Wednesday, April 16, 2025

SOUTH KOREA - BUSAN - HAEUNDAE BEACH TRAIN

Assalamualaikum
Lawatan kami di Busan yang pertama ialah ke Haeundae Beach Train.

🔵Ini peta laluan kereta api pantai Haeundae. 
🔵Selain Haeundae Beach Train terdapat juga attractions Haeundae Sky Capsule dan Busan Green Railway Coastal Walking Trail. 


Ke Beach train boarding.


🔵Haeundae Blueline Park ialah pembangunan semula mesra alam bekas kemudahan kereta api Laluan Donghae Nambu, sepanjang 4.8 kilometer dari Mipo Haeundae ke Cheongsapo ke Songjeong. 
🔵Ia membentuk sebahagian daripada teras baharu Haeundae Tourism Special Zone, sebuah wilayah pelancongan antarabangsa di Busan yang mengendalikan Haeundae Beach Train dan Haeundae Sky Capsule di sepanjang pemandangan pantai Haeundae yang menakjubkan.

🔵Haeundae Blueline Park terdiri daripada Haeundae Beach Train, kereta api persiaran yang berfungsi sebagai dalah satu pilihan untuk pengangkutan dan kereta api pelancongan yang bergerak pergi dan balik dari Mipo ke Songjeong melalui Cheongsapo di sepanjang pemandangan pantai yang indah di Busan Timur.
🔵Haeundae Sky Capsule pula merupakan kereta api kapsul automatik empat tempat duduk romantis yang melalui rel 2 kilometer dari 7 hingga 10 meter dari paras laut, di sepanjang pantai dari Mipo ke Cheongsapo.





🔵Ketika itu kami berada di Songjeong Station.

🔵Beach Train Timetable.

🔵Songjeong Station's ticket booth.


🔵Tempat menunggu tren.
🔵Ada ramai rombongan pelajar-pelajar sekolah yang naik tren bersama kami pada hari itu.

🔵Tren kami dijadual berlepas pada pukul 10 pagi. 
🔵Sambil menunggu tren tiba, kami bersiar-siar menikmati pemandangan di sekitar Songjeong Station.
🔵Lebih kurang sama je gelagat remaja sekarang, di mana pun 😄. 


🔵Photo Booth.

🔵Gerai snack dan minuman.


🔵Haeundae Beach Train dan Haeundae Sky Capsule, yang beroperasi di sepanjang Donghae Nambu Railway Line lama adalah tarikan terkini dan paling popular di Haeundae, Busan. 
🔵Terdapat juga denai berjalan kaki pantai yang indah iaitu Busan Green Railway Coastal Walking Trail yang terletak selari dengan laluan kereta api.

🔵Laluan Donghae Nambu mula dibuka pada tahun 1935 semasa zaman penjajahan Jepun (1910-1945). 
🔵Ia melalui sepanjang pantai timur Korea Selatan yang menghubungkan Busan ke Ulsan, Gyeongju dan Pohang.
🔵Pada 2013, Laluan Donghae Nambu telah dihentikan selepas keputusan untuk membina landasan kereta api berkembar elektrik.

🔵Lokasi-lokasi menarik yang dilalui adalah Mipo, Dalmaji Tunnel, Cheongsapo, Daritdol Skywalk, Gudeokpo dan Songjeong.

🔵Memandangkan landasan kereta api berdekatan dengan pantai yang indah, Busan Metropolitan City akhirnya memutuskan untuk membina Busan Green Railway (denai pejalan kaki dan taman hijau) dan Haeundae Blueline Park (Haeundae Beach Train and Haeundae Sky Capsule). 

🔵2 projek ini mengekalkan bahagian paling indah antara Stesen Mipo (berlokasi di sebelah paling kiri Pantai Haeundae apabila menghadap laut) dan Stesen Songjeong yang akan dinikmati oleh penduduk dan pelancong.
🔵Pembinaan Busan Green Railway bermula pada 2015 dengan bahagian ketiga terakhir antara Mipo ke Songjeong siap pada 2020.
🔵Haeundae Blueline Park kemudiannya dibuka kepada orang ramai pada Oktober 2020.

