Wednesday, September 14, 2016

KELANTAN SHORT TRIP - PART 01 - DEPARTURE/ARRIVAL - PANTAI SABAK - KUBU 'JEPUN'

Bila isteri ada kerja outstation maka si suami pun nak ikut le.. hehe. Kali ni ke Kelantan.

Pagi awal September tu cuaca cloudy. 

Bertolak ke KLIA.

Kalau dah ada bag tags dan kalau tak de, beratur di barisan berlainan. 


Harga tiket Malaysia Airlines masih tetap mahal. 



Tu plane kami ke Kota Bharu. 

Ambik gambar di Gate 11.

A'aa.. saya suka ambik gambar kapalterbang :).


Boarding. Passengers tak sampai separuh pun. Saya noticed masa di Kota Bharu, passenger Air Asia 2 kali ganda lebih ramai. I wonder how Malaysia Airlines is doing now. 

Views were super awesome. SubhanAllah. 




Kalau saya cadangkan sekali sekala bagi kek pulak, agaknya dapat pertimbangan tak dari Malaysia Airlines? 

Rasanya ini adalah kawasan pembalakan. Habis gondol dah kawasan hutan tu!

Tak sanggup saya bayangkan pencemaran yang berlaku dan impak pada ekologi. 

Sejuk mata memandang bila nampak view macam ni. Masih hijau. But for how long ya? 


Tak pasti, rasanya tasik kot. 

Terbang atas kawasan pertanian.


If not mistaken, ni kawasan sawah padi.





Dah sampai pantai timur. So beautiful. SubhanAllah.


Sedang saya menikmati keindahan alam ciptaanNya, tetiba jadi sedih bila nampak keadaan sungai Kelantan ini :(. 


Boleh nampak dengan jelas air keruh sungai masuk ke laut yang biru airnya.  


Tengok la betapa tenatnya keadaan sungai ini :(. 
Sebab pencemaran: Pembalakan. Perladangan. Perlombongan.

Sungai Kelantan ini adalah sangat besar dan panjang, habis keruh teruk! So just imagine la the level of pollution! Imagine jugak dah berapa lama sungai ini dicemar! 

Itu pula adalah sungai Badang. Alhamdulillah nampak masih biru airnya, tak tercemar. Ini based on what I can see from the plane's window la. Well, at least tak la macam warna air teh tarik.  


Ini sungai Peng Chepa. Tak polluted sebab dekat bandar Kota Bharu tak de aktiviti pembalakan. 


Alhamdulillah, kami selamat mendarat di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra. 

Welcome to Kelantan Darulnaim. 

Ada poster tunjuk cara nak tutup aurat dengan betul. 

Terus ambik teksi ke hotel.

Kami menginap di Hotel Perdana, Kota Bharu.

Cantik lobinya. 

Isteri check in, saya sibuk ambik gambar :).


Ada wau di lobi hotel ni. 

Masuk bilik terbau asap rokok yang sangat kuat. Obviously previous hotel guest yang duduk di bilik ni merokok dalam bilik. Surely hotel 5 bintang ni can afford to buy air fresher ye tak. 
Staff yang bawa beg kami ke bilik mengaku memang ada bau busuk asap rokok. Terus dia kata dia akan tolong check kalau ada bilik lain untuk kami. Kalau ada?

Meanwhile, masa staff tu check dengan front desk for a new room, kami diminta oleh staff tu menunggu dalam bilik yang berbau busuk asap rokok ni. Tertahan-tahan saya bernafas. I should have stayed out in the corridor.. hehe. 

Anyway, we were given a different room. Syukur Alhamdulillah.   

View dari bilik overlooking swimming pool.

Sejadah disediakan. 

Kami lunch di foodcourt ni je, cuma 5 minit jalan kaki dari hotel. Ok-ok je makanannya. 

Ternampak pulak keropok lekor ni, so beli la for minum petang later :). 

Masa menunggu keropok lekor digoreng, we were approached by lelaki jual jajan ni. 4 bungkus assorted jajan for RM10.00. We bought it. Lepas akad jual beli, dengan sebelah tangan, terus dia mendoakan untuk kami. Amin. Alhamdulillah.  

Balik ke hotel, saya terperasan hasil seni yang cantik di dinding corridor nak ke bilik. Saya minat :).
Gendik Penari Kerabat dan Bangau & Okok Perahu Pantai Timur.

Tepak Sirih dan Kukuran Nyiur.

Foto-foto juga ada. 
Foto-foto bot-bor nelayan di Kuala Kemaman dan Pasar Besar Siti Khadijah, Kota Bharu.

Gelang Kaki Emas dan Pokok Bunga Emas.

