Assalamualaikum.
Selepas selesai dengan lawat di Plaza de España (Spain Square) kami pun beramai-ramai menaiki kereta kuda dari Plaza de España menuju ke Seville Historic Centre yang dinamakan Casco Antiguo.
Di sini adalah tempat Horse Carriage and Tour bermula. Lokasinya di Maria Luisa Park di sebelah Plaza de España.
Ok, jom kita mulakan.
Kami dibawa pusing dataran Plaza de España ini dulu sebelum keluar dari kawasan kompleks ini.
🔵Tunggangan kereta kuda ialah cara tradisional untuk melihat Seville dan Plaza de España ialah persinggahan biasa dalam lawatan ini.
🔵Perjalanan berkereta kuda di Seville biasanya mengambil masa 45 hingga 50 minit dan termasuk lawatan ke Plaza de España dan tarikan popular yang lain.
🔵Dalam perjalanan itu juga kita boleh saksikan beberapa monumen.
🔵Perjalanan kami ini bermula dari Plaza de España hingga ke Plaza Puerta de Jerez.
🔵Harga naik kereta kuda ini adalah antara 45–120 euro, bergantung pada tempoh perjalanan dan tempat anda bermula
🔵Kereta kuda, yang dikenali secara tempatan sebagai "coches de caballos", telah mengangkut penduduk tempatan dan pelawat melalui Seville selama berabad-abad.
🔵Tradisi ini dikatakan bermula pada abad ke-16, dengan gerabak (carirages) digunakan untuk menghubungkan pusat bandar ke kawasan terpencil. Menjelang tahun 1800-an, ia digunakan oleh semua warga Seville (kaya dan miskin) sebagai mod pengangkutan utama di Seville.
🔵Ia juga sinonim dengan pesta April tempatan yang diadakan di Seville setiap tahun, dan ia sering dilihat sebagai tanda kepentingan jika anda dilihat menunggang acara itu dengan kuda dan kereta.
🔵Walaupun terdapat bentuk pengangkutan yang lebih moden, kereta kuda mengekalkan popularitinya untuk menerokai tempat-tempat bersejarah di Seville. Hari ini, ia terutamanya melayani pelancong yang ingin mengalami sebahagian daripada budaya tradisional bandar ini.
🔵Beberapa bandar Sepanyol telah menghadapi kritikan berhubung layanan terhadap kuda dan terdapat cadangan untuk mengharamkannya.
🔵Di Seville, pemandu kereta kuda dikehendaki mematuhi peraturan yang sangat ketat untuk menjaga dan meningkatkan kebajikan kuda-kuda itu dan memastikan mereka dijaga dengan baik.
🔵Sehingga 2024 perkara berikut diwajibkan:
🔹Kuda perlu diperiksa dan dilesenkan secara rasmi setiap tahun untuk mengesahkan kesihatan.
🔹Kuda yang tidak sihat dibersarakan serta-merta.
🔹Kuda hanya boleh bekerja pada waktu siang yang terhad, dengan tempoh rehat wajib.
🔹Menggilir tugasan kuda adalah digalakkan untuk memastikan tiada kuda tunggal yang bekerja berlebihan.
Seterusnya dari Plaza de España, kami dibawa melalui Maria Luisa Park pula.
🔵Maria Luisa Park ialah taman yang paling terkenal di bandar Seville ini dan paling banyak dikunjungi.
🔵Ia ialah taman awam yang terbentang di sepanjang Sungai Guadalquivir di Seville.
🔵Ia telah dibuka kepada orang ramai untuk kali pertama pada 18 April 1914.
🔵Taman ini merupakan salah satu paru-paru asas bandar Seville dan taman bandar utama. Ia adalah kawasan hijau utama Seville.
🔵Dengan keluasan 34 hektar, ia adalah sudut yang sesuai untuk penduduk tempatan dan tetamu berehat di bawah naungan hutan, bersiar-siar dengan orang tersayang di denai atau duduk dan menghargai bunyi unggas, air pancut Garden of the Lions or beautiful frog yang indah.
🔵Maria Luisa Park dahulunya merupakan taman persendirian Palace of San Telmo.
🔵Ia telah didermakan pada tahun 1893 oleh Infanta Maria Luisa Fernanda de Borbon (Duchess of Montpensier) kepada bandar itu untuk digunakan sebagai taman awam.
🔵Taman ini telah direka oleh pakar Perancis Jean-Claude Nicolas Forestier, guardian of the Boulogne woodland di Paris, yang memberikannya sentuhan sentimental.
Dari Av. de Maria Luisa kami masuk ke Ave. el Cid. Risau juga kami sebab keadaan jalanraya di bulatan ini agak sibuk ketika itu.
Saya perasan pada bontot kuda-kuda ini tiada takungan to catch the horse's manure.
Kalau di Kota Bukittinggi, kuda-kudanya ada dipasang takungan (blue arrow) di bontot kuda untuk menjaga kebersihan jalan raya in case kuda poo-poo.
Ketika ini kami sedang mengelilingi sebuah bulatan namanya Glorieta del Cid Campeador / Cid Campeador roundabout.
Bulatan ini dinamakan Glorieta del Cid Campeador / Cid Campeador roundabout sempena Cid Campeador yang patungnya ada diletakkan di jalan ini iaitu di Av. el Cid.
🔵Rodrigo Díaz de Vivar ialah seorang kesatria Castilian dan penguasa pada zaman pertengahan Sepanyol.
🔵Pernah bertempur untuk tentera Kristian dan Muslim semasa hayatnya, beliau memperoleh gelaran Arab as-Sayyid, yang kemudiannya disebut sebagai El Cid dalam Bahasa Spanish, dan El Campeador oleh pemerintah Kristian.
