Assalamualaikum
🔵Setelah selesai melawat Busan Cinema Center, sudah tiba masanya untuk makan tengahari. Sarah kata nak bawa kami makan ke sebuah restoran halal yang menunya adalah makanan Türkiye.
🔵Di sebelah restoran itu pula ada sebuah masjid besar, Busan Mosque atau Masjid Al Fatah. Jadi bolehlah kami bersolat sekali.
🔵Di kiri dalam foto di bawah ialah bangunan Korea New Network (KNN).
🔹KNN ialah stesen penyiaran komersial free-to-air serantau terbesar yang berpangkalan di Centum City, sebuah kompleks pembangunan media berteknologi tinggi dalam Haeundae di Busan, Korea Selatan.
🔹KNN bergabung dengan Seoul Broadcasting System (SBS).
🔵Menuju ke Geumjeong-gu atau Geumjeong District.
🔵Kelihatan patung 2 ekor ikan paus orca di sana.
🔵Ini adalah 'Whale Gate' di APEC Naru Park di Busan.
🔵Whale Gate ialah pemasangan seni awam yang menampilkan dua arca ikan paus orca besar yang melompat melalui gelombang.
🔵Ia terletak dalam APEC Naru Park, taman tepi laut di Sungai Suyeong yang ditubuhkan untuk sidang kemuncak APEC 2005.
🔵Arca itu merupakan mercu tanda yang terkenal di dalam taman itu, terletak berhampiran pintu masuk dan boleh dilihat dari jalan raya.
🔵Menyeberang Suyeong River dengan Suyeong Bridge.
🔵Jambatan Suyeong menghubungkan Millak-dong di Suyeong-gu ke U-dong di Haeundae-gu. Jambatan ini direka bentuk sebagai 3-span continuous steel box girder bridge.
🔵Kiri ialah Millak-dong, Suyeong-gu dan sebelah kanan ialah U-dong di Haeundae-gu.
🔵Pemandangan Sungai Suyeong, APEC Naru Park, sebahagian dari Busan Cinema Center dan U-dong di Haeundae-gu.
🔵Di sebelah kiri ialah Suyeong Hyundai Apt. Di depan sana pula ialah Hyesung Renaissance Town Apartment.
🔵This is the Sharp Centum Park Complex.
🔵Got Photo enforcement.
🔵Ini adalah Oryun Tunnel yang dibina untuk persediaan menghadapi peningkatan trafik kontena berikutan pembesaran Pelabuhan Busan.
🔵Kami pun tiba di Busan Al Fatha Masjid.
🔵한국이슬람교부산성원 - Korean Islamic Busan Mosque
🔵BUSAN AL FATHA MASJID
🔵Juga dikenali sebagai Al Fatah, Al Fatih, Busan Mosque.
🔵Sarah pun park kereta di dalam kawasan masjid ini. Restoran lunch kami ada di sebelah masjid ini.
🔵Terdapat maklumat tentang masjid ini.
🔵Masjid ini adalah struktur bangunan berwarna putih dengan gaya seni bina Timur Tengah. Ia juga mempunyai sebuah perpustakaan dan Muslim kindergarten.
🔵Ia adalah masjid yang kedua tertua di Korea Selatan dan merupakan satu-satunya masjid di Busan.
🔵Fyi, Seoul Central Masjid, yang terletak di Usadan-ro (Hannam-dong) di Yongsan-gu, Seoul, adalah masjid Islam pertama di Korea. Ia dibina pada Oktober 1974 dan dibuka pada 21 Mei 1976.
🔵Bangunan putih masjid ini dengan menara-menara tinggi dan kubah besarnya terletak di antara bangunan-bangunan pangsapuri di Geumdan-ro, Geumjeong-gu, Busan.
🔵Pada tahun 1970-an, apabila ledakan pembinaan di Timur Tengah memainkan peranan penting dalam menghidupkan semula ekonomi Korea, masjid mula dibina di beberapa bahagian di Korea Selatan untuk menggalakkan hubungan mesra antara negara Korea Selatan dan negara-negara Islam.
🔵Busan Al Fatah Masjid ini merupakan salah satu daripada 19 masjid-masjid di Korea, termasuk Seoul Central Mosque, Gwangju Mosque dan Jeonju Mosque.
🔵Dari Busan AL Fatah Masjid, kami berjalan ke bangunan sebelah untuk ke restoran for lunch.
🔵Kami dibawa Sarah makan tengahari di restoran ini namanya Cappadocia Turkish Kebap House. Restoran ini adalah officially Halal-certified.
🔵Di Korea, restoran mesra Muslim telah dikenal pasti. Restoran ini boleh dikategorikan kepada empat kumpulan: officially Halal-certified, self-proclaimed Muslim, Muslim-friendly, and no pork restaurants.
🔵Di Korea Selatan, pensijilan halal adalah dibuat oleh Korea Muslim Federation (KMF).