Sepasang Anak Gong dan Alat-alat Musik Klasik Melayu.

Piring Perak dan Pending Emas Berjadam.

Keris Tajung Hulu Pekaka dan Kain Cindai, Indah Mulia.

Ukiran Kayu Melayu dan Kepala Cicak dan Bayang, Masjid Kampung Laut.

Sepasang Kipas Upacara Bersanding dan Dokoh Emas Bersepuh.

Saya memang suka betul semua hasil seni ini. Kagum dengan daya kreativiti dan penghasilan penuh seni. 
Sangkar Burung Berukir.

Dan di lobi pun ada juga art display ini, for sale. 

Mahal harganya :).



Ike kering :).



Masa tu lebih kurang pukul 2:30 pm. Dah siap settle in, dah lunch dan dah solat. My wife nak rest for her talk that night which left me with nothing to do. Hmm... ingat dah dalam bilik berair-con nak tidur je la tapi rasa membazir pulak since dah ada di Kota Bharu ni. Bagus kalau saya gi jalan-jalan :).  

Seperti yang saya buat di Teluk Intan, Kuala Lipis, Seremban dan Kemaman, saya suka pergi jalan-jalan dengan teksi. Dari pengalaman saya local taxi drivers lebih tahu tempat-tempat menarik untuk di lawati dan tempat-tempat makan yang sedap :). Jadi saya pun minta hotel panggilkan teksi untuk saya.

Teksi sampai terus saya berbincang dulu dengan pak cik ni. Dia faham apa saya nak sebab dia kata dia dah pernah beberapa kali bawa pelancong dari luar negara jalan-jalan seperti cara yang saya nak. Haaa... excellent lah :).  
Nama pak cik ni Majid. Jadi saya panggil dia Pak Majid lah :).

Alhamdulillah cuaca baik hari tu. 

Ada saya kata pada Pak Majid saya nak tengok nelayan balik dengan tangkapan ikan mereka. Itu pun kalau ada la masa tu. Kebetulan, menurut Pak Majid, nelayan akan pulang ke jeti dengan hasil tangkapan mereka lebih kurang pukul 3:00 petang. Jadi Pak Majid bawa saya ke Pantai Sabak atau lebih tepat lagi ke Kampung Sabak. 

Dah nampak pantainya. Kami tidak ke pantai tapi ke jeti sungai di mana ada nelayan-nelayan berlabuh, peraih-peraih dan orang kampung datang membeli ikan.
Di Pantai Sabak nilah lokasi serangan pertama Jepun di Tanah Melayu iaitu pada 8hb. Disember 1941 semasa Perang Dunia kedua. Pihak Inggeris ada membina kubu pertahanan di sini. Nanti Pak Majid kata nak bawak saya pergi tengok 'kubu Jepun' tu.

Untuk memastikan kemenangan, pihak Jepun telah membakar kapal-kapal yang membawa tentera-tentera supaya mereka terus mara dan tidak berpatah balik ke kapal.

Pada 9hb. Disember 1941, Jepun telah berjaya menguasai Pengkalan Chepa dan seluruh Kota Bharu.

Tiba di Kampung Sabak.

Inilah tempatnya. Belah kiri tu jeti nelayan labuh bot-bot mereka. Belah kanan tu tempat hasil tangkapan laut dikumpul untuk dijual.  

Lokasi Jeti Nelayan Kampung Sabak.



Suasana di jeti nelayan Kampung Sabak.
Nama kampung Sabak ni asal dari seorang petani bernama Tok Sabak. Dia sangat pandai bercerita dan sangat gemar didengar oleh semua lapisan penduduk kampung. Sampai orang dari luar kampung pun sanggup datang nak dengar Tok Sabak bercerita. Disebabkan kehandalan Tok Sabak bercerita itulah penduduk di situ bersetuju menamakan kampung ini Kampung Tok Sabak. Overtime, sekarang dikenali sebagai Kampung Sabak.

Bot-bot nelayan berlabuh di Sungai Peng Datu. 

Bot ni baru tiba sebab kelihatan nelayan sedang membawa besen penuh berisi ikan ke tempat pengumpulan.


Ini pula adalah tempat hasil tangkapan laut dikumpul untuk dibeli peraih-peraih dan penduduk kampung.

Kata Pak Majid, tangkapan hari tu begitu banyak sekali. Dia cerita di hari lain kebiasaannya hasil tangkapan cuma sebesen dua sahaja bagi satu bot. Hari tu kami nampak around 5 ke 6 besen ikan untuk setiap bot. Pak Majid kata selalunya tangkapan banyak macam ni berlaku masa bulan gelap. 

Dan ada di tempat macam ni, mesti la ambik scenery shots :).

