Assalamualaikum.
Seterusnya Mr. Kobu bawa kami ke salah satu jeti-jeti nelayan yang ada di Pulau Pangkor ini. Komuniti para nelayan yang paling ramai di pulau ini adalah di Sg. Pinang Besar. Maka ke situlah kami dibawa oleh Mr. Kobu.
Sememangnya jika melalui kawasan ini kita akan dapat lihat banyak jeti-jeti dan bot-bot nelayan serta rumah-rumah atas tiang di tepi laut.
🔵Kami juga passed by blok-blok pangsapuri yang dibina untuk program Penempatan Semula Nelayan (PSN) Pangkor, Perak.
🔵Hanya nelayan dari komuniti Pulau Pangkor sahaja dapat menikmati manfaat program ini.
🔵Antara syarat kelayakan di bawah projek PSN itu adalah nelayan berkenaan mestilah merupakan ahli kepada Persatuan Nelayan Kawasan Pulau Pangkor iaitu nelayan tulen yang diiktiraf persatuan nelayan tersebut.
🔵Nelayan berkenaan juga mestilah penduduk Pulau Pangkor dan pemegang Kad Nelayan yang dikeluarkan Jabatan Perikanan.
🔵Hanya ditawarkan kepada nelayan generasi pertama di Pulau Pangkor.
Kami pun berhenti di tepi jalan ini untuk melawat salah satu jeti nelayan yang ada di Sungai Pinang Besar ini.
Saya baca terdapat tujuh jeti atau jeti kayu nelayan seperti ini di Sungai Pinang Kechil dan Sungai Pinang Besar.
🔵Dua pekan di pulau ini, iaitu Sungai Pinang Besar dan Sungai Pinang Kecil, adalah dua penempatan nelayan Cina utama di Pulau Pangkor.
🔵Terletak separuh jalan di sebelah timur pulau ini, Sungai Pinang Besar adalah yang lebih menarik daripada kedua-duanya kerana ia mempunyai banyak jeti-jeti bot nelayan, di mana industri perikanan telah berkembang maju sejak tahun 1980-an.
🔵Suasana di sebuah jeti nelayan di Pulau Pangkor. Di sini dilakukan kerja-kerja memunggah dan memproses hasil tangkapan.
🔵Mr. Kobu menunjukkan pada kami bilik sejuk beku di mana hasil tangkapan laut disimpan.
🔵Terus Mr. Kobu ajak kami masuk. Eh... boleh masuk ke? Mr Kobu kata it's ok sebab dia kenal taukeh jeti ini.
🔵Terkejut juga kami tiba-tiba masuk dalam bilik yang sangat sejuk ini especially sebab ketika itu di luar cuaca panas terik.
🔵Suhu penyejukkan bagi bilik sejuk beku tangkapan laut adalah sekitar -20℃.
🔵Bilik sejuk beku ini sangat penting untuk menyimpan hasil tangkapan laut harian sementara menunggu masa untuk dihantar ke destinasi terakhirnya.
🔵Bilik sejuk beku ini juga menjadi sangat penting terutamanya pada musim tangkapan melimpah.
🔵Kata Mr. Kobu, jeti nelayan seperti ini, yang melakukan kerja-kerja memproses hasil tangkapan laut turut mempunyai mesin-mesin pembuat ais.
🔵Hasil tangkapan laut dibungkus dalam ais untuk memastikan mereka segar untuk perjalanan trak mereka ke pasar borong di sekitar semenanjung.
🔵Lazimnya, hasil tangkapan kebanyakannya ialah cencaru, selar, kembong dan tongkol yang dikenali sebagai 'ikan rakyat'.
🔵Yang paling banyak dan penting bagi perikanan Pulau Pangkor ialah ikan kembong.
🔵Kompleks/Labuhan Perikanan LKIM ada menyediakan kemudahan bilik sejuk untuk pengguna untuk memastikan hasil tangkapan yang dihantar kekal segar dan berkualiti tinggi.
