Monday, March 30, 2020

BANGKOK & BEYOND - DAY 02 - PART 05 - AYUTTHAYA



Ok, sambung lagi cerita percutian kami ke Thailand pada tahun lepas 2019. 

Lepas lawatan ke Jim Thompson Farm, kami dibawa pergi makan tengahari sekali lagi di Salasa Khao Yai. No choice sebab itu je restoran halal yang boleh accommodate group besar macam kami di Khao Yai. No issue for us sebab makanan di restoran ni memang sedap dan semua hidangannya pun lain dari yang the earlier ones we had! Alhamdulillah. 


Hidangan makan tengahari kami.


Beli sandwich kari ayam for later kot lapar. 

Next kami ke Kanchanaburi dengan persinggahan di Ayutthaya. 

Berikut adalah foto-foto yang sempat dirakam semasa perjalanan. 

Passed by ladang jagung yang sangat luas. Suwan Farm's Sweet Corn namanya.

Nampaknya ada banyak kereta park di sini. Agaknya ada corn-based attractions.  

Jika perjalanan kami dari Bangkok ke Khao Yai semalam menggunakan lebuhraya yang menuju ke Laos, perjalanan ke Ayutthaya dan Kanchanaburi ini pula menggunakan lebuhraya yang menuju ke Myanmar.

Kawasan ladang yang luas.

Bendera Thailand dan yang kuning tu ialah bendera King Maha Vajiralongkorn. Setiap king ada bendera tersendiri. 

Fyi, Queen dan Queen Mother pun ada bendera sendiri.


Sebuah military base.

Sebelah military base tu ada Armyland. 

A huge billboard. Thailand's soccer team?

Saint John Mary International School - a private Christian School.

Selori khinzir. 


Seperti juga perjalanan dari Bangkok ke Khao Yai semalam, bas kami membuat satu perhentian rehat di Saraburi. 

Bas berhenti di Bangchak petrol pump di Phahonyothin Road.

Meneruskan perjalanan.

Ini mungkin gerbang masuk ke sebuah kuil.

CPF Thailand.
CPF operates integrated agro-industrial and food business, including livestock and aquaculture such as swine, broiler, layer, duck, shrimp and fish.

Lori-lori mereka mesti ada decorations.

Shophouses. 

Sebuah masjid besar sedang dalam pembinaan. Sebenarnya sepanjang perjalanan-perjalanan kami di Thailand ini sungguh susah kami nak nampak masjid. Yang di foto bawah ni pun sayup jauh dari highway yang kami lalui. 
🌓 Saya ada terjumpa satu article oleh Bangkok Post bertajuk 'Northern mosque a test of tolerance' tentang usaha pembinaan sebuah masjid yang mendapat tentangan dari penduduk kampung beragama Buddha dan sami-sami mereka mengenai tempat masjid itu akan dibina. Tapi artikel lama la dari Jan 2015. But interesting read what the Imam had to go through and how the villagers view Islam and Muslims. Also interesting to note that kerajaan Thailand sendiri tidak ada apa-apa masalah pun tentang pembinaan masjid ini. In fact, segala macam permohonan yang dibuat semua sudah diluluskan. Ini kerana sudah termaktub dalam perundangan mereka bahawa sesiapa sahaja boleh membina masjid tanpa mendapatkan persetujuan daripada pihak berkuasa kerajaan atau komuniti jika the Central Islamic Council of Thailand or the provincial Islamic council has given it the go ahead. Ini link artikel tu LINK.
🌗 Itu pada tahun 2015. Lepas 2 tahun, pada 2017, keadaan masih lagi tegang. Situasi 2017 boleh dibaca di LINK ini. 
🌓 Jadi adakah masjid itu berjaya dibina? Saya tak jumpa maklumatnya.
🌗 As at 2017, ada lebih dari 170 masjid berdaftar di Bangkok.
🌓 Umat ​​Islam - kumpulan agama kedua terbesar di Thailand - membentuk hanya 5% daripada populasi secara keseluruhan, tetapi 20% daripada mereka yang tinggal di Phuket adalah Muslim, kebanyakan daripadanya keturunan orang asli di pulau itu.
🌗 Sebuah masjid di Phuket dibina dengan sumbangan sebanyak 1 juta Baht dari Arab Saudi.

🌓 Menurut Kementerian Dalam Negeri Thailand (2019), terdapat kira-kira 4 juta umat Islam di seluruh Thailand. Terdapat hampir 4,000 masjid berdaftar di seluruh Thailand, dengan purata sebanyak 32 permohonan diterima setiap tahun untuk pendaftaran baru. Alhamdulillah. Semoga Islam terus berkembang pesat di Thailand dan the muslims there terus hidup tenang dan dilindungi Allah swt. 
🌗 Up for another article to read? Ok, here's another one, more recent dated November 2019
 LINK.
Alhamdulillah, di negara kita tidak ada isu nak bina masjid.



