No photograph may be reproduced, downloaded, copied, screenshot, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran (owner of these photos). All rights reserved.
Foto-foto dari blog ini tidak dibenarkan diterbitkan, dimuat turun, disalin, ditangkap skrin, disimpan, dimanipulasi, atau digunakan secara keseluruhan atau sebahagian, tanpa kebenaran bertulis daripada Syed Amran (pemilik foto-foto). Hak cipta terpelihara.
Untuk mendapatkan kebenaran sila email kepada ezdy@hotmail.com
Hari tu ade sedikit hal di Teluk Intan. Selesai je langsung ambik kesempatan untuk jalan-jalan :).
Foto-foto dari blog ini tidak dibenarkan diterbitkan, dimuat turun, disalin, ditangkap skrin, disimpan, dimanipulasi, atau digunakan secara keseluruhan atau sebahagian, tanpa kebenaran bertulis daripada Syed Amran (pemilik foto-foto). Hak cipta terpelihara.
Untuk mendapatkan kebenaran sila email kepada ezdy@hotmail.com
Hari tu ade sedikit hal di Teluk Intan. Selesai je langsung ambik kesempatan untuk jalan-jalan :).
Since tak tau jalan-jalan di Teluk Intan, saya decide to cari tour guide. Well sort of :).
Sampai je taxi di lobi Grand Court hotel, saya naik dan terus tanya taxi driver kalau-kalau dia boleh bawak saya pusing-pusing bandar. Saya kata saya nak jalan-jalan sambil ambik-ambik gambar. Mula-mula Valen [nama En.taxi driver tu] nampak teragak-agak tapi lepas tu bersetuju.
And as it turned out En.Valen sangat baik berbudi bahasa dan begitu accommodative. End up cam dia pulak yang lagi enthusiastic dan excited dari saya which is just super fine with me...hihi.
Mula-mula Valen bawak saya ke River Front Teluk Intan di tepi Sungai Perak. Laa... tak tau pun situ ader water front. Selalu gak sebelum ni makan2 di gerai berhampiran tapi tak pernah perasan pun. Condition taman tu well maintained dan ramai juga pengunjung petang tu yang kebanyakkannya keluarga dan remaja. Foto2 ayam tu si Valen yang suruh ambik...haha. 'Cantik ayam2 tu bang' kata Valen. Aku pun shoot la. Bila tgk balik, ye la, lawa pulak...hihi...
Pas tu Valen bawak saya ke jeti berdekatan. Ha.. jeti ni saya dah pergi beberapa kali dan setiap kali saya singgah mesti ader some kind of upgrade works had been done. Ni yg latest dan paling elok pada pendapat saya. Bot2 ni boleh disewa untuk memancing dan siar2. Sunset kat sini memang cantik tapi masa tu awal lagi.
Ni Balai Polis lama Teluk Intan. Salah satu bangunan bersejarah di bandar ni. Tapi sayangnya nampak macam tak berjaga. Dulunya pejabat kastam, bangunan ini telah dijadikan balai polis. Itu je info yg saya boleh cari di internet. Kalau ade siapa2 yg ader data sejarah bangunan boleh le beritahu saya ya. Saya rasa bangunan kolonial macam ni elok dijadikan tourist attractions. Secara tak langsung akan terjaga bekas2 sejarah ni.
Seberang jalan balai polis lama tu ader sungai Perak. Ternampak pula di situ beberapa orang sedang melerai jala. Saya terus ke tempat tu dan bertegur sapa bertanya apa yg sedang mereka buat. Pertanyaan itu berterusan jadi satu perbualan dan berkenalan. Yg seluar merah tu ialah En.Osman seorg fish farmer. Dia kata, 'Kalau nak tengok ikan-ikan saya, pergi lah', sambil menuding tempat ikan diternak di tepi sungai. Oooo... it was like music to my ears. Tak sangka pulak dia siap offer. Bila saya tanya boleh ke ambik gambar En.Osman kata boleh, tak der masalah. Aku terus pergi explore lah! :)
Ikan ternakan En.Osman ialah ikan tilapia merah. Yg dalam besen biru ikan2 yg masih kecik. Yg dalam kandang/petak di sungai ikan2 yg dah besar. Tempat tu siap ader 2 bilik untuk En.Osman and team berehat dan tidur. Saya rasa juga untuk jaga ikan2 tu dari sebarang kegiatan jahat.
