Monday, April 1, 2019

NEW ZEALAND - NORTH ISLAND - DAY 06 - PART 02 - WAITOMO GLOWWORM CAVES

Selepas lawat Huka Falls, kami ke Waitomo Glowworm Caves pula. Jarak dua-dua tempat ini adalah lebih kurang 2 jam 30 minit drive, atau 184 km, ke arah barat North Island dari Taupo. 

Jauh 184 km tu, jadi saya kongsi di sini lots of foto-foto pemandangan yang sempat dirakam sepanjang perjalanan.

Di tepi-tepi jalan banyak kami nampak bunga hieracium kuning ni. Cantik tapi dikategorikan sebagai lalang. 

Lake Taupo.


Motutaiko Island di Lake Taupo.

Meninggalkan Bandar Taupo. Masuk je State Highway dah nampak ladang. Di sana, national highway mereka di panggil State Highway.

Di sana State Highway cuma 2 lorong je with extra passing lane in some areas. Yang kami lalui ni ialah provincial highway, lepas tu masuk ke State Highway 32, then masuk State Highway 30 sampai ke Waitomo Glowworm Caves. 
Boleh memandu paling laju 100 km/h at selected motorways and expressways. Kalau polis trafik tahan sebab drive beyond speed limit, lesen memandu akan kena suspend selama 28 hari. 

A hay barn. 
Haziq beritahu di NZ ni ada sejenis rumput makanan lembu/biri-biri yang penting bagi penternak yang dipanggil 'Lucerne', juga dikenali sebagai alfalfa. Ia ditanam terutamanya untuk haymaking. Asalnya dari Iran dan sekitarnya. Lucerne ni popular sebab high feed value, fast growth rates, a reliable perennial feed option, drought tolerance and persistence, ability to provide quality feed to growing animals at crucial times of the year, its water use efficiency and ability to access moisture and nutrients at depth.


Ladang sayur agaknya.

Pemandangan landscape NZ yang epic. Le sigh. 

Alhamdulillah, cuaca baik sepanjang perjalanan. Langit biru cantik sangat.

Lokasi Waitomo Glowworm Caves tu ada dekat-dekat Te Kuiti.

Masa ini kami sedang melalui kawasan Whakamaru, sebuah bandar yang terletak di State Highway 30.  

Whakamaru. Perkataan Maori 'whaka' dan  'maru' bermaksud 'to give shelter to' atau 'safeguard'.

Di Whakamaru ni ada beberapa ladang ternak lembu. Salah satunya ialah Ata Rangi - Whakamaru Farm. 

Di NZ ni grazing field pun nampak epic.

Dalam bahasa Māori, Ata Rangi membawa maksud 'permulaan baru' atau 'dawn sky'. Objektif penubuhan Ata Rangi Group melibatkan operasi penukaran tanah dari perhutanan ke pertanian. 

Ata Rangi Group merubah kawasan perhutanan menjadi kawasan ragut untuk lembu yang bersistem berdasarkan a self-contained dairy, cropping, dairy support and forestry business.

Di Whakamaru Farm ini ada 1,250 lembu tenusu dan Whakamaru is a winter milking farm. 

Selain dari Whakamaru Farm, ada 4 farms lain. The other 4 farms are Atiamuri, Mangakino, Tokoroa Downs and Twin Lakes.

Total lembu di 5 ladang ini ialah 5,970 ekor menghasilkan 2.2 juta kilograms of milksolids setiap season. That's a lot of lembu dan production. Ini semua because there is a high demand for protein.


My wife and I took a lot of cow photos.. hehe. And we loved it! 😊


Ok cukup dah foto lembu.. hehe. Back to the landscapes seen for State Highway 30.


Dan tentunya kalau dah di dalam kawasan banyak ternakan lembu mesti ada kilang memproses daging. Ini Crusader Meats New Zealand Ltd berlokasi di Benneydale. Daging lamb dari sini adalah halal.

Beautiful hilly landscape.







Ini kawasan plantation forest.

