Kami turun awal for breakfast sebab nak jalan-jalan kawasan hotel dan ke Manila Bay di belakang hotel ni. Sambil lalu lobi, sambil ambik gambar.. lagi.. hehehe...
Breakfast di Ilang Ilang Cafe ni. Di hotel ni ada juga restoran-restoran lain tapi restoran ni je yang ada hidangan halal.
Awal betul kami turun, tak nampak pun guests lain. Semangat betul nak gi jalan-jalan.. hehehe... ke dah kelaparan.. hahahaha... |
Haaa... ni yang saya nak share dengan rakan-rakan pembaca. Restoran ni ada dapur halal dia sendiri. Makanan halal mereka dimasak berasingan dapur dengan masakan lain. Saya juga perasan segala periuk belanga pun berasingan. Memang mereka betul-betul jaga kehalalan dishes preparations mereka. Dan saya suka bila mereka sengaja menampakkan dapur halal ni kepada guests menunjukkan mereka memang serius dan ambik berat dalam menyediakan halal dishes.
Dapur halal di Ilang Ilang Cafe di Manila Hotel. |
Bukan saja boleh nampak dapur halal, ada juga diletakkan Halal Certification di meja buffet for the halal food.
Sijil ini dikeluarkan oleh Muslim Mindanoa Halal Certification Board selepas their Halal Auditing and thorough Inspections under the auspices of the Assembly of the Darul Ifta of the Philippines. |
Ini lah hidangan makanan halal buffet breakfast di Manila Hotel. Macam-macam ada :).
Tak tahan tengok lotus buns tu... hehehe...
Alhamdulillah, kenyang kami. Sedap-sedap betul semua dishes tu. Kalau tak sebab nak gi jalan-jalan mau saya tambah a third time.. hehehe... |
Kalau nak makan macarons pun boleh tapi yang ni kena beli lah, bukan part of buffet :).
Lebih kurang RM5.60 sebiji. |
Suasana di Ilang Ilang Cafe.
Selesai sarapan, since masih ada banyak masa lagi sebelum pick up time for our tour that day, kami pergi dulu ke hujung swimming pool dan ke Manila Bay ni. Still dalam kawasan Manila Hotel. Cantik sungguh pemandangan di situ pagi tu.
Bangunan putih tu ialah Ibu Pejabat Philippines Coast Guard. |
Ehhh... kebetulan pagi tu ada pulak orang tengah berlatih rowing! Excellent!
Ini adalah jeti di Manila Bay yang bersetentang dengan the Philippines Coast Guard HQ. Di hujung belakang tu ialah Manila Ocean Park.
Kelihatan lebih ramai lagi teams yang datang untuk berlatih. Cool! Boleh le ambik-ambik gambar :).
Tempat kapal-kapal tu berlabuh ialah the Eva Macapagal Super Terminal.
Ok lah, supaya senang nak bayangkan lokasi tempat-tempat yang saya cuba kongsikan, saya tampal peta Manila Bay yang di belakang Manila Hotel ni.
Haa.. itu lah jeti yang kami lalui untuk ambik foto-foto di bay ni dan juga foto-foto rowing teams tu.
Saya rasa team ni ada anggotanya yang pekak sebab ada orang yang memakai t'shirt dengan logo 'Deafies Club'.
Ada teams yang dah selesai berlatih.
Yang ni pulak adalah team Dragons Republic Paddlers Club, a member of the Philippine Dragon Boat Federation.
Teams members adalah terdiri dari kedua-dua lelaki dan perempuan. |
Yang ni team Rogue Pilipinas Paddlers Club.
Di tebing bay ni ada kami nampak beberapa orang homeless. Kesian tengok mereka.
Best la mereka ni ok je bila ambik foto mereka :). Peace!!
Pemandangan Manila Bay.
Bangunan Manila Hotel dari hujung jeti.
Tiba-tiba isteri saya terperasan ada sekumpulan ikan-ikan tengah melompat-lompat ke udara! Kelam kabut saya nak ambik gambar.. hahahaha.... tapi punya la excited.... last-last dapat shot ni je. Shots lain blur teruk.. hehehehe..