Naik taxi terus dibawa Valen ke jeti di mana ader bot penambang yg menyeberangi sungai Perak tu. 'Abang lepas ni naik bot tu dan turun di seberang. Lepas tu abang naik balik bot dan balik ke sini. Saya tunggu abang sini. Masa atas bot tu abang boleh ambik banyak gambar' Valen mencadangkan pada saya. Wah... best dapat 'tour guide' macam si Valen ni....hihi. Tambang cuma RM0.50 sahaja dan boat ride tu cuma lebih kurang 10 ke 15 minit.
Ya motor juga boleh dibawa naik bot ni. Caj untuk motor ialah RM0.60.
Valen kata, 'Ok, nanti abang tengok ok, cara uncle tu bawak naik motor2. Abang tengok ok'. Saya pun macam heran kenapa Valen begitu beria-ia suruh saya perhatikan uncle tu nak bawak naik motor ke bot. Ooooo... rupanya uncle tu tolak motor2 tu secara mengundur. Ye la jugak, nanti senang le nak turun.
Perlayaran dimulakan :)
Bot ride tu was very nice, peaceful dan berangin. Very relaxing especially since petang tu cuaca tak panas.
Maka sampai la ke Jeti Penambang Kg. Cina. Tak apa actually di situ. Saya cuma berjalan-jalan di kawasan bersekitaran berdekatan sahaja. Terjumpa pulak seorg auntie yg build dan jaga tempat parking motor. Dia juga ader gerai kecik di situ. Saya terus tegur dan berbual-bual. Baik sgt auntie tu. Saya tanya der apa di belah sini? Dia terus bercerita di dalam sana ader ladang getah, kelapa sawit dan sawah. Juga ader hindu temple dan buddhist temple. Seronok sembang2 dgn auntie tu sementara menunggu bot datang balik.
Bot lama yg sangat menarik :)
Sambil menunggu bot ambik le foto2 :)
Naik teksi lagi sambil ambik foto2 bandar Teluk Intan. Masa tu langit dah mendung. Belah petang memang selalu hujan lebat bulan tu.
The top right foto tu ialah restoran Yusuffia menjual nasi kandar. According tu Valen sangatlah sedap nasi kandar restoran tu sampai sultan pun datang makan di situ. Tapi kata Valen tu dulu2 la. Sekarang dah tak sedap dah.
Ini pula Nagarathar Sri Thendayuthapani Temple yg dibina oleh komuniti Chettiar Teluk Intan pada 1899. Dah berusia 115 tahun.
Hari dah betul2 mendung masa tu. Macam nak hujan lebat. Saya terus dibawa Valen ke satu lagi jeti di Stesen Telimetri Sungai Bidor di Kampung Terengganu. Pemandangan di situ waktu itu sangat la awesome. Awan kelabu gelap melitupi belah kanan jeti.
Tadinya saya risau sebab hari nak hujan lebat yg tentunya menyukarkan saya untuk ambik gambar. Tapi bila dah terpampang view macam ni saya jadi happy pulak :)
Sky very dramatic! Lighting was awesome!
Ni shot terakhir di jeti tu sebelum cepat2 saya masuk teksi kerana hujan dah mula turun.
Mengikut kata Valen tanah perkuburan Islam ni tidak pernah penuh-penuh walaupun sudah 3 generasi berlalu. SubhanAllah, kuasa tuhan. Saya terus memberi salam dan sedekah Al-Fatihah.
Rumah2 lama captured semasa dalam perjalanan to the next destination.
Seterusnya Valen bawa saya ke jambatan besi ini. Dianggap sebagai salah satu tinggalan terunggul dalam sejarah perkhidmatan keretapi di Teluk Intan, jambatan ini dibina pada 1891 dan siap pada 1893. It crosses Sungai Bidor. Penduduk tempatan panggil jambatan ini 'jambatan geghrotak' atau 'jambatan geretak' kerana bunyi dari keretapi yg lalu di jambatan itu. Ada pendapat yg mengatakan jambatan ini adalah hasil kejuruteraan yg hebat kerana dibina pada 1890 an dan masih kukuh sampai sekarang. Ia dibina oleh pihak British untuk menghubungkan landasan dari Tapah dan Teluk Intan. Lepas 1991 bila jambatan baru telah dibina, trek keretapi di jambatan besi ini diturap dan cuma kenderaan sikal sahaja yg boleh lalu.
