Baik, saya sambung cerita jalan-jalan Negeri Sembilan saya. Kalau hari ke 2 program jalan-jalan saya dah cover area Teluk Kemang, hari ke 3 saya ke area Jelebu, Kuala Pilah dan Jempol pula.
Jauh nak jalan hari ke 3 ni so sarapan lebih sikit 😊.
Jauh nak jalan hari ke 3 ni so sarapan lebih sikit 😊.
Pukul 8:00 pagi kereta dah datang. Jom!
Kalau semalamnya Pak Hamzah drive saya, pagi ni anak dia Faizul pula bawa saya. Selepas berbincang serba sedikit program saya, Faizul yang semalamnya sudah pun diberitahu oleh ayah dia, terus faham. Seperti ayah dia, Faizul ni juga sangat senang dibawa berbincang and he knows exactly what my hopes and expectations for the jalan-jalan were. Alhamdulliah.
Menuju ke Kuala Pilah.
Lalu jambatan ni.
Tiba di Kuala Pilah.
Corn fields. So beautiful.
Semasa dalam perjalanan tu saya ternampak signboard warna coklat ni. Terus saya bertanya pada Faizul siapakah Tuan Tulis? Dia kata Tuan Tulis adalah seorang alim yang makamnya ada di Kampung Kuala Talang. Saya pun ajak dia ke sana. Sebenarnya gitu le cara jalan-jalan saya ni. Di samping ada specific places yang memang saya bercadang nak lawat, tapi kalau ternampak tempat lain yang boleh dilawat, saya akan berhenti. Tapi lepas bincang dengan Faizul of course sebab kalau terlalu jauh nanti ambik masa lama pulak.
Jauh juga perjalanan kami pagi tu. Sebab tu seawal pukul 8:00 pagi kami dah bertolak tadi.
Perjalanan ke Makam Tuan Tulis dari jalan utama melalui kawasan perkampungan yang cantik dengan rumah-rumah lama dan sawah padi. Kalau ikut hati nak turun kejap ambik gambar tapi since ada banyak tempat nak pergi hari tu, cukup sekadar shoot dari kereta je 😊.
Tiba di Masjid Tuan Tulis Ismail di mana terletaknya Makam Tuan Tulis.
Saya cukup suka sekali bila ada papan info macam ni 😊.
Makam Tuan Tulis terletak di sebelah masjid.
Saya sangat bersyukur pada Allah SWT kerana destinasi pertama jalan-jalan saya pagi itu adalah dapat menziarahi makam seorang alim ulama. Memang saya tak rancang. MashaAllah.
Ada saja orang yang buat kerja-kerja tak baik. Saya baca sampai ada yang ambik tanah kubur, bakar kemenyan dan lain-lain perbuatan syirik. نعوذ بالله من ذلك
Suasana di dalam rumah khas makam Tuan Tulis. Di sebelah kiri itu ialah pintu ke makam.
Tapi sebelum tu saya tertarik ingin lebih tahu tentang Tuan Tulis. Ada beberapa artikel di dinding yang boleh dibaca oleh pelawat.
Ini adalah foto Al Quran tulisan tangan Tuan Tulis yang sudah berusia 100 tahun.
Kerja penyalinan Al Quran dibuat dengan tulisan tangannya sendiri menggunakan dakwat yang dibuat sendiri dari simpanan arang para dan getah limau kasturi. Penanya pula daripada bilah segar kabung.
... seorang Ulama Wali Allah yang mendekati masyarakat dengan penuh hikmah, menjadi tempat rujukan orang ramai dalam pelbagai masalah... MashaAllah.
Inilah makam Tuan Tulis. Al Fatihah.
Di pintu makam ini ada dipasang grill yang saya rasa untuk menghalang perbuatan jahat mereka yang tidak bertanggungjawab. |
Ada busut di atas makam.
Pelawat juga boleh membaca maklumat tentang Tuan Tulis yang dipetik dari buku "7 Wali Melayu" oleh Abdul Ghani Said.
MashaAllah, tak terkata apa saya selepas membaca petikan dari buku ini.
SubhanAllah, Alhamdulillah, Allahu Akbar.
SubhanAllah, Alhamdulillah, Allahu Akbar.
Syukur Alhamdulillah, lawatan pertama saya hari tu mengingatkan saya padaNya. Saya akui saya ni bila jalan-jalan macam ni, bila dah seronok, saya kadang kala boleh sampai jadi lalai. Dengan lawatan ni saya bagai jadi sedar dan terus beringat supaya sentiasa mesti bersyukur.
Driving out of the kampung to the main road. Beautiful scenic paddy fields.
