We went for a day trip to Macau. Gi naik bot/ferry :). Program percutian pada hari ketiga ialah Day Trip ke Macau dengan menaiki feri. Feri ke Macau dijadualkan berlepas pada pukul 10 pagi. Jadi pick-up time dari hotel adalah pada pukul 9 pagi.
Pemandangan di China Ferry Terminal. Ia menyediakan perkhidmatan feri bukan sahaja ke Macau, tetapi juga ke destinasi-destinasi lain di selatan Negara China.
Pemandangan di China Ferry Terminal. Ia menyediakan perkhidmatan feri bukan sahaja ke Macau, tetapi juga ke destinasi-destinasi lain di selatan Negara China.
Feri yang kami naiki adalah feri Turbojet. Ia sangat besar dan selesa. Kebanyakan penumpang adalah rakyat tanah besar China yang ingin ke Macau untuk berjudi. Ini adalah kerana Macau merupakan satu-satunya tempat di negara China di mana perjudian kasino dibenarkan. Perjalanan feri dari Hong Kong ke Macau memakan masa kira-kira 1 jam. Di Macau, feri kami berlabuh di Outer Harbour Ferry Terminal.
Pemandu pelancong kami di Macau, Tino (nama sebenarnya Constantino) telah sedia menanti di Outer Harbour Ferry Terminal. Dari Terminal Feri, kami dibawa untuk makan tengahari di Fisherman's Wharf.
Fisherman's Wharf adalah sebuah kompleks hiburan di Macau. Di sini terdapat pelbagai kemudahan seperti restoran, pusat membeli-belah, kasino dan beberapa buah ride untuk hiburan seisi keluarga. Namun begitu, disebabkan kami tiba awal di sana, kebanyakan pusat hiburan belum dibuka dan tempat ini kelihatan sunyi sepi.
Kami melintasi beberapa buah bangunan yang mempunyai ciri senibina yang menarik. Ada yang dibina mengikut senibina Portugis, Arab, Afrika dan sebagainya. Setiap bangunan mempunyai fungsi masing-masing sebagai restoran, pusat membeli-belah, kasino dan sebagainya.
Macau Harbour Cruise. Bot Macau Harbour Cruise ini terdiri dari 3 tingkat. Dua deck paling bawah mengandungi restoran manakala deck di tingkat paling atas dikhususkan untuk sightseeing.
Antara foto-foto yang sempat saya rakam semasa cruise.
Kami seterusnya dibawa melawat ke kompleks kasino Venetian Macau yang merupakan kompleks kasino terbesar di dunia.
Sesuai dengan namanya, dan seperti induknya di Las Vegas, ia dibina dengan mengambil ilham suasana kota Venice di Itali. Kompleks Venetian Macau mempunyai 3,000 bilik hotel, kasino, pusat hiburan dan pusat membeli-belah di dalamnya.
Disebabkan saiznya yang sangat besar, Venetian Macau mempunyai beberapa pintu masuk dan Tino membawa kami masuk menerusi West Lobby.
Jika bercerita tentang Venice, mestilah ada cerita tentang terusan dan gondola. Untuk memberikan imej Venice yang realistik, Venetian Macau juga mempunyai terusan yang cantik dengan pelancong-pelancong menaiki gondola di dalamnya.
Sesuai dengan tema Venice dalam suasana pesta, di sana sini di Grand Canal Shoppe, terdapat beberapa persembahan kecil berlangsung untuk menghiburkan pengunjung.
Persembahan pemuzik harp dalam "sangkar burung" di tepi terusan.
Persembahan akrobatik.
Program lawatan terakhir adalah St. Paul's Ruins, runtuhan gereja lama yang menjadi mercu tanda Macau.
Beberapa street photos.
Ini Gereja St. Paul. Gereja ini didirikan oleh orang Portugis pada kurun ke-17 Masihi. Ia menjadi pusat pengembangan agama Kristian di China pada masa dahulu. Gereja ini pernah terbakar beberapa kali dan kini hanya runtuhan facade depannya sahaja yang masih tinggal.
Tangga di depan runtuhan Gereja St. Paul yang menuju ke Macau Historic Centre. Keseluruhan kawasan ini juga telah diberi pengiktirafan sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO.
Dengan berakhirnya lawatan ke Runtuhan St. Paul, maka berakhirlah juga program lawatan kami ke Macau. Walaupun singkat, ia cukup menyeronokkan dan memberi gambaran kepada kami tentang wilayah jiran Hong Kong ini.
Di bawah ni saya senaraikan links untuk kesemua entries HONG KONG AND MACAU saya:
Di bawah ni saya senaraikan links untuk kesemua entries HONG KONG AND MACAU saya:
1. HONG KONG AND MACAU - HONG KONG DISNEYLAND
2. HONG KONG AND MACAU - HONG KONG DISNEYLAND - FLIGHTS OF FANTASY PARADE
3. HONG KONG AND MACAU - HONG KONG DISNEYLAND - GOLDEN MICKEYS
4. HONG KONG AND MACAU - HONG KONG DISNEYLAND - IT'S A SMALL WORLD
5. HONG KONG AND MACAU - HONG KONG REPULSE BAY & ABERDEEN
6. HONG KONG AND MACAU - HONG KONG - STREETS 01
7. HONG KONG AND MACAU - HONG KONG - STREETS 02
8. HONG KONG AND MACAU - HONG KONG - STREETS 03
9. HONG KONG AND MACAU - HONG KONG - STREETS 04
10. HONG KONG AND MACAU – MACAU
No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.
Jauh perjalanan
ReplyDeleteluas pengalaman
banyak gambar di tangan
bestnya...
Tu la kan, kalau nak byk gambar kena la byk jalan2 :)
DeleteNi tgh kumpul duit nak gi jalan2 lagi, insyaAllah...
langit biru tu betul ke tipu-tipu..?
ReplyDeleteDlm Venetian tu? Painted tu doc :)
Delete