Saturday, June 1, 2013

YOGYAKARTA - KRATON

YOGYAKARTA - KRATON

Walaupun Indonesia merupakan sebuah negara republik, Yogyakarta mempunyai Sultan yang masih berkuasa sebagai Gabenor di sini. Kami juga diberitahu, beliau adalah satu-satunya Sultan yang masih mempunyai kuasa di Indonesia.

Keistimewaan ini diberikan kerana menghargai jasa baginda sebagai satu-satunya Sultan yang membantu menentang penjajahan Belanda pada masa dahulu. Tidak sekadar itu, malah jawatan Gabenor Yogyakarta juga boleh diwarisi oleh keturunan baginda.

Sultan Yogyakarta tinggal di sebuah istana yang dipanggil Kraton. Istana ini dipenuhi dengan pameran-pameran tentang sejarah kesultanan Yogyakarta.

Untuk melawat ke dalam Kraton, kita perlu menggunakan khidmat Tourist Guide dalaman Kraton.

Kraton masih didiami oleh Sultan Yogyakarta dan keluarganya. Kraton ini masih terurus rapi dan terpelihara kerana Sultan masih mempunyai pendapatan tetap sebagai Gabenor Yogyakarta. Kami dimaklumkan Kraton-kraton lain di Jawa tidak berkeadaan seperti ini.


Kraton ini mempunyai banyak bahagian. Ada kawasan kediaman khas bagi Sultan dan Permaisuri, kawasan kediaman putera-putera Sultan, kawasan kediaman puteri-puteri Sultan dan juga oleh kerana Sultan pada masa dahulu mempunyai ramai gundik (selir) ada juga kawasan kediaman yang dikhaskan untuk mereka.

Pada masa kini, hanya kawasan kediaman untuk Sultan dan Permaisuri serta kawasan kediaman untuk puteri-puteri Sultan sahaja yang dihuni kerana Sultan sekarang hanya mempunyai seorang isteri dan 5 orang puteri. Kawasan untuk putera Sultan kosong kerana Sultan tak punya anak lelaki dan kawasan kediaman selir juga kosong kerana Sultan sekarang tidak lagi mengamalkan menyimpan gundik.


Pegawai-pegawai kraton dinamakan Abdi Dalem dan mereka begitu taat berkhidmat kepada Sultan. Mereka juga sangat jelas berpegang kuat kepada adat.

Sebelum duduk di kawasan yang ditetapkan, Abdi Dalem akan mengadap bangunan utama di mana Sultan bersemayam dan mengangkat sembah tanda hormat.







Abdi Dalem ini duduk di atas tanah berasingan dari abdi-abdi lain kerana dia masih junior dan belum layak duduk bersama abdi-abdi yang senior.

Kami juga dibawa melawat barang-barang koleksi peribadi dan hadiah-hadiah dari pelbagai pembesar negara luar yang disimpan di Kraton. Malah sebahagian besar lawatan berkisar kepada perkara tersebut sampai kami rasa tak larat lagi nak ikut.










Di akhir lawatan, kami berhenti sebentar di pentas utama Kraton untuk menyaksikan persembahan muzik dan nyanyian gamelan. Agak malang kerana kami tak dapat menyaksikan persembahan tarian tradisional Jawa dan wayang kulit yang hanya diadakan pada hari minggu.

























Bersambung....

Saya senaraikan di bawah links untuk semua entries YOGYAKARTA saya: 










No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

5 comments:

  1. yang saya diberitau..
    yang duduk atas pasir tu..selagi ayah nya[ yang juga pengawal kraton tu] masih hidup.. dia tak boleh naik pangkat .. bila ayanh dia dah tak ada.. barulah dia boleh duduk bersama-sama dengan yang lain tu kat tepi bangunan tu..

    sanggul-sanggul tu adalah palsu!!
    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ye ke. I thought because dia masih junior level lagi sebab tu kena duduk atas pasir.

      Palsu? You don't say! I thought for sure they are real! They look nice though.. :)

      Delete
    2. hheheheeee...
      ha ah..
      guide saya kata..
      tak da siapa larat nak simpan rambut panjang-panjang gitu sekarang!!

      Delete
  2. baru nk tanya pasal rambut, tapi doc dah beritahu awal hihiihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe....
      I am beginning to wonder what's with the fascination about the hair do.. haha

      Delete