum keluar dari Fubo Hill Park ni, kami berhenti sekejap di loceng besar ni yang dipanggil Huge Bell.   
Ada banyak inskripsi pada loceng ini yang menjadi rujukan pakar-pakar sejarah yang mengkaji tentang Dinasti Qing.

Maklumatnya. 

Ni pula tangga naik ke Gui Shui Pavillion. Cantik pemandangan Guilin dari atas sana kata Francis tapi dia advised kami supaya untuk tidak naik sebab masa tu hujan dan tangga licin. Huih.. tinggi pun, tak larat la nak naik.. hehehe...

Saya sepakat dengan isteri kata Fubo Hill ni walaupun kecik saiznya dibanding dengan parks lain di Yangshuo/Guilin tapi ia tetap menarik dan cantik dan banyak tempat yang boleh dilawat. Yang bestnya park kecik macam ni ialah tak perlu lah jalan jauh-jauh.. hehehe...

Seterusnya kami menuju ke Rong Lake pulak. 
Comel!

Ni mesti tengah outdoor photoshoot for wedding album ni. Wah! Singkatnya gaun pengantin perempuan tu! 

Tiba di Rong Lake.

Maklumat tentang tasik Rong. Wah! Ada pokok banyan berusia 1,000 tahun! 

Masa jalan-jalan exploring tepi tasik Rong tetiba 2 orang pemuzik ni. How nice lah!

Cantik kolam ni. Namanya Poets' Game. Rupanya ada sejarah kolam ni. Kata Francis, masa zaman maharaja dulu, poets akan duduk di tepi kolam ni. Sebatang pena akan dihanyutkan di kolam ni dan di mana pena tu stop, poet yang terdekat akan menyampaikan poem dia untuk didengar oleh semua poets yang hadir. 

Tak jauh dari Poets' Game pond tadi ada Guilin's Tourism Information Service Center ni. We got really excited. Finally, we may be able to get some information, in English!! Tetapi, mereka tak ada sebarang risalah dalam bahasa Inggeris. Not even one. And there were stacks and stacks of pamphlets, brochures and booklets in there, semua in Chinese dan tak satu pun dalam bahasa Inggeris. Apa laaa.... 

Di sini pula adalah tempat di mana Huang Tingjian telah melabuhkan bot dan mengikat tali bot beliau pada satu pokok banyan untuk singgah setelah terpikat dengan keindahah Guilin semasa nampak dalam pelayaran.  

Siapakah Huang Tingjian?
Huang Tingjian adalah seorang artis, cendikiawan, pegawai kerajaan, dan penyair semasa zaman Dinasti Song. Beliau sangat dikenali sebagai seorang calligrapher, dan juga dikagumi kerana lukisan dan puisi beliau. Beliau banyak memuji keindahan Guilin dalam karya puisi-puisi beliau. 

Dan inilah pokok banyan yang digunakan untuk ikat tali bot oleh Huang Tingjian yang sekarang dah berumur lebih 1,000 tahun tu. Cuba perhati, nampak tak tiang-tiang kayu yang menampung dahan-dahan pokok ni. Memang patut la, bukan saja sebab pokok ni dah tua sangat juga kerana cabang-cabang dahannya dah sepanjang 32 meter. 

Pohon ini juga dipanggil Rong City Ancient Shade.

Ini pula ialah peninggalan kota lama Guilin, the Ancient South Gate.  
Pada zaman pemerintahan Dinasti Tang, Guilin dikelilingi tembok kota dan mempunyai beberapa pintu untuk masuk ke dalamnya. Ancient South Gate ini adalah pintu masuk di sebelah selatan.

Memang cantik taman tepi Rong Lake ni. Kami perhatikan memang semua taman-taman tepi tasik di Guilin indah belaka, bersih dan teratur. 
Di hujung tu ialah the Ancient Banyan Twin Bridges. 

Ada juga digantung lukisan-lukisan kanak-kanak di sini agaknya sempena satu pertandingan melukis bertemakan alam semulajadi dan keindahan Guilin. 

Ini pula ialah Beidou Bridge bentuk zig zag menghubungkan tebing tasik ke sebuah pulau buatan. 


Ini Ancient Banyan Twin Bridges tadi, pandangan tepi.

Sebuah pavillion di tepi tasik. Very scenic.

Wonderfully cool green shades. 

Glass bridge yang dibuat dengan cara special crystal glass architecture.  

Malam-malam lampu warna warni dipasang jadi jambatan ini will glow beautifully. Masa malam kami tak ke sini tapi.



