Assalamualaikum.
Hari kedua di Korea kami akan jalan-jalan di pantai, naik tren pantai, skywalk, temple, masjid dan juga pasar.
Jom kita sarapan dulu. Kami diberitahu oleh seorang petugas restoran hotel ini yang makanan buffet mereka adalah halal. Mungkin kerana mereka terima ramai pelancong dari Malaysia. Lepas tengok the buffet spread, yang halal adalah mostly vegetarian food/dishes.
🔵Lepas sarapan, masih ada masa sebelum Sarah datang jemput kami. Jadi kami decided untuk do a bit of morning walk sambil menyaksikan suasana pagi hari di bandar Busan ini.
🔵Bas biru ini adalah bas mesra alam elektrik Busan.
🔵Di Korea, bandar Busan mengetuai pelaksanaan bas elektrik.
🔵Bas elektrik 'ELEC CITY', yang boleh dilihat di bandar Busan, ialah bas elektrik yang diusahakan oleh Hyundai Motors selama kira-kira 8 tahun sejak 2010.
🔵Pada 2017, bas elektrik pertama mereka mula memberi perkhidmatan kepada penumpang.
🔵ELEC CITY menggunakan bateri polimer litium ion berkapasiti tinggi 256 kWj yang membolehkan pemanduan sehingga 319 km dengan pengecasan sekali (72 minit) dan boleh dipandu sejauh 170 km dengan pengecasan singkat selama 30 minit.
🔵ELEC CITY bukan sahaja hebat dalam jarak pemanduannya tetapi juga untuk spesifikasi keselamatan dan kemudahan penumpangnya.
Yeonsan Intersection Bus Stop.
🔵Perhentian bas di sini mempunyai paparan elektronik yang menunjukkan masa ketibaan bas yang akan datang dan maklumat dalam bahasa Korea dan Inggeris.
🔵Selain dari itu di skrin bus stop ini juga ada maklumat nombor bas, nama perhentian bas, laluan bas dan bus stops, masa, cuaca, CCTV dan lain-lain. Kalau bas yang sedang di tunggu penuh atau tidak pun akan ada notification.
🔵Di skrin bus stop ini ada kata-kata "Busan is good"
🔵"Busan is good" ialah slogan bandar rasmi untuk Busan, yang bermaksud bahawa bandar itu dianggap sebagai tempat yang bagus untuk didiami, dilawati atau dialami, menonjolkan aspek positifnya seperti pantai yang indah, budaya yang meriah dan makanan laut yang lazat.
🔵"Busan is good" pada asasnya boleh diterjemahkan sebagai "Busan is a good place" dalam bahasa Inggeris.
Ini kedai Nice to CU.
🔵Nice to CU ialah rangkaian kedai serbaneka Korea yang menawarkan pelbagai jenis hidangan sedia untuk dimakan, makanan panas dan minuman dan makanan ringan eksklusif dari Korea.
🔵CU ditubuhkan selepas lesen francais FamilyMart di Korea Selatan tamat tempoh.
🔵CU dikenali sebagai kedai serbaneka nombor satu dan terbesar di Korea Selatan.
🔵CU mempunyai kedai di Korea Selatan, Mongolia dan Malaysia.
To be continued.
Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.
No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.
No comments:
Post a Comment