Wednesday, November 28, 2007

JAKARTA DAN BANDUNG

Penerbangan kami dari Kuala Lumpur ke Jakarta adalah menggunakan KLM Royal Dutch Airlines. Sengaja memilih naik KLM kerana tambangnya jauh lagi murah dari Malaysia Airlines.

2007-11-28




2007-11-29
Selepas bersarapan, kami check-out dari hotel untuk menuju ke Puncak. Dalam perjalanan, kami akan dibawa singgah ke beberapa tempat menarik di kota Jakarta.

















Ancol adalah sebuah pusat liburan di Jakarta. Ia terletak di tepi pantai dan mempunyai berbagai tarikan seperti pantai, padang golf dan taman hiburan (theme park).

Disebabkan kami tiba agak awal pagi, taman hiburan belum dibuka. Jadi kami hanya bersiar-siar di tepi pantai.











































































Bas membawa kami ke Puncak yang terletak di kawasan tanah tinggi di luar Jakarta. Semakin tinggi bas mendaki, cuaca semakin sejuk, lebih-lebih lagi kerana hari pun telah lewat petang. 

Untuk membolehkan kami menunaikan solat Jamak Zohor dan Asar, bas membuat persinggahan di Masjid Puncak.



Tujuan kami ke Puncak adalah untuk bermalam. Kami menginap di Hotel Surya Indah. Hotelnya tak mewah, tapi cukup selesa.



2007-11-30






























Selepas bermalam di Puncak, kami menuju ke Bandung. Perjalanan ke sana melalui kawasan teres-teres sawah padi.

Dalam perjalanan kami singgah di sebuah kedai keropok di Cianjur.




























































Tak lengkap lawatan ke Bandung kalau tak berkunjung ke Tangkuban Perahu. Tangkuban Perahu adalah sebuah gunung berapi yang masih aktif berdekatan kota Bandung.

Dalam perjalanan ke Tangkuban Perahu, kami singgah makan tengahari di sebuah gerai yang dikelilingi hutan pokok pain.




Asal-usul Gunung Tangkuban Parahu dikaitkan dengan legenda Sangkuriang, yang dikatakan jatuh cinta kepada ibunya, Dayang Sumbi. Untuk menggagalkan niat anaknya menikahinya, Dayang Sumbi mengajukan syarat supaya Sangkuriang membuat perahu dalam semalam. Ketika usahanya gagal, Sangkuriang marah dan menendang perahu itu sehingga mendarat dalam keadaan terbalik. Perahu inilah yang kemudian membentuk Gunung Tangkuban Parahu.



Bau sulfur terhidu di sepanjang perjalanan. Di puncak gunung, terdapat sebuah kawah gunung berapi yang hampir sentiasa dilitupi kabus.













2007-12-01














2007-12-02
Selepas makan tengahari, kami menaiki bas ke Airport Soekarno-Hatta untuk pulang ke Kuala Lumpur. Namun, sewaktu tengah check-in di Kaunter KLM, kami menerima kejutan bila diberitahu yang penerbangan kami delay sehingga ke pagi esok dan KLM akan menanggung penginapan percuma selama satu malam di sebuah hotel di Jakarta.  

Disebabkan destinasi pesawat KLM yang sepatutnya kami naiki adalah Kuala Lumpur dan Amsterdam, penumpang KLM yang hendak ke Kuala Lumpur diberi penginapan di Hotel Mulia manakala penumpang yang hendak ke Amsterdam diberi penginapan di sebuah hotel lain (kalau tak silap, Hotel Sheraton). 
Pemandangan dari Hotel Mulia.






No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

No comments:

Post a Comment