Friday, February 23, 2018

EASTERN EUROPE - GERMANY - DAY 09 - DACHAU CONCENTRATION CAMP MEMORIAL SITE

Dah pun sampai last day dalam program percutian Eastern Europe kami. Hari terakhir ni kami akan melawat dua lagi tempat sebelum bertolak ke airport iaitu ke Dachau Concentration Camp Memorial Site dan juga Dachau Old Town. 

Bersarapan di Hotel Azimut, Munich. Lepas breakfast, pack up dan check out. 

Lebih kurang pukul 9 pagi kami pun bertolak dari Hotel Azimut menuju ke Dachau, about 35 minutes away or 30 km distance.

Nampak macam funfair. Ada double humps Bactrian camels. 

Stadium Allianz Arena yang merupakan stadium bagi pasukan bolasepak terkenal dari Germany, Bayern Munich.

Sampai ke Dachau Concentration Camp and Memorial Site. Ia adalah bekas sebuah kem tahanan Nazi yang digunakan untuk menahan, menyiksa dan buat experiments kejam ke atas tahanan. Personally, memang saya terasa 'gruesome' tempat ni tapi admittedly ia adalah salah satu tempat lawatan yang saya looking forward to visit. To me it was a piece of world's history so horrific dan unimaginable and terlalu shocking for me to even fathom how people was treated in such terrifyingly inhuman ways. 

Lawatan kami di sini akan dibawa oleh local tour guide, Achim. Sebelum memulakan lawatan, Achim berpesan supaya kita menghormati tempat ini kerana ia adalah seperti sebuah kuburan yang besar kerana beribu-ribu nyawa terkorban di sini.  

Berjalan masuk ke ke kawasan bekas kem tahanan Nazi.

Yang dimaksudkan oleh Achim tadi tentang 'menghormati tempat ini' ialah dengan mematuhi pantang larang yang ada di info boards di sini.


Kami perhatikan begitu ramai sekali pelajar-pelajar sekolah yang dibawa guru-guru mereka melawat tempat ni. Dari apa yang saya baca dan tengok di TV, memang mereka tidak menyembunyikan 'sejarah hitam' negara mereka malah diserap ke dalam syllabus pelajaran mereka supaya generasi muda tahu akan sejarah negara mereka yang sebenar, supaya jangan berulang lagi kejadian buruk ini. In fact, tempat ini runs an extensive educational program and features an archive and library.

Sebelum masuk ke dalam, Achim berhenti sekejap di info board ini memberi maklumat beberapa tempat menarik di Dachau. 










Sambung berjalan. Actually masa ini, a few of our group members kami berpatah balik ke bas sebab kesejukan. Mungkin juga kerana tempat ini bukanlah satu tempat yang tipikal untuk dilawat dalam program percutian. Mula-mula saya pun berfikir begitu sebelum datang ke sini. Tapi lepas baca serba sedikit tentang tempat ini, terus saya fikir it is a must to visit. 

Dengan dalam keadaan cuaca begini, terasa 'sombre' masa berjalan di sini. Sambil itu juga baca la apa yang patut.


"Dachau, the significance of this name will never be erased from German history. It stands for all concentration camps which the Nazis established in their territory"

Sebelum masuk ke kawasan kem tahanan, kami berhenti dulu di Visitor's Center ni. Di sini ada tandas dan pusat informasi. Bagi yang datang bersendirian, audio guide juga boleh disewa di sini.

Dan seperti kebiasaan, kalau dah di information center macam ni, saya mesti la dapatkan information. Happy betul dapat pamphlet ni!

Ok saya share di sini info dari pamphlet 'Brief Information: The Dachau Concentration Camp Memorial Site'.

Dalam dua belas tahun kewujudannya lebih 200,000 tahanan yang datangnya dari seluruh Eropah telah dipenjarakan di sini dan di banyak kem-kem lain. 41,500 telah dibunuh. 

Kem tahanan ini adalah merupakan 'school of violence' kerana ianya adalah model sekolah pusat melatih SS-men cara-cara menyiksa. Waffen-SS atau SS that ran the camp adalah pertubuhan separa tentera di bawah pentadbiran Nazi Germany.