Dibawah juga ada foto pintu kawalan berpagar landasan keretapi yg merentangi jalanraya dari Bidor ke Teluk Intan yang masih dikekalkan sebagai salah satu tanda sejarah.
Valen kemudian terus pula ke peninggalan istana Raja Muda Perak yang terletak di jalan Sekolah. Istana ini dahulunya adalah istana kediaman rasmi Raja Muda Perak dan apabila baginda meninggal dunia istana ini tidak diduduki lagi dan terbiar. Kawasan istana ini tidak boleh dimasuki kerana ia adalah the property of Sultan of Perak.
Sedikit excerpt about the then Raja Muda from Mr. Ky Cheah
"It was a sprawling palace, well maintained and well guarded. Outside the palace grounds were packed with speed boats of the late Sultan Idris. He was the Raja Muda then. A flamboyant prince, a musician , an artist and an outdoorman. Whenever he went he would be dressed in jungle outfit and packing a six-shooter.He especially loved boating and could be seen plying the perak river with his entourage. He was a man of the people and well liked by the Townfolk. He would mingle with them on weddings and many other festivities".
Then we went on to the next old building, the Roman Catholic St. Anthony of Padua atau Gereja Katolik St. Anthony located di Jalan Sekolah. Gereja ini dibuka pada 6 May 1923.
Dan pastinya Menara Jam Condong yang dibina pada tahun 1885 oleh kontraktor Leong Choon Chong turut kami lawat. Kalau nak tahu bagaimana dulu2 jam ini di wind up, sila la baca catatan Mr. Ky Cheah yang mengisahkan semasa beliau anak kecil beliau sering melihat sendiri bagaimana jam itu di wind up secara manual.
Menara yg nampak macam 8 tingkat tapi sebenarnya ada 2 solid floors.
Mahkamah lama ini yg dibina masa zaman British pada 1880 juga serve as place of worship sehingga 1911 bila gereja baru dibina. Sekarang didepannya tertera papan tanda "AMARAN: Tanah milik Persekutuan. Kegunaan Angkatan Tentera Malaysia. Penceroboh akan didakwa". Bagus la. Sekurang2nya bangunan ini terjaga.
Valen terus begitu enthusiastic dan bawa saya ke tepi sungai Perak untuk tunjuk restoran terapung. Tapi dia tak ingat pulak apa nama restoran tu...hihi. Masa tu tgh hujan lebat dan air nampak macam tengah pasang.
Betul2 sebelah restoran terapung itu ada temple baru, the Tung Hoi Loong Wong Tan - Temple of the East Ocean Dragon King yang mengadap Sungai Perak.
Seterusnya Valen bawa saya ke sebuah restoran sea food. Ader menghidangkan udang galah yg besar2 kata Valen. Unfortunately, dalam akuarium restoran tu masa tu tak ader udang2 tu. Valen nampak hampa tapi saya senyum je. Yg bestnya betul2 tepi restoran yg mengadap sungai tu ialah juga tempat bela ikan milik the restaurant owner. Dari verandah restoran tu saya dapat lihat 2 pekerja restoran [mungkin juga salah seorang tu ialah boss restoran tu] sedang memilih-milih ikan untuk hidangan di restoran. Ikan mana yg tak meet criteria dilempar semula kedalam kandang/petak. Kelihatan juga beberapa orang sedang memancing.
Lepas tu kami ke kuarters KTMB. Saya suka bangunan sebegini, yg dibina pada zaman kolonial. Saya rasa mungkin dibina masa The Federated Malays States Railways [FMSR]. Saya pun jalan2 dan ambik gambar sementara Valen menunggu di dalam teksi di tepi jalan. Ada rumah yang nampak sudah tidak boleh diduduki melainkan di repair. Ada yg elok dan diduduki keluarga. Sedang ambik gambar tiba-tiba datang seorang lelaki. Kami bertegur sapa dan saya nyatakan tujuan saya ke situ. Dia nampak ok je. Dia dan ibu tinggal di situ kerana ayah kerja dgn KTMB. Maaf saya bercerita sikit, tapi masa kami berbual pendek tu, saya terbau kuat alkohol. Aduh tak kan la baru pukul 5 petang dah minum....