🔵Kejayaan transformasi Laluan Donghae Nambu daripada tapak kereta api yang terbiar menjadi tempat tumpuan pelancong telah membolehkan Haeundae terus menjadi destinasi pelancongan kegemaran bagi pelancong ke Busan.

🔵Ok, jom kita masuk ke platform tren.

🔵Kami menaiki tren ini dari Stesen Songjeong sehingga Stesen Mipo.

🔵Dah sampai pun tren.

🔵Perjalanan Haeundae Beach Train ini dari Songjeong Station ke Mipo Station yang melalui 6 perhentian memakan masa 30 minit.

🔵Tempat duduk adalah non-reserved. Mungkin perlu berdiri jika kereta api sesak.
🔵Hentian Stesen Mipo dan Stesen Songjeong ialah stesen-stesen terakhir. Semua penumpang mesti turun semasa ketibaan.

🔵Haeundae Beach Train ialah kereta api persiaran dan kereta api mesra alam bercas bateri pertama di dunia. 
🔵Ia mengendalikan sebanyak 6 hentian di sepanjang garis pantai yang indah dari Mipo ke Songjeong dalam jarak 4.8 km.

🔵Bertolak dari Stesen Mapo (0.3 km), kereta api ini melalui hentian Dalmaji Tunnel (0.8 km) menuju ke Stesen Cheongsapo (2.3 km) dan seterusnya ke hentian Daritol Skywalk (2.9 km), hentian Gudeokpo (3.4 km) sebelum tiba di perhentian Stesen Songjeong (4.8 km).

🔵Tempat duduk di dalam kereta api ini disusun dalam 2 deretan bangku panjang menghadap tingkap kaca besar, membolehkan penumpang menikmati pemandangan pantai dan gunung dari keselesaan kereta api.


🔵Dengan tingkap cermin yang besar begini memudahkan kita merakam keindahan pemandangan di sepanjang perjalanan Haeundae Beach Train ini.
🔵Tambahan pula Haeundae Beach Train ini bergerak dengan kelajuan purata 15 km/jam. Jadi sempatlah kami merakam pemandangan. 

🔵Selari dengan trek Haeundae Beach Train ini ialah Busan Green Railway Coastal Walking Trail.
🔵Busan Green Railway (juga dikenali sebagai Haeundae Green Railway) ialah denai berjalan kaki pantai sepanjang 4.8 km di dek kayu yang dibina bersama bekas Donghae Nambu Railway Line.

🔵Laluan Busan Green Railway ini membolehkan pelawat menikmati alam semula jadi mengikut rentak mereka sendiri dan mengambil gambar kedua-dua Haeundae Beach Train dan Haeundae Sky Capsule yang berjalan sebelah-menyebelah.
🔵Laluan pejalan kaki kayu Busan Green Railway bermula dari Stesen Mipo melalui Dalmaji Tunnel dan Cheongsapo ke bekas Stesen Songjeong. 
🔵Semasa berjalan kaki, terdapat denai menuju ke observatories, pantai, hutan, pemandangan tempatan dan kafe.

🔵Pada 2021, Haeundae Green Railway memenangi anugerah berprestij, 'Ministry of Land, Infrastructure and Transport Award' di '11th Korea Landscaping Awards'.
🔵Oleh itu, pastinya berbaloi untuk menempuh jejak yang memenangi anugerah ini ketika berada di Busan.

Ini Songjeong Beach.
🔵Pantai Songjeong, dikenali sebagai salah satu daripada tiga pantai utama di timur Busan bersama Pantai Haeundae dan Pantai Gwangalli.
🔵Pantai Songjeong terbentang sejauh 1.2 kilometer dengan lebar antara 30 hingga 60 meter. 
🔵Pantai berpasir putih ini sangat sesuai untuk keluarga yang mempunyai anak kecil kerana perairannya yang cetek. 
🔵Pantai ini sangat popular sebagai tempat fotografi untuk sesi foto pra-perkahwinan. 
🔵Kawasan sekitar pantai menawarkan banyak restoran hoe (sliced raw fish).

🔵Pantai Songjeong telah mendapat perhatian besar sebagai pusat surfing untuk semua empat musim. 
🔵Di lokasinya, di mana laut timur bertemu dengan laut selatan, pantai ini dipengaruhi oleh angin utara dan selatan, menyebabkan air pasang yang ideal sepanjang tahun. 
🔵Paras airnya yang cetek juga menjadikannya tempat yang sesuai untuk beginner surfers. 

