Thursday, December 6, 2012

NEW DELHI, KASHMIR DAN AGRA - DAY 04 - PART 01 - TAJ MAHAL

Tiba di New Delhi, pemandu kami Mr. Jit telah sedia menunggu. Dengan menaiki kereta, kami terus dibawa menuju ke Agra menggunakan National Highway No.2.

Disebabkan kereta dipandu terlalu rapat antara satu sama lain, side mirror sentiasa dilipat ke dalam untuk mengelak dari dilanggar kenderaan lain.

Kesesakan jalan raya di kawasan New Delhi

Belakang lori sentiasa tertera peringatan supaya pemandu membunyikan hon.


Dari Airport, kami melalui kawasan yang dinamakan South Delhi sebelum masuk ke National Highway No.2. Kata Mr. Jit penduduk South Delhi ini ramai yang berasal dari India Selatan. Ketika itu, perayaan Deepavali baru saja berakhir, tetapi masyarakat India Selatan di South Delhi masih meraikannya.

Perayaan Deepavali masih diraikan di kuil ini yang terletak di South Delhi di mana sebahagian besar penduduknya berasal dari India Selatan.

Pemandangan di pinggir bandar New Delhi.

National Highway No.1 menyambungkan New Delhi ke Srinagar manakala National Highway No. 2 sepanjang 1,600 km menyambungkan New Delhi ke Calcutta. Bandar Agra terletak di lebuhraya ini, 250 km ke selatan New Delhi. Kata Mr. Jit, perjalanan dari New Delhi ke Calcutta menggunakan lebuhraya ini memakan masa 5 hari perjalanan. Perjalanan ke Agra pula memakan masa 5 jam. Kualiti jalan 2 lorong di lebuhraya ini adalah lebih kurang sama dengan jalan luar bandar di Malaysia.

Memandu di India sangat mencabar kerana pemandunya sangat tidak mengikut peraturan. Keadaan jalan rayanya juga tidak memuaskan di kebanyakan tempat. Di India, anda boleh memandu sesuka hati di lorong laju ataupun perlahan. Jika nak memotong, bunyikan saja hon sekuat hati untuk memberi amaran kepada pemandu di hadapan.

Lori terlebih muatan begini juga banyak terdapat di jalan raya.

Di sini tak ada Touch n' Go, tapi ada orang yang mengambil upah tolong pemandu membuat pembayaran di plaza tol sewaktu kenderaan tengah beratur. Jadi bila sampai giliran kenderaan kami melalui pintu tol, boleh terus jalan.. ala-ala pakai Touch n' Go begitu.

Kami tiba di Agra agak lewat pada malam itu. Agen pelancongan telah membuat aturan supaya kami makan malam di hotel penginapan kami, Clarks Shiraz Hotel.
Makan malam disediakan di Hotel Clarks Shiraz di Agra secara Buffet.

Di Agra, kami menginap di Hotel Clarks Shiraz.

This was at Clarks Shiraz hotel in Agra, India. The artwork at the far end of the Mughal room was so captivating I just had to get a few shots :) 
Mughal Room - restoran sarapan pagi di Hotel Clarks Shiraz.

Lukisan timbul yang sangat menarik di Hotel Clarks Shiraz.


Cantik sangat!

Kami diberitahu yang artwork timbul ini dibuat dari kertas sepenuhnya. Amazing!

Look at how awesome the details are!







Di bahagian luar Mughal Room hotel Clarks Shiraz. 

Bahagian depan hotel Clarks Shiraz.

Jika cuaca cerah, bangunan Taj Mahal dan Red Fort dapat dilihat dari Hotel Clarks Shiraz. Malangnya hari itu sangat berjerebu.

Tujuan utama berkunjung ke Agra adalah untuk melawat salah sebuah bangunan tercantik di dunia, Taj Mahal. Ia dibina oleh Maharaja Shah Jahan sebagai monumen untuk isterinya Mumtaz Mahal yang meninggal dunia sewaktu melahirkan anak mereka yang ke-14.

Pagi-pagi lagi, Mr. Jit telah menunggu bersama Local Guide kami, Mr. Anoo untuk membawa kami ke Taj Mahal.

Kenderaan tak dibenarkan masuk ke kawasan Taj Mahal. Jadi kami turun di depan pintu masuk yang ditandakan dengan tugu pengasasnya, Shah Jahan.


Berjalan masuk ke kawasan Taj Mahal sambil ambik gambar :). 





Ada beberapa pintu masuk ke Taj Mahal dan kami masuk menerusi West Gate. Di belakang Gate ini, semua pengunjung perlu melalui pemeriksaan sekuriti.
   
Itu Mr. Anoo, our local guide. Speaks very good English tapi susah sikit nak faham.. hehe.

Untuk menjaga kebersihan Taj Mahal, pengunjung tidak dibenarkan untuk membawa apa juga bentuk makanan masuk ke dalam. Beg akan diperiksa dan sekiranya ada apa jua makanan (termasuk gula-gula), ia akan dirampas dan dibuang oleh pihak berkuasa.
Sewaktu beg kami sedang diperiksa, kami terperanjat bila datang seekor kera jantan yang sangat besar berjalan dengan begitu selamba di hadapan kami. Kera tersebut terus menggeledah tempat pengumpulan makanan yang dirampas dan memilih makanan yang disukainya untuk dibawa pergi. Nampaknya, kera ni dah tahu tempat di mana dia boleh mendapat makanan free yang sedap.


Pemandangan Royal Gate dari West Gate. We were there quite early so the morning light was just glorious.

Pintu masuk utama ke Taj Mahal dinamakan Royal Gate. Di sinilah para pemuzik akan berkumpul untuk meraikan kedatangan Shah Jahan pada masa dulu.
One can see Taj Mahal through the arch.