Si Valen siap berhenti tepi jalan, 'on' kan emergency light teksi, jalan ke 'island' di tepi persimpangan yg sibuk untuk tunjuk pada saya batu ni. Actually dia tak pasti batu apa dan tujuan batu tu diletak di situ. Yg dia share ialah kononnya batu tu besar kotak mancis dan batu dah 'membesar' jadi saiz sekarang. Balik rumah saya google. Susah gak nak cari, last2 saya cari guna tulisan yg tertera di plak tu. Rupanya batu tu dipanggil Batu Tenggek [Sitting Boulder] untuk memperingati para perajurit yang telah gugur di Perang Dunia I dan II. Letaknya di junction nak ke Teluk Intan. Dan kata2 itu adalah dari poem oleh Laurence Binyon. Yang tentang batu tu 'grow' ada yang kata due to crystallization, ada yg kata tu cuma folklore je.
Additional note: Masa cari2 info, rupanya kat junction tu juga letaknya lampu trafik pertama Teluk Intan di sekitar tahun 50an.
Semasa dalam perjalanan ke tempat2 lain, dari dalam teksi sempat saya merakam gambar beberapa masjid di Teluk Intan: Masjid Daerah Sultan Idris II, Masjid India Muslim dan Masjid Melayu Teluk Intan.
Ini pula ialah bangunan HSBC. Bagus kalau lain2 bangunan lama dijaga sebegini baik. Nilai sejarahnya sgt tinggi dan penting untuk generasi2 akan datang.
Valen bawa pula saya ke kuil ini yg katanya sudah berusia lebih 100 tahun. Ini adalah Hock Soon Keong [Hock Soon temple]. Ia dibina oleh komuniti Hokkien pada 1883. Selain sebagai place of worship, ia juga dulu2 tempat berkumpul orang2 Hokkien setempat untuk menyelesaikan pelbagai hal, menolong orang miskin dan meleraikan pertelingkahan between clans.
Betul2 seberang lorong dari Hock Soon temple ialah Madrasah Al-Ihsaniah yang didirikan pada 1901M/1320H. Tiada orang waktu saya masuk kawasan madrasah ini. Setelah memberi salam saya melangkah masuk. Cantik dan sgt bagus penjagaan madrasah ini. All look very well maintained dan bersih.
As I was about to leave, tiba-tiba datang seorang lelaki bermotor masuk ke perkarangan madrasah. Dia turun dan terus ke arah saya. Segera saya memberi salam dan menyatakan tujuan saya ke situ dan terus minta kebenaran sekali. Dia kata tak jadi masalah, silakan. Lega. Mana la tahu kot tak dibenarkan ambik gambar. Tapi ada juga dia tanya saya dari mana. Mungkin dia fikir saya dari mana2 syarikat penerbitan kot. Nama dia Siharjo, dari seberang dan bertugas sebagai tok siak dan bilal menjaga madrasah itu. MasyaAllah. Bila saya tanya boleh ke saya ambil foto di bahagian tempat solat, boleh katanya dan terus naik tangga dan buka pintu juga semua lampu2. Alhamdulillah.
Dan last sekali Valen bawa saya ke kedai kopi Keng Heng yg merupakan salah satu tempat hanging out popular dulu2. Yang Valen nak tunjuk pada saya ialah apa yg ada di dinding dalam kedai kopi tu. Waa.... patut la Valen begitu bersungguh-sungguh :). Banyak foto-foto lama Teluk Intan terpampang di situ. Rasa nostalgic sungguh pulak :).
Hari sudah senja Valen hantar saya balik ke hotel. Kata dia, 'Lepas ni abang terus naik ke tingkat yang ada karaoke tu dan pergi ke balkoni tingkat tu dan abang tengok ke arah sana. Abang mesti dapat tengok matahari terbenam yg sangat cantik'. Waa... kalau ada title tour guide of the year memang la aku vote si Valen ni...hihi.... And I paid him quite handsomely too which is only fitting I think considering how he had gone all out to show me around and share history of Teluk Intan.