🔵Korea Muslim Federation (KMF), adalah perwakilan pertubuhan agama Islam di Korea, mempunyai Jawatankuasa Halal di bawah bidang kuasa mereka, dan telah melaksanakan kerja pensijilan Halal sejak 1994.
🔵Melalui pensijilan Halal KMF, syarikat domestik tidak mengalami kesulitan dalam mengeksport ke negara Islam.
🔵Pensijilan halal adalah kewajipan untuk menyokong semua orang Islam supaya diberikan makanan dan perkhidmatan yang selamat dari segi agama dan bersih.
🔵Jawatankuasa Halal Persekutuan Muslim Korea secara dalaman telah memperkukuh kapasitinya dan pakar terlatih, dan telah menandatangani perjanjian pengiktirafan bersama dengan JAKIM Malaysia, MUIS Singapura, THIDA Taiwan, CICOT Thailand, dan IFANCA Amerika Syarikat, dan telah menandatangani MOU dengan Institut Penyelidikan Makanan Korea (KFRI) dan Persatuan Keboleheksportan Halal Korea secara domestik dan antarabangsa.
🔵Terdapat juga satu sistem untuk pengiktirafan bersama dengan pelbagai agensi pensijilan halal negara seperti BPJPH di Indonesia, ESMA di UAE, dan SMIIC di Turki.
🔵Pensijilan halal, yang bermula terutamanya dalam bidang makanan, sedang diperluaskan ke pelbagai bidang lain termasuk bahan tambahan makanan (ramuan), minuman, kosmetik, makanan berfungsi kesihatan, ubat-ubatan, keperluan harian, pelancongan, logistik, dan banyak lagi bagi memastikan semua produk yang digunakan umat Islam mendapat pensijilan halal yang tulen.
🔵Ok, jom kita masuk ke dalam.
🔵Suasana di dalam Cappadocia Turkish Kebap House.
🔵Terdapat barangan hiasan dan produk-produk dari Türkiye.
🔵Kedatangan kami disambut oleh owner restoran ini. Tiada pelanggan lain ketika itu kerana sudah hampir pukul 3 petang. Jadi kami dapatlah layanan istimewa dari pemilik restoran ini 😃.
🔵Restoran ini luas, jadi saya fikir tentu ia boleh accommodate big groups.
🔵Setelah berbincang dengan Sarah dan owner restoran, kami pun membuat pesanan makanan.
🔵Sambil itu sempat bersembang dengan owner restoran yang sangat friendly dan baik hati ini. Dia seorang lelaki Korean Muslim bernama Sulaiman Jeong.
🔹Sulaiman rupa-rupanya pernah tinggal di Kuala Lumpur selama 3 tahun.
🔹Selepas meninggalkan Malaysia, Sulaiman pergi ke Arab Saudi kerana bercadang ingin membuka restoran di sana. Tapi akhirnya membuka restoran di Turkiye.
🔹Setelah beberapa lama, dia dan isterinya yang berbangsa Turkiye kembali ke Korea dan membuka restoran ini di Busan.
🔵Sebenarnya dalam pakej percutian Korea Selatan kami ini hanya termasuk sarapan sahaja. Lunch dan dinner bayar sendiri. Tapi Sarah beritahu lunch kami ini adalah percuma sebagai 'compensation' for the several 'hardships' yang kami alami earlier.
🔵We thanked Sarah, of course, and shared with her that we only wish to put all the 'unpleasantness' behind us and enjoy the rest of our vacation. Honestly though, we did not make a huge deal out of the 'hardships' and Sarah seemed quite elated because I think she thought that she would have to bear the brunt of our disappointments, she being our tour guide. She even said that my wife and I are such nice people... hihi... auntie Sarah like that la... she very nice 😄😊.
🔵Hidangan sudah sampai. Lapar juga masa itu. Makkumlah sudah pukul 3 petang. Ini sup cendawan yang pekat dan sedap.
🔵Semua sedap!
🔵Wife and Sarah had chicken kebap.
🔵I had beef stew in tomato sauce. Super delicious!
🔵Kami bersembang lagi dengan Sulaiman. Bila saya beritahu Sulaiman yang saya ini suka Mi Ramen Korea segera yang Halal di Malaysia (saya siap search dan tunjuk Ramen tu), Sulaiman beritahu yang Ramen tersebut memang tidak ada di Korea.
🔵Kata Sulaiman, Ramen yang saya suka itu sebenarnya dibuat oleh syarikat pengeluarnya, iaitu Nongshim, di Thailand untuk pasaran negara-negara Muslim.
🔵In fact, tambah Sulaiman lagi, ada banyak syarikat makanan segera Korea yang membuka kilang di Thailand untuk mengilangkan produk versi Halal mereka di sana.