🔵Pemandangan Sea of Japan atau East Sea.

🔵Ok, jom kita saksikan pemandangan-pemandangan yang sempat kami rakam dari tren ini.






🔵Passengers can also see beautiful well-manicured small gardens that often reflect traditional Korean landscape principles of harmony with nature. 


🔵Di laluan dek kayu Busan Green Railway Coastal Walking Trail ini juga ada disediakan tempat-tempat duduk untuk pengunjung berhenti berehat dan berteduh.
🔵Sambil berehat, seperti di tempat rehat ini, pejalan trail ini juga dapat menikmati keindahan pemandangan Songjeong Beach dan East Sea.



🔵Kelihatan benteng-benteng pemecah ombak.

🔵Benches are also provided at beautiful viewpoint locations such as this location for visitors to enjoy the scenery and healing.

🔵Kelihatan juga dalam perjalanan Haeundae Beach Train ini Cheongsapo Daritdol Sky Walk yang merupakan lokasi observatory. 
🔵Kami juga ada melawat observatory ini. Ceritanya in the next blog entry.

🔵Ada banyak restoran-restoran seafood di sekitar pesisir laut ini.


🔵Semasa percutian kami ini, ramai orang Malaysia yang kami nampak especially young ladies. Mostly di Seoul dan Busan. Seingat saya di Jeju kami tak nampak ramai Malaysians. 

🔵Behind is an all-you-can-eat clam restaurant. A grilled clam restaurant - Hajinine 하진이네.

🔵Selain calms, juga ada restoran-restoran with specialities in scallop and eel dishes.
🔵Kelihatan juga kebun-kebun kecil dengan tanaman sayur-sayuran.

🔵Trek kereta api ini merentas jalanraya Cheongsapo-ro. 

🔵Ketika ini tren berhenti di Cheongsapo Station untuk turun/naik penumpang.
🔵Juga kelihatan Cheongsapo breakwater, Cheongsapo Twin Lighthouse (red) and Cheongsapo Twin Lighthouse (white).

🔵Sebuah bandar maritim dengan laut biru, Busan mempunyai lebih daripada 100 rumah api. 
🔵Rumah api dengan bentuk yang unik dan cerita yang menarik adalah antara tarikan pelancong yang paling popular. 
🔵Selain daripada memandu kapal dengan selamat ke pelabuhan, rumah api ini juga menyediakan pemandangan menarik untuk pelancong, meningkatkan daya tarikan destinasi pelancongan.
🔵Cheongsapo Fishing Port Southern·Northern Breakwater Lighthouse (Twin Lighthouse) - Cheongsapo Twin Lighthouse (red) and Cheongsapo Twin Lighthouse (white).
🔹Cheongsapo Port terletak di antara Haeundae dan Songjeong. 
🔹Ia menawarkan pemandangan laut yang indah dan suasana yang tenang. 
🔹Rumah Api Berkembar, simbol Cheongsapo, adalah tempat bergambar yang menarik. 
🔹Pada satu ketika dulu, rumah api putih di antara rumah api berkembar itu telah dirobohkan buat sementara waktu pada bulan Ogos akibat retakan di pemecah ombak. 
🔹Walau bagaimanapun, rumah api merah, yang terserlah dengan berlatar belakangkan laut biru, sangat digemari oleh pelancong.

🔵Houses with beautiful blue traditional roof. 
🔵Busan terkenal dengan bumbung jubin biru, terutamanya di kawasan seperti Gamcheon Culture Village dan Songjeong-dong. 
🔵Ciri tersendiri ini adalah hasil daripada penggunaan bumbung aluminium, yang menawarkan kos rendah dan tahan lama. 
🔵Walaupun jubin biru dari segi sejarah merupakan simbol kekayaan dan digunakan di istana, ia kini lebih mudah didapati dan digunakan untuk pelbagai struktur.
🔵Pada masa lalu, jubin biru adalah kemewahan dan digunakan untuk menghiasi istana dan bangunan orang kaya. Walaupun ia masih memegang prestij tertentu, bumbung biru kini lebih biasa digunakan disebabkan oleh penggunaan meluas bumbung aluminium biru.

