السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ dan بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.
Pagi hari ke 3 ni saya bangun pagi rasa sakit tekak. Perit rasanya. Berkemungkinan sebab kena hujan semalam selepas river cruise. Cemas juga kami berdua takut saya demam, which means saya mungkin boleh gagal suhu normal masa imbas suhu di airport, which means saya mungkin tidak dibenarkan naik flight balik KL. Maka saya pun minum air banyak-banyak, telan panadol dan makan lozenges.
Masa Day 01 and Day 02, jalan-jalan kami buat program sendiri. Went to places of interests naik Grab Car dan pusing KT dengan Bas Kite. On Day 03 ini baru kami guna pakej. We took KLOOK's Terengganu Private Instagram Day Tour with Floating Mosque.
Pakej KLOOK ini started awal pagi. Pukul 7:30 pagi kami sudah dijemput di hotel oleh our tour guide, Shafik. Kenapa awal sangat? Sebab itinerary pertama dalam pakej ini ialah sarapan pagi Nasi Dagang Atas Tol. Kata orang tak lengkap visit Terengganu kalau tak makan nasi dagang tu. Apparently kalau nak sarapan di sana, kena datang awal sebab kalau lambat definitely kena beratur.
Masuk kereta, kami dan Shafik bincang serba sedikit tentang the day's tour package. A small change in one of the itinerary though. Shafik cadang kami tidak ke Nasi Dagang Atas Tol dan makan di Fauzi Nasi Kerabu instead. Sebabnya jauh nak ke Nasi Dagang Atas Tol tu dari hotel penginapan kami ini, Hotel Paya Bunga. Whereas, Fauzi Nasi Kerabu cuma lebih kurang 1 km sahaja dari hotel penginapan kami or about 5 minutes drive. Jadi kalau kami nak makan nasi dagang tu, dah la jauh dan ambil masa, sampai-sampai surely kena beratur lama. Makanya lambatlah kami mula day tour kami, which means lambatlah juga habisnya. Fyi, di KT masa tu bila petang je hujan lebat, macam semalam masa kami buat river cruise. So elok la kalau kami dapat habis awal day tour kami tu. Kalau makan nasi kerabu, boleh sampai awal dan terus boleh dapat seats. Kami of course setuju je. Pada kami nasi dagang ke, nasi kerabu ke, dua-dua pun kami ok. Asal kenyang udah le 😄.
Ok, this is Shafik, our tour guide for our KLOOK's Terengganu Private Instagram Day Tour. Actually dia ada tanya kami kenapa ambil pakej KLOOK ni sebab biasanya orang Malaysia lebih prefer drive sendiri. Tambah dia lagi biasanya KLOOK packages di Malaysia mat saleh je yang ambil. In fact, dia kata customer dia sebelum kami ialah seorang lelaki Jerman yang bekerja di KL.
|
This is Shafik and this was our ride for the day's tour. Masa sembang we found out that Shafik is a very well travelled guy who had been to more than 30 countries. Pernah juga tinggal dan bekerja di Canada. Sekarang mempunyai his own travel company, guesthouse/studio and many boat tours and bike tours. Dan orangnya sangat humble, profesional, well mannered and easy to talk to. |
If you are interested to use Shafik's services, please do contact him as below.
Seperti yang kita tahu, nasi kerabu adalah makanan yang berasal dari Pantai Timur yang biasanya dimakan sebagai sarapan. Dan nasi kerabu yang paling popular di Terengganu ialah Fauzi Nasi Kerabu.
Sungguh popular dan sedapnya Fauzi Nasi Kerabu ini sampai ia tersenarai dalam Top 50 World Street Food Masters oleh The World Street Food Congress 2017 yang diadakan di Manila, Filipina.
Kriteria penyenaraian World Street Food.
Fauzi Nasi Kerabu menduduki tempat ke 23 dalam senarai Top 50 World Street Food Masters.
Makanan Malaysia lain yang turut tersenarai adalah as below.
Walau pun kami sampai awal, sudah pun ada orang beratur. Tapi sekejap je kami queue sebab staff Fauzi Nasi Kerabu melayan pelanggan dengan cepat dan efficient.
Masih ada banyak lagi seats kosong.
Antara lauk pauk yang dimakan bersama nasi kerabu di sini adalah ayam dan daging bakar.
Bau panggangan ini sungguhlah sedap!
SOP tetap dipatuhi ~ scan Mysejahtera dan imbas suhu.
The queue was moving pretty fast actually.
Macam-macam lauk dan condiments yang ada sampai kami tak tahu mana nak pilih. Jadi kami minta Shafik pilihkan saja untuk kami... hehe 😄.
So many choices!
Kami berdua memang peminat keropok especially yang dari pantai timur. So kami belilah a couple of packets of keropok for later-later.
