Friday, February 19, 2016

JALAN-JALAN DI JOHOR - DAY 01 - PART 01 - TAMAN NEGARA JOHOR TANJUNG PIAI

Sebenarnya tak berapa tepat bila kata 'jalan-jalan Johor' sebab bukannya satu Johor saya jalan-jalan.. hehe... cuma di mana yang sempat for a duration of an overnight stay di JB je.  


Anyway, program jalan-jalan ni asalnya nak hantar anak abang my wife mendaftar di UniKL Johor sebab abang my wife tu just had an operation so tak boleh nak hantar anak dia. Tapi a few days before pergi tu, abang my wife tu kata dia boleh hantar. Since kami dah beli flight tickets, kami decided to go anyway to JB for jalan-jalan. Kebetulan my wife ada kawan di JB yang setuju nak bawak kami berjalan-jalan tu. Alhamdulillah.

We took the morning flight to JB sebab nak sampai ke sana awal so that got ample time to go jalan-jalan.. hehe.

Air Asia lah! :)

Alhamdulillah selamat sampai ke Lapangan Terbang Antarabangsa Senai. Cuaca cukup baik sekali. 

Dulu-dulu pernah ke JB ni tapi tak ingat pulak plane/globe ni. 

Beautiful morning! Semoga tak hujan lah :).

Kawan my wife, Cik Nik bercadang nak bawak kami ke Taman Negara Johor Tanjung Piai. Kami tentu le setuju je especially sebab kat situ ada the southernmost point of Peninsular Malaysia atau penghujung selatan tanah besar Asia.

Cik Nik memandu sambil berbual rancak dengan my wife. Maklum la jarang dapat jumpa sejak Cik Nik transfer ke JB. 

Makin dekat rasa makin teruja. Memang la saya dah research sikit tentang taman tu dan ada paya bakau, point paling selatan tu dan pemandangan laut yang cantik, yang mungkin tak dikira menarik atau biasa-biasa saja secara amnya. Sebaliknya bagi saya sebab pada saya setiap tempat yang saya pergi tentunya ada keasyikkannya yang tersendiri. Furthermore I like to remain positive and just enjoy the jalan-jalan :).


Yes, dah memang tahu dah yang poin paling selatan tu tutup. Tapi tentunya ada sections lain yang menarik di situ kan :). 

Di entrance.

Alhamdulillah sampai juga ke sini :).

Beautiful bright afternoon for jalan-jalan. A bit too intensely bright and hot afternoon actually... but not gonna let that be a downer.. hahaha.... 



A message from Johor Parks. 'Fikir Dulu Sebelum Buang'.

450 tahun! 
Tidak dapat dihitung masa! 
Tidak dapat terurai!


Cute as they may be, and no matter how kesian you feel pada monyet-monyet ni, bahaya dibagi makan. 

Bagus ada disediakan wakaf macam ni. Boleh berteduh dari hujan dan panas.  

Jom beli tiket!

RM5.00 je. 

Lokasi-lokasi yang paling hujung bagi Eurasian. 
Paling utara - Cape Chelyuskin, Russia.
Paling timur - Cape Dezhnev, Russia.
Paling barat - Cabo da Roca, Portugal.
Paling selatan - Cape Piai, Malaysia.

Sebagai rujukan kepada yang berminat nak ke taman ni :).


Yep, ada notis penutupan sementara bahagia paling hujung tu, bukannya tutup seluruh taman. Tapi tak de tarikh sampai bila tutupnya. 

Okeh, jom explore :). 

Laluan masuk ke taman.  

Tapi sebelum tu ambik dulu foto monumen ni. 

Dua pelepah daun yang diukir pada mercu tanda ni ialah pelepah paku piai. Jadi paku piai tu ialah nama sejenis pokok yang banyak tumbuh di kawasan bakau.

Haaa... lega dapat berteduh dari keterikan matahari :).

Wiki kata lokasinya 1°15'N, 103°30'E tapi info bawah kat taman ni stated 1°16'N, 103°31'T. Lebih kurang la tu ya :).

Ancaman di taman ni termasuk tumpahan minyak, hakisan, sampah dan habuk kayu [dari pereputan pokok-pokok dan cengkerang yang telah mati].

