Monday, May 29, 2023

ITALY & SWITZERLAND - DEPARTURE & ARRIVAL

Assalamualaikum.
Kali ini saya kongsi cerita percutian kami ke Itali dan Switzerland pula. 

Asalnya kami bercita-cita nak ke Spain/Portugal atau Scandinavia tapi tak jadi sebab harga pakej mahal-mahal belaka dan kena ambil cuti panjang. 

Lastly wife jumpa pakej ke Italy dan Switzerland oleh agensi pelancongan Jomventures. Saya setuju sebab tidak seperti percutian-percutian Eropah kami yang lalu, pakej ini cuma melawat 2 negara dan bukan 7 atau 8 negara. Jadi lebih santai dan berpeluang lawat ke beberapa tempat di kedua-dua negara tersebut. Also, seperti percutian kami ke Balkan yang lalu, pakej ini juga pesertanya max 24 orang sahaja. Additionally, walau pun kami sudah pernah ke Switzerland, tapi masa itu winter, kali ini Spring, jadi suasananya berbeza. Di samping itu juga kami berpeluang lawat ke beberapa tempat lain di Switzerland yang belum pernah kami sampai. 

Ini peta ringkas percutian Italy dan Switzerland kami.

Naik Grab ke KLIA.

Alhamdulillah cuaca baik.







Masih raya masa tu.



Terus ke kiosk Roamingman ini. Masa percutian ke negara-negara Balkan, kami guna Roamingman and the coverage was really good. Jadi kami guna jugalah masa trip ini. 

Jom makan.




Minum petang.

Kali ini percutian kami adalah bersama agensi pelancongan JomVentures. 

Taklimat dari Tour Guide. Flight kami pukul 9:15 malam, jadi by pukul 5:15 petang kami sudah berkumpul. 

This is Amar, our tour guide. Nampak je muda tapi he is professional and very experienced especially involving travels in Italy and Switzerland. 

Us. Ready for yet another vacation. Syukur Alhamdulillah.

Check-in di kaunter Malaysia Airlines. Penerbangan kami menggunakan penerbangan code-share Malaysia Airlines dan Qatar Airways.


Selesai check-in, terus saja ke Perlepasan Antarabangasa.


Autogate untuk Passport Malaysia.

Pemeriksaan Kastam.

Gate kami di G10 which is in this Main Terminal Building. Jadi tidak perlu naik tren untuk ke Satellite Building. Anyway, perkhidmatan tren ini telah dihentikan buat sementara waktu untuk kerja-kerja menukar tren-tren yang telah digunakan selama 24 tahun. Projek ini akan ambil masa selama 3 tahun untuk disiapkan.

Bergambar sekejap dengan seorang petugas kaunter maklumat yang fasih berbahasa Arab.

Memandangkan flight pukul 9:15 malam, maknanya flight meal dinner will be about an hour after that, around 10:00 pm. Jadi kami decided to have a light meal dulu. Di Main Terminal Building ini tiada food court jadi kami makan di sini saja. 

Fyi, harga meals ini super expensive, lebih dari RM60 😕. Wife kata tak apa la, anggap saja ini macam latihan buat kami kerana di Italy (Euro) dan Switzerland (CHF) meals adalah jauh lebih mahal 😄. Fyi, dalam pakej percutian kami kali ini lunch tidak termasuk dalam harga pakej.   

Bersolat dulu sebelum ke gate.

Di gate G10. Jauh gate ini, terletak di hujung sekali dalam Main Terminal Building ini.

Waiting area.

Pesawat Malaysia Airlines yang akan kami naiki.


Our Boarding Passes for routes KL - Doha - Milan.

Penerbangan kami akan berlepas seperti yang dijadualkan. Pukul 8:10 pm, kami sudah dipanggil boarding the aircraft.

Melangkah masuk ke dalam pesawat sambil membaca doa. 

Di sambut Cabin Crew.

The airplane galley. Actually, I had always been fascinated with how such compact space boleh digunakan sebagai tempat menghidangkan dan menyimpan makanan dan minuman, jumpseats untuk cabin crew, penyimpanan peralatan kecemasan, serta apa-apa lagi yang mungkin diperlukan oleh cabin crew semasa penerbangan.

Jom tengok apa yang disimpan dalam galley ini 😀. Anyway, noticed that the tombol lock merahnya (stowage latches) sudah nampak lusuh from overuse, begitu juga the compartment doors yang sudah bercalar balar. Perhaps a paint job can help spruce up the galley... perhaps that was too costly. 

Suasana dalam kapal terbang ketika boarding. 



Malaysia Airlines - Airbus A330-300.

Pesawat Malaysia Airlines MH 161 ini berlepas ke Doha pada 9.10 pm. Penerbangan ini adalah selama 7 jam 20 minit. 

Dinner. 

Pilihan makan malam saya. 



Pilihan isteri.

Lepas makan, tidur... 😴. 


Terbang di atas negara India. Saya sebenarnya teringin hendak bercuti ke India sekali lagi. Kami pernah ke Delhi/Kashmir/Agra pada 2012 dan Kerala (2018). 

The second flight meal. 

Pastry sausage (I think) and salted peanuts. 

Hampir sampai ke Doha.



Pemandangan malam Doha dari tingkap kapal terbang.









Alhamdulillah, kami selamat mendarat di Hamad International Airport, Doha, Qatar pada 11.50 pm.