Kena banyak bergambar kenangan kalau ke tempat macam ni.. hehe :).
Mr. Anoo, our guide, sentiasa bersedia untuk mengambil gambar kami :).



Taj Mahal dibina dengan berbagai ilusi optikal. Antaranya, jika kita berjalan terus dari luar Royal Gate masuk ke dalam, bangunan Taj Mahal akan kelihatan seolah-olah semakin menjauh dari kita.

My 1st view of one of the most photographed building in the world.

Another shot with a lot less crowd :)



Other visitors. Yes, it was quite a cool morning. 

Other visitors.

A wonderful coincidence :)

It felt surreal really. After seeing it's photos so many times I thought I would not get so excited.. hehe.  

That compulsory 'reflection' shot.. hehe.

Berjalan ke arah Taj Mahal. Bukan sahaja bangunan, landskap di Taj Mahal juga sangat menarik

Mr. Anoo took us off the typical tourists path to this corner where there were no other visitors. To me it was dreamlike :). 

Mr. Anoo filled us with historical details as well as some interesting insights about the magnificent building, wonderfully told in his Indian accent, and about from the day how Prince Khurram met Arjumand Banu Begum till the end of their tragic love story.

Bangunan ini memakan masa 22 tahun untuk dibina. Ia dihiasi dengan pelbagai ciri senibina Islam. Memang mengkagumkan melihat bagaimana segala-gala susunan ruang dan hiasannya dibina dengan sangat simetri.


Di sinilah Mumtaz Mahal disemadikan selama 22 tahun semasa Taj Mahal dalam pembinaan.

Masjid di sebelah Taj Mahal ini masih digunakan sehingga ke hari ini.
Taj Mahal ditutup setiap hari Jumaat, untuk memudahkan umat Islam menunaikan solat Jumaat di sini.

No shoes allowed in Taj Mahal. So instead of taking off our shoes, were we given this shoe covers :).

Attempting to capture a non-typical shot. Tak berjaya nampaknya.. hehe.

Another attempt. Boleh la kot... hehe.

Fascinating architecture with beautiful detailing. 
  

Horizontally tersenget sikit la pulak... hehehe.

Le sigh..... I humbly admit that I just love this shot.


Must get some people shots too lah :)

I have no idea what bird it was.. hmm... 

A security personnel on duty observing visitors.

Another people shot! :)

Memorable shots :). Mr. Anoo yang ajar kami ambil foto ni :).


It was truly magnificent. We were in awe.

Dibina dari marmar, warna bangunan Taj Mahal berubah-ubah mengikut sinaran matahari yang mengenainya.

Inilah pemandangan pusara Shah Jahan dan Mumtaz Mahal di dalam bangunan Taj Mahal. Gambar ini diambil dari Tingkat Atas. Shah Jahan dan Mumtaz Mahal sebenarnya dikebumikan dalam tanah di Basement bangunan.

Pintu keluar dari kawasan makam Shah Jahan dan Mumtaz Mahal.

Bergaya seperti typical tourists gitu.. hehehehe... 


Selepas kematian isterinya, Shah Jahan berhasrat untuk membina sebuah lagi Taj Mahal dari marmar hitam untuk dirinya sendiri. Namun hasrat beliau tidak tercapai apabila anaknya yang keempat, Aurangzeb merampas kuasa dan memenjarakan bapanya sendiri di Red Fort. Demi memastikan beliau akan menjadi raja, Aurangzeb dikatakan telah membunuh kesemua abang-abangnya.

Setelah Shah Jahan meninggal dunia, beliau telah dikebumikan bersebelahan isterinya di dalam bangunan Taj Mahal oleh anak-anak perempuannya. Oleh kerana pengebumian Shah Jahan tidak dirancang di Taj Mahal pada asalnya, pusara Shah Jahan adalah satu-satunya objek yang tidak mengikut simetri di dalam Taj Mahal.



Sungai Yamuna di belakang Taj Mahal.

Tapak Taj Mahal dari marmar hitam di seberang Sungai Yamuna yang dicadang oleh Shah Jahan untuk dibina bagi dirinya.

Hanya tapak bangunan sahaja yang sempat dibina sebelum beliau dipenjarakan oleh anaknya, Aurangzeb.


More people shots :)

Tempat tanggal dan simpan kasut. 

Pemandangan ketika meninggalkan Taj Mahal.


Kembali ke Royal Gate.


Rombongan Makcik-Makcik yang berkain batik dan bertopi hijau datang melawat Taj Mahal. Tak tahu mereka berasal dari mana.

Tentera berkawal di perkarangan Taj Mahal.

Selamat tinggal Taj Mahal.

Dari mana mak cik ni agaknya?





Outside the Taj Mahal compound.

Visitors can opt for a camel ride for the short distance from the main road to the entrance. 





Bersambung...


Berikut adalah link kepada semua entries New Delhi, Agra dan Kashmir for easy reference and access :).

No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

2 comments:

  1. I know the feeling...

    Breathtaking kannn!!
    I * heart * no 12 and no 23!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. I knew about Taj Mahal since I was a kid. Back then I felt it was a magical place! Such was the imaginations of a child :).
      Many years later I just felt like it was not a big deal. So the building has such a fantastical facts. So does the great wall of China and the Pyramids [neither of which I had even visited.. hehe]. Or so I thought.

      Being there the childhood fantasy came rushing back. Of flying carpets and a lovely girl..hehe. Yeah, there was also that Aladdin elements. Hey, I was a child ok, hahaha.

      There while the history being told as I witness the magnificent structure, I imagined what it was like back then. It was gloriously breathtaking.

      Thanks doc. I <3 no. 23 tu. It felt mystical to me :)

      Delete