Masa ni crossed over landasan tren. Saya baca di NZ ni kita boleh explore NZ dengan 'Scenic Rail Pass' yang membolehkan perjalanan tanpa had di rangkaian keretapi penumpang jarak jauh New Zealand termasuk perjalanan feri antara Wellington di North Island dan Picton di South Island, at you own pace, pada bila-bila masa dan ke mana-mana arah. Part 'scenic' tu buat saya teruja 😊.

Lepas grazing perut dah kenyang, hari pun dah panas. Maka melepak berteduhlah di bawah redup pokok beramai-ramai 😊.

Selekoh ke Te Kuiti di hadapan.

Corn field pun nampak cantik.

Bunga hieracium kuning di tepi jalan, ladang dipagari sepanjang jalan, landscape hijau berbukit bukau, plantation forests dan langit dengan pelbagai blue hues. Bila saya break it down like that rasanya baru saya 'nampak' dengan lebih jelas, maka lebih lagi appreciate keindahannya.




Tiba di Te Kuiti - Where Legends Are Made. 
🔵Te Kuiti adalah nama Maori yang diberikan kepada kawasan ini. Nama asalnya ialah 'Te Kuititanga', yang bermaksud 'the valley', 'the squeezing in' or 'the narrowing'.
🔵Pekan ini dipromosikan sebagai 'Sheep Shearing Capital of the World' dan menjadi tuan rumah kepada acara tahunan 'New Zealand National Shearing Championships' dan 'Great New Zealand Muster and Running of the Sheep'.

Universal Beef Packers, Te Kuiti, memproses daging lembu cara halal.

"UBP prides itself on meeting the religious requirements of its Muslim customers. Beef that is certified Halal is guaranteed having been slaughtered in accordance with Islamic Shariah, using humane, hygienic techniques. This ensures there is no possibility of Islamic customers receiving non-halal meat". 
Source: www.ubp.co.nz

Terus menuju ke Waitomo Caves.

Ada beberapa marae (Maori meeting house) di sekitar Te Kuiti. Yang ini namanya Te Tokanganui-a-Noho dibina pada 1873. 

Te Tokanganui-a-Noho.
🔴Te Tokanganui-a-Noho wharenui (meeting house) is located on State Highway 3 in the centre of Te Kūiti. It was built in 1873 under the direction of the Māori leader and prophet Te Kooti, who lived in Te Rohe Pōtae (the King Country) between 1872 and 1893. He gifted the house to Ngāti Maniapoto as a gesture of thanks for their hospitality not long before receiving a government pardon in 1883. The house has been relocated three times, the last time to make way for the railway line.
🔴Te Kooti and his followers were associated with over 40 meeting houses and he is credited with fostering their architectural development. Because of this, Te Tokanganui-a-Noho is of national historic and cultural significance, as well as being a focal point for Ngāti Maniapoto.
Source: 
www.tekuitipa.com/history


Water rafting juga ada di sini.


Di sini ada The Legendary Black Water Rafting Co. 
For the ultimate in adventure caving tours, look no further than the Black Abyss. Descend into the seemingly bottomless depths of Ruakuri Cave before zip lining through a gallery of illuminating glowworms on this unforgettable journey. Begin your journey by abseiling into the depths of mysterious Ruakuri Cave.
Source: www.waitomo.com



Sikit lagi nak sampai.

Ok sampai dah.

Dari car park we had to walk quite a bit naik bukit yang agak curam ke main entrance Waitomo Glowworm Caves ni. 

Macam-macam ada di sini dari aktiviti sesuai untuk family hingga untuk mereka yang adventurous. 



Interesting design.

Jom naik.

Di Waitomo Glowworm Visitor Center, di kaunter tiket. Haziq pergi belikan tiket dan kami duduk di tempat menunggu. 

Nampak tak macam tak ramai orang beratur. Tu sebabnya ramai dah pre-book secara online. Itulah juga yang kami buat. Kami requested our travel agent buatkan the pre-booking, pilih time slot lawatan yang mana kami nak dan bayar siap-siap pada travel agent tu. So kurang la hassle dari urus sendiri. Also bila dah book which time slot yang kami nak, senang la Haziq plan the travels so that we can be here on time dan tak la sampai terlalu awal dan kena lama menunggu pulak. 

Views dari anjung visitor center.