Betul seperti kata Valen. Sunset senja itu sungguh cantik. SubhanAllah.
Tetiba nak buat side by side comparison of the 'now and then' cam kawan saya Puan Doc :).
Foto2 lama tu dari Kedai Kopi Keng Heng.
Foto-foto dari blog ini tidak dibenarkan diterbitkan, dimuat turun, disalin, ditangkap skrin, disimpan, dimanipulasi, atau digunakan secara keseluruhan atau sebahagian, tanpa kebenaran bertulis daripada Syed Amran (pemilik foto-foto). Hak cipta terpelihara.
Untuk mendapatkan kebenaran sila email kepada ezdy@hotmail.com
No photograph may be reproduced, downloaded, copied, screenshot, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran (owner of these photos). All rights reserved.
Foto-foto dari blog ini tidak dibenarkan diterbitkan, dimuat turun, disalin, ditangkap skrin, disimpan, dimanipulasi, atau digunakan secara keseluruhan atau sebahagian, tanpa kebenaran bertulis daripada Syed Amran (pemilik foto-foto). Hak cipta terpelihara.
Untuk mendapatkan kebenaran sila email kepada ezdy@hotmail.com
No photograph may be reproduced, downloaded, copied, screenshot, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran (owner of these photos). All rights reserved.
teluk intan, river front teluk intan, balai polis
lama teluk intan, menara jam condong teluk intan, mahkamah lama teluk intan, fish farmers, batu tenggek teluk intan, jeti
penambang, nagarathar sri thendayuthapani temple teluk intan, hock soon temple teluk intan, madrasah
al-ihsaniah teluk intan, gereja katolik st.anthony teluk intan, tung hoi loong wong tan - temple of the
east ocean dragon king teluk intan, kuarters ktmb teluk intan, jambatan besi teluk intan, kedai kopi keng heng teluk intan, syed amran images, canon eos 7d, canon 10-22mm lens, tamron 18-270mm, canon 50mm lens,
No photograph may be reproduced, downloaded, copied, screenshot, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran (owner of these photos). All rights reserved.
Foto-foto dari blog ini tidak dibenarkan diterbitkan, dimuat turun, disalin, ditangkap skrin, disimpan, dimanipulasi, atau digunakan secara keseluruhan atau sebahagian, tanpa kebenaran bertulis daripada Syed Amran (pemilik foto-foto). Hak cipta terpelihara.
Untuk mendapatkan kebenaran sila email kepada ezdy@hotmail.com
Foto-foto dari blog ini tidak dibenarkan diterbitkan, dimuat turun, disalin, ditangkap skrin, disimpan, dimanipulasi, atau digunakan secara keseluruhan atau sebahagian, tanpa kebenaran bertulis daripada Syed Amran (pemilik foto-foto). Hak cipta terpelihara.
Untuk mendapatkan kebenaran sila email kepada ezdy@hotmail.com
Baru berkesempatan berblogwalking semula,
ReplyDeleteSubhanallah...paparan yang sungguh menarik, seluruh Teluk Intan ada di sini.
Bila tengok gambar madrasah tu berulang kali, terasa macam gambar 3D je..
Hi PT :)
DeleteThanks. Sebenarnya saya rasa banyak lagi yg tak saya cover. Tak sempat sebab spent jalan2 tu around 3 jam je. Plus hujan, tu yg tak dpt explore sgt. Apa2 pun saya sgt bersyukur dgn yg dah dpt ni :)
Macam 3D? Ye ke PT? Cool :)
mata saya bulat dan bersinar-sinar bila baca entri ni!
ReplyDeleteyou know me kann.... ;)
this kind of exploring excites me!!
pergi sana sini and jumpa the unsangkarable!!
love the dramatic cloud!!
nampak ' garang ' !!
feel like want do a day excursion to Teluk Intan after seeing the photos!!
Hihi.. I faham reaksi doc tu sebab saya buat excursion ni pun with doc in mind. Buat macam your style by paying attention to the history details of the places/building/kesan sejarah.
DeleteIndeed. Masa kat situ saya rasa quite intimidated by the hovering clouds. Macam menacing pun ader gak....