🔵Selain itu, kemudahan bilik sejuk juga boleh membantu mengurangkan kekurangan stok hasil laut.
🔵Kompleks dan Labuhan Perikanan mempunyai 90 bilik sejuk dengan kapasiti 1,548 mt.
🔵Di negeri-negeri pantai timur, bilik sejuk beku juga digunakan untuk menyimpan hasil tangkapan laut bagi menampung keperluan rakyat ketika musim tengkujuh dan musim banjir.
🔵Alat penimbang yang akan digunakan untuk menimbang hasil tangkapan dari laut.
🔵Pulau Pangkor dikelilingi oleh beberapa pulau iaitu Pulau Mentagor, Pulau Simpan, Pulau Tukun Terindak, Pulau Pangkor Laut dan Pulau Giam.
🔵Industri perikanan tradisional di Malaysia telah ada sejak berabad-abad lamanya manakala kegiatan Perikanan di Pulau Pangkor agak baru, bermula sekitar tahun 1920-an.
🔵Persatuan Industri Marin telah ditubuhkan pada tahun 1930, membenarkan perikanan dan pembuatan bot sebagai perdagangan tempatan utama Pulau Pangkor.
🔵Perairan Pulau Pangkor, yang kaya dengan tenggiri India, kebanyakannya menarik perhatian nelayan Kantonis dan Hainan.
🔵Pemilik jeti atau jeti yang dikenali sebagai taukeh juga memiliki bot dan semua peralatan jeti yang diperlukan untuk menjalankan operasi jeti seperti kren dan mesin pembuat ais.
🔵Seterusnya kami ke tepi jeti untuk melihat bot-bot nelayan yang berlabuh.
🔵Jabatan Perikanan Malaysia melaporkan subsektor perikanan tangkapan negara telah mencatatkan pengeluaran sebanyak 1.42 juta tan metrik dengan nilai keseluruhan sebanyak RM12.8 bilion pada tahun 2024.
🔵Pengeluaran dari perairan laut pantai menyumbang sebanyak 86.7% iaitu 1.23 juta tan metrik manakala laut dalam sebanyak 13.3% dengan jumlah tangkapan 189,000 tan metrik.
🔵Kata Mr. Kobu kepada kami, bot-bot nelayan ini tidak hanya menangkap ikan di sekitar Pulau Pangkor. Adakalanya mereka akan keluar jauh sehingga ke perairan Pulau Pinang untuk menangkap ikan.
🔵Setiap bot ini juga mempunyai lesen masing-masing. Lesen ini akan menentukan sejauh mana mereka dibenarkan pergi untuk menangkap ikan.
🔵Di seluruh Malaysia, sebanyak 49,173 vesel digunakan untuk menyokong aktiviti penangkapan melibatkan 112,344 nelayan termasuk 25,125 kru asing.
🔵Zon-zon penangkapan ikan Malaysia adalah dari Zon A, Zon B, Zon C dan Zon C2.
🔵Sumbangan besar hasil tangkapan Malaysia adalah dari Zon A sebanyak 404,220 tan metrik diikuti Zon C (430,260 tan metrik) dan Zon B (318,080 tan metrik).
🔵Zon A melibatkan aktiviti perikanan sampan kecil iaitu dari kosong hingga lima batu nautika manakala Zon B melibatkan jarak hingga 12 batu nautika dan Zon C lebih 12 batu nautika iaitu melibatkan vesel komersial.
🔵Pada saya berjalan di titi kayu ke arah laut di jeti nelayan seperti ini memberikan pemandangan yang cukup istimewa.
🔵Di Pulau Pangkor, para nelayan masih menggunakan bot kayu tradisional buatan tempatan di pulau itu yang dibuat dari kayu cengal.
🔵Bengkel-bengkel pembuatan bot di Pulau Pangkor menghasilkan tiga jenis bot kayu - bot pukat tunda, bot kembong dan bot sotong.