Dapat dah tiket. Kami tiba di Waitomo Glowworm Cave ni pada pukul 11.45 pagi dan diberi tiket masuk pada pukul 12.15 tengahari. Petugas di kaunter tiket memberitahu kami boleh masuk ke ruang dalam pada pukul 12.00 tengahari. Ada lagi 1/2 jam sebelum next group masuk ke gua glowworm. So jom tengok keliling visitor center ni. 

Di bawah visitor center ni ada cafe. Haziq kata di sini ada makanan halal. So kami decided nak makan di sini je lepas keluar dari gua tu nanti. Moreover, tiada restoran/cafe halal berdekatan Waitomo Glowworm Caves ni. Kalau ada pun agak jauh dan takut pulak nanti kami kelaparan.. hehe.

Pelawat boleh pilih pelbagai pakej combo untuk sesuaikan dengan jenis group (couple, family, big tourists groups etc), amount of time yang anda boleh spend di sini dan juga bajet. 

Ni combo masuk 3 gua. Ni untuk yang adventurous. 4 jam baru complete tour ni. Cajnya NZD100 (RM277).

According to them, ni combo paling popular. 3 jam.

Ini combo 2 gua. Kami ambil yang ini. Cuma 2 jam dan termurah.. hehe. Kami sebenarnya lebihnya teruja nak tengok glowworm 😊.

A bit more info about the tours.

Di Waitomo Glowworm Caves Visitor Center ini juga ada ukiran tiang (dipanggil 'Pou') orang Maori representing Tane Mahuta, the god of the forest guarding the entrance to the caves and their inhabitants below. 

Ia didirikan untuk memperingati ulangtahun ke 100 tahun sejak penerokaan pertama gua Waitomo. 

Inilah ukiran Tane Mahuta yang ada di Te Puia (pusat budaya Maori) yang kami lawat pada hari ke 4 kami di NZ ni.


Dari tiang ini kedudukan Tane Mahuta adalah di atas sekali dan dia melindungi inhabitants di bawahnya iaitu Kawau bird (sejenis burung yang dianggap istimewa oleh suku kaum Maori tempatan), Ponga, glowworms and eels. 


Satu lagi feature menarik visitor center ini ialah seni reka bumbung bersilangnya yang innovatif yang diilhamkan dari Maori hinaki (eel trap). Ia juga diinspirasikan oleh lengkung aliran sungai Waitomo yang mengalir melalui gua-gua dan bentuk bukit di situ.

Inilah contoh Maori hinaki or eel trap yang digunakan oleh orang Maori untuk memerangkap belut.

Pernah diberi penghormatan dengan anugerah yang diterima dari The New Zealand Architecture Medal, Waitomo Glowworm Caves Visitor Centre merupakan sebuah bangunan inovatif yang mempamerkan landskap persekitaran yang indah. Struktur ini mencerminkan budaya dan landskap tempatan menggunakan bahan-bahan yang mampan tetapi tahan lama. 

Ok, dah nak dekat masa untuk berkumpul di bahagian dalam. Ada laluan masuk passing by tandas, teater, kafe kecil dan deck di mana pelawat berkumpul sebelum dibawa masuk ke dalam gua. Masa kami di situ, laluan ini dihias dengan red lanterns kerana it was CNY.

Di dalam sana tempat menunggu untuk next batch of visitors yang akan masuk ke dalam gua.

Ada board menu restoran (restorannya ada di bawah, di laluan keluar dari gua) with nota menggalakkan pelawat untuk pre-order makanan mereka sebelum masuk ke dalam gua to save time. 

Di sini juga ada kafe kecil. Kalau beli kena habiskan cepat sebelum masuk gua cause food is not allowed in there.

Pelawat ramai, so elok la kalau pre-order awal-awal, boleh la restoran prepare awal dan tak la tetiba diserbu sekumpulan pelawat hingga waiting time for the customers jadi lama. 
Ya, ada hidangan halal dan vegetarian. Yang 'Halal' adalah Kiwi Fish & Chips dan Angus Beef Burger ~ ada label 'H'. Prawn Laksa pun ada tapi tak pulak dilabel dengan 'H', meaning tak halal la.

