Sunday, September 27, 2009

JAPAN - LADANG ANGGUR DAN HOTEL MIFUJIEN

Berkunjung ke sebuah ladang anggur.

Ladang anggur di Tasik Kawaguchi.

Ladang anggur ini juga mempunyai sebuah kedai yang menjual pelbagai produk dari ladang.



Ladang anggur yang kami lawati di Tasik Kawaguchi. Kami tak tahu nama ladang ini kerana semua signboard ditulis dalam Bahasa Jepun.










Dengan sedikit bayaran tambahan, kami dibenarkan memetik dan memakan anggur di ladang ini.



















Boleh piknik beramai-ramai di sini sambil makan anggur.









Kedai  serbaneka atau convenience store (seperti 7 Eleven di Malaysia) berterabur di seluruh Jepun dan ia adalah sebahagian dari budaya masyarakat Jepun.

Kitty membawa kami singgah di sebuah convinience store yang terdapat di Lake Kawaguchi yang bernama Lawson.











Hotel penginapan kami di Gunung Fuji adalah sebuah hotel moden yang berciri tradisional, Hotel Mifujien. Ia dibina menghadap ke Tasik Kawaguchi.


Bilik hotel ini tidak mempunyai katil. Hanya tilam yang dibentang di lantai. Nasib baiklah ia masih mempunyai tandas moden yang lengkap dengan pemanas di tempat duduk dan peralatan seperti TV dan cerek elektrik.


Setiap bilik juga disediakan gaun kimono.  Atas cadangan Kitty juga, semua ahli rombongan memakai kimono sewaktu makan malam yang juga disediakan mengikut cara tradisi Jepun.

Pakaian kimono lelaki dinamakan Yukata. Saya memakai yukata bersama guide yang datang bersama kami dari Malaysia.

Hidangan makan malam disediakan mengikut cara tradisi Jepun. Setiap ahli rombongan mendapat satu meja hidangan masing-masing.








"Makan beradap" masa dinner. Antara makanan yang dihidangkan adalah sashimi (ikan mentah).




Pada keesokan harinya, kami dihidangkan breakfast masih mengikut cara tradisional Jepun di Hotel Mifujien.

Breakfast di Hotel Mifujien. Setiap hari kami makan Salmon goreng untuk breakfast. Tapi kami tak kisah sebab Salmon goreng tu sedap dan halal dimakan. Dalam kuali tu adalah telur goreng bagi menggantikan daging.



Bersambung ke bahagian 3...

Di bawah ini saya senaraikan links untuk semua entries Japan saya:

No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

No comments:

Post a Comment