Dachau Concentration Camp terletak di tapak sebuah kilang peluru lama berhampiran bandar Dachau. Berpandukan kepada kem tahanan ini sebagai prototype, Nazi telah membina beratus-ratus lagi kem tahanan yang serupa di Germany dan seluruh jajahan takluk mereka di negara lain sebelum tewas kepada tentera Amerika Syarikat pada 1 Mei 1945.







Achim membawa kami menyusuri Path of Remembrance di luar perkarangan kem tahanan. Inilah laluan yang digunakan oleh tahanan yang dipaksa berjalan kaki dari stesen keretapi masuk ke dalam kem. Di sini kita dapat membaca papan keterangan dan melihat gambar suasana sebenar yang berlaku kerana gambar-gambar ini sebenarnya diambil dari rekod simpanan tentera Nazi.




Masih ada kesan peninggalan landasan keretapi lama yang dapat dilihat di sini. Ketika tentera Amerika Syarikat menyerbu kem ini pada tahun 1945, mereka turut menemui gerabak-gerabak keretapi yang dipenuhi dengan mayat-mayat tahanan yang mati bergelimpangan di dalamnya.

Gerbang ini adalah satu-satunya pintu untuk keluar masuk ke kem tahanan.

Bagus betul la ada letak info board macam ni. Banyak fakta dikongsi dengan pengunjung.

'The concentration camp commandant and his staff were primarily responsible for the terror, punishments and murders of the prisoners'.









Ok, jom kita masuk ke dalam kawasan bekas kem tahanan ini. Tapak peringatan yang kami lawat ini telah direka untuk memperingati lebih 200,000 orang tahanan dari 34 negara yang mati dan menderita di kem tahanan ini. 

The Dachau Concentration Camp Memorial site ini adalah terdiri daripada bekas kem tahanan dan bekas kawasan krematorium yang berada di luar kawasan kem tahanan ini. Tapak peringatan ini diasaskan pada tahun 1965 melalui inisiatif mereka yang terselamat dari kekejaman di kem tahanan ini.

More pertinent information.

Sebuah kem yang asalnya dibina untuk memuatkan 6,000 orang tahanan, sesak diduduki oleh 32,000 orang tahanan when it was liberated in 1945. Ketika itu 10,000 tahanan adalah dalam keadaan sakit.


Banduan-banduan di kem ini hidup dalam keadaan sentiasa ketakutan berdepan dengan brutal treatment and terror detention including standing cells, floggings, the so-called tree or pole hanging, and standing at attention for extremely long periods.


Pada mulanya tahanan di kem (atau work camp) ini terdiri dari penentang-penentang politik Nazi. Lama kelamaan, ia turut meliputi orang Yahudi, homoseks, gipsi dan sesiapa saja yang dianggap memberi ancaman politik dan sosial kepada penduduk Germany termasuk penganut Jehovah's Witness dan paderi-paderi Katholik. 



Slogan 'Arbeit macht frei' yang bermaksud 'work sets you free' diletakkan di pintu masuk ke beberapa kem tahanan Nazi termasuk kem ini. Kegunaan slogan ini diperintahkan oleh SS General Theodor Eicke, pemeriksa kem tahanan dan komandan kedua Dachau Concentration Camp. As if saying that lepas dah kerja di kem Nazi ni dengan bersungguh-sungguh, akan akhirnya dibebaskan. Padahal tak ada peluang untuk dibebaskan langsung. 
This reflected Nazi propaganda, which trivialized concentration camps as labor and re-education camps, when in fact forced labor was used as a method of torture. - Wikipedia


Kawasan kem ini adalah sangat luas. Ini adalah kawasan roll-call yang diadakan setiap hari untuk tujuan pemeriksaan yang boleh ambil masa lama sampai 20 jam. Maka ramai tahanan yang tidak berupaya berdiri begitu lama sampai mereka sakit atau jatuh mati sewaktu roll-call. 

Kata Achim, cuaca di Dachau memang hampir sentiasa extreme. Ia sangat sejuk pada musim dingin dan sangat panas pada musim panas. Roll-call pula dibuat di sini beberapa kali sehari tanpa mengira musim atau cuaca.