🔵Cheongsapo Twin Lighthouse (red) and Cheongsapo Twin Lighthouse (white).

🔵Songjeong-dong di Busan dicirikan oleh tumbuh-tumbuhan pantainya, dengan kawasan terkenal seperti Taman Jukdo yang menampilkan hutan buluh tebal dan kawasan sekitarnya yang mempunyai campuran tumbuhan pantai yang disesuaikan dengan persekitaran masin. 
🔵Kawasan ini juga mendapat manfaat daripada ruang hijau seperti Busan Green Railway, yang menggabungkan denai berjalan kaki dan taman hijau di sepanjang pantai.
🔵Kawasan di sepanjang pantai ini mempunyai pelbagai tumbuhan yang disesuaikan dengan udara masin dan pasir, mewujudkan ekosistem yang pelbagai.
🔵Hutan pain pula menawarkan suasana yang tenang dan teduh.

🔵Di laluan Haeundae Beach Train ini juga kita boleh menyaksikan satu lagi observatory iaitu Haewol Observatory. 

🔵Haewol bermaksud "untuk bertemu matahari dan bulan bersama-sama dan menikmati pemandangan." 
🔵Di observatory ini pengunjung boleh meyaksikan keindahan laut biru Haeundae dari skywalk ini, yang berbentuk huruf "U", 137 meter panjang/3 meter lebar dengan menara utama berbentuk bulan sabit.

🔵Busan mempunyai observatories, seperti Busan Meteorological Observatory dan lain-lain, terutamanya untuk tarikan pelancong, menyediakan pemandangan panoramik bandar dan kawasan sekitarnya. 
🔵Sesetengah observatories juga mempunyai tujuan yang lebih khusus, seperti Cheongsapo Daritdol Observatory dan Haewol Observatory ini, yang memfokuskan pada pemandangan lautan dan terumbu karang.

🔵Banyak observatories di Busan menawarkan pemandangan latar langit, pantai, gunung dan mercu tanda bandar yang menakjubkan. 
🔵Ia adalah tempat popular untuk pelancong menikmati pemandangan dan menikmati keindahan Busan.


🔵Kata Sarah kepada kami, kawasan persisiran pantai yang kami lalui ini baru saja dibuka baru-baru ini. 
🔵Pada Oktober 1985, Tentera Laut Korea Selatan telah menenggelamkan kapal pengintip Korea Utara di luar pantai Pusan ​​(kini Busan). Tentera Laut Korea Selatan terlibat dan menenggelamkan kapal Korea Utara itu selepas ia dikesan dan dikejar. Insiden itu melibatkan pertempuran senjata antara dua pasukan. Oleh yang demikian untuk satu masa yang panjang iaitu selama 30 tahun, kawasan perairan ini dijadikan kawasan tentera dan ditutup kepada orang awam.




🔵Penumpang boleh turun di mana-mana stesen yang diingini di sepanjang laluan untuk ke beberapa photo spots. We remained on the train till we reached Mipo Station.

🔵Pemandangan Oryukdo Islets dari Haeundae Beach Train.

🔵Oryukdo Islets ialah kumpulan pulau di Teluk Busan, di Yongho-dong, Daerah Nam, Busan, Korea Selatan. 
🔵Nama pulau-pulau itu mencerminkan fakta bahawa mereka boleh terdiri daripada lima atau enam pulau, bergantung pada pasang surut semasa.





🔵Ini adalah rumah api peringatan APEC (APEC commemorative lighthouse), dipasang di laut pada tahun 2005, yang boleh dilihat dari hotel di Haeundae tempat di mana ketua-ketua negara menginap. Ia mengagumkan dengan bunga teratai merah sebagai base.
🔵Ia melambangkan bunga yang mekar di laut, mengharapkan keharmonian dan kemakmuran di kalangan negara Asia Pasifik.
🔵Ia adalah projek untuk memperkenalkan 'Wonderful Busan Port' ​​kepada pemimpin-pemimpin yang menghadiri mesyuarat itu.
🔵Busan telah berusaha bersungguh-sungguh untuk memperkenalkan 'Brand Busan' kepada dunia, mengambil kesempatan daripada sidang kemuncak APEC, yang menjadi pusat perhatian dunia.