Inilah sarapan hari ke 3 kami di KT ~ Fauzi Nasi Kerabu dan Teh Hijau Peng Jebok (Teh Hijau Ais Berbuih). Fyi, memanglah nasi kerabu ini sangat sedap. The freshness of the fish and all the other ingredients makes a nice mouthful of soft fragrant rice mixed with crunchiness of the ulam-ulam and kelapa goreng, ikan goreng celup tepung, added with the saltiness of the telur masin and the ever so important sambal/budu... Oooo.... all my taste buds were happily singing... hehe 😋😄.
|
Saya pilih lauk ikan goreng celup tepung dan isteri pilih ayam bakar. |
Kami yang tidak biasa makan nasi untuk sarapan rasa sungguhlah kekenyangan... hehe 😄. Alhamdulillah.
Kalau ke sini must also try Teh Peng Jebok dan Teh Hijau Peng Jebok.
Because it is such a popular spot, maka pihak pengurusan Fauzi Nasi Kerabu mohon agar para pelanggan tidak berlama-lama duduk di dalam restoran so as to make way for other coming customers. Apa taknya, tengok la queue masa kami sedang beredar dari restoran ini. Dah berlingkar.
Baik, perut sudah kenyang, time to continue with our journey. Ini Masjid Sultan Abidin yang sudah pun kami lawat on the day we arrived KT.
Gerbang Keris, Jalan Sultan Ismail, Kuala Terengganu. Ia ditaja oleh Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah).
|
🔵Sepasang keris sebagai tiang pintu gerbang ini melambangkan keutuhan dan ketuanan bangsa Melayu di negeri Terengganu. 🔵Di tengah pintu gerbang terdapat susunan lima bilah logam berwarna emas dan perak secara berselang seli yang melengkung ke bawah melambangkan rukun Islam sebagai asas kehidupan beragama. 🔵Juga terdapat susunan enam bilah logam berwarna emas dan perak yang melengkung ke atas melambangkan Rukun Iman. 🔵Pada gerbang ini juga terdapat kerawang berukir yang menunjukkan kesenian yang tinggi dalam seni ukiran negeri. 🔵Di bahagian puncak pula ada kata-kata `Negeri Terengganu - Bumi Bertuah Darul Iman’. 🔵Logo Ketengah dipamer pada bahagian leher keris. |
Di sebelah kiri ialah Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah. Di kanan ialah gerbang Jalan Pejabat.
One thing yang kami noticed semasa perjalanan-perjalanan kami ialah di sini ada banyak gerbang. Jadi saya rasa elok juga saya buat kompilasi gerbang-gerbang di Kuala Terengganu dan kawasan persekitarannya yang sempat kami rakam.
Gerbang Taman Tamadun Islam.
Gerbang Masjid Kristal.
Gerbang Kampung Cina.
Gerbang Jalan Sultan Zainal Abidin.
Gerbang Dataran Shahbandar.
Gerbang Jambatan Angkat.
Gerbang Taman Awam Lagun Kuala Ibai.
Gerbang Jalan Sultan Mahmud.
Gerbang Jalan Sultan Mahmud AH18 (Asian Highway 18) Terengganu.
Gerbang Taman Awam Lagun Kuala Ibai.
Gerbang Jalan Tengku Mizan.
Gerbang Pulau Duyong.
Gerbang Jalan Pejabat.
Gerbang Pulau Warisan.
Gerbang Muzium Negeri Terengganu.Seterusnya kami dibawa Shafik ke Dewan Tunku Abdul Rahman di mana ada mural potret wajah tujuh perdana menteri Malaysia.
Katanya mural ini umpama Gunung Rushmore di USA, tapi dalam bentuk lukisan bukan ukiran pada batu gunung. Mural ini dilukis pada dinding dewan ini kerana ia adalah bangunan paling tua di bandar raya Kuala Terengganu ini. Projek mural MBKT yang kosnya RM30 ribu ini dibuat sebagai salah satu projek pengindahan bandar raya KT dan juga sebagai tarikan pelancong.
Mural berukuran 250 kaki persegi itu adalah hasil karya empat pelukis daripada Red Rebel Art Squad dan siap dibuat dalam masa 27 hari. Dipercayai ia adalah mural wajah tujuh perdana menteri yang pertama di Malaysia.
Day tour kami diteruskan lagi. Ini parkir bertingkat dengan Sistem Parkir Automatic "Rotary Type" di Jalan Batas Baru, Kuala Terengganu yang boleh memuatkan sebanyak 240 buah kereta.
Seterusnya kami menuju ke Masjid Kristal.
Sampai ke gerbang Taman Tamadun Islam.
Passed by Monument park dan terus ke Masjid Kristal.
