Masih ada lagi tempat menarik yang dikunjungi pada pagi terakhir di Yogyakarta. Sebaik selepas check-out dari hotel, kami dibawa ke Taman Sari.
Pada masa dahulu, Taman Sari adalah istana yang menempatkan gundik-gundik raja. Ia sebenarnya dibina mengelilingi takungan air. Sekarang, istana ini hanyalah runtuhan yang sedang dibaikpulih dan tidak langsung dikelilingi air.
Pak Nurzaein membawa kami masuk ke Taman Sari dari bahagian belakang yang kini menempatkan Pasar Ngasem. Pasar ini menjual barang makanan mentah, namun ia sangat bersih dan tidak berbau.
Taman Sari sebenarnya terdiri daripada beberapa bahagian. Pada zaman dahului Taman Sari ini dikawal ketat dan lelaki dilarang masuk sama sekali. Hanya wanita (yang terdiri dari gundik-gundik dan puteri-puteri raja) sahaja yang dibenarkan masuk. Satu-satunya lelaki yang dibenarkan masuk ke sini ialah Sultan. Tapi tak dapat dipastikan sama ada larangan ini untuk seluruh istana atau di kawasan-kawasan tertentu sahaja.
Ini adalah tambatan perahu untuk masuk ke istana Taman Sari. Pada masa kini, terdapat banyak rumah telah dibina di sekeliling istana dan juga di kawasan lapang dalam perkarangan istana. |
Kawasan lapang di sekeliling dan juga di dalam Taman Sari sendiri yang dahulunya dipenuhi air kini dipenuhi dengan rumah - rumah, yang mana bagi Myself mencacatkan suasana sebenar kota ini. Kata Pak Nurzaein, penduduk ini tinggal di sana dengan kebenaran dari Sultan Yogjakarta.
Di tengah-tengah perkampungan (yang dulunya kawasan berair), kami dapat melihat sebuah bangunan bulat yang merupakan masjid Taman Sari yang sebahagian besarnya dibina di bawah tanah (dulunya, di bawah air).
Pintu masuk ke Masjid Taman Sari |
Pemandangan di dalam lorong bawah tanah untuk masuk kedalam Masjid |
Di tengah – tengah masjid terdapat ruangan yang terbuka dengan cahaya matahari. Di situ, terdapat tangga yang menghubungkan tingkat atas dan tingkat bawah. |
Walaupun ada jalan yang lebih sejuk dari Masjid menuju ke bangunan utama Taman Sari, kami memilih melalui kawasan perkampungan. |
Pintu masuk ke kawasan pemandian. Binaannya berciri Eropah kerana ia direka oleh seorang arkitek berbangsa Portugis. |
Ada sebuah menara yang dibina untuk Sultan mengintai gundik-gundiknya bersiram. Dari situlah Sultan akan memiih gundik yang akan menemaninya mandi di kolam bersebelahan. |
Bersambung....
Saya senaraikan di bawah links untuk semua entries YOGYAKARTA saya:
No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.