Monday, May 12, 2025

SOUTH KOREA - BUSAN TO JEJU - GIMHAE INTERNATIONAL AIRPORT & AIR BUSAN

Assalamualaikum
🔵Hari ke 4 kami di South Korea ini ialah hari kami terbang dari Busan ke Jeju Island. 
🔵Tak larat dah nak sarapan di kafe hotel, jadi kami makan ramen (myself) dan baki roti nan dan tandoori chicken (wife) dari dinner semalam, plus teh tarik instant.


🔵Check-out dari bilik.

🔵Lobi Arban City Hotel, Busan.

🔵Registration Counter di Arban City Hotel, Busan.

🔵Seperti yang dijanjikan, Sarah datang mengambil kami di hotel pada pukul 7.30 pagi untuk membawa kami ke airport di Busan yang bernama Gimhae International Airport.

🔵Suasana pagi di kota Busan.

🔵Suasana di jalan raya sudah sibuk ketika ini kerana warga Busan telah mula keluar menuju ke tempat kerja.


🔵Semasa dalam perjalanan menuju ke airport, kami bersembang dengan Sarah, tour guide kami selama kami di Busan. 
🔹Auntie Sarah telah berusia 64 tahun, tapi masih aktif menunggang mountain bike, aktiviti yang digemari sejak muda. Dia juga tunjuk beberapa foto dia biking dari sejak muda.
🔹Masa free time, dia suka mountain biking di mountain bike trails di kawasan pergunungan sekitar Busan. 
🔹Sarah sebenarnya menjadi seorang Tour Guide selepas bersara dari pekerjaan sebagai Guru Bahasa Inggeris. 
🔹Dia juga adalah seorang penganut agama Kristian dan juga aktif menyertai pasukan koir di gereja.

🔵Kia dan Hyundai adalah kereta paling popular di Busan/Korea.

🔵Alhamdulillah, cuaca cukup baik pada pagi itu.

🔵Jarang pula kami nampak kereta EV. An electric vehicle plate in South Korea is blue in color. Agaknya mungkin disebabkan kejadian kebakaran di Incheon.
🔵Pada Ogos 2024, kebakaran kenderaan elektrik (EV) di Incheon, Korea Selatan, mencetuskan ketakutan orang ramai dan perubahan dalam persepsi orang ramai terhadap EV. 
🔵Kebakaran, yang berpunca daripada bateri lithium-ion Mercedes-Benz EV, merebak dengan pantas di tempat letak kereta bawah tanah, merosakkan lebih dari 140 kenderaan dan membawa kepada evakuasi. 
🔵Insiden itu menyerlahkan kebimbangan tentang keselamatan bateri dan potensi kebakaran dalam infrastruktur EV.

🔵Suasana Bandar Busan. Kelihatan Hospital Hanbang, iaitu sejenis hospital perubatan tradisional Korea, Korean Language Center, Lotte Mart Hwamyeong, Dongnae Institute of Technology dan Guseng Oriental Medicine Clinic.
🔵Juga terdapat Dongnae Station (Sistem Metro Busan) turut beroperasi di kawasan ini, menyediakan pilihan pengangkutan yang mudah.


🔵Di Haeundae Rodeo Street yang berhampiran dengan Haeundae Beach. Haeundae terkenal dengan pantai dan pelbagai acara kebudayaan.

🔵Jalan yang kami lalui ketika ini adalah berdekatan dengan Jagalchi Market dan Gamcheon Culture Village, kedua-duanya telah kami lawati.

🔵The mountainous backdrop and dense vegetation are characteristic of Busan's topography. 
🔵Busan boasts a variety of mountainous areas, with Geumjeongsan Mountain being the highest and most prominent. Other notable mountains include Hwangnyeongsan Mountain and Jangsan Mountain.

🔵High-rise buildings are part of Busan's urban landscape, such as these Dongnae Hyosung Harrington Place or Hillstate Lake Songdo 2nd Apartments in below photo.

🔵Melalui terowong yang merentasi kawasan pergunungan.

