Wednesday, October 11, 2023

PENANG - ENTOPIA - PART 01

Assalamualaikum.
Ok, pada hari kedua kami di Pulau Pinang ini kami akan mula jalan-jalan. Pening juga fikir mana nak pergi sebab banyak juga tempat-tempat menarik di Pulau Pinang ini yang kami sudah lawat semasa percutian-percutian kami yang lalu. 

Ini senarai places of interest yang sudah kami lawat di Penang:

Lepas check di internet maka kami pun decided untuk ke Entopia. Meowseum dan Dark Mansion.

Pemandangan pagi yang indah di Tanjung Bungah dari balkoni bilik hotel kami.



Morning walks by the beach.




Bulan siang. 


Masjid Daerah Timur Laut (Masjid Terapung).





Cantik sungguh langit cerah biru ketika itu. SubhanAllah.






Jom sarapan.






Our breakfast. Alhamdulillah.


A bit extra sebab banyak nak jalan hari itu.

Naik Grab ke Entopia.



Moonlight Bay.

Itu Masjid Lama Tanjong Huma Pulau Pinang. Di belakangnya ialah Shangri-La Golden Sands, Penang.

Tidak jauh dari lokasi roundabout ini adalah Taman Negara Pulau Pinang.
Wikipedia: Ciri-ciri unik di Taman Negara Pulau Pinang ialah lima jenis habitat yang tidak terdapat dalam rizab alam semula jadi utama Malaysia yang lain. Taman ini adalah tempat berlindung bagi 417 jenis flora dan 143 spesies fauna, termasuk kura-kura, crustacea, dan Pokok Periuk Kera yang jarang ditemui. Ini membolehkan Park untuk membanggakan salah satu gabungan biodiversiti yang paling luar biasa di Malaysia.
Saya rasa kerana itu replika Pokok Periuk Kera dibuat dan diletakkan di bulatan ini. I think it is very beautiful. 

Dan kami pun sampai ke Entopia. Nama lengkap tempat ini adalah Entopia by Penang Butterfly Farm.

Sungguh unik sekali fasad bangunan Entopia ini. 

🍃Fasad bangunan Entopia yang unik dan cukup indah ini juga dikenali sebagai "tembok hijau". Padanya terdapat lebih 88 ribu lubang yang ditanam dengan 22 spesies tumbuh-tumbuhan.
🍃Tanaman itu menjadi "tembok hijau" yang meliputi keluasan lebih dari 22 ribu kaki persegi justeru melindungi bangunan Entopia ini daripada kepanasan sinaran cahaya matahari dan menyejukkan bangunan disamping mengurangkan penggunaan tenaga.
🍃Tumbuh-tumbuhan itu juga turut membantu mengurangkan kesan karbon pada planet dan menyediakan kualiti estetik kepada permukaan bangunan.
🍃Lebih hebat lagi bila "tembok hijau" ini juga berfungsi sebagai sistem penapisan biologi kepada kolam-kolam utama dalam Entopia,
🍃Bangunan Entopia ini telah dianugerahkan sijil Malaysia Book of Records pada 28 Mac 2017 sebagai memiliki dinding hijau terbesar di Malaysia. "Tembok hijau" Entopia itu juga adalah satu daripada yang terbesar di Asia Tenggara. 

Replika gergasi kumbang rhinoceros beetle and stag beetle.

Ke kaunter tiket.

Tiketnya tidak murah, dengan MyKad RM49 seorang (dewasa). Seingat saya ini adalah harga promo post pandemic. Sekarang (Oct 2023) harganya ialah RM59 dengan MyKad. Harga tiket biasa tanpa MyKad ialah RM75.

Jom kita masuk.



Tirai rantai pada pintu masuk untuk elak rama-rama dari terbang keluar.


Ada disediakan Entopia Info Board untuk pengunjung. Wow! What an amazing nature park. Macam-macam kita boleh lihat dan explore.

Sumber: www.entopia.com/maklumat/
Tempat ini yang dahulunya dikenali sebagai Taman Rama-Rama Pulau Pinang, telah diberikan nama barunya iaitu Entopia, yang dicipta berdasarkan gabungan dua perkataan iaitu Entomologi dan Utopia. Entomologi merupakan pengkhususan saintifik atau cabang ilmu pengajian dan penyelidikan serangga manakala Utopia merupakan sebuah konsep rekaan yang menggambarkan suatu dunia khayalan ibarat berada di syurga.