🔵Dalam bahasa Arab as-Sayyid bermaksud 'tuan' dan Campeador dalam bahasa Sepanyol bermaksud 'juara' atau Wira Sepanyol.
🔵Rodrigo Díaz de Bivar, seorang bangsawan Castilian, telah diasingkan (exiled) selepas perang antara saudara Sancho II dari Castile dan Alfonso VI dari León.
🔵Dia menjadi kapten upahan yang berjuang terutamanya untuk pihak Moor.
Then we passed by a fountain called the Fuente de las Cuatro Estaciones / Fountain of the Four Seasons.
🔵Fountain of the Four Seasons ini terletak di Plaza de Don Juan de Austria, Seville, yang lebih dikenali sebagai "the fountain of the Footbridge", sebagai peringatan kepada jambatan pejalan kaki yang pernah terletak di sini sehingga 1921.
🔵Fountain of the Four Seasons pay homage kepada berlalunya musim-musim di Seville selama hampir satu abad.
🔵Ia dibina pada tahun 1929 oleh Manuel Delgado Brackenbury pada tahun yang sama di mana Pameran Ibero-Amerika diadakan di bandar.
🔵Pada bahagian tengah air pancut ini terdapat empat arca wanita yang mewakili 4 musim dalam setahun.
Cantik bandar Seville ini. Kelihatan banyak pokok-pokok besar dan hiasan jalan yang hijau serta pelbagai warna lain.
Bangunan merah kuning itu adalah sebuah gereja Hermandad de Los Estudiantes atau Brotherhood of Students. Bangunan besar di belakang itu adalah Universidad de Sevilla atau University of Seville.
University of Seville.
🔵Universiti Seville (Universidad de Sevilla) ialah sebuah universiti di Seville, Andalusia, Sepanyol.
🔵Diasaskan di bawah nama Colegio Santa María de Jesús pada tahun 1505.
🔵Pada tahun 2022 ia mempunyai jumlah pelajar sebanyak 57,214.
🔵Ia menduduki tempat ke-6 di kalangan universiti Sepanyol.
🔵Universiti Seville adalah salah satu institusi terkemuka sistem pendidikan tinggi Sepanyol. Sekolah Falologi, Geografi dan Sejarah, Falsafah, Biologi dan Kejuruteraan serta banyak sekolah dan institut teknologinya memenuhi keperluan pendidikan kira-kira 70,000 orang pelajar.
Stesen minyak Cepsa.
Cepsa (Compañía Española de Petróleos, S.A.) is an integrated energy group, present at every stage of the oil value chain.
Kelihatan juga Casino de la Exposición, a cultural center, kini digunakan untuk pelbagai acara dan pameran seperti Film Festival and the Flamenco Biennial.
🔵Bangunan universiti ini pada asalnya adalah Kilang Tembakau bersejarah yang telah diubah suai sepenuhnya.
🔵Bangunan Abad ke-18 yang lengkap dengan parit (moat) dan menara pengawal, adalah bukti kepentingan yang diberikan untuk melindungi monopoli tembakau yang menguntungkan Raja, yang pada masa itu merupakan pengeluar semua cerut Eropah.
Ada banyak tempat-tempat menarik di Seville.
Is Seville a walkable city? Dari papan info ini, nampaknya begitulah.
🔵Ya, Seville dianggap sebagai salah satu bandar yang paling mudah dilalui (the most walkable city) di Eropah.
🔵Seville dianggap sebagai sebagai most walkable city di Eropah berdasarkan jarak berjalan kaki dan bilangan langkah antara lima tarikan popular.
🔵Dianggarkan untuk berjalan antara lima tarikan teratas akan mengambil masa cuma 20 minit.
🔵Seville mempunyai jalan berbatu, persiaran tepi sungai, taman dan dataran yang bebas daripada lalu lintas.
🔵Palace of San Telmo ialah sebuah bangunan bersejarah di Seville
🔵Kini adalah seat of the presidency of the Andalusian Autonomous Government.
🔵Pembinaan bangunan itu bermula pada 1682 di luar tembok kota, di atas harta milik Tribunal of the Holy Office, institusi yang bertanggungjawab untuk Spanish Inquisition.
🔵Ia pada asalnya dibina sebagai tempat Universiti Navigators (Universidad de Mareantes), sebuah sekolah untuk mendidik anak-anak yatim dan melatih mereka sebagai pelayar.
🔵Semasa pendudukan Perancis, bangunan ini menjadi istana diraja Count of Montpensier (yang hartanya termasuk Maria Luisa Park), sekolah teologi dan hospital.
🔵Bangunan ini pernah digunakan sebagai akademi maritim dan rumah anak yatim untuk anak-anak pelaut.
🔵Oleh itu, ia dinamakan sempena "Saint Elmo', santo penaung pelaut.
🔵Patung-patung di bangunan ini adalah patung tokoh-tokoh Sepanyol. Dari kiri: Lope de Rueda (Spanish dramatist and author), Miguel de Mañara (main founder of the Hospital de la Caridad in Seville) dan Diego Rodríguez de Silva y Velázquez (Spanish painter).
Kami pun tiba di Plaza Puerta de Jerez, tempat perhentian kereta-kereta kuda kami.
Kelihatan ada seorang penari flamenco sedang membuat persembahan di Plaza Puerta de Jerez ini.
A performance that was graceful and elegant with complete immersion to the energetic and expressive music.
Fountain of Hispalis juga dibina sempena Ibero-American Exposition of 1929. Hispalis adalah nama lama Seville sewaktu di bawah jajahan Rome.
Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.
No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.
No comments:
Post a Comment