Alhamdulillah cuaca baik hari tu. Panas dan berangin.


Kelihatan penduduk kampung sedang memilih ikan.   

Pak Majid sendiri beli 5 ekor ikan kembung dan 6 ekor ikan kerisi :).  
Sambil jalan-jalan tu saya bersembang dengan Pak Majid. Tanya diet harian dia makan apa sebab saya tengok Pak Majid ni orangnya still fit walaupun dah berusia 65 tahun.


Dia kata pagi-pagi dia akan minum tairu (yogurt). Bagus untuk perut kata Pak Majid. Sarapan dia ialah selalunya nasi berlauk seperti kebiasaan orang di situ. Saya tanya ada ke orang jual nasi lemak. Ada kata Pak Majid dan terus share dengan saya lokasi gerai jual nasi lemak yang sedap. Also selalunya dia makan lauk singgang ikan. Dia juga suka ulam petai dan jering. Dan biasanya selepas solat subuh dia akan membaca Al Quran dan dia cuma mula memandu teksi around pukul 10 pagi.  


Baiklah, seterusnya foto-foto suasana di jeti.








Selesai ambik gambar, Pak Majid kata nak bawak saya menyusuri Sungai Peng Datu ni mengarah ke muara.

Pak Majid berhenti sekejap bertanya ada ke sotong. Akak tu kata dah habis dah. Cepat betul habisnya. Pak Majid kata sotong dan udang memang sangat in demand dan kalau nak memang kena datang awal-awal.

Bubu yang digunakan untuk menangkap ikan.

Kampung Sabak.

Cantik scenery di sini.


Unfortunately, kami tak dapat ke muara kerana jalan depan tu dah berlobang. 

Dalam lobangnya pun. Bahaya kereta nak lalu. So Pak Majid patah balik. Jom tengok 'kubu Jepun' kata dia. Tapi bukan kubu yang di tepi pantai sebab kubu tu dah tenggelam kerana hakisan pantai musim tengkujuh. 

Lalu depan Sekolah Kebangsaan Sabak.

Ada sceneries yang cantik!


Ada panggilan dari isteri Pak Majid. Dia cakap Kelantan, saya tak faham.. hehe.

Kami melalui Kampung Tebing Tinggi dan Kampung Pengkalan Chepa.

Selepas bertanya pada seorang penduduk kampung kami pun jumpa la 'kubu Jepun' ni. Saya pun dah tak ingat dah exactly di kampung mana kubu ni. Patut la Pak Majid susah nak jumpa kubu ni sampai terpaksa tanya orang. Tengok la tu, dah hampir fully covered by trees. 

Pak Majid pun drove closer to the kubu. Rupanya kubu tu dah berada dalam kawasan rumah orang yang siap berpagar. Pelik sungguh kata Pak Majid, sedangkan ini kesan tinggalan sejarah. 

Lebih mendukakan Pak Majid kubu ni dah jadi part of a house. 

Belah pokok tu ialah kubu dan belah kanan tu rumah orang.  

Siap ada tangga pulak lagi. Jelas Pak Majid was upset.   

Kami ke depan rumah tu pulak. Kalau tak tengok betul-betul memang tak akan tahu ada kubu bersejarah di situ.  

Unfortunately, tiada orang di rumah masa kami di situ. Kalau ada boleh la jugak tanya pasal kubu tu. As we drove away, Pak Majid was visible upset tentang nasib kubu tu. He went on about how important it is for the next generation and how historical buildings should be preserved. Tambah-tambah lagi penting dijaga sebab kubu yang di tepi laut tu dah pun tenggelam kata beliau.   

Pak Majid nak jugak saya tengok 'kubu Jepun' dengan jelas lalu dia bawa saya ke Kampung Baung, berdekatan Pasar Simpang (Cabang) Tiga. Saya tentu la happy :). Di situ ada kubu yang memang di perserved kata Pak Majid.

Di sinilah lokasi kubu tu.

Shot dari entrance masuk ke kubu.


Rupanya kubu-kubu ini di bina oleh tentera British sebagai benteng pertahanan dari serangan Jepun dan dipanggil Kubu Kebal. Jadi bukanlah dibina oleh Jepun, sebalik dibina untuk tahan serangan Jepun. Saya yang salah faham.. hehe. Termasuk kubu yang ini, saya dapat lawat 2 kubu sahaja. Ada lagi 18 surviving kubu actually. 

Kubu-kubu lain dah tenggelam kerana hakisan air laut.

Kubu-kubu pertahanan ini dibina oleh tentera British dari pesisir pantai Kuala Pak Amat hingga ke Bachok.


Kubu-kubu ini dibina untuk melindungi lapangan terbang Pengkalan Chepa pada masa Perang Dunia kedua dari ditawan Jepun.