Sumber: www.entopia.com/maklumat/
Misi Entopia adalah ingin memberi inspirasi kepada orang umum untuk bersatu semula dengan alam semula jadi melalui detik-detik keajaiban di Entopia. Justeru itu, pengunjung berpeluang mengenali pelbagai jenis serangga seperti rama-rama, pepatung, kelip-kelip, kumbang, mentadak dan haiwan invertebrata lain seperti labah-labah, kala jengking dan ulat gonggok apabila mengunjungi tempat ini. Selain daripada itu, pengunjung dapat berinteraksi dengan pelbagai jenis reptilia dan amfibia di habitat ciptaan semulanya. Pada keseluruhannya, pengunjung dapat memerhati dan menghayati kehidupan sebanyak 150 spesies fauna (invertebrata dan haiwan lain) di sepanjang keseluruhan pameran di Entopia.

Sumber: www.entopia.com/maklumat/
Entopia merupakan sebuah pusat pembelajaran unik di mana pengunjung bukan sahaja dapat meninjau keajaiban alam sekitar, malahan dapat menghayati keindahan alam semula jadi. Terdapat dua dunia baru di Entopia iaitu Natureland (taman luaran atau ‘outdoor gardens’) dan Cocoon (pusat penemuan tertutup atau ‘indoor discovery centre’).

Sumber: www.entopia.com/maklumat/
Natureland (Taman Hidupan Luaran)
Natureland merupakan vivarium besar taman hidupan luaran Entopia. Terdapat hampir 15,000 ekor rama-rama berterbangan di taman luaran ini yang terdiri daripada lebih kurang 50 spesies rama-rama tropika. Selain daripada rama-rama, pengunjung dapat melihat pelbagai jenis reptilia, amfibia dan invertebrata-invertebrata lain yang hidup dan dipelihara di dalam habitat ciptaan semulanya. Pengunjung juga dapat melihat lebih daripada 200 spesies flora di ruang ekologi ini.

Sumber: www.entopia.com/maklumat/
Cocoon (Pusat Penemuan Tertutup)
Selain taman luaran Natureland, Entopia turut mempunyai pusat Discovery (penemuan) tertutup yang dikenali sebagai Cocoon berkonsepkan pameran pendidikan mengenai dunia serangga dan invertebrata. Selain itu, ruang pameran dua tingkat ini mempunyai beberapa bahagian iaitu Pandora Forest, Metamophosis, Lumino City, Downtown Entopia dan juga tempat pembiakan rama-rama di Breeding Ground. Pengunjung boleh meneroka misteri hutan di bahagian Underground Mystery dan Understory Tales yang menempatkan pelbagai spesies serangga dan invertebrata seperti lipas Madagascar, kumbang Man-Faced, kumbang tanduk, semut Leaf Cutter dan pelbagai lagi. Lawatan ke Cocoon yang terdiri daripada 2 tingkat dijangka mengambil masa satu jam berikutan terdapat beberapa stesen pendidikan yang menawarkan permainan interaktif.

Peta Entopia.
Sumber: www.entopia.com/maklumat/

Sumber: www.entopia.com/maklumat/

Look at that huge rock, perched like that! Btw, di dalam ni redup dan nyaman. Very nice lah.

Welcome to Entopia. And please also notice how wonderfully green and lush the wall garden at the back! 

Bergambar kenangan bersama maskot-maskot Entopia, dari kanan, Juro, Tacca, Orni dan Dagon 😃. Sebenarnya ada satu lagi, nama dia Toro. 

Toro (kanan) dan Juro.

Entopia's Nature Ambassadors 😃. 
Orni The Happy Explorer, Juro The Little Genius, Dagon The Cheeky Prankster, Toro The Nature Policeman dan Tacca The Caring Big Sister.

Ok, jom kita explore. Kita mulakan dengan bahagian Natureland dengan memasuki 'Mystery Cave' ini.



Akuarium katak. 


Hello beautiful. 

A giant spider berbulu dalam gua ini 😃.

Satu lagi akuarium katak. Nampak tak kataknya? Tu.. di sebelah kiri, next to the pasu.

Garang! 😄

Malayan Horned Frog. Dalam bahasa Melayu, Katak-tanduk hidung-panjang atau Katak daun kering bertanduk. 

What an amazing curled young fern leaf design for the aquariums. 




Green paddy frog. Juga dikenali sebagai katak pisang, katak berlapis emas (golden-lined frog), katak sawah hijau (green paddy frog), katak teratai hijau (green lotus frog) atau common greenback. 

Akuarium ketam. 


Beautiful Halloween Vampire Crab.

Akuarium berudu.



