Wednesday, January 23, 2019

EGYPT - DAY 10 - PART 02 - RUWAQ JAWI & GOING HOME

Dari Egyptian Museum, kami bertujuh bersama Thoha naik 1 Uber dan 1 teksi ke Genena Mall untuk berkumpul semula dengan group members lain yang memilih untuk bershopping. 

Dan naik teksi di bandar Kaherah ini was quite an experience in itself! By day 10 ni, kami dah tahu serba sedikit bagaimana keadaan lalu lintas di sini and now being in it buat kami kecut perut... hahaha. 

Memintas dan dipintas dalam kesesakan jalan di Cairo.

Pemandu teksi yang nampaknya begitu berpengalaman membawa teksi, demonstrated by his attittude "...had laju bukanlah sesuatu yang semestinya dipatuhi" atau "Speed limit? What speed limit?"... hehehe (nervous laugh). 

Di antara "HONK! HONK!"... ternampak Tugu Muhammad Ali Pasha.... "HONK! HONK!".

Lalu dalam terowong. 

Then the taxi driver ever so casually took his thermos out and poured piping hot tea into a small glass. Dan dia selamba je enjoyed his tea while navigating through the busy afternoon traffic. Hello... super nervous passengers di belakang ni... hehehe. 

Sip, sip, sip away.... hehe. Tak lama lepas tu kami tenang sebab it looks like he has done this like a million times before already lah.. hehe.

And to complete his afternoon enjoyments, out came the cigarette and he started to puff away, langsung tak kisah kami the passengers. Oh did I tell you that all windows are open and there was no air-conditioning? Well, like I said it was quite the experience.. hehe.

Kami selamat tiba di Genena Mall. Ni while waiting in the bus. Apparently ada group members yang lost track of time while shopping.. hehe. So kena la tunggu kejap.

Genena Mall.

Seterusnya lunch!! 

Last few photos of Cairo before leaving for KL.




Ustaz bawa kami stop kedai kacang kerana ada request dari group members.

Kacang galore.. hehe. 

Bukan produk kacang je ada, macam-macam yang lain ada juga.

Ini saja yang kami beli ~ LE15 (RM 4)... hehehehe.

Makan tengahari kami di Restoran Nur Malaysia. 

Suasana di dalam restoran.



Kami tiba awal so makanan tak siap lagi, so kami bersolat dulu. Ada surau disediakan di Restoran Nur Malaysia, tetapi suraunya kecil. Jadi Ustaz cadang, cuma the ladies je bersolat di sini. The guys ke sebuah masjid yang berhampiran.

Masjid Al Taqwi.



Selesai bersolat kami pun makan.

Alhamdulillah, sedap hidangan lunch kami.

Sebelum ke airport kami akan buat satu lawatan terakhir iaitu ke Ruwaq Jawi.


Passed by kawasan Seksyen 7, tempat tinggal ramai students Malaysia di Kaherah. Ini Rumah Penang. 

Kediaman pelajar-pelajar Malaysia di Kaherah banyak bertumpu di sebuah kawasan yang dinamakan Seksyen 7. Setiap negeri di Malaysia ada sebuah bangunan yang dijadikan asrama untuk penuntut masing-masing. Ada Rumah Kedah, Rumah Kelantan, Rumah Wilayah dan sebagainya. Kalau tak terletak betul-betul di Seksyen 7 sekalipun, kedudukan rumah-rumah ini adalah berhampiran.

Tiba di Ruwaq Jawi. Ini bangunannya, bahagian corner lot. Ustaz beritahu kami dulu ada sebuah kafe di tingkat bawah bangunan ini, tetapi disebabkan pusat pengajian ini mendapat sambutan yang luar biasa, kafe ini terpaksa ditutup dan dijadikan ruang kuliah kerana pentadbiran Ruwaq Jawi memerlukan ruang yang lebih luas untuk menampung pengajian yang dilaksanakannya.