Kubu ini dibuat dari pasir sungai dan concrete dan diikat dengan jaringan besi bagi kukuh. Dibina pula dalam bentuk oktagon. 

Pandangan dalam kubu. As you can see dah jadi macam tempat buang sampah dah kubu ni. Padahal dah ada dah tong sampah dekat kubu ni. Hish... susah betul kalau tak tahu menghargai sejarah. 

Askar Gurkha dan Punjab yang merupakan tentera upahan British ditempatkan di dalam kubu-kubu ini untuk memerhati dan menembak musuh.    

Menurut ceritanya askar-askar upahan British ini dirantai sesama mereka kerana pihak British nak elak dari mereka melarikan diri, agar terus bertempur sampai mati. Ketika askar-askar ni menyabong nyawa pertahankan diri dan kubu, masa inilah digunakan oleh para pegawai British untuk bergerak meninggalkan Tanah Melayu menyelamatkan diri menuju ke Singapura.



No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

4 comments:

  1. astagfirullah..
    dahsyatnya pencemaran sungai kelantan!!
    pautulah banir besar hari tu..
    tak insaf insaf jugak.
    sedih nya..


    hishh..
    jahatnya ..
    selamatkan diri sendiri..

    bestnya kalau dapat cari pill box yang hampir tenggelam tu ..

    yang satu tu.. siap buat rumah tepi pill box tu..
    ntah ntah buat bilik..

    depressing lak bila baca entri yang ni ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan... sedih nengoknya... I wonder if there had been any studies done by environmental groups or by the govt on the extent of the destructions that led to the pollution. Saya agak mesti the study showed very alarming results. Also ada tak sebarang usaha nak cegah punca pencemaran2 tu? Also ada ke steps taken to 'repair' the damage? I hope so and I hope bukan saja implement the measures but also monitor berkesan tak usaha2 tu. Terus mesti ada tindakan susulan. Thoughts yg saya share ni doc, bukannnya anything new pun.

      Tu satu lagi, saya upset betul! Tapi seronok la bila baca tentang sejarah negara kita ni. Tu yg saya suka bila jalan-jalan macam ni, bila terjumpa kesan2 peninggalan, lepas tu balik buat research sikit dan jumpa interesting information.

      Oh yes, definitely!
      Actually, Pak Majid ada stop kat tepi satu jalan, lepas tu di panjat benteng batu2 tepi pantai, sampai atas di meninjau sana sini sebab dia tahu di tempat tu ada kubu lama tu. Malangnya dia beritahu dia dah tak nampak dah kubu tu sebab dah submerged.

      Tu la, to begin with, macam mana kubu2 tu dah dikira masuk dalam tanah milik persendirian. Saya tak tahu la bagaimana proses jabatan antikuiti nak dapatkan kubu2 tu. Samada itu adalah tugas jabatan antikuiti pun saya tak pasti. Tapi yg pasti saya harap sangat kerajaan negeri dapat la perserve kesan2 sejarah ni. Jepun first2 masuk tanah melayu melalui kelantan dan kubu2 tu lah digunakan untuk tahan serangan jepun. Kan tu babak sejarah yang sangat penting. Mmm.. I guess, yet again, apa yg saya share ni bukan la sesuatu yg baru. Saya pasti dah pernah disuarakan. Yet....

      Yeah I know.. lepas I habis buat entry ni dan saya baca balik, mmg saya rasa depressed. Actually ada a few more things yg buat saya depressed masa jalan-jalan di sana....

      Delete
  2. Part yg pegi kg nelayan buat sy tiba2 rindu nk blk kg...indahnya pantai sabak...kampung halaman sy...mmg ada byk kubu kat peng.chepa, tp kbnyakan nya xdijaga..ada yg dh tggelam di dlm laut..dalam kem askar masih elok di jaga..yg berdekatan dgn rumah tu dekat sgt dgn rumah bapa saudara sy.setiap kali menziarahi bapa saudara sy,mmg sdih tgk keadaan kubu tu..peninggalan sejarah..tp xdijaga..😟

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Cik Ita sharing your thoughts. Macam Pak Majid, saya juga rasa sedih lihat peninggalan sejarah begitu keaddannya. Tapi saya rasa Pak Majid lebih sedihnya may be sebab dia orang situ. Having said that, saya suka berjumpa dengan orang seperti Pak Majid dan juga kenal orang seperti Cik Ita yang tahu menghargai peninggalan sejarah, tahu kepentingannya dan merasa kesal dan sedih bila melihat keadaan yg begitu.

      Dah lama ke Cik Ita tak balik kampung? Mmg cantik pantai di sana. I wish I had more time to explore the places.

      Delete