🔵Busan has several road traffic tunnels that are part of its transportation infrastructure, including the Baekyang Tunnel and the Busan Inner Circulation Urban Expressway. 
🔵These tunnels help alleviate traffic congestion and connect different parts of the city.



🔵Kelihatan sebuah gereja.
🔵Agama Kristian, khususnya Protestantisme, mempunyai kehadiran yang ketara di Busan, walaupun tidak sedominan di bahagian lain di Korea Selatan. 
🔵Walaupun populasi Kristian Busan dianggarkan sekitar 7-8%, di bandar Busan terdapat banyak gereja dan institusi Kristian, termasuk sebuah Catholic university. 
🔵Agama Kristian telah memainkan peranan dalam landskap sosial dan politik Busan, dengan beberapa ahli politik mendapat hubungan melalui penglibatan gereja.




🔵Kelihatan Hwamyeong Bridge (Daedong Hwamyeong Bridge) yang merentasi Sungai Nakdong.
🔵Jambatan itu adalah sebahagian daripada projek "Busan's Seven Bridges", yang bertujuan untuk menghidupkan semula kawasan pantai di bandar ini. 


🔵Simpang ke Gimhae International Airport.



🔵Kelihatan sebuah kapal terbang sedang berlepas dari Gimhae International Airport.




🔵Air traffic control tower.

🔵Kelihatan Busan-Gimhae Light Rail Transit.
🔹Sistem rel ringan ini menghubungkan Busan dan Gimhae, menawarkan pilihan pengangkutan alternatif kepada bas, teksi dan kereta. 
🔹Perjalanan dari Gimhae International Airport ke Stesen Seomyeon, hab utama di Busan, mengambil masa kira-kira 25 minit dengan kereta api bawah tanah, termasuk menggunakan kereta api ringan.

🔵Ini pintu masuk / gerbang ke Gimhae International Airport. 
🔹Tertera di gerbang itu "김해국제공항 GIMMHAE INTERNATIONAL AIRPORT", "최상의 안전을 위한 노력 - SAFE FLIGHT" dan "긴긴긴고보고고 고고보고 - CONVENIENT FLIGHT". 
🔹Gimhae International Airport ialah lapangan terbang keempat terbesar di Korea Selatan mengikut bilangan penumpang.

🔵International Cargo Terminal.


🔵The "Arrivals" and "Departures" lanes.

🔵Heading to the "Departures".

🔵A weather radar structure. At airports, it provides real-time weather information, including wind direction, speed, temperature, and visibility, which is vital for flight operations.

🔵Busan-Gimhae Light Rail Transit.

🔵Tiba di Gimhae International Airport.


🔵Busan mempunyai satu lapangan terbang, Gimhae International Airport (PUS), yang juga merupakan pangkalan udara tentera. 
🔵Dibuka pada tahun 1976, lapangan terbang ini terletak di luar Busan, berhampiran bandar Gimhae. 

🔵Gimhae International Airport menyediakan perkhidmatan penerbangan domestik dan antarabangsa dan mempunyai terminal berasingan untuk setiap satu. 
🔵Ia merupakan hab untuk Air Busan dan bandar tumpuan untuk Jeju Air, Jin Air dan Korean Air.

🔵Sehingga 2023, penerbangan domestik lapangan terbang ini beroperasi ke Seoul (Gimpo), Incheon dan Jeju, manakala penerbangan antarabangsa bersambung ke destinasi yang agak berdekatan seperti Jepun, China, Taiwan, Hong Kong, Macau, Mongolia, Vietnam, Filipina, Thailand, Singapura, Guam dan Saipan.

🔵Sejak beroperasi, lapangan terbang ini telah menyumbang kepada pembangunan pesat ekonomi, budaya dan pelancongan Busan, serta Korea Selatan.

🔵Domestic Terminal.

🔵Perjalanan dari Arban City Hotel ke Gimhae International Airport ambil masa kira-kira 30 minit. Setibanya di Gimhae International Airport, Sarah terus menurunkan kami di Domestic Terminal.

🔵Suasana di dalam Gimhae International Airport.




🔵Terdapat deretan mesin-mesin self check-in.

🔵Ada staff yang membantu.