Hamad International Airport, Doha.


Semua penumpang transit perlu melalui pemeriksaan sekuriti di Hamad International Airport sebelum menuju ke Boarding Gate untuk connecting flight. 

Lepas security checks, berjalan menuju ke gate perlepasan kami ~ C83.









Amar checking location of our gate at the ariport's information kiosk.



Menunggu tren.


Jauh gate kami, kena naik tren. 



Tiba di North Node Station.

Turun dari tren, terus berjalan laju ke gate. 




Hamad International Airport contemporary art. This is 'Cosmos'. 
Cosmos telah dibuat oleh artis Perancis Jean-Michel Othoniel, yang diilhamkan oleh astrolab Islam tertua di dunia, artifak yang ditemuinya dalam koleksi di Museum of Islamic Art di Qatar.




Sampai di gate, kami terus beratur sebab penumpang-penumpang sudah pun dipanggil masuk.  

Terjadi sedikit kekecohan bila masa nak naik bas ke pesawat, barcode Boarding Pass (Boarding Pass issued by KLIA) saya tidak dapat dibaca oleh scanner di pintu gate. Jadi terpaksalah patah balik ke kaunter gate untuk dicetak semula Boarding Pass saya oleh Qatar Airways. Apparently bukan saya sahaja, tapi group members kami yang lain juga menghadapi masalah yang sama. Boarding Pass my wife ok je. 

Pesawat yang akan kami naiki park jauh dari gate, jadi kena naik bas. 


Turun bas, naik kapal terbang. 


Pesawat Qatar Airways QR123 Boeing 787-800 ini dijadualkan berlepas dari Doha menuju ke Milan Malpensa Airport pada pukul 1.35 pagi. Penerbangan dari Doha ke Milan akan ambil masa selama 5 jam 45 minit.



About the airplane. You can breathe more oxygen in this aircraft. Excellent!

Bumi sebelah sini sedang malam. 

Laluan penerbangan.

Flight information.

Hamad International Airport, Doha, Qatar. Kami tidak pernah lagi bercuti di Qatar. Perhaps satu hari nanti kami bukan sekadar transit sahaja di Doha ini. 


Light snack. 

Terbang atas negara Turki. 

Kami sudah 2 kali ke Turki. Saya pernah ke Istanbul dan Sanliurfa tapi belum pernah lagi bersama pakej yang pusing satu Turki tu. Perhaps one day, inshaAllah.

Delicious flight meal. I reckon it was breakfast 😃.





SubhanAllah, cantik sungguh matahari terbit dari ketinggian ini. 

Terbang di atas negara-negara Balkan.




Large, electronically dimmable windows create dramatic vistas and provide extra natural light. Full-spectrum LED lighting will set the mood and help you adjust to changing time zones.



Melalui angkasa berawan tebal.

Menuju ke Itali.

Terbang di atas Adriatic Sea.















Alhamdulillah, kami selamat mendarat di Milan Malpensa Airport pada pukul 6.45 pagi waktu tempatan.



Sejuk masa itu, around 13℃. 

Milan Malpensa Airport.


Ke bagasi.

Cantik sungguh langit!!

Our first view of the Italian Alps. SubhanAllah, cantik sangat!

Berjalan ke tempat pemeriksaan passport dan baggage claim.




Ambil beg-beg kami. Ada satu beg group member kami yang pecah jadi Amar (our tour guide) bantu buat claim di airport ini. Hampir 1 jam the rest of us menunggu. Kami semua ok je sebab the same could happen to any of us. As for us, the 1 hour wait had helped us 'decompress' from the two medium-haul and long-haul flights. 

Suasana dalam Milan Malpensa Airport.


Pasangan Indonesia ini adalah caterer yang menyediakan makan malam kami semasa percutian kami ini. Mereka dari Switzerland. Fyi, dalam pakej percutian kami ini sarapan adalah di hotel dan makan malam disediakan oleh pihak agensi pelancongan secara pek dan akan dihantar ke bilik-bilik hotel kami. Makan tengahari pula were on our own di mana Amar (our tour guide) akan tunjuk kedai-kedai makanan halal di tempat-tempat lawatan.

Jom jalan-jalan sikit senam kaki dalam airport ini. 



Cerita sikit pasal beg-beg kami ini. Masa kami bercuti ke 8 negara-negara Balkan selama 11 hari pada 2022 yang lalu, kami guna beg besar saiz 'L'. Memanglah mencabar sebab setiap kali, beg content mesti disusun elok dan kemas, otherwise tak akan muat atau serabut. Jadi kali ini kami guna beg-beg bersaiz 'XL' yang membuatkan kami berasa sungguh lega sekali 😄. Alhamdulillah. 
Memang rasa lega sungguh dapat 'decompress' selama 1 jam di airport ini selepas penerbangan selama 13 jam dalam 2 flights.

Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care. 

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

4 comments:

  1. Best best. Tak sabar tunggu next post.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Mulan :)
      InshaAllah saya cuba post secepat mungkin...

      Delete
  2. Punya jauh scroll ke bawah rupanya baru sampai airport Italy je. Sambung ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry... hihi...
      Memang kebiasaan saya blog begitu. Suka letak byk2 gambar :)
      InshaAllah saya sambung... sekarang tengah pilih2 dan edit foto-foto naik gondola di Venice :).
      Thank you for visiting my blog.

      Delete