🔵Kelihatan sebuah bot nelayan Busan.
🔵Sehingga tahun 1960-an, pertanian dan perikanan merupakan industri dominan ekonomi Korea Selatan. 
🔵Industri perikanan Korea Selatan bergantung kepada badan air sedia ada yang dikongsi antara Korea Selatan, China dan Jepun. 
🔵Garis pantainya terletak bersebelahan dengan Yellow Sea, East China Sea dan Sea of Japan, dan membolehkan akses kepada hidupan marin seperti ikan dan krustasea.

🔵Kelihatan dari kanan: Haeundae Beach, Dongbaek Island, Gwangan Bridge dan Yongho-dong (a major port city) dan Nam-gu (Nam District)

🔵Gwangan Bridge dan Yongho-dong (a major port city) dan Nam-gu (Nam District).


🔵Bangunan hotel dan kafe.

🔵Pemandangan Oryukdo Islets yang sangat epik dan indah.


🔵Kami pun tiba di Mipo Station dari Songjeong Station. 



Ini adalah Haeundae Sky Capsule.
🔵Semua kapsul adalah private i.e pengunjung boleh mengembara dalam kumpulan sendiri dengan maksimum 4 orang setiap kapsul.
🔵Untuk kembali ke lokasi permulaan, beli tiket sehala dari tempat berlepas Sky Capsule atau gunakan Kereta Api Pantai.
🔵Sarah, tour guide kami, arranged kami naik Haeundae Beach Train dan bukan Haeundae Sky Capsule ini kerana tren kapsul ini bergerak sangatlah perlahan. 

🔵Haeundae Sky Capsule bergerak di atas landasan kereta api bertingkat sepanjang 2.3 km dengan kedudukan antara 7 meter hingga 10 meter di atas tanah bersama Haeundae Beach Train dari Stesen Mipo terus ke Stesen Cheongsapo di sepanjang pantai.
🔵Ia mempunyai tema warna terang yang sama iaitu merah, kuning, hijau dan biru seperti Haeundae Beach Train.

🔵Haeundae Sky Capsule ini beroperasi sebagai kapsul peribadi, membolehkan penumpang menikmati perjalanan yang mempunyai ruang sendiri tanpa perlu berkongsi dengan orang yang tidak dikenali. 
🔵Downside tren ini ialah single traveller perlu membayar tambang untuk 2 orang untuk perjalanan tren ini. Walau bagaimanapun, mereka akan mempunyai keseluruhan kapsul untuk diri mereka sendiri.


🔵Ini bangunan Stesen Mipo.
🔵Ia ialah stesen paling popular di mana kebanyakan pelancong memulakan perjalanan mereka dengan Haeundae Beach Train, Haeundae Sky Capsule atau Busan Green Railway coastal walk.

🔵Berjalan dari Mipo Station ke jalan besar di mana Sarah akan ambil kami.

🔵Kami melalui flower road. Below is the information about the road. Jungkook adalah ahli group BTS.




🔵Haeundae Blueline Park pernah menerima anugerah Korea Tourism Awards pada tahun 2022.

🔵BLUE LINE PARK 
2020: Haeundae Blue Line Park Opens 
Blue Line Park is a 4.8 km section from Haeundae Miro to Cheongsapo Songjeong, and is the center of the two-tourism belt between Maeundae Kim Kwon-tugu and Osiria Tourist Complex, with the construction of parks and related facilities.

🔵Menunggu Sarah di sini.

🔵Terdapat dua lighthouses yang dibina di laut di hadapan Pantai Haeundae.
🔵Lighthouses itu didirikan di kedua-dua hujung pemecah ombak untuk menandakan lokasi dua pemecah ombak bawah air (330 meter panjang) yang dibina pada 2017 untuk mengelakkan kehilangan pasir dari Haeundae Beach.

🔵They are described as 'Underwater Breakwater Lighthouses'. 
🔵Sculptures itu dibuat dalam bentuk orang (berwarna merah), satu sedang meneropong menggunakan teleskop dan satu lagi sedang melompat.


To be continued.

Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

No comments:

Post a Comment