Selepas selama 3 jam perjalanan, kami pun selamat tiba di Ayutthaya.


Melalui lorong di highway menuju ke Ayutthaya.

Gerbang ke kuil.


Tesco Lotus. 
Tesco Lotus adalah unit perniagaan terbesar di luar UK Tesco. Sebagai peruncit utama di Thailand, Tesco Lotus kini melayani lebih daripada 15 juta pelanggan setiap minggu melalui rangkaian lebih 1,800 kedai di seluruh negara.


Ehh.. ada Ultraman. Morphed size pulak tu. Tapi kepala je la.. hehe.


Di Thailand signages selalunya dalam bahasa Thai. May be this is a government building sebab ada bendera Thai di depannya. Bangunan perbandaran Ayutthaya agaknya.

Ayutthaya City Park. A huge shopping center. 

Pengangkutan awam di Ayutthaya. Ayutthaya juga terkenal sebagai pusat automotif Thailand kerana banyak syarikat pengeluar kenderaan dunia mendirikan kilang pemasangan kenderaan mereka di sini.

Ayutthaya kini terbahagi kepada dua bahagian: Old Ayutthaya dan New Ayutthaya. Kami tiba melalui New Ayutthaya. 

Laluan landasan keretapi. 

Old Ayutthaya dan New Ayutthaya dipisahkan oleh sebatang sungai yang bernama Pa Sak. Sungai ini berasal dari Pergunungan Phetchabun, Daerah Dan Sai, Provinsi Loei, dan melintasi Wilayah Phetchabun.

Bas membawa kami melalui Preedee Thamrong bridge menyeberang sungai Pa Sak untuk menuju ke Old Ayutthaya.

Ada Chinatown agaknya di sini.

Kerajaan Ayutthaya juga disebut "Ayudhya" atau "Ayodhya", adalah kerajaan Siam yang wujud dari 1350 hingga 1767. Ayutthaya mesra kepada peniaga asing, termasuk orang Cina, Portugis, India, Jepun, Persia dan kemudian Sepanyol, Belanda, Inggeris dan Perancis, membenarkan mereka membuka kampung-kampung di luar tembok kota.
Menjelang tahun 1550, jajahan kerajaan Ayutthaya termasuk beberapa negeri-negeri di Semenanjung Tanah Melayu, Sukhothai, Lan Na dan beberapa bahagian-bahagian Burma dan Kemboja. Ini juga disebut sebagai "Empayar Ayutthayan". 

Pada abad ke-16, Ayutthaya digambarkan oleh pedagang asing sebagai salah satu bandar terbesar dan terkaya di Timur. The court of King Narai (1656-1688) mempunyai hubungan erat dengan King Louis XIV of France, di mana dutanya membandingkan saiz dan kekayaan kota ini sebagai setanding dengan kota Paris.
Ayutthaya yang dibangunkan pada tahun 1350, adalah ibukota kedua bagi Thailand selepas Sukhothai. Di zaman kegemilangannya Ayutthaya merupakan sebuah pusat perdagangan yang penting kerana kedudukannya yang terletak di persimpangan antara China, India dan Semenanjung Tanah Melayu.

Ayutthaya pernah menjadi kota terbesar di dunia dengan penduduk seramai 1 juta orang pada tahun 1700. Rekod pedagang dari Eropah menceritakan tentang istana bersalut emas, perayaan-perayaan hebat dan kapal-kapal besar yang berlayar di Ayutthaya pada ketika itu. Kegemilangan Ayutthaya menimbulkan irihati Kerajaan Burma yang bersebelahan. Ayutthaya akhirnya musnah dalam satu serangan Burma pada tahun 1767 yang menghancurkan keseluruhan kota. 
Kota Ayutthaya didirikan oleh King Ramathibodi I pada tahun 1350 untuk melarikan diri dari wabak campak yang sedang menyerang Lop Buri ketika itu. Menjelang awal kurun ke-15, Ayutthaya berubah menjadi sebuah kuasa besar dengan penaklukan Sukothai pada tahun 1438. Rekod pedagang Eropah yang datang pada kurun ke-16 menceritakan kegemilangan Ayutthaya. Malangnya pada kurun ke-18, kota ini hancur diserang tentera Burma, meninggalkan kesan-kesan runtuhan yang tinggal kini.

Secara keseluruhannya, terdapat 67 buah kesan runtuhan kota di Ayutthaya. Kawasan runtuhan kota ini sangat besar, jadi kami dibawa mengelilinginya dengan menggunakan bas.

Sebahagian daripada taman itu telah diisytiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO pada tahun 1991. 35 raja memerintah kerajaan Ayutthaya semasa kewujudannya. 

