Friday, December 7, 2012

NEW DELHI, KASHMIR DAN AGRA - DAY 04 - PART 02 - AGRA FORT AND MARBLE FACTORY

Seterusnya kami ke Agra Fort pula. 

Beberapa foto people street shots while on the way.



Amboiii.. menyanyi pulak dia di tepi jalan.. hehe. Ehh... ke tengah ada shooting filem? :o








Dah nak dekat sampai Agra Fort. Ini adalah tugu Jehangir Khan di depan Red Fort.

Kalau Taj Mahal yang merupakan sebuah makam raja, Agra Fort atau Red Fort Of Agra adalah sebuah istana raja. Ia dibina oleh Jehangir Khan yang merupakan datuk kepada Shah Jahan.

Hanya sebahagian sahaja daripada Red Fort yang dibuka kepada orang awam. Sebahagian lagi kompleks Red Fort ini digunakan oleh Tentera India dan tidak dibuka kepada pengunjung awam.

Pemandangan Red Fort dari luar.

Ada banyak kera dekat gate masuk Agra Fort ni. Kena hati-hati. Better not be carrying any food or drinks masa masuk tu. 

Moat di sekeliling Red Fort. Dulu-dulu kubu ini menggunakan sistem 2 parit. Satu parit (moat) dipenuhi dengan buaya dan satu lagi jadi habitat harimau. 

Pemandangan dekat pintu masuk ke Red Fort di Amar Singh Gate. 

Peta Agra Fort.


Agra mempunyai salah satu kubu Mughal terbaik di India iaitu Agra Fort. Pembinaan besar-besaran kubu batu pasir merah ini dibuat di tebing Sungai Yamuna pada 1565.

Ia adalah juga salah satu Tapak Warisan Dunia UNESCO. Sangat impressive! Like walking through an epic movie set! 

Boleh tahan juga ramainya pelancong tempatan masa tu.

Apa pulak uncle ni. Snapped satu :).

Semua nampaknya dibina dengan skala grand!


Glorious Islamic architecture!


Lorong masuk ke kawasan istana di belakang pintu besar.


Mengikut Mr. Anoo, our guide, masuk ke bahagian dalam Red Fort.

Pemandangan istana di dalam Red Fort. 

Istana ini juga di kenali sebagai Jahangiri Mahal.

Bathtub milik Jehangir Khan. Bathtub ini terletak, tidak fixed to the ground, supaya mudah diangkut dan digunakan dalam kem dan juga dalam harem untuk mandi.

Dibuat pada 1611, bertepatan dengan perkahwinan Jahangir dengan Nur Jahan Begam. Oleh itu, ia mungkin satu hadiah perkahwinan.

Bahagian depan istana.


Reka bentuknya buat saya mesmerized!

Mr. Anoo bercerita pada kami... Pengasas Red Fort, Jehangir Khan dikatakan sebagai seorang raja yang kuat tidur dan amat marah jika tidurnya diganggu. Oleh itu, jika pembesar-pembesar ingin mengejutkan baginda dari tidur bagi sesuatu urusan, mereka akan menghantar wanita-wanita cantik yang memakai minyak wangi dan haruman untuk berlari-lari dan ketawa mengilai di luar tempat tidur baginda. Cuma itulah cara untuk mengelak kemarahan Jehangir Khan jika dikejutkan tiba-tiba dari tidur.


Ruang di belakang sana adalah tempat tidur Jehangir Khan. Pada masa dahulu ia dipasang dengan permaidani yang tebal dan nipis bersilih ganti mengikut musim.


Berdiri di situ, saya tutup mata cuba membayangkan bagaimana suasana di court yard ini. Pastinya ianya berhias indah dengan pelbagai keindahan dekorasi dalaman fit for a king. 

Bila saya bukak mata, uncles ni tengah tengok saya pulak.. hahaha.

Macam mana la saya tak terpegun! Tengok la seni ukir halus ini! So exquisite!


Dan kami terus explore, in awe at every turn we made. 

So beautiful!


Bekas tempat pancutan air di Red Fort.


Seronok ambik foto-foto masa ni sebab tengah tak de orang :).




Moat yang mengelilingi Agra Fort ini.

Bergambar kejap di balkoni Agra Fort :).

Cantik la sangat :). Membayangkan bilik ni lengkap dengan exquisite furniture, hamparan permaidani indah, dengan hiasan bunga-bungaan, dengan lampu-lampu chandelier.... 





Taman indah di dalam Red Fort, berhampiran istana di dalam Red Fort.


Pada masa dahulu, bangunan istana di Red Fort dihiasi dengan pelbagai logam dan batu permata. Namun kesemua telah dicungkil oleh tentera British sewaktu mereka menjajah India dan sebahagiannya kini disimpan di British Museum di London.