Ada juga galeri tentang hidupan liar di kawasan bakau ni. 

Belangkas. Yang dah ujud masa zaman dinasour lagi. Darah warna biru yang boleh buat antibiotik. Ekor belangkas tidak beracun.  

Monyet/kera. Monyet dan kera di sini makan ketam dan belangkas.

Ular kapak bakau. Agak garang dan akan patuk jika dikacau. Bisa boleh sebabkan maut. 

Ketam rebab. Yang jantan ada satu penyepit besar untuk protect territory dan pikat ketam betina. Bila air pasang, ketam ni akan masuk dan kunci lubang sarang dengan perangkap pintu untuk kekalkan buih udara. 


Ketam pepanjat. Ketam panjat pokok? Rupanya panjat pokok sebab nak selamatkan diri dari pemangsa masa air pasang. Boleh panjat setinggi 6 meter!

Memerang licin. Dalam papan penerangan ni tak kata pulak yang memerang adalah sangat comel! Hehehehe....  

Lotong cikong. Tak macam monyet/kera yang makan ketam dan belangkas, lotong cikong cuma makan daun muda, bunga dan buah-buahan bakau. 

Ketam rerama. Ahli paling penting dalam ekosistem paya bakau sebab dia korek dan keluarkan lumpur ke permukaan tanah dan buat busut yang jadi habitat hidupan lain. Ini akan mengitar semula bahan-bahan nutrien dalam ekosistem.
SubhanAllah. Begitulah kehebatan ciptaanNya. Setiap mahluk ada tugasannya. 

Biawak air. Lidah cabang macam ular sebagai organ deria. Sebenarnya boleh panjat pokok dan berenang. 

Berongan. Dinamakan telescopium sebab bentuk cengkerangnya yang macam teleskop. Boleh dimakan dan sedap dimasak rendang :).


Ikan tembakul/belacak. Mata ikan ni boleh pusing 360 darjah.
Terus teringat, "Batu belah batu bertangkup...ambil lah aku, telan lah aku... aku kempunan telur tembakul". So ikan ni boleh dimakan ke atau telurnya je yang boleh dimakan? Kalau dah ragu-ragu, makan je la ikan-ikan lain :).

Hehehe.... :)

Warga Taman Negara Johor Tanjung Piai welcomes you :).

Memang cantik kawasan paya bakau di sini. Bersih dan suasana cukup nyaman walau pun tengahari tu panas terik. 

Ada pameran fauna Tanjung Piai. Description untuk ikan sembilang tu siap sebut ikan ni sedap dimasak asam pedas daun kesum.. hehehe... 

Monyet/kera di sini kalau nak makan ketam mereka akan korek sarang ketam dalam lumpur. Bila dah dapat, ketam tu dibasuh dulu dari lumuran lumpur sebelum dimakan. Cerdik!

Ketam rebab: Katalah sepit besar belah kanan dia tertanggal masa berlawan, secara automatik sepit yang belah kiri yang asalnya kecik akan membesar. Sepit belah yang kanan, yang dah tertanggal tu pulak akan tumbuh sepit yang baru bersaiz kecil. Hebat!

- Ketam pepanjat paling takut dengan ikan sembilang sebab ikan sembilang cukup gemar makan ketam ni.
- Di kepulauan Mersing terdapat hidupan liar yang hampir pupus seperti dugong dan penyu Karah. 
- Pulau Kukup ialah satu kawasan IBA [Important Bird Area] yang menjadi habitat dan tempat persinggahan spesis burung air dan burung hijrah.

Berehat sebentar sambil menikmati keindahan hutan paya bakau Tanjung Piai di Balai Seri Tanjung. 

Kehijauan yang sejuk mata memandang.

Info bunga teruntum. Kulit pokoknya boleh digunakan untuk menyamak kulit binatang. 

Info siput berongan. 

Kami ke Jeti Tanjung dulu. 

Sepanjang jalan di jeti ada beberapa info boards ni. Nice!

Ketam rebab.

Bakau berus. Menghasilkan akar lutut untuk tujuan bernafas. 

Bakau minyak.

Bakau kurap. Boleh dibuat kayu arang. 

Info paku piai. Ada 2 spesis, paku piai raya dan piai lasa. 