Ketika roll-calls ini juga pengawal-pengawal melakukan hukuman pada tahanan terutama pada mereka yang cuba melarikan diri dari kem ini. 

Foto kanan ialah Maintenance building. Dalam foto kiri ialah reconstructed barracks i.e Barrack 7a and Barrack 7b. 

'May the example of those who were exterminated here between 1933 and 1945 because they resisted Nazism help to unite the living in the defense of peace and freedom and in respect for their fellow man'.

Berek yang ada bilik-bilik seperti common room, bilik tidur dan bilik air. Nanti kami akan masuk ke sini.

Salah satu dari 7 Guard Towers yang ada di kem tahanan ini.

Ini former maintenance building. Di dalamnya ada bilik-bilik main exhibitions, seminar rooms, administrative office dan memorial room. Di depan blok ini ada International Monument. 

Sekarang kami dibawa Achim melalui former camp road di kawasan yang ada petak-petak besar yang dapat dilihat jelas dengan tembok petak ini. Inilah lokasi 30 barracks tempat tinggal para tahanan. Dua lagi barracks adalah untuk clergy, termasuk 2 orang Islam, dan for medical experiments. Semua dah dirobohkan, cuma tinggal a few yang dah dibina semula untuk dijadikan pusat pentadbiran dan muzium.  
Of a total of 2,720 clergy recorded as imprisoned at Dachau, the overwhelming majority, some 2,579 (or 94.88%) were Catholic. Among the other denominations, there were 109 Protestants, 22 Greek Orthodox, 8 Old Catholics and Mariavites and 2 Muslims. - Wikipedia

Selepas tahun 1942, jumlah banduan telah meningkat seramai 12,000 orang. Dachau pada asalnya (1933) jadi lokasi tahanan Komunis, memimpin Sosialis dan 'musuh-musuh negara'. Tetapi dari masa ke masa Nazi mula menghantar orang Yahudi Jerman ke kem ini. Setelah Austria dan Czechoslovakia ditawan, tahanan dari kedua-dua negara ini juga di tempatkan di Dachau. Pada tahun 1940, Dachau dipenuhi dengan Polish prisoners, yang merupakan majoriti penduduk banduan sehingga Dachau secara rasmi dibebaskan. 

Tahanan di kem ini dibahagikan kepada beberapa kategori dan banduan dari setiap kategori mesti memakai their respective badges. Kategori-kategori itu ialah: political prisoners, 'professional' criminals, Cri-Po prisoners, 'work-shy and asocial', Jehovah’s Witnesses, homosexuals, emigrants, 'race polluters', second-termers, 'idiots' and Jews.

Pada bulan Ogos 1944 sebuah kem wanita dibuka di dalam Dachau.

Seterusnya Achim menunjukkan pada kami pagar letrik yang memagari kem ini untuk memastikan tiada banduan yang terlepas lari dari kem. Ada papan maklumat di sini.

Ada 'kawasan larangan' selebar 3 meter dari longkang (ditch). Kalau masuk saja dalam kawasan ini, akan terus ditembak oleh pengawal yang bertugas di guard tower (ada 7 menara semuanya) kerana ini dikira cuba melarikan diri. Maksudnya baru nak datang dekat longkang tu pun dah kena tembak. 

Ada ketika pengawal-pengawal sengaja melemparkan topi banduan ke dalam 'Prohibited Area' tersebut, menyebabkan banduan ditembak mati bila cuba mengambil topi mereka. Dan ada juga banduan yang sengaja masuk ke zon larangan ini untuk membunuh diri dengan ditembak kerana sudah putus asa dan tidak dapat lagi menahan siksaan.

Lepas 'Prohibited Area' ini, ada dibuat longkang besar berukuran 1.2 × 2.4 m. Di sebelah longkang ini diletak pula barb wire. Lepas tu didirikan pagar letrik yang mengelilingi seluruh kawasan kem.

Perimeter fence. 

Seterusnya kami dibawa Achim ke Krematorium dengan menyeberang sungai Würm. Kawasan Krematorium ini berada dalam pagar berasingan dari kem tahanan supaya banduan yang berada di kem tahanan tidak tahu apa yang berlaku di kermatorium.

Russian Orthodox Chapel, dibina untuk memperingati mangsa-mangsa dari Russia yang terbunuh semasa di kem tahanan ini.