Makin nak dekat masa untuk masuk ke dalam, makin ramai orang. Ramai juga dalam batch 12:15 pm ni. 

Sebarang rakaman digital (foto, video) adalah tidak dibenarkan semasa di dalam gua. This we already knew la masa di Malaysia lagi. Also tidak dibenarkan buat bising sebab katanya kalau bising glowworm tu tak akan menyala. Saya rasa la kan, bila ada bunyi bising, di dalam gua, akan ada vibrations yang boleh dikesan oleh glowworm tu, then terus dia stop menyala. Mungkin bunyi bising itu dikaitkan dengan kehadiran natural predators mereka. So glowworm tu tak menyala to 'disappear' from sight and remain undetectable. So kalau nak tengok glowworm ni menyala, kena la senyap.

Crowd control oleh petugas-petugas di sini dilakukan dengan bagus dan professional 👍. Mereka make sure tak ada overcrowding. 

Ok jom masuk. Untuk setiap batch of around 20 people akan diassigned seorang guide. Guide group kami ialah seorang lelaki Maori yang besar orangnya. Di entrance nak masuk ke gua, group kami berhenti menunggu sekejap (sambil diberi penerangan) sementara menunggu group sebelum kami habis diberi penerangan dan melihat suasana di dalam gua. Mereka selesai, barulah group kami moved in. Inilah cara movements of each group dilakukan di setiap points of interest di dalam gua tu. Begitulah cara mereka control the groups supaya tak clash. Bagus betul. 

Kawasan Gua Waitomo ini adalah tanah nenek moyang milik orang Maori dari suku Tanui. Seperti juga kawasan pelancongan Te Puia di Rotorua yang diuruskan oleh suku Maori Te Arawa, Waitomo Caves ini pula diuruskan oleh suku Maori Tanui sepenuhnya. Btw, nama Waitomo berasal dari dua perkataan Maori: Wai (Air) dan Tomo (Lubang). Maka Waitomo bermaksud 'Lubang Air'.

Sebelum masuk ke dalam gua, guide kami bercerita tentang sejarah Gua Waitomo dan glowworms yang ada di dalamnya. Glowworms dalam gua ini pertama kali ditemui oleh seorang Ketua Maori yang bernama Tane Tinorau pada tahun 1887. 

Since no photography allowed, maka saya letak di sini foto-foto dari poskad yang saya beli. 

Beginilah rupa di dalam gua. SubhanAllah, memang cantik sangat dalam gua ni. Ok, gua ini namanya Aranui Cave. Aranui Cave is renowned for its intricately decorated chambers and vaulted ceilings. Ia dinamakan sempena Ruruku Aranui, orang Maori tempatan yang pertama kali menemui gua ini pada tahun 1910.
Aranui Cave is the smallest and most delicate of the Waitomo's 3 main caves. Since ianya delicate, our guide kata rock formations di sini tidak dibenarkan disentuh as they are fragile and easily discolored or broken.

Dalam gua ni juga ada penghuninya, serangga Tokoriro, Cave Weta.

Next our guide bawa kami ke bahagian The Cathedral. Bahagian gua ini adalah salah satu ruang hebat yang terdapat di dalam gua ini dan lokasinya adalah di lower level of the Waitomo Glowworm Cave. Ia ditemui pada tahun 1887 oleh Maori Chief Tane Tinorau dan English Surveyor Fred Mace. 

Maori Chief Tane Tinorau dan Fred Mace. 

Ruang di sini adalah setinggi 14 meter dan merupakan the largest cavern dalam gua ini. Ruang ini dinamakan Cathedral kerana ia memantulkan bunyi macam dalam sebuah cathedral. Ianya world-renowned kerana akustiknya yang luar biasa, yang disebabkan oleh bentuknya yang tertutup dan berpermukaan kasar. Kata our guide penyanyi opera terkenal dari New Zealand yang bernama Kiri Te Kanawa dan Vienna Boys Choir pernah buat persembahan di sini.
Singing group 'Lyrica' membuat persembahan dalam The Cathedral, Waitomo Cave.

Then our guide ajak kami nyanyi ramai-ramai dalam gua di 'The Cathedral' ni. Ehh... karang bergema pulak suara soprano aku dalam gua ni.. hahaha..