Nak ke Muzium DiRaja Seri Menanti lagi? Bukan ke dah pergi dulu? Iya dah pergi tapi tutup masa tu. Jom singgah kejap kata Faizul tengok kalau dah buka for public. Saya ok je 😊.
Hmm.. masih tutup lagi.
Apparently ada beberapa tiang muzium yang dah berusia lebih 100 tahun ni dah rosak berpunca daripada faktor cuaca.
Since dah sampai, ambik la jugak a few shots 😊.
Ok dah, jom sambung jalan.
Di tiang selamat datang ke Kuala Pilah ni ada tertera:
Di tiang selamat datang ke Kuala Pilah ni ada tertera:
"Kuala pilah tolapak adat,
adat popatih jadi amalan,
asak lado api banyak pominat,
sodap raso eh tak ado tandingan"
Ada cili jumbo di atas tu 😊.
Tiba di bandar Kuala Pilah.
Kata Faizul dia nak saya tengok satu shophouse yang cantik lagi unik. Rumah kedai lama yang dah dibaikpulih kata dia. Terkenal kata dia rumah tu tapi ni la pertama kali saya dengar.
Kalau tak silap saya, Faizul ada beritahu pemilik kedai emas ini adalah kawan dia. Faizul kata berniaga emas di Kuala Pilah ni memang bagus sebab ramai pelanggan terutama dari Kuala Lumpur akan ke Kuala Pilah kalau nak beli emas. Banding dengan Kuala Lumpur dan Seremban, harga emas di Kuala Pilah adalah lebih murah.
Masjid Jamek Yamtuan Raden dan Sim Tong Chinese Temple yang lokasinya betul-betul sebelah menyebelah.
Berpusing jugak la Faizul drive di bandar Kuala Pilah mencari rumah kedai tu. Yang pasti kami memang di section bandar Kuala Pilah yang betul sebab ada rows of old buildings.
Tak nak buang masa, Faizul stop dan tanya encik ni. Dia kata lokasi rumah kedai yang kami cari tu adalah di sebelah bas station. Thanks encik 😊.
Haaa... inilah rumah kedai tu. Memang cantik dan unik sekali! Inilah rumah keluarga Tan Guan Hing yang terletak di No. 168, Jalan Yamtuan Antah, Kuala Pilah. Juga dikenali sebagai Rumah Guan Hing.
Tan Guan Hing adalah seorang ahli perniagaan yang banyak contribute to the success of Pekan Kuala Pilah. |
Saya buat perbandingan rumah ini sebelum dan selepas dipulihara. Amazing work, right? I love how the paintings were done to accentuate the building's beautfiful details, kehalusan dan keunikan seni bina tradisional masyarakat Cina.
Dengan cadangan Lembaga Muzium Negeri Sembilan (LMNS), bangunan ini telah pun diwartakan sebagai peninggalan sejarah di bandar Kuala Pilah ni oleh Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KeKKWa). Oleh itu telah pun mendapat peruntukan sebanyak kira-kira RM50,000 untuk membuat kerja-kerja memulihara. Bagus la, if not habis la kesan bangunan bersejarah ni ditelah arus pembangunan tak dapat dilihat oleh generasi akan datang.
Satu foto lama yang saya jumpa di internet. Nampak seperti ada acara perkahwinan dan ini sesi ambik gambar di depan rumah ini.
Bangunan ini penting dipulihara sebab ia lambang kebudayaan masyarakat Cina di bandar Kuala Pilah dan di Negeri Sembilan juga.
Ok, jom kita tengok dengan lebih dekat the beautiful details.
Sepasang burung plum flower magpies.
Frame tingkap yang awsome.
Cantik betul tingkap ni.
Plum blossoms tree dengan sepasang swallow.
Motif tumbuh-tumbuhan yang cantik.
Because the flowers emerge before the leaves and it takes a long time to come into flower it is associated with longevity. |
Ada lobster and crab. Also ada koi dragon. I think koi dragon tu melambangkan ketahanan dan ketabahan dalam mengatasi cabaran. Kalau rajin search la kisah Chinese legend koi dragon ni 😊.
Lobster symbolizes regeneration dan resoluteness. Crab - advantage/benefit in business, prosperity and social status. Source: www.nationsonline.org/oneworld/Chinese_Customs/animals_symbolism.htm |
Ada bunga-bungaan dan pheonix.
Then terperasan ada ukiran dalam panel kaca betul-betul atas arch dan di bawah tingkap.
Wah! Detail betul!
Ada scene tiger, magpie dan phoenix.
Agaknya inilah adegan kisah lagenda koi dragon.
Pintu depan rumah Guan Hing.
