Acara tahunan MPAJ/TEKAS MTB XCO CHALLENGE 2015 ini diadakan di Trek MTB XC MPAJ/TEKAS Taman Bukit Indah Ampang Selangor pada 01/03/2015 yang lalu.
Seperti tahun lepas, tahun ini saya tidak ketinggalan untuk ke acara ini merakam perlumbaan2 yang diadakan.
Acara tahun lepas yang sempat saya rakam boleh dilihat di sini, sini dan sini :).
Seperti tahun sebelumnya, ada banyak kategori yang dipertandingkan.
Perlumbaan2 diadakan untuk pelbagai peringkat umur.
Suasana di entrance. Seawal 7:30 pagi saya tiba di lokasi sebab nak dapatkan tempat parking yang dekat dengan trek ni. Itu pun dah separuh penuh.
Since sampai awal, saya ronda2 dulu area trek tu.
Basikal2 yang tersadai sementara tunggu acara-acara bermula.
Cuaca baik dan tak hujan sehari sebelumnya seperti tahun lepas.
Acara dimulakan dengan kategori Super Heavyweight 90kg ke atas.
Antara pelumba-pelumba muda tahun ini. Si kecik tu tengah pegangkan basikal ayah dia sementara si ayah pergi mendaftar :).
Wah, siap dengan bike helmet camera lagi! How I wish I get to see the video! Sure awesome lah! Mungkin pada acara tahun depan, saya nak mintak satu copy of the recording dari pelumba :).
Pelumba-pelumba remaja.
Ramai yang datang dengan keluarga siap dengan khemah, lawn chairs and lots of food :).
Perlepasan untuk kategori seterusnya.
Ada yang pakai jersey spiderman! Bravo! Ni mesti anak dia punya request agaknya... hihi.. to which I'd say 'What an awesome dad!' :)
Bike yang kuit miut kepunyaan pelumba kecik :)
Siap bawak periuk nasi letrik! :)
Ke garisan penamat.
Sambil menunggu perlumbaan, berlatih dulu. Peace sister! :)
Dibandingkan dengan tahun lepas, jumlah peserta-peserta tahun ini adalah lebih ramai dan meriah!
Foto-foto beberapa groups dan barisan pelumba-pelumba untuk acara seterusnya.
Semangat kesukanan yang terpuji. Still look out for one another eventhough they are fellow competitors.
Energize!
Tengah strategizing kot...
Di garisan permulaan.
Mereka bukan sahaja sebagai pelumba, tapi juga arif tentang mechanics of the bike.
A few close ups para pelumba beberapa detik sebelum wisel ditiup.
Off they went! So fast, so energetic!
Ini baru pusingan pertama of the 3 laps. Pelumba-pelumba masih berada dalam jarak dekat antara mereka.
Bila di shoot dari angle trek sebegini, harus membokeh lah.. hihi...
Tahun ini tempat parking khas kenderaan-kenderaan para pelumba di sediakan [sebelah kiri].
Pelumba on the left tu pada saya menang 1st place for best bike jersey! Kalau ada such category lah... hihi...
Cahaya pagi tu memang awesome for photography :).
Final lap! Memang senget perlumbaan kategori ni! Dah pusingan terakhir jarak antara pelumba sangat dekat!
Saya memang respect sangat dengan mereka ni. Bukan senang nak habiskan 3 pusingan tu!
Saya ingat lagi laluan yang ini pada tahun lepas adalah laluan berlumpur. Ramai yang tersekat dalam lumpur. Tahun ni dibuat bumps.
Off with the next category. Actually saya tak keep track the categories sebab nak concentrate je on taking photos :). I think ni kategori lelaki 45 - 49 tahun.
Pada masa ni saya masih di pinggir padang litar utama di tepi hutan.
Final lap!
Tengah saya dok ambik gambar peserta-peserta tengah berlumba, saya dipanggil oleh 2 peserta ni yang sedang berlatih di tengah padang. Rupanya mereka requested saya ambik gambar mereka. How awesome was that! So nice la mereka ni!
Sempat saya 'peace' balik.. hihi...
Off with the next category!
Ok, by this time saya nak cover trek dalam hutan pulak so mesti kena tampal insect repellent patch ni. Saya sangat beringat untuk pakai patch ni sebab pada tahun lepas teruk saya diserang nyamuk, kerengga dan serangga-serangga lain.
Wah, macam magik patch ni! Sekor insect pun tak ganggu saya! Syukur Alhamdulillah.
Bro ni memang dari mula telah mendahului pelumba-pelumba lain.
Membokeh lagi.. hihi...
Cuba-cuba juga angle rendah ke tanah :)
Lepas tu saya bergegas semula ke padang untuk tangkap gambar perlepasan kategori seterusnya.
Rasanya kategori ni paling ramai pelumba.
Masuk hutan balik. Actually tak la dense sangat hutan ni pun :).
Seronok pulak ambik gambar dari sudut rendah macam ni. Nampak 'lajunya' dan kehijauan background.
Saya jalan ke dalam sikit lagi untuk trek ini.
Juga ke trek ini.
Sudut rendah lagi. For these shots, saya sangat berhati-hati untuk tidak terlalu dekat hingga mengganggu pelumba-pelumba. Ni kira paling dekat yang saya berani lah.. hihi.
Nama salah satu drop dalam trek ini.
Setakat yang saya explore, ni bahagian trek yang saya paling suka. Sebenarnya panjang lagi trek ni tapi saya cuma setakat part ni je.
Shot fav saya :)
Salah satu corner...
Shots dari depan. Saya terpaksa berdiri dalam semak tepi jurang kecik untuk ambik gambar-gambar ni. So I had to plant my foot firmly otherwise saya mungkin terjerumus ke bawah.. hihihi...
And mesti saya note kan di sini sekali lagi yang insect patch yang saya pakai masa tu adalah sangat berkesan kerana at this very spot lah saya teruk diserang kerengga besar merah pada tahun lepas. Hari tu sekor pun tak de!
Panning yang tidak sengaja.. hahaha...
Dari seberang litar saya ambik shot ni. Pas tu saya lambai la to say thanks.
Sebab response baik saya datang le dekat and took another shot.. hihi...
Mereka ok je. Actually pelumba yang ketiga dari kiri tu pernah saya ambik gambar dia tahun lepas :).
Lepas tu saya join mereka sekejap dan sembang-sembang.
Perlumbaan diberhentikan sebentar untuk acara perasmian.
MPAJ/TEKAS MTB XCO CHALLENGE 2015 ini telah dirasmikan oleh Yang Dipertua Majlis Perbandaran Ampang Jaya Tuan Haji Abd Hamid Bin Hussain A.I.S, P.P.T, P.P.C.
Pelumba-pelumba TEKAS yang terdiri dari para remaja.
Sementara tunggu perlumbaan seterusnya, saya rakam lagi suasana event ni.
Dapat satu group shot.. hihi...
And another one... :)
Photographers pada hari tu.
Dah masuk waktu Zohor masa tu, jadi saya pun balik. Tambah lagi masa tu saya belum lunch dan tengah panas terik.
Ada juga flyer ni.
All in all, it was another exciting day for me sebab dapat buat some sports photography.
Alhamdulillah.
No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.
No comments:
Post a Comment