"You don't have to pronounce it right, just sing along," our guide said. Maka kami pun beramai-ramailah 'menyanyikan' sebuah lagu rakyat orang Maori bertajuk "Pokarekare Ana". Saya hmm.. hmm.. je la ikut melodi lagu itu yang saya dah mula sangat suka masa tu lepas pertama kali mendengarnya ketika persembahan tradisional Kapa Haka di Te Puia. I lurrrvveee the song! Fyi, our guide's voice sounded amazing especially in this 'cathedral'. 

Then our guide stopped here and explained the formation process of stalagmite and stalactites.

Masuk gua macam ni mengingatkan saya gua-gua yang pernah saya lawat dalam sebelum ini. 

Silver Cave ni terletak di Maling Town of Lipu County, kira-kira 85 kilometer dari pusat bandar Guilin dan 18 kilometer dari Yangshuo. Tidak seperti Waitomo Caves yang cantik diterang lampu yang menunjukkan warna asal gua, di Silver Caves ini habis dinding gua disuluh dengan pelbagai macam warna, yang walau pun nampak cantik, tapi sebenarnya bukanlah warna asal. So nampak artificial la.

Satu lagi gua besar yang pernah saya lawat ialah Gua Charas berlokasi lebih kurang 25 km dari Kuantan, Pahang. Di gua ni tak ada sebarang lampu yang dipancarkan untuk menonjolkan keindahan ruang di dalamnya. Cuma ada lampu di pathways for visitors to walk on.

Gua lain yang saya lawat di Malaysia ni ialah Gua Kek Look Tong di Ipoh. It is now sebuah temple.

Semasa di Vietnam kami melawat gua Dong Thien Cung di Halong Bay. Macam Silver Cave juga, gua ini dipancar dengan pelbagai cahaya berwarna warni.

Ini pula gua di Tam Cốc (Vietnam), secara lieteralnya bermaksud "tiga gua", terdiri daripada tiga gua semulajadi - Hang Cả, Hang Hai, dan Hang Ba - di Sungai Ngô Đồng. Gua-gua ni au naturel. Masuk dalam pun gelap gelita.

Next, ini gua Cave Church di Budapest. Sebuah gua di Gellert Hill converted jadi gereja.

Gua yang cantik ni pulak ialah Gua Tempurung di Gopeng, Perak.

And lastly Batu Caves.

Wooii.. kira dah banyak la jugak gua yang saya dah lawat, mostly dalam Malaysia la. 

Anyway, back to story di Waitomo Glowworm Caves ni. Then our cave guide bawa kami ke satu bahagian gua yang gelap gelita. Mengagau semua dalam group dok grab on to the walkway handrails.. hehe.. Kemudian dia suruh kami semua squat down dan fokus pada bahagian low ceiling of the cave. Lepas tu dia suluh dengan lampu picit dan nampak la kami juraian-juraian halus yang amazing ini. Really it was quite wondrous! 

Benang-benang ini adalah sebenarnya lendir yang dihasilkan oleh Glowworm untuk menangkap serangga. Glowworms akan mengeluarkan cahaya dari bahagian belakang badan mereka. Serangga akan tertarik kepada cahaya ini dan terperangkap dengan terlekat kepada benang-benang basah ini sewaktu cuba mendekati cahaya tersebut. Seterusnya serangga ini akan mati menjadi makanan the glowworms.

Berikut adalah beberapa fascinating facts about the glowworms.
'The glowworm makes its home in the cave by attaching a silk hammock to the cave ceiling. To catch food, the glowworm larva builds a network of silk threads that hang down vertically all around, and also within reach of its hammock. As the glowworm extrudes each line from its silk glands, it places droplets of very sticky mucus over the thread line. A lost insect will fly towards the larva’s light lure and into a tangle of sticky silk threads and rarely escapes. The glowworm feels the tug of a struggling insect and reaches out of the hammock to haul up its meal. Insects caught in the glowworm’s lines are held there, stuck in the sticky acid mucus until the glowworm is ready to feed. The glowworm draws the silk line and the trapped insect upwards and into its mouth, sucks out the juices and spits out the hard parts.'
Source: www.glowworm.co.nz



Seterusnya kami dibawa menaiki sampan menyusuri Sungai Waitomo mengalir menerusi gua ini untuk melihat glowworms yang bercahaya pada bumbung gua. Banyak sampan disediakan dan setiap sampan boleh dinaiki kira-kira 10 orang. Sampan-sampan ini tidak mempunyai enjin atau pendayung. Cave guide yang membawa kami menggerakkan sampan dengan menarik tali-tali yang dipasang di dalam gua. So it was a very quiet and tranquil sail.