🔵Membuat self Check-in.

🔵It was pretty straight forward.


🔵Our Boarding Passes.

🔵Still early for bags drop, jadi kami lepak dulu.


🔵Check-in / bag drop di kaunter Air Busan. Berat bagasi dibenarkan adalah 15 kg sahaja, which was impossible bagi kami la sebab percutian kami ini selama 9 hari 😅.
🔵Then I was asked to wait to be called for bag check. Saya dipanggil masuk ke bilik belakang kaunter. Rupanya scanner mereka detected bateri kamera saya. So I was asked to remove it dan bawa dalam hand carry. 

🔵We went straight to the Boarding Gate. So many flights to Jeju as can be seen from this domestic flight departures board.

🔵Suasana di ruang menunggu di Boarding Gate.

🔵Meninjau-ninjau makanan yang ada dijual di sebuah kafe. These were individually wrapped onion cream cheese bagle sandwich, priced at ₩5,300, with soft onion cream cheese with dried cranberries, sliced almonds and onion flakes, including addition of ingredients like lox (salt-cured or cold-smoked salmon), cucumbers or hot honey.

🔵These are various types of Korean fish cakes, known as eomuk (어묵) or "odeng," on skewers, at a store called "Grand Woosung" (그랜드우성). 
🔵The fish cakes are arranged in stacks on metal racks and labeled with their ingredients and prices in Korean Won. 
🔹야채 (vegetables) ₩4,500: Vegetable fish cake.
🔹까망베르치즈 (camembert cheese) ₩4,000: Camembert cheese fish cake. Camembert is a soft, surface-ripened cow's milk cheese with a white, bloomy rind. It originated in Normandy, France.
🔹신이내린오징어이채 (spicy squid) ₩4,000: Spicy squid fish cake.
🔹오징어야채 (squid vegetable) ₩4,000: Squid and vegetable fish cake.

🔹The labels indicate various flavors, including shrimp, sausage, vegetables, onion mozzarella, and spicy squid. 
🔹These fish cakes are a popular street food in Korea, often served in a hot broth or grilled. 
🔹They are made from ground fish and other ingredients, and can be found in many different shapes and sizes. 

🔵Penumpang ke Gimpo Airport, Seoul sedang boarding.



🔵Kaunter informasi Air Busan.

🔵Masa ambil gambar ini kami tak perasan ada larangan fotografi ke arah luar sebab Gimhae Airport ini sebenarnya adalah juga sebuah lapangan terbang tentera 😨😰😱.

🔵Fotografi biasanya dibenarkan di Gimhae International Airport, tetapi terdapat beberapa sekatan kerana penggunaannya bersama dengan tentera. Oleh itu mestilah berhati-hati dengan sekuriti dan elakkan mengambil gambar apa-apa yang mungkin dianggap sensitif.
🔵Fotografi apron, landasan dan stesen tentera adalah dilarang. 
🔵Walau bagaimanapun, anda boleh mengambil gambar di kawasan yang jauh dari pagar lapangan terbang. Selagi tidak terlibat dalam sebarang aktiviti yang mencurigakan, maka tidak sepatutnyalah menghadapi sebarang penalti kerana mengambil gambar di kawasan yang ditetapkan.

🔵Terdapat beberapa kafe kecil di boarding gate ini tapi tak ada yang halal.
🔵While Gimhae International Airport in Busan, South Korea, does have a prayer room on Level 3, specific halal eateries within the airport are not readily available. 

"사진촬영금지" 
"No Photo is allowed"
"보안규정에 의거하여 사진촬영을 금지합니다"
"According to the security regulation, photographing is prohibited in this area."

🔵Thirsty. Yang lagi murah tak ada 😅.

🔵Panggilan masuk ke dalam pesawat.

🔵Pesawat kami ke Jeju Island dengan Air Busan BX 8109 dijadualkan berlepas dari Busan pada pukul 11.45 pagi. Penumpang cuma dibenarkan masuk ke dalam pesawat pada pukul 11.30 pagi.

🔵Berjalan ke kapal terbang dengan passenger boarding bridge atau air bridge.