Mereka ni berlatih mendayung sampai ke tengah laut.
Memang best la ambik gambar diaorang ni.. hehe... Saya siap lambai but of course they cannot lambai balik la sebab tengah sibuk mendayung. Tu yang diaorang senyum lebar-lebar tu.. hehehe...
Tiba-tiba!!! Kumpulan ikan-ikan ni melompat-lompat lagi!! Lagi sekali saya jadi kelam kabut!! Hahahaha.... Cantik ikan-ikan ni, bercahaya berkilat macam cermin.
Kelihatan seorang lagi homeless person sedang membasuh baju.
Kelihatan seperti sesuatu sedang dimasak. Mungkin sedang memasak ikan kerana di dalam jaring hijau tu ada beberapa ekor ikan. Dalam foto kanan tu pula mungkin khemah/rumah beliau.
Sedang menjemur baju di atas batu. Mata saya dah mula masuk habuk.
Saya rasa pakaian bersaiz kecil yang dijemur di atas batu tadi adalah pakaian anak kecil ini. Agaknya dia terpaksa dibiarkan berbogel dulu sementara menunggu pakaian dia kering.
Lagi banyak habuk masuk mata saya masa ni.
Saya bersyukur kepada Allah swt kerana di saat saya berseronok bercuti-cuti dan sedang excited mengambil gambar, saya telah diperlihatkan how hard other people's lives are....
SubhanAllah....
Dan kami pun berjalan semula ke hotel. Pagi yang indah dengan cuaca yang begitu baik. Semoga perjalanan tour kami hari ini berjalan dengan lancar dan selamat.
Di lobi kami nampak staff hotel ni yang memakai pakaian yang berlainan dari semalam. Kalau semalam berpakaian zaman Sepanyol dulu-dulu, hari ni berpakaian tradisional Filipina. Well, at least the female staff tu, yang the male staff tu saya rasa tu bukan pakaian tradisional lelaki Filipina.
By the way, nama mereka ialah Lovely and Mark. 'Lovely', what a lovely name :). And she has quite a lovely smile too :). |
Lepas jalan-jalan di Manila Bay tadi, masih lagi ada masa before pick up time. Jadi kami decided to have a second morning walk pagi tu jalan-jalan di Rizal Park lagi.
Pagi tu di Rizal Park ada ramai locals sedang beriadah. Orang ramai boleh meminjam/menyewa basikal yang disediakan oleh pihak MMDA [Metro Manila Development Authority] ni. What a great idea!
Pagi tu di Rizal Park ada ramai locals sedang beriadah. Orang ramai boleh meminjam/menyewa basikal yang disediakan oleh pihak MMDA [Metro Manila Development Authority] ni. What a great idea!
Suasana pagi Ahad di Rizal Park.
First stop, kami berhenti sekejap di Rice Garden ni yang tujuannya to create, promote, enhance and sustain rice awareness among the people.
Ada sawah padi di tengah bandar Manila. |
Ramai locals sedang bersukan, berjogging dan bermain volley ball. Yang remaja ramai juga yang kami nampak lepak dalam satu geng.
Then kami ternampak pulak bas biru ni. Eh... macam ada majlis pelancaran pulak. Jom gi nyibuk.. hehehe...
Rupanya ini adalah pelancaran Hybrid Electric Road Train [ERT] satu projek Department of Science and Technology [DOST] Filipina.
Ramai TV crew and journalists masa tu tengah menemuramah DOST Secretary Mario Montejo.
ERT ni direka oleh jurutera-jutera Filipina dan ia dibuat menggunakan bahan-bahan tempatan yang sedia ada. |
Perlancaran ini dibuat bersama satu usaha dipanggil ‘Kalye Share’ event [road sharing campaign] yang bertujuan untuk memperbaiki pengangkutan awam dan kualiti udara.