Dachau Concentration Camp sebenarnya terdiri dari dua bahagian: Kem Tahanan dan Krematorium. Saya memang suka betul kalau melawat tempat yang ada banyak info board.

Bangunan Krematorium yang serombong asapnya tengah berasap kerana sedang membakar mayat.

Peta kawasan Krematorium.

Memorial Stone with inscription: 'Denkt daran wie wir hier starben' – 'Think about how we died here'.

Patung oleh Fritz Koelle dengan inskripsi: 'Den Toten zue Ehr den Lebenden sur Mahnung' - 'To honor the dead and warn the living'.

Berjalan masuk menuju ke bangunan Krematorium.

Inilah bangunan Krematorium. Bangunan Krematorium Baru yang dibina oleh SS ini dinamakan Barrack X kerana ia bukan sahaja berfungsi untuk membakar mayat, tetapi juga tempat untuk membunuh tahanan. Di samping oven pembakaran mayat, bangunan ini juga dilengkapi dengan Gas Chamber untuk membunuh tahanan menggunakan gas beracun.

Pekerja-pekerja di Krematorium ini adalah juga terdiri dari para tahanan sendiri. Kami juga diberitahu, tahanan yang bertugas di Krematorium ini akan diasingkan dengan tahanan-tahanan lain di Dachau Concentration Camp untuk merahsiakan aktiviti yang berlaku di sini.

Ramai students yang datang melawat tempat ini as part of their education program. Ada juga ternampak seorang Orthodox Christian Clergy yang bawa the students. Perhaps it was a church trip.

More info board.


Tengok la ni, gitu je mereka longgok mayat. Facility kem yang boleh tampung 6,000 orang, diisi dengan 32,000 orang. Kehidupan communal ini jadi unsanitary dan menyebabkan penyakit. Tambah pula dengan siksaan, keadaan musim yang extreme dan mass murder. Makanya banyaklah mayat sampai tak dapat nak dikuburkan. Maka solusi mereka ialah dengan membakar. 

Ini pelan Krematorium. As you can see, ada 'Gas Chamber'. How awful!!

Ok saya bawa kawan-kawan tengok dari bilik ke bilik Krematorium ni ikut pelan di atas. Bilik/bahagian pertama: Disinfecting Chamber. 



The fumigation cubicles.


Next, the Waiting Room. This is where victims were to be informed on using the supposed 'showers'.  

Disrobing room.

The Gas Chamber. 


Bayangkan 150 orang berasak-asak di dalam bilik kecil bersiling rendah ini dan di 'shower' dengan gas beracun sampai semuanya mati.

Memang ada rasa seram masuk ke sini. 

Saya labelkan features dalam bilik gas ini. Nampak tu, ada peephole. So like, mereka intai masa tahanan suffocate dan mati? Or may be mereka intai to make sure semua banduan tu dah mati, then baru 'on' ventilator sebelum pintu gas chamber ini dibuka dan mayat-mayat dialih ke bilik sebelah iaitu 'Death Chamber'. 

Pada dinding gas chamber ini juga ada flap yang digunakan untuk memasukkan poison gas pellets dari luar.

Dari 'Death Chamber' mayat-mayat akan dibakar di Incinerator Room. Bilik ini juga digunakan sebagai Execution room. Di sebelah Incinerator/Execution room ini ada sebuah lagi 'Death Chamber'. 


Ada two-chamber oven.

Di bilik ini juga kami nampak ada satu plak penghormatan kepada 4 orang anggota wanita British Special Operations Executive (British SOE) yang ditangkap dan dibunuh oleh tentera Nazi di sini. 

Pada plak ini ada satu nama yang grabbed our attention iaitu Miss Noorunisa Inayat Khan. She was Britain's first Muslim war heroine. The Spy Princess. Silalah google dan baca tentang Miss Noor. You won't regret it.

Incinerator room and Death Chamber room.

The Waiting room, Disrobing room and Gas Chamber.  

Tidak jauh dari Krematorium Baru tadi, ada  Bangunan Krematorium Lama. 

Krematorium Baru dibina bila bilangan mayat bertambah dengan berkali ganda sehingga tak mampu lagi dibakar oleh Krematorium Lama ini.