As you can see from above map, essentially the ancient city was actually a city island. Memang pada zaman-zaman dulu cities are being built with water surrounding it. Contoh lain ialah Angkor Wat, Cambodia. Kalau Ayutthaya di kelilingi sungai, Angkor Wat di kelilingi moat. Di bawah ialah peta Angkor Wat.

City yang dikelilingi air juga mengingatkan saya pada city of Dubai which after the completion of its Dubai Water Canal pada November 2016, maka area Bur Dubai (pink), Downtown Dubai (Burj Khalifa) hingga ke Al Habtoor City telah menjadi sebuah pulau, per below map. Jadi even in modern times, masih lagi ada konsep menjadikan bandar sebuah 'pulau'. 

Di situlah lokasi Dubai Water Canal. Semua sebelah kanan canal , iaitu area Bur Dubai itu sudah menjadikan sebuah pulau.
Foto ini saya rakam dari tingkat 125 bangunan Burj Khalifa.

Sebuah kesan runtuhan yang jelas dilihat dari atas bas adalah Wat Maha That, a Buddhist temple, yang merupakan kompleks runtuhan yang terbesar di Ayutthaya. Ia didirikan oleh King Borommaracha I pada lewat kurun ke-14. Bangunan-bangunan yang berikutnya telah didirikan oleh penggantinya, King Ramesuan. 

Wat Maha That adalah runtuhan kuil yang terbesar di Kompleks UNESCO Ayutthaya. Lokasi kuil ini kedekatannya dengan the Grand Palace dan merupakan kuil diraja. Ia adalah tempat upacara dan perayaan diraja yang penting. 

Plan of the ruins of Wat Maha That, Ayutthaya.

Sebahagian besar runtuhan yang tinggal adalah kuil-kuil Buddha yang dibina oleh Raja-raja Siam yang memerintah pada zaman dahulu kala. Memang susah nak membezakan kuil-kuil ini kerana semuanya nampak hampir sama pada pandangan mata. 

Chedi (menara bentuk loceng) Utama di Wat Maha That ini dikatakan menyimpan peninggalan-peninggalan Buddha. Ia juga dikenali sebagai 'Monastery of the Great Relic'.

Seperti kebanyakkan peninggalan sejarah begini, Wat Maha That juga tidak terkecualikan daripada dirompak. Dari kemusnahannya pada tahun 1767 sehingga pemulihan sejak abad yang lalu, kuil itu telah teruk diceroboh dan dirompak menyebabkan banyak kerosakan berlaku yang dilakukan oleh penggali-penggali haram.

Wat Maha That juga terkenal sebab di sini ada sebuah kepala Buddha yang terbelit di celah akar pokok. 

Ada banyak kisah yang menceritakan bagaimana kepala Buddha ini boleh berada di sini. Salah sebuah kisah yang paling popular adalah ia dikatakan tersangkut di celah pokok selepas satu kejadian banjir besar.

Ini Bueng Phra Ram. Ia dinamakan sempena Wat Phra Ram yang berlokasi berdekatan. Ia adalah bekas paya yang merupakan salah satu dari 95 tapak yang disenaraikan pada tahun 1987 untuk didaftarkan sebagai Warisan Dunia UNESCO. 

Bueng Phra Ram.

Bueng Phra Ram telah banyak diubah sejak bertahun-tahun dan telah dipulihkan dan menjadi taman pada 1956-1957.

Ini pula sebuah lagi Buddhist temple Wat Phra Ram. Ia  dibina di atas tempat pembakaran mayat raja Ayutthaya yang pertama, Raja Ramathibodi I (1351-1369).

Kenapa kuil-kuil ini dibina? Ini adalah kerana konsep 'merit agama' dalam Theravada Buddhism di mana dipercayai bila kuil dibina merit akan diperolehi, menjadikan seorang lelaki lahir sebagai raja atau dia menjadi raja semasa hidupnya. Lebih banyak merit yang dikumpul (seperti membina kuil-kuil dan mempersembahkan barang-barang berharga), maka semakin besarlah peluang untuk menjadi raja.

Konsep merit adalah berdasarkan undang-undang karma yang merupakan asas bagi 'Theravada Kingship'. Membina sebuah kuil dianggap sangat bermakna dan ia adalah amalan yang memberikan paling banyak merit. Dengan mendermakan tapak kuil kepada para sami, seorang raja bukan sahaja bertujuan memperolehi merit tapi pada waktu yang sama dia juga menunjukkan rasa hormatnya kepada raja sebelumnya yang diperingati dengan pembinaan kuil itu. Menyimpan debu mayat seorang raja di dalam prang atau chedi juga mereka percaya akan memastikan kelahiran semula si raja sebagai Buddha. Chedi ialah sebuah funeral monument. 