Ini peta lokasi Masjid Kristal di Taman Tamadun Islam.
Bangunan masuk ke Monument Park, TTI.
Convention Center.
The Islamic Gardens (Taman Ibn Al-Baytar) dan Masjid Kristal.
Untuk ke Masjid Kristal, kami akan melalui Taman Ibn Al-Baytar.
Maklumat tentang Taman Berciri Islam / The Islamic Gardens / Taman Ibn Al-Baytar.
|
Tuhan itu Indah, dan Dia amat suka kepada keindahan Aturan Taman Suatu taman bercirikan keislaman kebiasaannya mengandungi empat sukuan, atau dikenali sebagai "chahr-bagh", iaitu suatu bentuk geometri yang terdiri dari satu segiempat yang dibahagikan kepada empat sukuan, dan kebiasaannya terletak pada suatu paksi. Komponen-komponen - Taman Awam Tidak seperti taman-taman yang lain, taman ini direka berpandukan prinsip seperti berikut: - Komponen semulajadi, melalui penggunaan pokok dan tumbuhan renek sebagai elemen teduhan dan perlindungan, air yang mengalir dan tumbuhan berbuah serta berbunga yang boleh membangkitkan perasaan kesegaran dan meransang lima pancaindera. - Komponen buatan manusia, melalui perletakan tembok, terusan air serta perabot taman yang menyumbang kepada kegunaan rekreasi pengunjung taman ini. Hubungan Komponent taman ini juga direka dengan merujuk kepada 3 bentuk hubungan di antara Manusia, Alam dan Penciptanya, Hubungan ini dilihat dari penggunan unsur-unsur semulajadi serta geometri yang biasanya terdapat di dalam sesuatu seni rekaan kelslaman yang secara umumnya mengingatkan kepada sifat Allah sebagai pencipta kepada segala kejadian alam semesta. Suatu Perjalanan Kehidupan seorang manusia boleh juga dilihat sebagai suatu perjalanan yang panjang. Perjalanan ini adalah melalui setiap peringkat umur dan melepasi transisi-transisi yang membawa seseorang itu melepasi setiap peringkat iaitu kelahiran, zaman bayi, zaman kanak-kanak sehinggalah ke zaman dewasa dan seterusnya ke peringkat tua dan kematian. Akan tetapi perjalanan ini masih diteruskan walaupun selepas kematian di mana semua insan akan menempuhi alam barzakh sehinggalah alam akhirat, di mana setiap transisi mendekatkan lagi seseorang insan itu dengan Penciptanya. |
Ḍiyāʾ Al-Dīn Abū Muḥammad ʿAbdllāh Ibn Aḥmad al-Mālaqī; commonly known as Ibn al-Bayṭār (1197–1248 AD) was an Andalusian pharmacist, botanist, physician and scientist. His main contribution was to systematically record the additions made by Islamic physicians in the Middle Ages, which added between 300 and 400 types of medicine to the one thousand previously known since antiquity. ~ muslimheritage.com
|
Ibn Al-Baitar: The Pioneer of Botanist and Pharmacist |
Pemandangan Taman Ibn Al-Baytar dari atas.
The Islamic Gardens / Taman Ibn Al-Baytar.
Selama berabad-abad, corak geometri Islam telah digunakan sebagai elemen hiasan di dinding, siling, pintu, kubah, kolam, menara dan lain-lain binaan. Contohnya seperti petak tumbuh-tumbuhan hiasan taman ini yang berbentuk bintang pecah 8 (star polygon).
Octagon star shape planter. The eight pointed star began to appear in Islamic art in the Middle Ages.
Sebagai contoh pengunaan corak geometri Islam ada pada design luar dinding dan mihrab Masjid Raya Sumatera Barat yang menggabungkan corak geometri point star dan fold rosette.
Satu lagi contoh di mana penggunaan corak geometri Islam yang lebih sarat lagi diterapkan ada pada Kubbah As-Sakhrah (Dome of the Rock), Baitul Muqqaddis, Palestin.
|
Replika Kubbah As-Sakhrah (Dome of the Rock) di Taman Tamadun Islam. |
Di taman berciri Islam ini juga ada didirikan sebuah pavilion yang dibuat berbentuk decagon atau mungkin lebih dari 10-point geometrical pattern. Ia dibina dikelilingi oleh air kolam.
Binaan pavilion begini mengingatkan saya pada binaan tempat berwuduk yang selalunya ada di dalam inner court masjid-masjid lama Islam seperti yang ada di Masjid Masjid Muhammad Ali Pasha (seorang panglima tentera Ottoman berketurunan Albania), sebuah masjid Uthmaniyyah, yang dibina pada separuh pertama abad ke-19.
|
Masjid Masjid Muhammad Ali Pasha, Kaherah, Mesir. |
Corak geometri Islam yang digunakan pada pavilion ini diindahkan lagi dengan menerapkan kehalusan kesenian ukir Terengganu pada panel atas antara tiang-tiang pavilion ini. I think both were infused together quite beautifully and in harmony albeit a tad too simple for an Islamic garden which I suppose was erected to woo visitors.