Seorang gabenor British yang tidak bersetuju dengan tindakan gabenor terdahulu telah memasang kembali logam ke bahagian dinding Red Fort ini untuk mengembalikan keindahan sebenarnya. Namun disebabkan kekurangan dana, hanya bahagian dinding ini sahaja yang dapat dipulihkan.

Shah Jahan yang terkenal sebagai raja yang membina Taj Mahal dibesarkan di Red Fort. Beliau sebenarnya adalah cucu kepada Jehangir Khan. Selepas digulingkan oleh anaknya Aurangzeb, dia juga dipenjarakan di sini.

Di bangunan inilah Shah Jahan dipenjarakan oleh anaknya sendiri yang bernama Aurangzeb.


Dari bilik penjaranya, Shah Jahan dapat melihat Taj Mahal. Begitulah yang dilakukan beliau setiap hari sehinggalah beliau meninggal dunia.

Penjara Shah Jahan lengkap dengan segala keperluan sebagai seorang Raja.





Wanita yang tinggal di istana pada masa dahulu, tidak berpeluang langsung untuk menikmati kehidupan di sebalik dinding istana. Oleh yang demikian, sebuah pasar diraja diadakan di dalam Red Fort pada setiap hari Jumaat untuk membolehkan wanita dalam istana membeli-belah.

Di padang inilah pasar jualan diadakan setiap minggu. Di sini jugalah Shah Jahan bertemu dengan isterinya, Mumtaz Mahal buat pertama kali. Mumtaz sebenarnya adalah anak Perdana Menteri baginda.

Sebelum menjadi padang untuk pasar jualan, padang ini dulu dikenali sebagai "Fish Quarters" kerana satu ketika dulu, terdapat sebuah kolam ikan di sini.


Ini ialah Dewan Persidangan Raja yang dinamakan Diwan-i-Am. Ia adalah sebuah ruang terbuka di mana raja mengadakan mesyuarat dengan pembesar-pembesar negara pada satu masa dahulu.

Di dewan inilah Raja mengadakan pertemuan dengan pembesar-pembesar pada masa dahulu. Setiap pembesar diberikan sebatang tiang untuk bersandar dan tak sebatang tiang pun terlindung dari pandangan raja dari tempat duduk baginda.

Pemandangan indah Courtyard istana dari tempat duduk raja.


Pemandangan Diwan-i-Am dari luar.

Berjalan menuju ke pintu keluar. Sempat snapped a few people shots :).


Ini uncle tadi, yang saya nampak masa masuk tadi. Eh... apa yang dia buat berdiri lama di situ?





Kesian tengok budak ni.... :(



Kami naik semula kereta ke lawatan seterusnya.





















In relation to our visit to Taj Mahal earlier, our guide suggested that we stop by at a marble factory/emporium. We agreed because it was either that or go do some last minute shopping. Plus we were quite intrigued as our guide said that we'd be able to witness how the beautiful artworks using precious stones embedded to a slab [macam yang di Taj Mahal] are done, just like how it was done back then. Lagi teruja bila dia kata yang buat kerja2 seni tu ialah dari keturunan mereka yg membina the Taj Mahal itself.

Barisan para pekerja mendemonstrasi setiap peringkat dari pemilihan precious stones, cutting, shaping and 'smoothing' the stones to fit the mold, to the gluing of the stones to the marble slab. The designs are small and intricate and the sizes are so tiny and must be precise. Fascinating!

Dapat dilihat secara dekat kerja mengorek marble according to the lakaran design pada marble. Kena sangat berhati-hati sebab kalau terkorek diluar lakaran design mana boleh nak tampal-tampal balik. Kalau silap, the whole marble slab will be unusable. The next photos showed how the precious stones were shaped and smoothed to the right size.

Ni pula ialah demo by the emporium representative. Kalau letak lampu yg berbagai kaler bawah marble tu, maka akan menghasilkan effects yang menarik.
Marmar yang digunakan untuk membina Taj Mahal sangat istimewa kerana ia bertukar warna mengikut sinaran matahari. Di sini kami diberikan demonstrasi bagaimana warna marmar Taj Mahal bertukar warna.

Produk-produk lain yang sangat cantik dihiasi designs seperti yang didapati di Taj Mahal.

Meja marble with precious stones (foto bawah) berharga puluhan ribu ringgit. Harga termasuk packaging dan delivery. Replika Taj Mahal tu juga sgt mahal. Ia dibuat sepenuhnya dari marble. Wife teringin memiliki replika Taj Mahal tu sebagai kenangan. So she bought the smaller version berharga dalam linkungan ratusan. 


Selesai lawatan ke Taj Mahal dan Red Fort kami kembali ke Hotel Clarks Shiraz untuk makan tengahari dan berkemas pulang. 

Sementara tu more photos while on the way back to hotel :).


















Hidangan makan tengahari kami di Hotel Clarks Shiraz. Totally vegetarian and absolutely totally delicious!!! Syukur Alhamdulillah.  

Bersambung....
No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

No comments:

Post a Comment