Cantik jubin tu. Mesti they are the original tiles. Dan tentunya dah tak akan jumpa dah design macam tu sekarang.
Let's be amazed by the wonderful details 😊.
Saya minta kawan saya translate tulisan atas pintu ni. Ini dia punya reply. He's not 100% sure but it seemed like a person's name dengan surname 'Tan'. Jadi betul la sebab ini rumah Tan Guan Hing. Mungkin Tan Yen Shen ada mempunyai pertalian kekeluargaan.
Tak ke cantik pintu tu!
When look closer, ada kisahnya.
Setiap ukiran ada ceritanya.
Since bangunan ni dah diwartakan sebagai bangunan warisan, dan dah pun dipulihara dengan jayanya, agaknya ada tak sebarang rekod yang menerangkan semua ukiran-ukiran, patung-patung dan lain-lain details pada bangunan ni? I think kalau ada, baru la lengkap kerja preservation of this building. I just thought it would be good to read and to know about the intricate details. Kalau tak ia hanya akan tinggal dan dilihat sebagai just another ukiran.
Bersambung....
Bersambung....
Saya list di bawah semua entries JALAN-JALAN NEGERI SEMBILAN (2016) for easy reference:
01) JALAN-JALAN NEGERI SEMBILAN (2016) - DAY 01
02) JALAN-JALAN NEGERI SEMBILAN (2016) - DAY 02 - PART 01 - PD WATERFRONT, TURTLE HATCHERY, SREE AMBAL TEMPLE DAN PANTAI BAGAN PINANG
03) JALAN-JALAN NEGERI SEMBILAN (2016) - DAY 02 - PART 02 - PANTAI CAHAYA NEGERI, PULAU BURUNG, WAN LOONG TEMPLE DAN MASJID WARISAN TELUK KEMANG
04) JALAN-JALAN NEGERI SEMBILAN (2016) - DAY 02 - PART 03 - BALAI CERAP TELUK KEMANG DAN PANTAI TANJUNG PELANDUK
05) JALAN-JALAN NEGERI SEMBILAN (2016) - DAY 03 - PART 01 - MAKAM TUAN TULIS - MUZIUM DIRAJA SERI MENANTI - RUMAH TAN GUAN HING
06) JALAN-JALAN NEGERI SEMBILAN (2016) - DAY 03 - PART 02 - TERATAK ZA'BA - MAKAM MOYANG SALLEH - MASJID KUALA DULANG
07) JALAN-JALAN NEGERI SEMBILAN (2016) - DAY 03 - PART 03 - MUZIUM ADAT
08) JALAN-JALAN NEGERI SEMBILAN (2016) - DAY 03 - PART 04 - JERAM TOI DAN MUZIUM TENTERA DARAT PORT DICKSON
09) JALAN-JALAN NEGERI SEMBILAN (2016) - DAY 04 - GOING HOME - SUMMARY
No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.
ha ah
ReplyDeleteramai yang turun ke Kola Pilah nak beli emas.
murah depa kata
dah
esok sambung
:)
Betul ke murah doc? Entah le, saya bukan reti benda2 cam tu..hehe.
Deleteha ah.
ReplyDeletekawan saya sanggup turun ke Kola pilah beli emas.
dia kata murah . saya tak reti pasal emas ni ..
ralit saya baca petikan buku wali allah tu dan kisah Tuan Tulis
saya pernah dengar cerita yang pasal padam api kat mekah tu tapi dulu lah.tak ingat pun siapa wali Allah tu hinggalah baca entri ni ..
muzium tu ditutup selama tiga tahun
lama nho rasanya ..
rindu lak nak ke Ranah Minang ...
cantik dan berseni sungguh ukiran kat rumah Guan Hing tu!
alhamdulillah kamera en syed boleh zoom gitu hingga nampak segala detailsnya
boleh saya sama-sama tumpang mengagumi seninya
kesiannya ikan koi tu!
100 tahun!!
Orang yang suka pakai emas tahu la perihal emas kan :).
DeleteAlthough ada yg suka emas sebab buat as investments.
Kan. Sebab tu saya tampalkan dlm entry ni utk di share kisahnya.
Yep, still close. I dah give up dah nak dtg lagi.. hehehe.
Jom ke Ranah Minang lagi! :)
Alhamdulillah. Tu la kalau si Faizul tak bagitau saya, tak la saya tahu pun pasal rumah ni, let alone nak admire the amazing details. Dan, yes, the camera really did help me capture those details. Senang, tak perlu pergi dekat2. Dan best bila boleh zoom-in details yg berkedudukan tinggi dari jauh.
Kan... hehehe.... binatang dulu2 agaknya boleh hidup beratus tahun.. hehehe...