Pong-pong. 
- Getah pokok ni boleh sebabkan melepuh [kondisi di mana terdapat luka berisi cairan] kalau kena kulit. 
- Rupa buahnya macam epal hijau tapi busuk so dijadikan sebagai penghalau tikus. 

Akar jangkang. 


Benih pokok bakau cepat tumbuh dalam tanah sesai.



Jauh jugak nak ke hujung jeti ni. Syukur la keadaan berangin masa tu. 



Eh.. kenapa ada macam batu-batu di tengah laut tu?

Ini lah sebabnya. Tengah buat benteng pemecah ombak. Tanjung Piai ni ada problem hakisan rupanya. In fact, ia kawasan hakisan yang paling teruk di Malaysia disebabkan ia terletak di kawasan laluan kapal paling sibuk di dunia dan juga disebabkan oleh pertembungan arus 3 selat iaitu Selat Melaka, Selat Johor dan Selat Singapura. Selain tu ada juga masalah pembuangan minyak dan sampah sarap. Dikatakan habis Tanjung Piai ni in 10 years time kalau masalah hakisan tak dibendung. 

Foto-foto yang diambil di tengah jeti sebelum sampai ke hujung.






Itu lah penghujung selatan tanah besar Asia.

Dah sampai ke hujung jeti. Agak kuat juga angin di sini. Nyaman.

Itu lah Jeti Tanjung yang kami lalui. Di sebelah kanan ialah penghujung selatan. 

Quote tu adalah oleh John Ruskin [seorang Englishman: pengkritik seni terkemuka era Victoria, penaung seni, pelukis pelan, watercolourist, pemikir sosial terkemuka dan dermawan].






Penunjuk arah bandar-bandar utama dunia.



Energy Star, sebuah tanker yang berdaftar di Thailand.

Selesai di hujung jeti, kami berpatah balik.

Dan meneruskan jalan-jalan di Tanjung Piai ni melalui Jejak Tanjung.


Memang cantik sangat trail ni. Hijau!


Info tentang monyet.

Info moluska. 

Hahaha... hamboi! Kalau buang jugak sampah.. hmmm... tak tau la. Masalahnya, still ada jugak yang buang... 

Bahagian trail yang rendang. 


I know, some visitors will just pass by these info boards, tapi saya seronok bila nampak papan tanda info macam ni.. hehehe. Bukan apa, suka bila dapat info about places I visited. 

Dah sampai ke tepi laut. 

Ada laluan titian kayu ke hujung sana, ke tempat paling hujung selatan.


There it is. Tak de orang sebab dah tutup. 

Pandang belakang dan ambik shot ni. Nice!

Di sana tu ialah Jeti Tanjung yang kami pergi tadi.

Pokok bakau kurap.

Siapa la yang nak berhenti di wakaf ni kalau dah tertera papan tanda 'Ular Bakau' tu? Hehehehe.... 


Dah sampai ke jalan masuk ke penghujung selatan tanah besar asia. 

And yes, it is closed. 

Do not enter!

Sebahagian titian yang dah tenggelam. 

Agaknya kalau air surut masih boleh lalu kot. Nampak macam titian tu dah mendap ke bawah so struktur titian tu jadi tak selamat. 

So ambik je la foto dari entrance :).



Okeh, masa untuk beredar.



Info bakau minyak. Arang dari pokok ni adalah bermutu tinggi. 

Ada satu lagi jeti. 

Tapi tak boleh ke sana juga sebab laluan dah tenggelam.


Ini pula ialah akar jangkang pokok bakau minyak tertinggi di Tanjung Piai iaitu setinggi 4.27 meter. 

Tak nampak sekor memerang pun. 

Tempat ni ada siput berongan.

Ada juga lizard dan ketam. 


Cendawan besar.

Monyet sekor-sekor je. Mana group dia? 

Inilah hutan paya bakau yang paling best pernah saya lawat setakat ini. It is sad that this beautiful place tengah mengalami masalah hakisan yang teruk. Terhakis sebanyak 13 meter setahun! That is so alarming!

Bersambung.... 

Di bawah adalah links kepada semua entries Jalan-Jalan di Johor saya: 

No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved. 

No comments:

Post a Comment