Tasik Rong dan Tasik Shan disempadani oleh jambatan ini. Namanya ialah Yang bridge (atau Sun bridge) dibina masa zaman Dinasti Song. Tu yang ada matahari kuning tu :).

Bawah jambatan ni ada ukiran plaster menceritakan sejarah Guilin.


Kami terus dengan scenic walking tour, sekarang di tasik Shan pula. Di tasik ni ada 2 pagoda yang cukup terkenal di Guilin ni, the Sun and Moon Pagoda. 




About Shan lake.

Selesai dah our scenic walking tours di tasik Rong dan tasik Shan. Walau pun tak pusing seluruh tasik, which will not be possible anyway due to their huge size, kami berdua sangat berpuas hati dengan semua tempat-tempat menarik, kesan-kesan sejarah yang sempat kami lawati dan tentu juga kerana pemandangan-pemandangan yang sungguh cantik. Lain rasanya berada di sini dibanding dengan trips kami di kota lain di China.

Syukur Alhamdulillah.  


Memang dah dirancang oleh Francis agar walking tour kami akan berakhir di Zhengyang Shopping Street kerana di situ lah kami akan makan malam. Bagus la macam tu. Jimat masa dan tak perlu tunggu bas, naik bas nak ke restoran makan malam. 
Penjual tebu dan red cherries. 

Dan disebabkan semua ahli rombongan begitu disiplin dan always on time, maka kami ada masa terluang sebelum makan malam. Jadi kata Francis sebelum ke restoran untuk makan malam, kami boleh berjalan-jalan di shopping street ni. Ramai ahli rombongan gembira kerana boleh la mereka shopping lagi since esok nak balik dah. Kami pun happy gak, especially me cause ni lah masa terbaik for some people photography. Next subjects: the Guilinese.. hehehe. 
Auntie ni jual jagung rebus. Berwap-wap rebusan dia sebab suhu agak sejuk masa tu. 

Ini statue Ma Junwu - educator and scientist. 

Tentang Ma Junwu. Kami happy betul bila ada info macam ni in English.. hehehe. 

Ok jom jalan lagi di shopping street ni. 

Saya actually bertegur dengan bapa baby tu sebab tak tahan tengok baby dia tu comel sangat.. hehehe. Ok je si bapa. Ikut pengalaman kami orang Guilin peramah, tak macam mereka yang di bandar-bandar besar lain di China ni. 

Memang la nak try mangga Guilin ni sebab Francis kata memang manis. Batal je niat sebab sat lagi nak makan malam dah.

Then kami ternampak lelaki ni tengah menumbuk dengan penukul kayu ni. Ehhh.. menarik ni! Apa yang dia dok tukul tu? 

Yang ditukul tu tak pulak hancur berkecai. Malah meleper dan meleper. Apakah adunan tu? 


Ooo.. rupanya biskut kacang tumbuk (or may be candy brittle). Tu lelaki ni tengah potong-potong kecil hasil tumbukan kacang tadi. Baunya sungguh sedap jadi kami rasa la tester yang disediakan. Terus 'terpaksa' beli.. hehehehe.. 

Dan kami pun beli la sekampit. Ni la kampit paling kecik. Tak mahal cuma 15 yuan atau RM9.50. Lepas rasa satu, terus cekau satu lagi, dan satu lagi, dan satu lagi. Tak kira dah masa tu dah nak dinner, harus terus mengunyah. Yang sedap sangat sebab bukan sejenis kacang je yang digunakan buat biskut tumbuk ni tapi beberapa jenis kekacang dan bijan termasuk kalau tak silap saya ada sun flower seed juga. Sedap lemak-lemak gitu. Dan yang paling penting ianya tak manis. Silap tak beli beberapa kampit lagi bawak balik Malaysia. 

Boleh beli by kampit or a few (in paper bags) or sekotak. 

Sporting lah lelaki ni! :)
Nampak tak tanduk kerbau tu? Besar betul!

Sebuah lagi kedai menjual Guilin's traditional snacks.

Kedai jual cili cincang yang dicincang dengan dua parang manually.


Ada juga beberapa lorong yang boleh kita veer off dari Zhengyang Shopping Street ni. 

Malam tu kami makan di restoran sama, di Brand of Beef Noodles. Tapi malam tu kami berdua tak makan hidangan makan malam yang disediakan ikut pakej. Sebaliknya kami teringin nak makan noodles especially since kami makan ni pun di restoran beef noodles. Nak la jugak tukar selera dan sambil rasa other local food. 