Waaa... what a great idea! Do insert the Teluk Intan Exploration in your 2014 Photo Excursions schedule lah doc :)
salam saya syaza pelajar landscape architecture upm , saya actually sedang buat research about teluk intan utk subject town planning . so i need study more about teluk intan histories , development , transformation . actually saya ni mmg asal n lahir teluk intan . tp saya dah lama tak balik sana . saya nk mintak tolong . boleh tak saya dapatkan gambar2 terbaru di teluk intan yang awak post ni ? saya ada jugak gambar bandar teluk intan tapi beberapa tahun yang lepas , jadi saya nak buat perbezaan pembentukan bandar dekat sana dr zaman dulu , 90an-20an and sekarang . saya mintak tolong sangat sebab saya kena siapkan sebelum 23 may ni , nak balik ke sana mungkin tak sempat . kalau awak sudi bantu saya , boleh contact email saya xaxaxyazhia@gmail.com . and lagi satu saya nak tanya , saya ada melihat gambar KFC baru di sebelah hotel baru diteluk intan grand court . tapak kfc tu merupakan tapak istana lama juga kan ? saya tak pasti apa perbezaan istana di tapak kfc itu dengan istana yang berada di bandar teluk intan berhampiran tanah perkuburan kristian itu .
ReplyDeleteHi syzrdzn
DeleteWow.. what an exciting project.
Boleh? Nak foto yg mana satu ya?
Hmm.. saya pula bukan org Teluk Intan. Cuma ke sana atas urusan kerja dan jalan2 tu kebetulan ader masa terluang. Jadi sorry saya tak ada maklumat tentang tapak2 istana yg cik tanya tu.
Assalamualaikum, sy juga seperti saudari syaza, inginkan gambar2 teluk intan yg saudara ambil. Terutamanya gambar perbandingan bangunan-bangunan dahulu dan sekarang. saya minta izin utk gunakannya dlm kajian sy. Harap saudara sudi membantu..Terima kasih.. emel : purlgreen89@yahoo.com
ReplyDeleteWaalaikumsalam
DeleteInsyaAllah, boleh. Do email me at ezdy@hotmail.com and let me know exactly which photos you want ya.
salam, Tuan kat mana lokasi sebenar balai polis lama telukintan tu ? menarik juga namnpaknya ..terima kasih
ReplyDeleteSalam. Lokasi balai polis lama tu di Jalan Mahkamah, di sebelah POS Malaysia Teluk Intan.
DeleteMemang sangat menarik bangunan tu. Dah lebih 100 tahun dah usianya.
Sama-sama.
terima kasihhh sgt membantu saya utk membuat tesis abt pelancongan dikawasan teluk intan :)
ReplyDeleteSama-sama.
DeleteALhamdulillah. All the best to you!
Pernah lalu je kat Teluk Intan ni, paling2 pun amik gambar kat Menara Condong je. Rupanya ada tempat2 lain pada sudut pandangan saya amat menarik sekali setelah membaca apa yang saudara tulis. Cuma nya sayang sekali ya Balai Polis tidak dibaik pulih dan dijaga begitu juga bangunan istana lama tu. Kalau lah dapat dibaiki sangat bermanfaat pada para pengunjung. Jadikan Muzeum dan kena kan sedikit charge. Pekan nya pulak boleh dihias dengan mural art, jeti2 boleh di cantikkan dengan warna2 dan pintu2 gerbang cantik2. Ini pasti menarik lebih ramai pelancung untuk ke Teluk Intan, Terutama yang suka OOTD untuk Insta or Tik Tok. Mungkin kita boleh suggestkan kepada bahagian pelancungan Teluk Intan. He he. Thank you saudara atas perkongsian ini. Bagus sekali.
ReplyDeleteExactly, itu lah juga yg terlintas di fikiran saya bila saya lihat bangunan2 lama itu terbiar begitu. Nilai sejarahnya tinggi dan wajar dipelihara dan dihargai. Mereka adalah sebahagian daripada warisan kita. Harap2 dapatlah perhatian Jabatan Muzium dan Antikuiti Malaysia segera kerana sudah lama terbiar. Or am I hoping too much.. hihi.
DeleteThanks Cik Hasmira for sharing your opinions and for kind comments about this blog. Appreciate it.
Seronoknya baca sambil melawat secara virtual! Valen was very awesome then.
ReplyDeleteTerima kasih baca. Indeed he was :).
Delete