Source: Kalye Share Yeah |
Mereka ni adalah para peserta ‘Kalye Share’ event. |
Lepas tu kami ke jam ini pula. Ini adalah the Memorial Clock. Just a few steps ke depan jam ni ialah the zero kilometer point.
Memorial Clock ini dibina pada tahun 1998 untuk memperingati 100 Tahun kejayaan Philippine Revolution yang membebaskan negara ini dari penjajahan. |
Ada juga 2 patung kerbau ni. Kerbau adalah haiwan kebangsaan Filipina.
Sebenarnya masa tu dah nak dekat pukul 9:00 pagi which was the pick up time at the hotel for us to start our tour. So kami pun berjalan balik ke Manila Hotel. Tapi saje je kami lalu pusing taman ni, jalan jauh sikit nak tengok suasana dan ambik-ambik gambar.. hehe..
Ada orang tengah berlatih martial arts. I think Taekwondo.
Mereka ni pula sedang berlatih satu lagi jenis seni mempertahankan diri yang ada di Filipina yang dipanggil KAFS atau Kali Fighting System, a combat martial arts. Pada saya unexpected encounters macam ni yang best :).
Lepas tu jumpa pula mereka ni yang sedang menari-nari dengan iringan lagu dari speaker besar lagu 'Dancing Queen' oleh Abba dan 'That's the Way (I Like It)' oleh KC And The Sunshine Band. Nampaknya mereka ni veteran belaka. So sweet! :)
Dan ini pula ialah pintu masuk utama Manila Ocean Park yang cuma 10 minit jalan kaki sahaja dari Manila Hotel. Unfortunately kami tak sempat ke ocean park ni sebab lepas sampai hotel after habis touring for the day, hari dah petang sangat dan dah nak tutup dah park ni.
Penjual jalanan.
Masa kami jalan-jalan boleh dikatakan kawasan sekitar Manila Hotel dan Rizal Park ni adalah bersih. Cuma sekali sekala tu ada la jugak sekor dua anjing berkeliaran.
Bangunan tu ialah Luneta Park [Rizal Park] Police Detachment atau stesen polis. Polis dalam bahasa Tagalog ialah Pulis.
Sampai semula ke Manila Hotel.
Pukul 8:50 pagi Jane dah sampai bersama Purdy, pemandu kami. Hari tu tour kami adalah ke Villa Escudero yang jauhnya lebih kurang 2 jam perjalanan. Ia terletak di wilayah Laguna berhampiran bandar San Pablo.
Sambil dalam perjalanan tu Jane pun bercerita tentang tempat yang kami lalui. Ini adalah Technological University of the Philippines. Ada banyak lukisan-lukisan dinding yang menarik di dinding universiti ni.
Memang ramai orang susah yang kami nampak di sepanjang perjalanan ni. Teringat balik ibu dan anak kecil yang kami nampak di Manila Bay tadi.
Di tepi jalan di bawah pokok ada 'Job Wall' yang ditaja/disediakan oleh City of Pasay Metro Manila, Philippines Overseas Employment Administration [Department of Labor and Employment] and Public Employment Service Office.
Foto kanan: Penjual jalanan tu menjual sejenis snek street food popular di Filipina iaitu 'Taho'. Kalau di Malaysia ni macam Tau Foo Fah. |
Di mana mana je memang ada jeepney ni.
More street artworks.
Berikut adalah beberapa foto-foto suasana di Manila yang sempat saya ambil which are pretty much self explanatory.
Mula keluar dari bandaraya Manila dan masuk ke lebuhraya.
Memang masa di sana kerap tersekat dalam heavy traffic jam. Saya nasihatkan kalau kawan-kawan nak ke sana, just prepare yourself to be in the jams. Fortunately bagi kami, kami berdua memang suka ambik gambar. Jadi tak la boring sangat duduk dalam kereta masa traffic jam. Nak tidur pun boleh tapi rasa rugi pulak kalau terlepas apa-apa photographic opportunities. Also fortunate sebab si Jane tu kuat sembang dan celoteh. Seronok mendengar dan melayan dia berborak-borak sebab dia banyak share insights about being a Filipino.