Design ovennya lain sikit dari yang digunakan dalam Krematorium Baru.


Krematorium Baru.

Di sekitar kawasan Krematorium Baru ini ada beberapa memorial site.

Memorial lokasi tempat pelaksanaan hukuman gantung.

Satu lagi memorial sebagai peringatan untuk mangsa-mangsa kekejaman di Dachau Concentration Camp. 

Berjalan keluar dari kawasan Krematorium.



Beberapa memorial keagamaan dibina di dalam perkarangan Dachau Concentration Camp bagi mengenang mangsa-mangsa dari pelbagai agama yang maut di sini. Selain dari Russian Ortodox Chapel tadi, ada juga gereja Katholik, Protestant dan Jewish memorial di sini. Loceng Gereja Katholik di sini dibunyikan setiap hari pada pukul 2.55 petang, iaitu waktu tentera Amerika Syarikat menyerbu masuk untuk membebaskan tahanan di kem ini.

Lokasi The Protestant Church of Reconciliation, The Catholic Mortal Agony of Christ Chapel dan Jewish Memorial. 






Atas Chapel Katholik ini tiada salib tapi dipasang dengan Crown of Thorns seperti yang dikatakan dipakai oleh Jesus Christ sewaktu beliau disalib.




Lepas tu Achim bawa kami ke barracks yang dibina semula untuk beri pengunjung lihat sendiri bagaimana rupanya keadaan di dalam barracks yang kecil dan overcrowded. 

Deretan pokok-pokok di camp road ini ditanam oleh tahanan dalam satu usaha Nazi untuk mencantikkan kem ini untuk mengaburi sebuah lawatan hak asasi manusia.

Bekas-bekas berek tahanan.

Nombor berek-berek tahanan yang telah dirobohkan ditandakan di sini.


International Monument. 


Ini salah satu barracks yang dibina semula untuk dilawat pengunjung kem ini. It was an infirmary.

Info board.


Tahanan digunakan sebagai subjek dalam melakukan cruel experiments termasuk malaria, phlegmon, altitude dan hypothermia. Experiments ini menyebabkan kematian, trauma, kecacatan atau permanent disability, dan oleh itu dianggap sebagai medical torture. Mana-mana banduan yang didapati lambat sembuh akan dibunuh.  
High altitude experiment:
In Dachau, physicians from the German air force and from the German Experimental Institution for Aviation conducted high-altitude experiments, using a low-pressure chamber, to determine the maximum altitude from which crews of damaged aircraft could parachute to safety. Scientists there carried out so-called freezing experiments using prisoners to find an effective treatment for hypothermia. They also used prisoners to test various methods of making seawater potable. - Source.

Freezing experiment:
A naked prisoners was placed in the open air for several hours with temperatures as low as −6 °C (21 °F). Besides studying the physical effects of cold exposure, the experimenters also assessed different methods of rewarming survivors. "One assistant later testified that some victims were thrown into boiling water for rewarming."

Malaria experiment:
Healthy inmates were infected by mosquitoes or by injections of extracts of the mucous glands of female mosquitoes. After contracting the disease, the subjects were treated with various drugs to test their relative efficiency. Over 1,200 people were used in these experiments and more than half died as a result.
- Wikipedia


The camp road.



Maintenance building and International Monument.

The Administration wing of the Maintenance building.

Seterusnya kami dibawa Achim ke dalam Barracks 7a. 

The Washroom, toilet room.

The Washroom.

25,613 orang tahanan dipercayai mati di kem ini dan hampir 10,000 lagi di kem lain, terutamanya kerana penyakit, malnutrisi dan bunuh diri. Pada akhir 1944, epidemik typhus melanda kem ini disebabkan oleh masalah kebersihan dan kesesakan melampau, menyebabkan lebih 15,000 kematian. Wabak typhus menjadi masalah serius akibat daripada kesesakan, keadaan sanitasi yang buruk, peruntukan yang tidak mencukupi, dan keadaan tahanan yang lemah.

The toilet room.

Seterusnya kami masuk ke Common Room. 

Common Room ini dijaga sebegitu sekali kerana ianya adalah bilik showcase untuk pelawat dan ketika inspection. 