🔵Setiap bot kayu mengambil masa 4 - 5 bulan untuk dibuat oleh tukang mahir yang bekerja dari ingatan tanpa sebarang pelan atau blueprints.
🔵Dari zaman kegemilangannya dengan 15 bengkel pembuatan bot tradisional, kini hanya terdapat 5 di Pulau Pangkor.
🔵Bot-bot yang dibina di Pulau Pangkor juga ada yang dijual hingga ke Thailand.
🔵Bot-bot nelayan Malaysia ditandakan dengan huruf-huruf A, B dan C.
🔵A menandakan bot tu boleh melakukan penangkapan ikan dari jarak pantai hingga 5 batu nautika.
🔵Bagi bot-bot nelayan B pula boleh menangkap ikan dari jarak 5 batu nautika hingga 12 batu nautika. Tapi boleh juga masuk area bot-bot nelayan C dan C2.
🔵Untuk bot-bot nelayan C, boleh tangkap ikan dari 12 batu nautika hingga 30 batu nautika.
🔵Bot-bot nelayan C2 boleh tangkap ikan dari 30 batu nautika ke atas. C3 pula ialah untuk zon laut lepas.
🔵General rule nya ialah bot-bot nelayan yang besar tidak dibenarkan masuk menangkap ikan di zon-zon bot-bot nelayan yang kecil.
🔵Tiada halangan bagi bot-bot dari zon berhampiran pantai untuk menjalankan operasi tangkapan ikan di zon yang lebih jauh, contohnya, bot-bot yang beroperasi di zon A boleh menangkap ikan di zon-zon B, C dan C2.
🔵Bot-bot nelayan ada yang menggunakan pukat tunda dan pukat jerut. Zon-zon penangkapan ikan bagi bot-bot nelayan yang menggunakan pukat tunda atau pukat jerut adalah sama seperti zon-zon A, B dan C.
🔵Ini ringkasan maklumat di atas. Trawlers adalah pukat tunda dan purse seiner adalah pukat jerut.
🔵Ini bot Kelas C. Dari segi saiz, ianya lebih besar dari bot-bot Zon A dan B dan lebih kecil dari bot-bot Zon C2.
🔵Ini pula contoh bot Zon C2 yang saya rakam semasa Kuantan River Cruise.
🔵Zon C2 tercipta setelah berlakunya pengisytiharan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) negara pada 25 April 1980 yang telah memperluaskan perairan perikanan Malaysia dengan penambahan hampir empat kali ganda iaitu daripada 47,000 kepada 157,143.5 batu nautika persegi.
🔵Susulan itu, kawasan penangkapan ikan laut dalam yang dinamakan ‘Zon C2’ telah diwujudkan oleh Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) bagi pembukaan lesen untuk meneroka sumber perikanan yang jarang diusik di ZEE Malaysia.
🔵Definisi ‘laut dalam atau ‘zon C2’ di perairan perikanan Malaysia adalah bermula daripada:
🔹15 batu nautika dari Pantai Barat Semenanjung Malaysia (Selat Melaka) sehingga ke sempadan ZEE negara (berkongsi dengan zon C); dan
🔹30 batu nautika dari Pantai Timur Semenanjung Malaysia dan Malaysia Timur sehingga ke sempadan ZEE negara.
🔵Kategori Vesel Penangkapan Ikan Laut Dalam (C2)
🔹Vesel hendaklah bersaiz muatan lebih 70 GRT (tahan kasar berdaftar)
🔵Peralatan Menangkap Ikan Untuk C2
🔹Pukat Tunda
🔹Pukat Jerut Ikan
🔹Bubu
🔹Kail-Mengail (Rawai)
Sumber: https://www.dof.gov.my/perkhidmatan/perikanan-tangkapan/pelesenan-laut-dalam-dan-tuna-zon-c2-c3/
🔵Antara isu-isu semasa dan cabaran yang dihadapi oleh industri perikanan Malaysia ialah:
🔹Pencerobohan kawasan zon konservasi perikanan.
🔹Kemerosotan kepelbagaian biodiversiti terumbu karang.