Antara yang disembangkan dan dikongsi oleh Jane dengan kami ialah kisah hidup dia. Saya cuma perlu bertanya sedikit tentang diri dia dan si Jane ni, agaknya dah mula selesa dengan kami, terus je bercerita. Bagi saya informasi sebegini adalah sangat menarik kerana ia memberi sedikit gambaran tentang hidup orang Filipina.
Then saya ternampak iklan billboard siri tv soap opera Filipina bertajuk Royals ni.
Suasana di plaza tol. Oh ya, lebuhraya di Filipina adalah privately owned. Ke Villa Escudero kami lalu lebuhraya SLEX [South Luzon Expressway]. Jane kata lebuhraya ini dibina oleh the Ayala family [a Spanish family], yang masih berpengaruh di Philippines.
Pada satu ketika saya nampak billboards tentang pelajar-pelajar yang menjadi johan pertandingan robotik 2015. Dan pada ketika seterusnya saya lihat seorang anak kecil sedang menjaga gerai buah keluarga di tepi jalan.
Di kaunter plaza tol.
Banyak sungguh jeepney.
Menuju ke wilayah Laguna melalui Batangas.
Kami tanya Jane, apakah bahasa utama di Filipina? Sebab kami nampak hampir semua signboards adalah dalam bahasa Inggeris. Kata Jane pada 2003, bahasa Inggeris telah dijadikan sebagai bahasa utama Filipina oleh Presiden Gloria Macapagal Arroyo. Bahasa Tagalog kini adalah bahasa kedua bagi Philippines.
Di Filipina juga ada banyak kenderaan macam ni. Ia dipanggil tricycles.
Bukan saja boleh bawak penumpang, macam-macam barang selagi muat juga boleh dibawa. Boleh juga diletak di bumbung.
Di sebuah stesen bas.
Hamburger joints macam ni juga banyak yang kami nampak.
Hujan renyai sekejap-sekejap.
Nama-nama jeepney: Frances, Cristina, D'Redeemer, Alyson Mae and 5 Brothers.
Ada gerai menjual daging di tepi jalan. Ada kerbau di jalanraya.
Seorang penjual 'Taho' dan seorang pekerja binaan yang badan macam seorang ahli bina badan.
Kami melalui bandar Alaminos, Laguna.
Ok, Jane kata kita stop sini dulu kat gereja ni sebab ada masa lagi. Wah! Saya suka betul kalau singgah tempat-tempat yang tak de dalam itinerari :). Nama gereja ni ialah Our Lady of the Pillar Parish.
Ni di dalam kawasan dan di depan gereja Our Lady of the Pillar Parish. Ada patung Mary mendukung Jesus.
Gereja Our Lady of the Pillar Parish, Alaminos, Laguna.
Salah satu gereja tertua di Philippines yang dibina oleh orang Sepanyol.
Gereja ini menyambut ulang tahunnya yang ke-200 pada tahun 2015.
Di Filipina ni ada 7 Religious Healers paling terkenal. Salah seorang daripadanya ialah Father Diwane [Wanny] Cacao dan dia membuat healing masses di gereja ni.
Pagi Ahad tu gereja ni sedang ada Mass/Church Service jadi kami tak boleh masuk dalam. So ambik gambar dari luar je.
Stained Glass di dalam gereja.
Betul-betul di luar depan pintu gereja ni ada perlakuan sembahyang ini.
Jane beritahu kami ketika penganut-penganut Katholik berdoa mereka akan menyalakan lilin. Di gereja ni, lilin-lilin yang digunakan dibuat berbentuk seperti manusia.
Lilin-lilin ini sebelum dinyalakan akan diikat mengikut jumlah ahli keluarga penganut yang berdoa tu. Kalau ada 5 orang dalam keluarga maka 5 lilin diikat, dipacak dan dinyalakan. Jane beritahu kami adat ini dipengaruhi oleh orang Cina yang menyembah menggunakan colok.