🔵Dia turut menunjukkan kepada kami sepaket spaghetti Halal (foto bawah) keluaran Nongshim di Thailand yang diberi kepadanya oleh seorang rakan. Janganlah dicari mi segera Halal ini di Korea kata Sulaiman, sebab memang tak ada. Laaa... masa saya ambil foto bawah ini, saya sudah terfikir nak cari ramen tu 😄.
🔵Terdapat mural panjang bertemakan Islamic Art yang cantik di depan restoran.
🔵Selesai lunch, kami pun berjalan semula ke Busan Mosque / Busan Al Fatah Masjid untuk bersolat.
🔵Dewan solat utama.
🔵Ruang solat ini dicirikan oleh siling berkubah yang dihias indah dan permaidani biru terang.
🔵Keindahan yang menawan ini boleh dikreditkan kepada pasukan pembinaan yang diketuai oleh para pakar, yang kebanyakannya merupakan sebahagian daripada pasukan pengubahsuaian untuk Masjid Sultan Ahmed di Turki.
🔵Menurut kakitangan masjid, perhatian yang besar ditumpukan kepada kaedah tradisional berikut, seperti menggunakan serbuk emas dan cat khas yang diperbuat daripada sayap serangga yang dikisar.
🔵Kubah masjid yang indah bukan sahaja karya seni tetapi juga alat akustik yang memantulkan dan membesarkan bunyi dari ruang solat supaya ia bergema.
🔵Pembinaan masjid di Korea Selatan telah didokumenkan sejak pertengahan abad ke-7, apabila pedagang Islam telah melintasi rantau Asia Timur sejak zaman Dinasti Tang dan membentuk perjanjian dengan Silla, salah satu daripada Three Kingdoms of Korea.
🔵Kemudian, kemasukan Islam di Korea Selatan boleh disahkan bermula dari abad ke-9 semasa zaman Unified Silla selepas kedatangan pedagang dan pelayar Parsi dan Arab.
🔵Seperti masjid-masjid lain, masjid ini berfungsi sebagai tempat ibadat umat Islam di Busan, menyediakan ruang untuk solat, belajar, dan perhimpunan masyarakat.
🔵Ia juga berfungsi sebagai pusat pertukaran maklumat dan hab sosial bagi masyarakat Islam di Busan.
🔵Islam sebagai agama minoriti di Korea Selatan, masjid ini memainkan peranan dalam menggalakkan persefahaman dan interaksi antara masyarakat Islam dan masyarakat Korea amnya.
🔵Masjid Busan Al-Fatah berperanan dalam menjadikan Islam lebih mudah diakses dan memainkan peranan penting dalam pertumbuhan dan keterlihatan Islam di Korea Selatan.
🔵Walaupun masjid ini adalah satu-satunya masjid yang ada di Busan, ada banyak lagi tempat-tempat lain di mana umat Islam yang ada di Busan boleh mengerjakan solat yang dipanggil Muslim Prayer Rooms seperti yang ada di Islamic Centers.
🔵Selain Busan Al Fatah Masjid, umat Islam Busan juga boleh bersolat di bilik-bilik solat di PNU Islamic Center, Al-Kauthar Noksan Islamic Center, Faizan-e-Madina Sasang Islamic Center, Baab-al-Salaam Jeonggwan Islamic Center, PKNU Islamic Center, Silla University Islamic Center, Jangnim Islamic Center, YSU Islamic Center dan Gimhae International Airport Prayer Room.
🔵Islam adalah agama minoriti di Korea Selatan, dengan anggaran 180,000 hingga 200,000 orang Islam, atau kurang daripada 0.4% daripada populasi yang menetap di negara itu.
🔵Sebahagian besar daripada populasi ini terdiri daripada pendatang atau keturunan pendatang, dengan anggaran 70-80% adalah warga asing, kebanyakkannya dari negara seperti Turki, Pakistan, dan Uzbekistan.
🔵Walaupun minoriti kecil, Islam mempunyai sejarah di Korea, sejak abad ke-9, dan diperkenalkan semula ke negara itu selepas Perang Korea.
🔵Di kalangan orang Korea sendiri, terdapat kira-kira 35,000 orang darinya adalah beragama Islam.
🔵Masyarakat Islam tertumpu terutamanya di Seoul dan Busan, dengan beberapa masjid dan Islamic Centers yang terletak di tempat lain di negara itu.
🔵Umat Islam Korea Selatan sering menghadapi cabaran disebabkan perbezaan budaya dan stereotaip, tetapi juga mengalami rasa kemasyarakatan dan kekitaan di kawasan seperti Itaewon di Seoul.
🔵Korea Selatan adalah masyarakat yang majoritinya Kristian dan Buddha, dengan Islam adalah agama minoriti yang agak kecil.
🔵Walau pun pernah diharamkan di Korea Selatan semasa Dinasti Joseon, Islam telah mengalami kebangkitan, khususnya sejak kebelakangan ini.
To be continued.
Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.
No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.
No comments:
Post a Comment