Di Common Room ini ada loker-loker tahanan.



Mendengar Achim bercerita tentang rutin hidup tahanan di Dachau Concentration Camp.


Peralatan yang disimpan di dalam loker perlu dibersihkan sehingga berkilat. 

Jika ada kotoron walau sebintik pun, tahanan akan didenda digantung dengan tangan diikat ke atas (pole hanging) selama sejam. 




Semua mesti bersih berkilat.

Di sebelah Common Room ada bilik tidur dengan katil-katil kayu bertingkat yang dikongsi 3-4 orang satu katil. 





Menurut Achim, kesesakan yang dialami menyebabkan para tahanan akan melakukan apa sahaja termasuk memberi rasuah kepada pegawai SS yang berkawal untuk mendapatkan sedikit keselesaan. Bila ini terjadi, dah pasti ada yang menjadi mangsa. Contohnya, jika ada tahanan yang mendapat lebih roti untuk mengisi perut, dah pasti akan ada tahanan yang kebuluran kerana SS tak pernah menyediakan makanan yang lebih dari peruntukan.

Selepas kem ini dibebaskan oleh tentera Amerika, ramai tahanan yang mengalami kesan psikologi kerana terlalu lama tersiksa. Tak kurang juga ramai yang membunuh diri kerana menganggap mereka hidup hasil dari penderitaan orang lain yang telah mereka tindas demi mendapatkan sedikit keselesaan sewaktu di dalam tahanan.














Sebelum meninggalkan Dachau Concentration Camp ini, saya dan isteri berjalan melihat memorial-memorial yang banyak didirikan di sini.

Monumen 'Never Again'.

Kotak batu di depan memorial ini diisi dengan abu mayat yang dikutip dari krematorium pembakaran mayat di kem ini.


Kalau nak tahu dengan lebih lanjut tentang kem ini, boleh la ke bangunan Maintenance ini kerana dalamnya ada memorial room dan exhibitions room.


International Monument, direka oleh seorang bekas tahanan di sini yang bernama Nandor Glid yang berasal dari Yugoslavia. Ia direka seperti lelaki yang ditusuk kawat berduri untuk menggambarkan penderitaan yang dialami.


Memorial Triangle. 

Monumen ini melambangkan badge-badge kod warna yang dipakai oleh tahanan mengikut kategori masing-masing.


Meninggalkan Dachau Concentration Camp.

Commemorative sites. 

In the major Dachau war crimes case (United States of America v. Martin Gottfried Weiss et.al.), forty-two officials of Dachau were tried from November to December 1945. All were found guilty – thirty-six of the defendants were sentenced to death on 13 December 1945, of whom 23 were hanged on 28–29 May 1946, including the commandant, SS-Obersturmbannführer Martin Gottfried Weiss, SS-Obersturmführer Freidrich Wilhelm Ruppert and camp doctors Karl Schilling and Fritz Hintermeyer. Camp commandant Weiss admitted in affidavit testimony that most of the deaths at Dachau during his administration were due to “typhus, TB, dysentery, pneumonia, pleurisy, and body weakness brought about by lack of food.” His testimony also admitted to deaths by shootings, hangings and medical experiments. Ruppert ordered and supervised the deaths of innumerable prisoners at Dachau main and subcamps, according to the War Crimes Commission official trial transcript. He testified about hangings, shootings and lethal injections, but did not admit to direct responsibility for any individual deaths. - Wikipedia

It was a visit unlike I had ever experience. 

Bersambung...

For easy reference, saya senaraikan di bawah semua links kepada entries Eastern Europe travels saya:
01 - EASTERN EUROPE - GERMANY - DAY 01 - PART 01 - DEPARTURE & ROMERBERG
02 - EASTERN EUROPE - GERMANY - DAY 01 - PART 02 - WERTHEIM OUTLET VILLAGE