Rumah-rumah lama ini adalah rumah keluarga yang terkenal semasa zaman penjajahan Sepanyol dan dibina dekat dengan gereja.
Kami pun meneruskan perjalanan ke Villa Escudero. Lagi 1/2 jam sampai le kata Jane.
Monumen tangan tu ialah monumen Tau Gamm Phi [ΤΓΦ].
Melalui bandar San Pablo.
Penjual jalanan di San Pablo.
Full capacity.
Dan kami pun tiba di Hacienda Escudero lebih kurang pukul 11:00 pagi.
Dan ini peta perjalanan kami dari Manila ke Alaminos Laguna dan ke Villa Escudero.
Menuju ke Villa Escudero Plantation and Resort, Tiaong Quezon, Philippines.
Menuju ke Villa Escudero Plantation and Resort, Tiaong Quezon, Philippines.
Villa Escudero Plantation and Resort ni sangat luas, seluas 800 hektar dan merupakan sebuah ladang kelapa, yang dimiliki oleh Escudero family. Sejak 1981, ladang dibuka kepada orang ramai untuk dilawati menyediakan aktiviti seperti antaranya lawatan perkampungan, naik kereta kerbau, makan di air terjun, menyaksikan persembahan tarian-tarian tradisional Filipina, lawatan ke Muzium yang mempamerkan barangan kepunyaan Escudero family dan juga resort di tepi tasik.
Kami dibawa Jane ke kompleks pelawat Villa Escudero Plantation and Resort ni untuk dia beli tiket. Sempat kami gi toilet dulu.. hehehe.. mesti la kan, nanti tengah naik kereta kerbau rasa nak terkencing pulak, susah... hahaha...
Ini peta Villa Escudero. Ada macam-macam aktiviti dan lawatan yang boleh dibuat di sini.
Bergambar kejap di ruang menunggu di kompleks pelawat. Fyi, suasana di sini cukup nyaman sebab plantation ni berangin agak kuat juga.
Mula-mula Jane bawak kami dulu ke Muzium Villa Escudero.
Ini adalah pejabat pentadbiran Muzium Villa Escudero.
Ini Muzium Villa Escudero. Bangunan muzium ni asalnya adalah sebuah gereja yang dibina mengikut senibina gereja tertua di Filipina, Gereja San Agustin yang terdapat di Manila. Cantik taman di depan muzium ni.
The Escuderos adalah sebuah keluarga yang terkenal di Quezon sejak lewat 1800-an. Muzium ini mengandungi koleksi peribadi keluarga dari travels tempatan mereka dan di seluruh dunia. |
Maka kami pun sibuk le mengambil gambar.. hehehe...
Di taman depan Muzium Villa Escudero ni ada patung Ramon Magsaysay, Presiden ke 7 Filipina.
Dan tentunya ada juga patung Jose Rizal, wira kebangsaan Filipina, yang begitu dihormati dan disanjung oleh rakyat Filipina.
Unfortunately tak boleh ambik gambar dalam muzium ni. Dan beg-beg mesti ditinggalkan di pondok di jalan masuk ke muzium dan disimpan dalam loker dan kunci diberi pada pelawat.
Jadi macam mana pulak saya ada foto-foto dalam muzium ni? Actually, bila saya nampak ada pelawat lain ambik gambar, ehh... saya pun ambik la jugak pakai handphone.. hehehe...
Di bahagian atas muzium ni dipamerkan koleksi peribadi keluarga Escudero yang dikumpul dari semua adventures mereka di dalam dan luar negara. Di tingkat ni la ada kepala manusia yang telah dikecutkan tu. Ngeri saya tengok. Saiznya ada la besar sikit dari penumbuk. Tapi saya tak ambik fotonya sebab nanti nampak obvious sangat pulak.. hehehe...
Di lantai bawah ada begitu banyak artifak keagamaan Kristian, termasuk yang didapati dari gereja di Eropah. Banyak sekali patung-patung Jesus yang begitu elaborate bentuk dan ukirannya dan berhias indah lengkap dengan jubah. Patung-patung Jesus ni termasuk yang pernah ditarik dengan chariots.