Ingat lagi tak kisah dalam entry lawatan kami ke Masjid Al Azhar mengenai anjung pengajian untuk pelajar dari Nusantara bernama Ruwaq Jawi yang pernah diwujudkan di Courtyard Masjid Al Azhar dulu? 

Sistem Ruwaq ini tidak lagi diamalkan selepas Universiti Al Azhar mengamalkan sistem kuliah dan peperiksaan. Namun atas inisiatif beberapa pelajar Malaysia di Universiti Al Azhar dan sokongan dari Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah, Ruwaq ini dapat dihidupkan kembali. Namun Ruwaq ini tidak lagi berada di dalam Masjid Al Azhar macam dulu, sebaliknya ia ditempatkan di kawasan kediaman pelajar-pelajar Malaysia di Cairo. 




Ada gambar-gambar lama yang menarik di Ruwaq Jawi ini yang menunjukkan suasana di Ruwaq Jawi yang asal, sewaktu ia beroperasi di Masjid Al Azhar dulu.


Kumpulan kami diberi penerangan tentang aktiviti di Ruwaq Jawi ini pada masa sekarang. Sistem halaqah tradisional pengajian Al Azhar masih diteruskan di sini. Memandangkan Ruwaq Jawi ini juga mendapat sokongan dari Universiti Al Azhar sendiri, ramai pengajar-pengajarnya turut terdiri dari pengajar di Al Azhar yang datang memberi sumbangan tenaga secara sukarela.

Pusat Pengajian Ruwaq Jawi ini bukan saja mendapat sambutan dari pelajar-pelajar Malaysia malah ia turut disokong oleh pelajar-pelajar dari negara jiran Malaysia seperti Indonesia, Thailand, Brunei dan Singapura. Malah lebih mengejutkan kerana sejak akhir-akhir ini pengajian di Ruwaq Jawi turut mendapat kehadiran pelajar-pelajar dari South Africa.

Disebabkan kejayaannya, Ruwaq Jawi telah mempunyai perancangan untuk membuka sebuah cawangan pengajian di Malaysia. Tapak bangunan yang dicadangkan terletak di negeri Perak. 
Penerangan dari Ustaz Hairul Nizam bin Mat Husain, Timbalan Syeikh Ruwaq Jawi. 

Disebabkan sambutan yang menggalakkan, Ruwaq Jawi juga akan mengadakan sesi-sesi pengajian pendek agama yang boleh dihadiri oleh sesiapa saja dengan bayaran tertentu. Kalau tak salah sesi pengajian pendek ini akan dimulakan pada penghujung tahun 2018. Maklumatnya boleh didapati di Facebook Ruwaq Jawi.

Sebagai organisasi sukarela, Ruwaq Jawi memang mengharapkan sumbangan dan bantuan dari Umat Islam untuk kelangsungannya. Marilah kita berderma beramai-ramai kepada organisasi ini sebagai sokongan untuk memastikan ajaran Islam yang sebenar tetap terus berkembang di bumi Allah ini, khususnya di Malaysia.
Penerangan dari Ustaz Mohd Nazrul bin Abd Nasir, Syeikh Ruwaq Jawi.





Bergambar bersama Ustaz-Ustaz.

Berfoto bersama Ustaz Mohd Nazrul bin Abd Nasir, Syeikh Ruwaq Jawi (kanan) dan Ustaz Hairul Nizam bin Mat Husain, Timbalan Syeikh Ruwaq Jawi (kiri).

Atas permintaan ramai, masih ada satu persinggahan sebelum kami berlepas ke Cairo Airport. Persinggahan ini adalah kedai buah-buahan yang terletak berhampiran Ruwaq Jawi.

Macam-macam jenis buah ada.



Sayur-sayuran yang sudah tidak segar diletak di sini untuk sesiapa sahaja yang mahu, boleh ambil secara percuma.





Ayam, itik dan burung pun ada.












Berjalan ke bas untuk seterusnya ke airport.