🔵Melangkah masuk ke kapal terbang sambil membaca doa.

🔵Suasana di dalam kapal terbang Air Busan, narrow body Airbus A321-200.

🔵Penerbangan dari Busan menuju ke Jeju ambil masa selama sejam.


🔵Alhamdulillah, cuaca nampak baik dan terang.


🔵Terpaksa la kaburkan pemandangan yang cantik ini 😅. 

🔵Ok, saya kongsi di sini foto-foto bumi Korea Selatan yang dirakam oleh isteri saya sepanjang penerbangan kami dari Busan ke Jeju Island.

🔵Beautiful aerial views of the rural landscape, characterized by agricultural fields, greenhouses, roads, and a river or canal. The presence of greenhouses suggests agricultural activity, related to the production of crops. The area appears to be a mix of cultivated land and residential or small industrial areas. 

 
🔵Kelihatan Sungai Nakdong di tenggara Korea Selatan. 
🔹Ia adalah sungai kedua terpanjang di Korea Selatan, mengalir sejauh 523 km dari Pergunungan Taebaek ke Selat Korea berhampiran Busan. 
🔹Sungai Nakdong melalui bandar utama seperti Daegu dan Busan. 
🔹Landskap sekitarnya nampaknya terutamanya adalah ladang-ladang pertanian yang luas dan beberapa kawasan perumahan.









 
🔵Landskap selatan negara Korea Selatan dicirikan oleh gabungan kawasan pergunungan, kawasan pantai dan dataran subur, selalunya menampilkan hutan malar hijau, tanah lembap pantai dan landskap budaya yang unik seperti kampung tradisional. 
🔵Kawasan ini merangkumi pelbagai ekosistem, termasuk hutan malar hijau Korea Selatan dan ekosistem unik Pulau Jeju.


🔵Kelihatan juga Busan New Port.
🔹Busan New Port ialah komponen utama Busan Port, yang turut merangkumi North Port, Gamcheon Port and Dadaepo Port.
🔹Kompleks pelabuhan ini mempunyai sembilan terminal kontena dan terminal penumpang antarabangsa. 
🔹Gimhae International Airport (PUS), yang menyediakan penerbangan antarabangsa dan domestik untuk Busan, terletak kira-kira sejam dari pusat bandar Busan.

🔹Busan New Port adalah salah satu pelabuhan terbesar di dunia, memainkan peranan penting dalam perdagangan dan perkapalan antarabangsa. 
🔹Pelabuhan ini dikelilingi oleh gunung dan pulau, menyumbang kepada landskap unik kawasan itu. 
🔹Kelihatan juga bahagian bandar dan rangkaian pengangkutan yang disambungkan ke pelabuhan.

🔵Semasa penerbangan Busan-Jeju ini kami juga dapat melihat Busan–Geoje Bridge, juga dikenali sebagai Busan-Geoje Fixed Link yang menghubungkan bandar Busan ke Pulau Geoje di Korea Selatan. 
🔵Jambatan itu adalah sebahagian daripada projek pengangkutan yang lebih besar yang merangkumi kedua-dua jambatan dan terowong bawah air, dengan ketara mengurangkan masa perjalanan antara dua lokasi. 

🔵Busan–Geoje Fixed Link menyediakan laluan terus antara Busan dan Geoje, mengurangkan perjalanan kepada kira-kira 55 minit dengan kereta. 
🔵Ia merupakan pencapaian infrastruktur utama, memudahkan pengangkutan dan meningkatkan pembangunan wilayah di kawasan itu.


🔵Kelihatan juga Daewoo Shipbuilding & Marine Engineering (DSME) shipyard, yang juga dikenali sebagai Hanwha Ocean, terletak berhampiran Port of Okpo di Geoje, Wilayah Gyeongsang Selatan, Korea Selatan. 
🔵Korea Selatan ialah pemain utama dalam industri pembinaan kapal global, menduduki ranking sebagai pembuat kapal kedua terbesar di dunia selepas China. 
🔵DSME shipyard, yang ditubuhkan pada tahun 1973, telah menjadi penting kepada pertumbuhan Korea Selatan sebagai pembina kapal bertaraf dunia. 
🔵Sektor pembinaan kapal negara Korea Selatan dikuasai oleh tiga syarikat utama: Hanwha Ocean, HD Hyundai Heavy Industries dan Samsung Heavy Industries. 
🔵HD Hyundai Heavy Industries mengendalikan limbungan kapal terbesar di dunia di Ulsan, menjangkau lebih empat kilometer di sepanjang pantai Mipo Bay.

