Monday, April 14, 2025

SOUTH KOREA - BUSAN - MOONTAN ROAD LOOKOUT

Assalamualaikum
Sarah, tour guide kami di Busan, seterusnya membawa kami menyelusuri pantai di Busan menuju ke Haeundae Beach dan ke Moontan Road Lookout. 

🔵Kawasan tepi laut menuju ke Haeundae Beach ini adalah sebuah kawasan mewah dan elite di Busan. Oleh yang demikian, ia dipenuhi dengan bangunan-bangunan kediaman mewah.

🔵Busan ialah bandar ke-2 terbesar dan hab perdagangan nombor satu di Korea, dengan populasi 3.3 juta dan jumlah keluasan 770.17 kilometer persegi pada 2024.

🔵Sebagai sebuah bandar pesisir pantai, Busan terkenal dengan pantai yang indah, sudut pandangan dan acara kebudayaan seperti Festival Filem Antarabangsa Busan. 
🔵Pasar makanan laut, kedai makan dan hiburan malam di kawasan seperti Haeundae dan Gwangalli popular di kalangan pelancong.

🔵Busan ialah pusat ekonomi, kebudayaan dan pendidikan di tenggara Korea Selatan, dengan pelabuhannya menjadi yang paling sibuk di Korea Selatan dan yang keenam paling sibuk di dunia.





🔵Penghujung jambatan Gwangan Bridge.






🔵Pemandangan di bawah jambatan.



















🔵Kami pun tiba di Dalmajigil Observatory - an observation deck with view of the Sea of Japan or East Sea. Ia terletak di jalan Dalmaji-gil.

🔵Ada papan maklumat di sini. 

🔵Ini terjemahannya.




🔵Plak di atas lantai observation deck.

🔵Pemandangan indah Sea of Japan (East Sea), Bandaraya Busan dan Haeundae Beach. 


🔵Kelihatan juga Dongbaekseom, sebuah bekas pulau yang terletak di hujung barat Pantai Haeundae. 
🔵Ia telah ditetapkan sebagai monumen Busan pada 9 Mac 1999.
🔵Bekas pulau itu menjadi sebahagian daripada tanah besar secara beransur-ansur akibat daripada pengumpulan tanah antara pulau dan tanah besar.

🔵Bangunan tinggi itu adalah bangunan Haeundae LCT The Sharp, Condominium complex. 
🔵Ia adalah Menara mercu tanda Busan yang supertinggi dengan 101 tingkat digunakan sebagai hotel, dan dua bangunan pencakar langit kediaman 85 tingkat.
🔵Haeundae LCT ini menguasai senarai apartmen paling mahal dijual di Busan.
🔹Lapan daripada sepuluh pangsapuri paling mahal yang dijual di bandar Busan terletak di Haeundae mengikut statistik terkini.
🔹Sebuah apartmen 75-pyeong (75 pyeong = 247.9 square meter) di Menara LCT dijual pada harga 4.35 bilion won.
🔹Pangsapuri termurah yang dijual di bandar Busan ialah 20 juta won, bermakna anda boleh membeli 217 pangsapuri pada harga itu dengan harga hanya satu unit di LCT.



🔵Dari platform ini juga kelihatan Haeundae Sky Capsule, iaitu cable cars tetapi bergerak di atas rail. 
🔵Nampak menarik tapi Sarah kata dia telah atur supaya kami naik Beach Train dan bukan Sky Capsule sebab Sky Capsule itu bergerak sangat perlaha dan laluannya juga jauh lebih pendek berbanding Beach Train.










🔵Dari lokasi observation deck ini pengunjung juga boleh nampak Haeundae Beach.



🔵Terdapat dua lighthouses yang dibina di laut di hadapan Pantai Haeundae.
🔵Lighthouses itu didirikan di kedua-dua hujung pemecah ombak untuk menandakan lokasi dua pemecah ombak bawah air (330 meter panjang) yang dibina pada 2017 untuk mengelakkan kehilangan pasir dari Haeundae Beach.

🔵They are described as 'Underwater Breakwater Lighthouse'. 
🔵Sculptures itu dibuat dalam bentuk orang (berwarna merah), satu sedang meneropong menggunakan teleskop dan satu lagi sedang melompat (foto di bawah).

🔵Di kejauhan juga kita dapat melihat gugusan pulau-pulau berbatu kecil yang dinamakan sebagai Oryukdo Islets. 
🔵Kata Sarah, pulau-pulau ini boleh dikunjungi dengan berjalan kaki dari tanah besar sewaktu air surut.




To be continued.

Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

No comments:

Post a Comment