Patung-patung yang menggambarkan 'The Last Supper'. |
Di lantai atas muzium ni ada satu section di mana ada dipamerkan matawang kertas sekarang dari banyak negara. Jane kata duit tu diderma oleh pelawat-pelawat yang datangnya dari seluruh pelusuk dunia le muzium ini. Setakat yang kami check tak de pulak nampak duit Malaysia.
Jadi Jane pun cadang la kami derma sekeping duit kertas Malaysia. Ok lah, so kami bagi le RM1.00.. hehehe... |
Seterusnya kami dibawa Jane ke rumah kediaman keluarga Escudero.
Di gate depan masuk ke kawasan rumah kediaman Escudero ni ada tugu dan patung Don Arsenio dan Dona Rosario. |
Maklumat sejarah bagaimana Arsenio membantu rakyat Filipina dan tentera Amerika menentang tentera Jepun.
Gate masuk ke kediaman. Pelawat tidak dibenarkan masuk.
Foto dekat rumah di Villa Escudero. Kata Jane ada 6 buah rumah semuanya dalam kawasan kediaman ini dan rumah-rumah ni sekarang masih diduduki oleh keluarga Escudero.
Suasana di Villa Escudero.
Ok jom naik kereta kerbau ni :).
Pelawat-pelawat akan naik kereta kerbau ni untuk makan tengahari di Labasin Waterfalls Restaurant.
We were chuckling like small kids masa naik kereta ni.. hehehe.. Macam excited pulak.. hahaha..
Kerbau yang akan tarik kereta kami ni namanya ialah Sandara. Cantik kerbau ni. Bersih dan sihat gemok. Memang kerbau di Filipina adalah sangat dijaga dan dihormati. Saya baca kat Filipina ni kalau nak sembelih kerbau pun ada tahap umur kerbau yang tertentu. Tak boleh main sembelih je.
Bertembung dengan kereta kerbau lain. Tengok la betapa tegapnya kerbau tu! Complexion pun cantik! Bila berbunga di kepala macam tu lagi la nampak menawan.... Hehehehe...
Slow je kereta kerbau ni. Kami enjoyed the slow ride sambil tengok pemandangan. Surprisingly tak panas jenis melengas tapi nyaman berangin mungkin sebab kawasan ni dekat dengan tasik.
Sambil itu kami didendangkan dengan nyanyian lagu-lagu tradisional Filipina oleh staff Villa Escudero ni. Susah sikit nak rakam videonya sebab ada pelawat-pelawat lain.
Depoh kereta kerbau.
Ada juga patung-patung ni di tepi padang hijau.
Juga ada patung-patung yang menggambarkan kehidupan di Villa Escudero pada masa dahulu.
Kerbau ni nama dia Magauda.
Kerbau yang ni pulak nama dia Ligaya yang bermaksud happiness :).
Pelawat-pelawat boleh juga sewa basikal dan tricycles.
Kami dibawa terus oleh Jane ke restoran air terjun.
Menuju ke Labasin Waterfalls Restaurant.
Kena turun ke bawah. Licin so hati-hati masa turun tu.
Dah kelihatan restoran tu. Kedengaran bunyi air terjun. Sejuk nyaman suasana. Masa kami sampai tu tak la begitu ramai orang considering masa tu hari Ahad.
Di sana pun dipanggil lumut.
View pertama air terjun. Kalau nak makan tak turun dalam air pun boleh di ruang makan di tepi air terjun ni.
Air terjun ni sebenarnya adalah air terjun buatan dari empangan tasik Labasin yang digunakan untuk menjana hidroelektrik. |
Sebab nak berendam kaki sambil makan, maka kasut perlu ditanggalkan dan di simpan di rak-rak kasut ni. Kalau nak berkasut pun boleh tapi kami tanggal sebab nak berendam kaki.. hehehe.