Inside the pavilion there are more Islamic geometric shapes on the floor. I was half expecting the upper inner panels between the pillars and dome's ceiling to be adorned with beautiful union of Islamic patterns and design and Terengganu's phenomenal wood carvings designs with its floral motifs. Paling tidak pun dihias dengan luskisan-lukisan bermotif tumbuh-tumbuhan kerana taman ini dinamakan sempena nama botanist Islam terkemuka iaitu Ibn Al-Baytar. Unfortuntely, tak ada pulak sebarang hiasan dalaman. Blank je dalam pavilion ini.
Sebagai perbandingan, ini adalah menara tempat berwuduk di inner court Masjid Masjid Muhammad Ali Pasha (mentioned above) yang begitu indah berhias.
I can't help but felt a bit underwhelmed really.
Satu shot 360°... hehe.
Still I tried my best to capture it as best as I could.
Saya baca dalam sesebuah taman Islam ada 4 elemen penting yang diterapkan ~ air, bayang-bayang, warna dan keharuman dan bunyi. Ketika saya berada di dalam taman ini, saya tidak nampak 'warna dan keharuman' kerana tiada pokok-pokok atau tumbuhan hiasan berwarna. Tiada juga 'bunyi' kerana air pancut tidak dipasang.
Tidak seperti Indian Char Bagh Garden, Hamilton Garden, New Zealand ini yang penuh dengan bunga-bunga pelbagai warna emanating the sweet smell of assortments of flowers and the calming sound of the water fountain.
Tapi hati saya terpujuk bila elemen 'air' dan 'bayang-bayang' ada ditonjolkan di taman ini. The pool is beautifully flanked by 2 freestanding white arches yang mempunyai ciri-ciri reka bentuk Islam.
"Air merupakan elemen terpenting yang memiliki tiga fungsi, iaitu praktikal, agama dan nilai estetika. Air memiliki fungsi praktikal kerana dianggap sebahagian keperluan untuk hidup. Fungsi air sesuai dengan Al-Quran yang menyatakan kewajiban berwuduk dengan air sebelum umat Islam beribadah. Sedangkan air memiliki fungsi estetika kerana air di dalam kolam mampu melembutan struktur keras dinding serta menambahkan dekorasi elegan dinding serta bangunan. Air juga mampu mengintegrasikan taman dengan baik".
~ industribinaan.blogspot.com
Contoh keindahan elemen 'air' dan 'bayang-bayang' yang terselah indah boleh dilihat dalam design Sheikh Zayed Mosque, Abu Dhabi, UAE.
Kolam dan air pancut yang diletakkan di tengah-tengah taman-taman Islam mengingatkan pengunjung akan kepentingan air di dunia Islam.
Design landskap kolam panjang sememangnya adalah salah satu ciri taman Islam yang digunakan di banyak masjid-masjid dan taman-taman berciri Islam. Here are some of them which I had encountered.
|
Masjid Jame' Asr Hassanil Bolkiah, Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam. |
|
Replika Astaka Marocco, Taman Botani, Putrajaya. |
|
Heritage Mughal Garden Nishat, union territory of Jammu and Kashmir. |
|
Taj Mahal, Agra, India. |
|
Grand Mosquee de Paris, Paris, France. |
|
Indian Char Bagh Garden, Hamilton Garden, New Zealand. |
|
Masjid Albukhary, Alor Malai, Alor Setar, Kedah Darul Aman. |
Kolam refleksi ditempatkan secara strategik untuk mencerminkan struktur bangunan bagi saling menghubungkan ruang luaran dan dalaman. Kesan riak air dari pancutan air dan cahaya matahari yang berkilauan akan meningkatkan lagi kesan bayangan.
Menggabungkan binaan di sekitarnya dengan tumbuh-tumbuhan dan langit, kolam air dapat menghasilkan kesan visual yang memperluas ruang tertutup sesebuah taman.
Bersambung...
No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.
parking rotary tu yang kereta masuk dalam lift and then nanti sampai kat tingkat mana nak park tu nanti kita bawak kereta keluar eh ?
ReplyDeletesaya nampak Villa Kristal dalam peta Masjid Kristal tu..
3 bedroom dalam 180-250 ringgit
affordable sangat lah tu kalau satu famili ..
I think this one is more like a public parking. Masuk lift and parked at available parking space. It is stand alone and not part of a commercial or residential building.
DeleteBetul. Harga terjangkau.