🔹Kemerosotan terumbu karang dan habitat marin sedia ada.
🔹Penangkapan ikan secara berlebihan.
🔵Maka usaha dan program pemuliharaan sumber perlu terus dijalankan secara mampan antaranya melabuhkan tukun di perairan umum, mengawal pelesenan perikanan dan pencerobohan.
🔵Perlu juga diteruskan usaha mewujudkan kawasan perlindungan marin. Sehingga kini, sebanyak 56 pulau di seluruh negara telah diwartakan sebagai Taman Laut.
🔵Sumbangan juga turut dijangkakan daripada aktiviti perikanan laut dalam khususnya di perairan Terengganu, Kelantan, Pahang, Perak dan Johor timur.
🔵Tumpuan juga diberikan kepada pendaratan ikan tuna di mana vesel dilesenkan untuk menangkap ikan itu di Lautan Hindi.
Sumber: www.dof.gov.my
🔵Semasa Ucapan Belanjawan 2021, Kerajaan telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM 150 juta bagi tujuan pembiayaan Program Pemodenan Vesel dan Mekanisasi Peralatan bagi Vesel Zon dan Zon B.
🔵Peruntukan ini adalah di bawah Dasar Jaminan Makanan (DJM) Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI).
🔵Objektif utama projek ini adalah ke arah pembangunan industri perikanan pantai menerusi program pemodenan vesel, menggalakkan penggunaan peralatan mesra alam dan peningkatan mekanisasi peralatan tangkapan vesel di Zon A dan Zon B.
🔵Membuka peluang nelayan tradisi di Zon A dan Zon B menaik taraf dan memodenkan vesel, mekanisasi, peralatan tangkapan yang lebih efisien dan mesra sumber, peningkatan aspek keselamatan dan peningkatan kualiti hasil tangkapan. Secara langsung meningkatkan pendapatan nelayan A dan Zon B.
🔵Program ini juga merupakan usaha Jabatan dalam menggalakkan vesel beroperasi di zon yang lebih jauh atau bertukar peralatan daripada peralatan tradisional kepada peralatan komersil, mengubahsuai vesel dengan konsep ke arah pemodenan vesel, pembelian enjin baru atau menambah baik peralatan menangkap ikan bagi berpindah ke Zon C.
🔵Ini seterusnya akan meningkatkan proses pemuliharaan semula jadi stok ikan dan kualiti ekosistem di kawasan kurang 12 batu nautika dari pantai dan mewujudkan kawasan menangkap ikan yang stabil serta penerokaan yang mapan.
🔵Mengurangkan kebergantungan penggunaan kru bukan warganegara bekerja di atas vesel penangkapan ikan tempatan dan menggalakkan penglibatan kru warganegara termasuk belia bekerja di atas vesel penangkapan ikan yang moden dan selesa.
🔵Melalui mekanisasi tangkapan, mengurangkan jumlah penggunaan kru dan meningkatkan kecekapan hasil tangkapan mekanisasi yang bersesuaian, seterusnya mengurangkan kos operasi dan meningkatkan hasil kepada pemilik vesel; dan
🔵Meningkatkan lagi jumlah pendaratan ikan bagi tujuan bekalan makanan. Ianya juga akan dapat membantu menjana pendapatan nelayan, meningkatkan ekonomi nelayan dan menambah baik keselamatan nelayan.
🔵Selepas melawat Jeti Perikanan di Sungai Besar Dalam, Mr. Kobu membawa kami kembali ke Suria Beach Resort. Kami pun belum lagi check-in ketika itu.
🔵Program pusing-pusing Pulau Pangkor kami seterusnya akan disambung lagi sekitar pukul 6.30 petang for the Pangkor Island Night Tour.
🔵Mr. Kobu cukup cekap sekali memandu di jalan Pulau Pangkor yang adakalanya sempit dan bengkang-bengkok ketika kami balik ke Teluk Nipah ketika itu.
