Assalamualaikum.
Jom kita ke Labuan pula 😃.
Dengan lawatan saya ke Labuan ini maka lengkaplah sudah jalan-jalan saya ke semua Negeri-Negeri dan Wilayah-Wilayah Persekutuan di Malaysia. Alhamdulillah.
Isteri ada office event di Labuan makanya saya pun mestilah temankan dia 😄. Saya rasa excited sebab tak pernah lagi ke Labuan. Isteri pula, the last time she went there was like 20 years ago. Jadi isteri attend office event, saya jadi tourist di Labuan 😁.
Check flight status.
Lepas lunch, kami ke Boarding Area. Pesawat kami ke Labuan Air Asia AK 5172 dijadual berlepas dari Gate K14.
Ambil gambar the Ramp crew.
Deretan pesawat-pesawat merah putih Air Asia yang kini sudah ikonik setelah beroperasi sejak tahun 2001.
Pesawat kami tidak bertolak tepat pada pukul 3 petang mengikut jadual kerana menurut pilot, ada pembaikan kecil yang perlu dibuat. Selepas kira-kira 20 minit, barulah pesawat kami bergerak ke runway.
Yang bertugas dalam pesawat pula adalah Cabin Crew. Jadi ada Ramp Agents, Ground Team Red dan Cabin Crew. And I'm sure there many other equally important teams/crews that are involved in an airline operation.
Kelihatan jelas menara-menara KLIA1 dan KLIA2.
Juga kelihatan Masjid Sultan Abdul Samad KLIA dan Mövenpick Hotel and Convention Centre KLIA.
That is TNB Large Scale Solar Farm, a solar photovoltaic power plant.
Penerbangan dari Kuala Lumpur ke Labuan ambil masa 2 jam 30 minit. Alhamdulillah, cuaca sepanjang penerbangan amat baik sehingga kami sampai di Labuan.
Flew over Kepulauan Anambas Regency, Riau Islands, Indonesia. Antara pulau-pulau yang besar di sini adalah Pulau Bajau, Pulau Siantan, Pulau Matak dan Pulau Mubur.
Dari kiri: Pulau Manda Riau Laut, Pulau Mandariau Darat dan Pulau Menyali.
🔵Pulau Rusukan Besar merupakan pulau yang terletak di Sabah. Pulau ini merupakan satu salah daripada pulau yang menjadi tempat tumpuan pelancong di Wilayah Persekutuan Labuan, sebagai tempat beriadah dan bersuka-ria.
🔵Pulau Rusukan Besar mengadap ke arah laut China Selatan yang luas, dengan itu mengalami musim tengkujuh dengan gelombang besar pada penghujung tahun akibat tiupan angin timur laut. Keadaan ini menghalang nelayan daripada turun ke laut dan menjadikan aktiviti mandi-manda kurang sesuai akibat ombak besar dan kuat yang melanda kawasan pantai.
Dan yang juga menarik pada kami berdua adalah bila kelihatan pelantar-pelantar minyak di tengah laut seperti ini.
Perbezaan antara 'semi-submersible platform' dan 'drillship.
Pelantar begini pula dikenali sebagai 'jackup rig'.
Labuan Airport. Isteri kata, 20 tahun dulu masa dia berulang-alik kerja di Labuan, airport ini berkongsi dengan pangkalan TUDM.
Banner muzium-muzium di Labuan. Saya telah pun berpeluang melawat ketiga-tiga muzium ini.
Pengunjung dari Semenanjung Malaysia perlu melalui pemeriksaan imigresen unutk masuk ke Labuan seperti kalau kita berkunjung ke Sabah dan Sarawak. Cukup sekadar menunjukkan Kad Pengenalan sebagai Warganegara Malaysia.
Mengikut perancangan, kami sepatutnya dijemput oleh Cik Ayu, rakan isteri saya yang bekerja di Labuan. Malangnya, penerbangan dia dari Kota Kinabalu (dia ada meeting di sana) tertunda sehingga 6:30 petang. Jadi Cik Ayu pun minta seorang kakitangan, En. Ibrahim, untuk menjemput kami di ariport ini.
En. Ibrahim membawa kami ke hotel penginapan kami di Labuan iaitu Tiara Labuan Hotel.
Unit Pengawasan Senggara TLDM Timur (UPST), Pangkalan TLDM, Jalan Tanjung Purun, Labuan, Wilayah Persekutuan Labuan.
Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.
No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.
No comments:
Post a Comment