Kami beritahu Francis niat kami nak try makan mee pulak for dinner. We actually told him much earlier to ask if he can contact the restaurant in advance about our order. Ni kerana kami tak nak la tunggu lama sebab pihak restoran masa tu tentu sibuk menyediakan hidangan dinner customers lain termasuk lah untuk ahli rombongan kami. 
Anyway, ni la mee yang kami order. Tak tau namanya pun sebab Francis nak explain pun tak reti.. hehehe. To me it looks like plain noodles yang dah direbus yang dicurah dengan sos yang ada daging cincang, sayuran hujau dan cendawan. Tapi SubhanAllah, sedapnya rasa mee ni! Portion yang besar ni habis kami makan dan siap sudu-sudu kuahnya sampai kering.. hehehe. Btw, Harganya 20 yuan atau RM12.00. So worth it! Alhamdulillah. 

Selepas dinner, kami pun teruskan dengan satu lagi program, Guilin Night Tour. Tu dia, sampai ke malam kami berjalan di Guilin ni. Memang la agak letih, tambah lagi baru lepas dinner. Tapi kuatkan jugak.. hehehe. 


Suasana malam di Guilin. Tour ni banyak kami dalam bas je dan pusing-pusing bandar Guilin especially di kawasan yang mereka label sebagai 'scenic areas'. 

Tapi ada la jugak kami turun di satu dua tempat for photography.

Photo op kami yang pertama ialah di jambatan ni. 

Dari sini kami dapat lihat Jambatan Lize yang dibina seperti Jambatan Golden Gate di San Francisco, Amerika Syarikat.


Seterusnya sepatutnya ke Sun and Moon Pagoda tapi tak jadi sebab jalanraya sesak. So as not to waste time since hari dah makin malam, Francis bawa kami ke tasik Gui instead. 

Dari sudut pandangan ni kami dapat lihat tasik Gui dan Guilin Park Hotel, sebuah hotel mewah di Guilin. So beautiful! Alhamdulillah, hujan pun dah berhenti dan langit nampak cerah dan bersih. 

Since tak bawak tripod, guna tembok jambatan je la.. hehehe... 

Ada bot cruise malam yang kata Francis harganya lebih mahal dari cruise siang. Ni same bot yang kami naik masa our Four Lakes Two Rivers Cruise pagi tadi.


Lepas tu Francis bawa kami ke seberang jalan pulak di jambatan yang sama. Kenapa nak kena bawak-bawak pulak? Sebabnya malam-malam bahaya melintas di jalanraya tu. Kenapa bahaya? Sebab banyak sangat motor. Also sebab motor-motor tu motor letrik, so senyap tak dengar ada motor datang. Also ada pulak motorists yang tak pasang lampu motor. So dangerous lah.

Hebat mereka ni, shoot tak pakai tripod pun... hehehe... temasuk la saya... hentam je ISO tinggi-tinggi maximum.... hehehe... lepas tu balik rumah ngeluh sebab noise teruk.. hahahaha....


Anyway, di seberang jalan ni pemandangan tasik Mulong juga sungguh cantik. Ada Mulong pagoda yang cantik bercahaya. Ada suluhan lampu-lampu spotlight ke langit menyebabkan ada jaluran cahaya cantik warna warni nampak jelas terbentuk kerana ada kabus. Actually ada juga gunung-gunung tapi tak nampak jelas. 

Sedang ambik gambar Mulong Pagoda. 
Lepas pakai kamera, pakai handphone pulak. Punya la senang pakai handphone Samsung ni. Elok balance je lighting nya. Tapi bila tengok di computer rumah, tidak seperti tengok di handphone. Still they were pretty decent shots and can be edited for a bit of enhancements. 

Okeh, last shot before leaving for the hotel. Letih sungguh rasanya since tak sedar pun dah nak dekat pukul 10:00 malam dah masa tu. 

Overall, kami berdua did enjoy the night tour even though it was a pretty simple tour. Lagi pun malam tak nampak sangat pemandangan-pemandangannya. Tu pun bersyukur la dapat turun at a couple of places for a quick photography. Jadi la buat kenangan shots tu :).

Bersambung....


Di bawah adalah links untuk semua entries Yangshuo dan Guilin saya:

No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

2 comments:

  1. furure buddha?
    ada lak gitu...
    :)

    berapa suhu kat sana masa tu eh en syed?
    nampak macam tak sejuk je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu first time saya dengar konsep future Buddha. Macam2.... tak confusing ke?

      Suhu adalah between 20°C to 25°C. Nyaman je. Sejuk pun sebab hujan dan sekali sekala angin kuat.

      Delete