🔵"Dah biasa", kata dia. Mr. Kobu, anak jati Pulau Pangkor, turut bercerita yang jalan berturap di Pangkor hanya dibina 30 tahun dulu.
🔵Sewaktu dia masih kecil, jalan di Pulau Pangkor cuma jalan tanah yang boleh dilalui oleh basikal.
🔵Pada masa sekarang telah ada 20 km jalan berturap mengelilingi Pulau Pangkor.
Ketika ini kami passed by Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu Teluk Ketapang Pulau Pangkor Perak Darul Ridzuan.
Sumber: https://marinepark.dof.gov.my/lokasi/pusat-penyu/
🔵Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu (PKPP) dibina oleh Jabatan Perikanan Malaysia dan diuruskan oleh Pejabat Perikanan Negeri.
🔵Ia merupakan pusat informasi, pembelajaran, tempat perlindungan, penetasan dan penyelidikan mengenai penyu.
🔵Pusat ini juga turut dijadikan pusat rawatan bagi penyu-penyu yang dijumpai terdampar dan tercedera sebelum dilepaskan semula ke laut.
🔵Objektif utama penubuhan pusat ini adalah:
🔹Memulihara dan melindungi kawasan pendaratan penyu.
🔹Mengawalselia aktiviti pengutipan telur penyu dari sarang semulajadi penyu.
🔹Mengutip, mengumpul dan menanam telur penyu di tapak hatcheri bagi tujuan penetasan.
🔹Memelihara dan mengasuh anak anak penyu sehingga saiz sesuai untuk dilepaskan ke laut (habital asal).
🔹Menjalankan kajian saintifik mengenai penyu melibatkan pegawai penyelidik dari dalam dan luar negara.
🔹Meningkatkan kesedaran mengenai pemuliharaan penyu kepada setiap lapisan masyarakat.
🔹Menjadikan Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu sebagai daya tarikan pelancong.
🔵Langkah-langkah yang perlu diambil untuk memulihara penyu:
🔹Jangan makan telur penyu
🔹Jangan ganggu penyu yang sedang bertelur
🔹Jangan ganggu anak penyu yang menetas merangkak ke laut
🔹Jangan beli kraftangan/cenderamata yang dibuat daripada penyu
🔹Jangan buang sampah ke pantai/laut/sungai
🔹Jangan buang jaring/pukat/pancing ke dalam laut
🔵Sokong aktiviti pemuliharaan penyu yang dijalankan di Malaysia
🔵Hubungi Jabatan Perikanan Malaysia di talin 03-8888 5019 sekiranya terdapat penyu terdampar
🔵Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu mula ditubuhkan sejak tahun 1985. Terdapat enam (6) buah pusat dan satu (1) ruang pameran Penyu di seluruh semenanjung Malaysia iaitu:
🔹Pusat Konservasi & Penerangan Penyu Pantai Kerachut, Pulau Pinang
🔹Pusat Konservasi & Penerangan Penyu Segari, Perak
🔹Ruang Pameran Penyu, Pusat Ikan Hiasan Port Dickson, Negeri Sembilan
🔹Pusat Konservasi & Penerangan Penyu Padang Kemunting, Melaka
🔹Pusat Konservasi & Penerangan Penyu Cherating, Pahang
🔹Pusat Konservasi & Penerangan Penyu Rantau Abang, Terengganu
🔹Pusat Konservasi Penyu Ma’Daerah, Kerteh, Terengganu
Ini maklumat tentang jenis-jenis penyu yang mendarat dan bertelur di Malaysia.
Teluk Nipah.
🔵Diberitakan pantai yang indah dan popular Pulau Pangkor ini mengalami masalah kotoran minyak di pesisirnya (2024) dan juga mengalami masalah hakisan akibat ombak besar yang melanda (2023).
🔵Semoga pihak yang berwajib dapat segera mencari jalan menyelesaian dan melaksanakan langkah-langkah mengatasi kedua-dua masalah ini.
Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.
No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.
No comments:
Post a Comment