Ruang makan kedua di dalam air ni. Kerusi, meja dan buffet tables semua dalam air. Makan sambil mengadap air terjun.
Ambik dulu a few shots sebelum turun.
Hmmm... sejuk airnya. Sedap rasa kaki masa tu :).
Salah seorang pelawat yang kelihatannya begitu asyik mengambil gambar walaupun masa tu dia dah kelaparan.. hehehe...
Dan ini ruang makan ketiga. Luas kebelakang sepanjang sungai. Siap berbumbung supaya daun-daun tak jatuh dalam pinggan. Dan supaya pelawat-pelawat tak la kena panas terik. Jadinya redup dan nyaman je.
Ok, jom makan. Lapar dah ni. Apa hidangannya? Ehh.. sedapnya sayuran tu! Ada bendi, ada terung, sambal dan kerabu tomato. Pedas sambal tu kata Jane. Best la cam tu.. hehehe...
Jane yang faham yang kami ni Muslims, cadang kami makan nasi, sayuran dan ikan panggang. Ada sayur labu dengan kacang panjang.
Macam orang Malaysia, orang Filipina juga makan dengan tangan. Nak sudu garpu pun boleh mintak. Ni masa kami jalan ke belakang ke ruang makan ketiga nak ke sinki basuh tangan.
Di ruang makan sini juga ada buffet tables.
Ini lah sinkinya. Unik. Airnya tak henti keluar, kan air sungai.. hehe...
Berjalan semula ke meja makan.
Makanan tengahari saya. Sedap! Ikan bakar tu fresh dan nasi macam nasi pulut sikit. Pisang bakar celup air gula tu pun sedap jugak. Nenas tu jangan cakap la, memang manis nenas Filipina ni.
Dah kenyang sambung ambik gambar dan bergambar sekali.. hehe.
Kami juga ada hidangan istimewa buah mangga yang sedap manis ni. Mangga ni dibawa oleh Jane yang ditanamnya sendiri. So nice of her lah. Habis kami makan.. hehehe... Oh ya, boleh minta waiter tolong bersihkan dan potong-potong buah tu dan letak dalam bekas mengkuang berlapik daun pisang siap dengan ais :).
Drinks ada disediakan di buffet tables tapi kalau nak beli boleh je. Ni pilihan saya :).
Si Jane di meja bufet.
Mencedok makanan sambil berendam kaki. Tak licin ke? Ada juga bahagian yang licin. Tapi pihak restoran ada scrub the surfaces daily seperti tertera di papan tanda tadi. Still kena la hati-hati.
Dalam hati-hati tu masih nak jugak melompat! Apa laa... kang terlentang baru tau.. hahahaha... Melompat pulak dengan beg 5 kilo tu. Ada ke nak letak tepi dulu.. hehehehe...
Selesai makan kami pun beredar. Kasut-kasut kami ok, tak hilang letak di rak kasut tadi. Kami pun dibawa Jane ke loji hidroelektrik ni yang kedudukannnya betul-betul tepi air terjun tadi.
Dari loji tu kami boleh nampak tasik Labasin. Ada ramai orang tengah berakit :).
Ok panjang sangat dah entry ni pun. Jenuh membaca kan. Ok saya stop sini dulu dan sambung in the next entry ya :).
Di bawah adalah links kepada semua entries Philippines saya:
No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.
oit !! nak lompat pun.. letak aa beg kamera tu dulu!! heheheh..
ReplyDeletepatung patung kat padang tu nampak quite scary sebenarnya .. kalau malam-malam tu menakutkan
and the muzium tu pun ..
mesti sejuk sampai kembang kembang kaki dalam air tu!!
Hahahaha... tak teringat nak letak! Hahahaha...
DeleteAgreed. Patung2 tu to me a bit disfigured, which, as you said, are quite creepy...
Muzium tu.... creepy kepala manusia, creepy patung2.... creeeepy... but nice though due to the history.. hehehe...
Huihh.. mesti la doc. Kecut jejari kakiku.. hehehehe...