03 - EASTERN EUROPE - CZECH REPUBLIC - DAY 02 - PART 01 - KARLOVY VARY - GRANDHOTEL PUPP-HOT SPRING COLONNADE
04 - EASTERN EUROPE - CZECH REPUBLIC - DAY 02 - PART 02 - KARLOVY VARY - MARKET COLONNADE-MILL COLONNADE-DVORAK PARK-PARK COLONNADE-CZECH POST-ELIZABETH V SPA
05 - EASTERN EUROPE - CZECH REPUBLIC - DAY 02 - PART 03 - PRAGUE - PRAGUE CITY-WENCESLAS SQUARE-PRAGUE OLD TOWN SQUARE-ASTRONOMICAL CLOCK
06 - EASTERN EUROPE - CZECH REPUBLIC - DAY 02 - PART 04 - PRAGUE - CHARLES BRIDGE-PRAGUE OLD TOWN SQUARE
07 - EASTERN EUROPE - CZECH REPUBLIC - DAY 03 - PART 01 - PRAGUE - PRAGUE CASTLE-ST VITUS CATHEDRAL
08 - EASTERN EUROPE - CZECH REPUBLIC - DAY 03 - PART 02 - PRAGUE - OLD ROYAL PALACE-PRAGUE LESSER TOWN-CHARLES BRIDGE
09 - EASTERN EUROPE - SLOVAKIA - DAY 04 - PART 01 - BRATISLAVA - BRATISLAVA CASTLE
10 - EASTERN EUROPE - SLOVAKIA - DAY 04 - PART 02 - BRATISLAVA - BRATISLAVA OLD TOWN-CORDOBA CULTURE CENTER
11 - EASTERN EUROPE - HUNGARY - DAY 04 - PART 03 - BUDAPEST - CENTRAL MARKET HALL-LIBERTY BRIDGE
12 - EASTERN EUROPE - HUNGARY - DAY 05 - PART 01 - BUDAPEST - GELLERT HILL-CITADEL
13 - EASTERN EUROPE - HUNGARY - DAY 05 - PART 02 - BUDAPEST - FISHERMAN'S BASTION
14 - EASTERN EUROPE - HUNGARY - DAY 05 - PART 03 - BUDAPEST - HEROES SQUARE
15 - EASTERN EUROPE - HUNGARY - DAY 05 - PART 04 - BUDAPEST - RIVER DANUBE CRUISE
16 - EASTERN EUROPE - HUNGARY - DAY 05 - PART 05 - BUDAPEST - GELLERT THERMAL BATH-CAVE CHURCH
17 - EASTERN EUROPE - AUSTRIA - DAY 06 - PART 01 - VIENNA - SCHONBRUNN PALACE
18 - EASTERN EUROPE - AUSTRIA - DAY 06 - PART 02 - VIENNA - VIENNA CITY TOUR-MARIA THERESIEN PLATZ-HOFBURG PALACE
19 - EASTERN EUROPE - AUSTRIA - DAY 06 - PART 03 - VIENNA - KOHLMARKT-GRABEN-HUNDERTWASSERHAUS
20 - EASTERN EUROPE - AUSTRIA - DAY 06 - PART 04 - VIENNA -VIENNA ISLAMIC CENTER-St STEPHEN CATHEDRAL-KARNTNER STRASSE
21 - EASTERN EUROPE - AUSTRIA - DAY 07 - MONDSEE-LANDZEIT
22 - EASTERN EUROPE - AUSTRIA - DAY 07 - MIRABELL GARDEN-MOZART WOHNHAUS-MAKARSTEG
23 - EASTERN EUROPE - AUSTRIA - DAY 07 - SALZBURG OLD CITY
24 - EASTERN EUROPE - GERMANY - DAY 08 - ON THE WAY TO NEUSCHWANSTEIN CASTLE
25 - EASTERN EUROPE - GERMANY - DAY 08 - NEUSCHWANSTEIN CASTLE
26 - EASTERN EUROPE - GERMANY - DAY 08 - BMW WELT-MARIENPLATZ
27 - EASTERN EUROPE - GERMANY - DAY 09 - DACHAU CONCENTRATION CAMP MEMORIAL SITE
28 - EASTERN EUROPE - GERMANY - DAY 09 - DACHAU OLD TOWN - GOING HOME

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

2 comments:

  1. This is one depressing place

    seram jugak tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Very depressing. The more I read about it, the more depress I became.

      Masa tu siang, dan ramai orang.. still seram... tapi lebih rasa sedih and shocked!

      Delete