Glowworm ni is unique to New Zealand.

'A quiet, still galaxy of beautiful tiny living lights'. 
Memanglah sangat mengagumkan. So mesmerizing. SubhanAllah.

Cahaya dari glowworms ini dipanggil bioluminescence. 
'Glowworm light is made from a biochemical reaction called bioluminescence which takes place at the terminal end of the renal glands or malphigian tubules of the larval glowworm. Energy to make the light is sourced from an energy rich protein, ATP which is manufactured there. Glowworms produce ‘cold’ light, a pure light with almost no associated heat'.
Source: www.glowworm.co.nz

Cave guide turut mengingatkan kami supaya terus senyap kerana bunyi bising akan buat glowworms tu tidak menyalakan dirinya. Bunyi bising make them feel threatened.  




Ini glowworm lifecycle. 

Teruja sangat sampai tak perasan kami dah sampai ke entrance keluar dari gua ini. Needless to say it was an experience we will not soon forget. Begitulah kehebatan ciptaan Allah swt. Alhamdulillah tercapai juga cita-cita kami nak tengok glowworms tu. Kami highly recommend pergi tengok glowworm ni kalau ke NZ.

Keluar dari sampan.

Dah sampai luar ni baru la boleh keluarkan kamera dan ambil gambar.. hehe.


Bergambar sekejap.

Sungai Waitomo yang mengalir di dalam gua.

Lapar dah, jom pergi lunch.

Seperti yang dah kami decided earlier, kami makan tengahari di cafe di Waitomo Glowworm Caves Visitor Center ini. Di cafe tu ada beberapa interesting old photos.






Cafe di Waitomo Glowworm Caves Visitor Center.

Cantik pemandangan hutan di center ni.

We had Kiwi Fish & Chips NZD20 (RM55). 


Sedap! Alhamdulillah.

As suspected, portion besar sungguh! Kami beli satu set je, kongsi berdua.. hehe. 


Sebelum beredar dari Waitomo Glowworm Caves Visitor Center ni kami masuk dulu ke souvenir shop.


Dan kami beli la Souvenir Book ni. Banyak interesting facts di dalam buku ni. Nice!



















Pintu keluar gift shop.

Beg plastik yang mereka gunakan adalah 100% compostable dan dibuat dari jagung. Impressive.

Bersambung...

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

5 comments:

  1. entry yang saya tunggu tunggu !! glow worm !!

    bila lah Malaysia nak implement guna beg plastik macam tu kan..?

    saya dah kira
    184 km..
    2.5 jam
    average 73.6 kn se jam aje lajunya !!
    bosannya...... :))

    berapa NZD gambar sekeluarga tu ?

    kita orang insyaAllah akan naik train tu .. tau je lah obsesi saya dengan train travel ni .. :))
    ada coach yang tak ada tingkap .. untuk fotografi .. cool !!

    apa makna F/H dekat menu tu ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Beg plastik tu rasanya dah mula digunakan di KLIA1.

      Hehehe.. at first yes. Tapi ada eloknya selow mcm tu, jadi senang nak ambik gambar dan tak blur2.. hehe.
      Slow tu sampai at one time saya tersnooze off.. hahhaa.

      Agak dah.. hehe.
      Bila nak ke sana tu doc? Pergi both north and south island sekali kan?

      H - Halal
      D/F & G/F - Dairy & Gluten Free.

      Delete
    2. Oh, lupa dah berapa harga buku souvenir/family photo tu.

      Delete
  2. so..
    yang berjuntai juntai tu the excretion from the worms ?
    bukan tinja kan? :)

    ReplyDelete