So, last weekend I finally took a much needed break. Saturday, Sunday, Monday and Tuesday. Lama dah nak pegi somewhere nak berehat. Keje almost everyday left office around 9:00 pm. Crazy.
So mana saya pergi? Dekat je dan tak perlu guna passport. Saya cuma pandu dalam 2 jam ke destinasi percutian saya. Saya ke Teluk Intan... hehe.
Okeh, bayangkan....
Duduk di anjung rumah kampung sambil di belai lembut oleh angin petang...
Sambil bersandar di dinding papan, kaki berlunjur, mata ditutup dan mendengar kicauan burung-burung. I kid you not, there really actually were more than 10 species of birds masa tu. Sambil duduk di situ, sambil trying to figure out dari kicauan burung tu agaknya ada berapa jenis burung. Saya tersenyum sendiri bila teringat kalau di KL selalunya ada bunyi burung gagak je. Bunyi, bukan kicauan. Also burung hornbill Pun ada. Serious. Nanti next entry I post gambar burung tu.
Sambil duduk di anjung.... mata tertutup, angin lembut lewat tengahari, dihibur dgn kicauan burung-burung, mak kawan saya datang dan bagi pulak bantal. 'Terima kasih mak cik. Susah-susahkan mak cik je'. 'Eh, apa yang susahnya. Syed penat kan, haaa.. tidur la dulu. Nanti mak cik dah siap masak, mak cik suruh Man [kawan saya] kejutkan'. 'Hmmm... ye lah mak cik. Terima kasih mak cik'. Aku tepuk-tepuk bantal empok tu. Hmmm.... bantal kekabu... bestnya. Lama dah tak tido pakai bantal kekabu. Sejuk tak macam bantal sepan.
Bangun-bangun je dah terhidang lunch. Di anjung tu jugak. Betul -betul sebelah saya. Punya la saya lena sampai tak sedar hidangan dah siap.
Lunch nya simple je, tapi masyaAllah sedapnya susah nak describe. Tak henti dalam fikiran saya sebut syukur Alhamdulillah. Agaknya sebab simple tu la yg jadi sedap.
Fuhh.... sambal ikan bilis yang sungguh menyelerakan. Makan dengan nasi je actually pun dah cukup. Kenapa ek kalau mak kita masak sedap sangat rasanya banding dengan kat kedai? Cukup segala, pedasnya, masamnya, masinnya....
Pucuk ubi masak lemak. Need I say more my friends? Kombinasi yang sangat sesuai dengan sambal ikan bilis tu. Mak kawan saya baru je petik pucuk ubi ni tadi kat belakang rumah. So fresh!
Padahal ikan goreng je. Tapi kenapa rasa sedap sangat ek? Ikan kerisi goreng ni melengkapkan lagi hidangan dan menambah selera.
Dan yang paling saya nantikan ialah lauk ni. You see, saya ke sana selain nak berehat bercuti, juga kerana nak tengok projek yang kawan saya buat. Dia buat projek tanam cendawan tiram kelabu. Seronok saya dapat tengok proses penanaman cendawan. How the mushroom grow from this super tiny white spots to grown cendawan kelabu dalam masa beberapa jam je. Yg bestnya saya try makan terus cendawan yang baru dipetik. Mentah-mentah. Mula-mula gusar la jugak, tapi bila dah rasa 'kemanisan'nya, waaa... It was quite a delightful experience. Ni cendawan fresh terus dari rumah cendawan. Digoreng ringkas je dengan bawang besar, bawang putih, lada merah, tauhu dan daun sup. Kerap kerup saya kunyah cendawan tu. Elok kenyal and 'meaty' and 'rangup'. So fresh!
And of course makan dengan nasi panas.
Then esoknya, di pagi yang dingin, mak cik buat sarapan nasi goreng pedas ikan bilis, cucur [ada cili padi.. ya Allah.. sedapnya] makan either of them dengan sambal ikan bilis semalam [yang rasanya bertambah lagi sedap dari saya makan semalam.. hehe]. Di lengkapi dengan milo panas....
Rasanya tak der nasi goreng sedap macam ni kat hotel.. hehe
Cucur yg buat saya kecur. Cicah dengan sambal ikan bilis tu... aduhhh... nikmat :).
Lagi gambar sambal ikan bilis... hehe
Tengah nak suap pun sempat ambik gambar.... agar aku tidak lupa akan kurnia nikmat dariNya...
Yes, simple tapi menyelerakan. Accomodation yang ringkas tapi selesa dan bisa menenangkan fikiran. Kenapa? Saya pasti faktor persekitaran memainkan peranan. Ketenangan sekeliling yang jauh dari hingar bingar kota, nyaman berangin, dengan bunyi-bunyian burung-burung, ayam dan serangga, suasana kampung yang tenteram. Saya tak pandai la nak describe how tranquil it was to be there. Macam mana ketenangan tu menyerap masuk ke dalam diri saya. Rasa relaks sungguh.
Ok la. Next entry, saya share more photos. Ada gambar pokok kelapa, pisang dan ubi kayu. Ada gambar pokok bunga kantan. Ada gambar buah ciku dan nangka. Ada gambar ayam dan burung hornbill. Well, they may not excite some of you but to me they are part of my most memorable vacation I've ever had.
In this ever so complicated world, best that we take time off and appreciate the simple things in life ;).
No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.
Terliurnya.....sambal bilis dgn sayur cendawan.....perghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh
ReplyDeleteBetul..terliur, baru je lunch dh lapar balik tgk gambar2 cun ni...
ReplyDeleteMemang sedap chef. Can't wait to balik kampung !!
ReplyDeleteHehe... Thanks Raziff.