Haaa... ini kala jengking. Ada kru Entopia yang memberikan penerangan tentang kala jengking pada para pengunjung. Kala jengking adalah sejenis haiwan daripada kelas Arachnids. Ia mempunyai 8 kaki, 2 sepit besar dan 1 sengat berbisa. 

Sesuatu yang sangat menarik pada kami berdua ialah bila staff ini menyuluh cahaya ultraviolet pada kala jengking ini, ia jadi 'bercahaya' seperti dalam foto di bawah ini. Fascinated sungguh kami... hihi 😃.

Staff itu menerangkan kejadian ini. Kata dia ini kerana kulit ari (kutikel) kala jengking mengandungi sejenis bahan yang membolehkan badannya kelihatan terang benderang ketika disinari cahaya bulan, atau disuluh lampu UV. 

Scorpion berasal dari keluarga Arachnids dan satu fakta menarik tentang serangga ini ialah kala jengking betina bertelur dan menyimpan telur di dalam badan. Bila telur ini menetas, anak scorpion akan keluar dari badan ibu mereka sehingga memberi gambaran seolah-olah scorpion melahirkan anak. Kulit luar (exoskeleton) anak scorpion sangat lembut dan akan bersalin kulit beberapa kali sehingga mendapat kulit yang keras. Ibu scorpion akan menjaga anak mereka sehingga memiliki kulit yang keras dan boleh menjaga diri.

Besar juga saiz kala jengking ini, sebesar tapak tangan saya ini. 

Kata petugas ini lagi, sengatan scorpion secara umumnya tidak membunuh. Ia sekadar memberikan rasa sakit dan tidak selesa kepada manusia. Namun demikian, sengatan ini boleh menjadi merbahaya dan membunuh kalau orang yang disengat mempunyai alahan terhadap bisa scorpion seperti sesetengah orang yang mempunyai alahan kepada seafood.

Absolutely beautiful!

Seimbas memang tak nampak ada ular di ranting-ranting ini. 

Tapi sebenarnya ada Wagler's Pit Viper. 

Wagler's Pit Viper atau Ular Kapak Tokong.

Suasana dalam Mystery Cave, Entopia.

Tarantula aquarium.


Brazilian Salmon Pink Birdeater. Walau pun saiznya besar, tarantula ini tidak agresif dan racunnya tidak kuat. Tapi taring adalah lebih menyakitkan. Juga walau pun namanya 'birdeater', secara amnya ia jarang makan burung tapi kebiasaanya memakan serangga, biawak, katak dan labah-labah lain.

Keluar dari Mystery Cave, kami masuk ke bahagian Tiger Falls. 

Wah! Ada air terjun pula! 😃

Air terjun buatan dalam dome. Cantik!

Suasana yang hijau indah dan nyaman serta bunyi deruan air terjun... sungguh menenangkan.

Pengunjung boleh jalan di laluan ini untuk ke belakang Tiger Falls.




Pemandangan dari belakang air terjun. 




Ada ikan dalam kolam Tiger Falls ini.





A wonderful secluded walkway. 


This is Entopia's center piece, the Home Tree. 





Jejak Bau-bauan / Aroma Trail.




Tepat pukul 10.30 pagi, kami patah balik ke entrance tadi sebab ada program Butterfly Release diadakan di situ. Anak rama-rama yang baru menetas dari pupa yang dikumpul pada hari sebelumnya akan diberi kepada pengunjung untuk dilepaskan di dalam taman Entopia. Bilangan rama-rama yang dilepaskan juga bergantung kepada bilangan pupa yang menetas pada hari sebelumnya.

Staff Entopia bersedia nak membuat program Butterfly Release.

Penerangan tentang kitar hidup rama-rama.


Mengagihkan rama-rama yang hendak dilepaskan kepada pengunjung.


Cawan plastik yang berisi rama-rama.

Families bergambar bersama rama-rama dalam bekas mereka.

Bersiap sedia untuk melepaskan rama-rama bersama-sama.



Since inilah kali pertama rama-rama ini nak terbang, maka mereka tidaklah terbang jauh, malah hinggap pula di badan dan beg kami 😄. Staff Entopia tadi ada menerangkan supaya jangan memaksa rama-rama ini untuk terbang sebab mereka baru sangat keluar dari kepompong. Jadi kami dinasihatkan untuk membiarkan sahaja rama-rama itu buat seketika sebab eventually they will fly away. 



Haaa... kan... sudah pun terbang dan hinggap di dedaunan. So delicate and beautiful. 


Kisah lawatan kami ini bersambung ke bahagian seterusnya.

Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care. 

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

No comments:

Post a Comment