🔵Kelihatan banyak pulau-pulau kecil di sekitar kawasan laut selatan South Korea yang sedang kami lalui ketika itu. 
🔹Korea mempunyai 3,383 pulau, dengan 473 berpenghuni dan 2,910 tidak berpenghuni. 
🔹Daripada 51.7 juta penduduk negara itu, kira-kira 1.48 juta tinggal di pulau-pulau ini, termasuk kira-kira 670,000 di Jeju, pulau terbesar di selatan. (Korean Times)
🔹Pulau-pulau ini terletak di luar pantai Korea Selatan dan merupakan sebahagian daripada Korean Archipelago.

🔵Mengapa terdapat begitu banyak pulau di Korea Selatan? 
🔹Tidak seperti kebanyakan gunung purba di tanah besar, banyak pulau penting di Korea dibentuk oleh aktiviti gunung berapi dalam orogeni Cenozoic.
🔹Cenozoic orogeny refers to the mountain-building events that occurred during the Cenozoic Era (roughly 66 million years ago to present). These events, primarily driven by continental collisions and subduction zones, resulted in the formation of major mountain ranges around the world, including the Alps, Himalayas, and ranges in Asia Minor. 
🔹South Korea's Cenozoic orogeny was characterized by relatively less intense tectonic activity compared to previous periods, primarily involving mafic to intermediate volcanic activity in limited areas. Major islands like Jeju Island, with its highest peak Mount Halla, were formed by this volcanism.



🔵Oh ya, tiada meals dalam flight ini sebab penerbangan cuma selama 1 jam sahaja. Tapi kalau nak, boleh pre-order, I think.



🔵Yang menariknya juga dari aerial views begini, kami juga ternampak sekelompok wind turbines untuk penjanaan elektrik.
🔵Korea Selatan sedang giat membangunkan kuasa angin luar pesisir, terutamanya menumpukan pada turbin angin terapung kerana garis pantainya yang pelbagai. 
🔵Negara itu mempunyai sasaran untuk memasang 14.3 GW angin luar pesisir menjelang akhir dekad ini, meningkat dengan ketara daripada 250 MW penjanaan semasa. 
🔵Korea Selatan juga merupakan peneraju dalam floating wind technology dan dijangka memperoleh sebahagian besar global floating wind market.



🔵It truly were quite amazing sights.


🔵Tiba di Pulau Jeju. 

🔵Di Pulau Jeju angin memang kuat dan kencang. Sebab itu dipasang banyak wind turbines. Jadi masa nak landing, kapal terbang ini bergegar agak kuat sehingga ada aunties menjerit membuatkan keadaan jadi lebih cemas.

🔵Pemandangan udara bahagian utara Pulau Jeju.









🔵Alhamdulillah kami selamat mendarat di Jeju International Airport pada pukul 12.45 tengah hari mengikut jadual.



🔵Jeju International Airport.






🔵Disembarking.




🔵Airport ini terletak di tepi laut. 

🔵Lapangan terbang ini tidak dibina di atas tanah tebus guna.




🔵Naik bas untuk ke bangunan terminal.


🔵Ke bangunan terminal.





🔵Domestic Arrivals.

🔵Hello Jeju.

🔵Mengambil bagasi.


🔵Tour Guide kami di Jeju, Mr. Lucas Jeong, sudah sedia menanti di Jeju Airport.

🔵Bergambar kenangan bersama Mr. Lucas Jeong.

🔵Ke tempat parking.








🔵Kereta Ssangyong yang membawa kami sepanjang percutian di Pulau Jeju.

To be continued.

Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

No comments:

Post a Comment