Kemudian tibalah masa untuk kami berpisah dengan Ustaz Toyyeb, pelajar Universiti Al Azhar dari Kedah yang membantu Ustaz Faiz sepanjang perjalanan kami ke Negeri Mesir. Terima kasih dan kami doakan semoga Ustaz Toyyeb berjaya menamatkan pengajian dan menjadi seorang pakar Syariah selepas kembali ke tanah air.
Ini foto Ustaz Toyyeb yang saya ambil semasa lawatan ke Qaitbay Citadel, di Alexandria, Mesir. 


Merakam beberapa foto-foto terakhir bandaraya Kaherah.

























Cairo International Airport terletak 19 km dari pusat bandar Cairo. Ia adalah lapangan terbang yang kedua tersibuk di benua Afrika selepas OR Tambo International Airport di Johannesburg di South Africa.





Pesawat kami berlepas dari Terminal 2, Cairo International Airport. Setibanya di sini, tibalah pula masa untuk kami berpisah dengan Thoha, Local Guide Mesir yang setia menemani kami sepanjang perjalanan.

Penerbangan pulang kami ke Kuala Lumpur adalah menggunakan Saudi Arabian Airlines melalui Jeddah. Penerbangan kami dari Cairo ke Jeddah ini berlepas pada pukul 10.45 malam.

Oleh kerana kami ada banyak masa lagi, kami bersolat dulu dan makan di Mcdonald's yang terletak berhampiran Surau.


Lebih kurang RM 40.

Lepas bersolat dan makan, masih lagi banyak masa. Sampai tertidur kejap.. hehe. Better sampai airport early, tenang je, no rushing.

Check-in.

Pada pukul 10 malam dah dipanggil masuk ke pesawat Saudi Arabian Airlines SV 304 menuju ke Jeddah. Pesawat Wide Body Airbus A330-343R.


Penerbangan dari Cairo ke Jeddah memakan masa 2 jam. 

Sajian penerbangan.

Sewaktu hampir tiba di Jeddah, ada pengumuman Miqat Umrah dibuat. Miqat bagi jemaah yang membuat Umrah dari arah Mesir adalah Al Juhfah.

Kami tiba di King Abdul Aziz International Airport di Jeddah pada pukul 1.40 pagi waktu tempatan. Beza waktu Mesir dan Arab Saudi  adalah sejam, Arab Saudi lebih awal.

Tak lama kami transit di Jeddah, unlike masa ke Cairo hari tu. Lebih kurang 2 jam. Pukul 3 pagi dah dipanggil masuk pesawat. 

Flight ke Kuala Lumpur Saudi Arabian Airlines SV 834 dengan Boeing 787-900.


Doa.

Makan!







Second meal.

Alhamdulillah, syukur kehadrat Ilahi kami selamat sampai di KLIA pada pukul 5.30 petang selepas penerbangan selama lebih 8 jam. Sebelum balik ke rumah, seperti biasa kami akan cari dulu makanan pedas dan teh tarik di KLIA ni.. hehe.

With that, maka berakhir sudah kisah kami berdua bercuti ke Mesir. Syukur Alhamdulillah perjalanan-perjalanan kami selamat. Banyak sekali kami mendapat ilmu dan pendedahan semasa berada di bumi Anbiya' Mesir. 

Dan terima kasih saya ucapkan kepada semua kawan-kawan yang telah membaca blog entries saya ini yang sometimes seemed unnecessarily long. 'Seemed'? Hehehehe.. ok la, panjang-panjang belaka tapi tu sebab banyak foto.. hehe. Anyway, thanks ya my readers, you're a star and take care!

Till the next adventure.... insyaAllah.

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

4 comments:

  1. Baru perasan pula yg tuan ni dr keturunan syed

    ReplyDelete
  2. kahkahkahhhhhhh
    dia tak tahu ke passenger kat belakang tu seorang super worrier!
    heppp !! berani dia bawak kereta guna sebelah tangan je sambil minum teh!!!!

    lawa baju pramugari dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan... nasib duduk sebelah my wife... my penenang hati.. :).

      Driver taxi tu mmg multi talented. Kat sana kita kena ikut cara mereka.

      Yes indeed, very professional and kemas looking.

      Delete