Pada zaman awal Ayutthaya, sudah seperti menjadi adat untuk membina sebuah kuil dan mendirikan sebuah menara (chedi/orang) di atas tempat pembakaran mayat seorang raja sebagai tanda peringatan.  

Dinding lama Wat Phra Ram.

Di area Elephant Walk Way. Maaf foto tak elok sebab shot from moving bus ketika sudah lewat petang.. hehe.

Lepas round area Ayutthaya Historical Park ini dalam bas, bas pun stop for us to have a better look at the temples. Banyak tempat-tempat bersejarah di Ayutthaya telah ditutup ketika itu. Jadi kami ambil gambar dari luar sahaja.

Kami berhenti di depan Wihan Phra Mongkhon Bophit. Kuil ini terletak di selatan Wat Phra Si Sanphet. 

Satu patung Buddha kuno yang besar (Phra Mongkhon Bophit) pada asalnya diabadikan di luar Grand Palace di sebelah timur. Anggaran pembinaannya adalah pada abad ke-15 dan pada asalnya diletak di kawasan terbuka. Kemudian, Raja Songtham mengarahkan ia dipindahkan ke barat, di mana ia kini diabadikan dan dibuat bumbung. 
Wihan Phra Mongkhon Bophit adalah sebuah kuil moden yang sibuk, terkenal dengan patung Buddhanya yang besar dan berlapis emas.

Semasa pemerintahan Raja Phra Chao Sua, bahagian atas bumbung terbakar dipanah petir. Raja Phra Chao Sua kemudian memerintahkan supaya sebuah bangunan baru dibina di dalam bentuk sebuah tempat perlindungan besar (Maha Wihan) untuk melindungi patung Buddha itu. Semasa kejatuhan kedua Ayutthaya, bangunan dan patung Buddha itu musnah teruk dalam satu kebakaran. Vihara dan patung Buddha itu sekarang telah direkonstruksi dan diubahsuai. 

Ehh.. ada seorang penjaja Islam.

Dia sedang buat roti telur.

Dia nampak sedang sibuk. Would have been nice if I could get Saran, our local tour guide, to ask for us a few questions.  

We walk just a few meters and came upon Wat Phra Si Sanphet. 

Syoknya dia tidur.. hehe.

Disebabkan kedudukannya yang terletak di perkarangan istana raja pada masa dahulu, Wat Phra Si Sanpet juga kini dikenali sebagai Royal Palace. 

Wat Phra Si Sanphet (Temple of the Holy, Splendid Omniscient) adalah dikatakan kuil paling suci di tapak Istana Kerajaan lama di ibu kota kuno Ayutthaya di Thailand sehingga kota itu dimusnahkan sepenuhnya oleh orang Burma. Ia adalah yang paling besar dan kuil yang paling indah di sini dan ia berfungsi sebagai model untuk Wat Phra Kaew di Bangkok. 

Wat Phra Si Sanphet adalah kuil keluarga diraja dan tiada sami yang tinggal di situ. Kuil ini digunakan secara eksklusif untuk upacara diraja seperti upacara mengangkat sumpah kesetiaan dan sembahyang diraja.

Pada tahun 1767, Burma menakluki ibu kota Ayutthaya dan memulakan pencerobohan dan pemusnahan banyak kuil dan bangunan lain, termasuk Wat Phra Si Sanphet. Mereka membakar bangunan itu dan mencairkan sebuah patung emas Buddha setinggi 16 meter yang ada di dalamnya menjadi emas seberat 160 kg. 

3 Chedi di situ juga rosak, yang setiap satunya menyimpan abu mayat 3 orang Raja Ayutthaya: King Trailok, King Borom Ratchathirat III dan King Rama Thibodi dan juga beberapa peninggalan Buddha. 

Di tapak sejarah ini juga ada info tentang 'The Tree of Pranakhon Si Ayutthaya'.

Group photos 😊.


Now on foot dapat la kami ambil gambar yang elok sikit berbanding dengan ambil dari dalam bas tadi.. hehe.

Ini adalah Wat Phra Ram yang kami nampak masa round Ayutthaya Historical Park dalam bas earlier. Lokasinya hanya seberang jalan dari Wat Phra Si Sanphet. 

Wat Phra Ram bermaksud 'The Temple of Rama'. Ia adalah kuil yang tertua di Ayutthaya. 

Chedi / Prang di Wat Phra Ram.




















Selesai di Ayutthaya Historical Park ini, kami pun sambung perjalanan menuju ke Kanchanaburi. Tapi sebelum itu, kami makan malam dulu di sebuah restoran Muslim di Ayutthaya ini, Restoran Yeeloh-Malik.

Kami diberitahu ada komuniti Islam di Ayutthaya tapi bilangan mereka tidak ramai. Jadi tak ada restoran Muslim yang besar di sini. Restoran Yeeloh-Malik ini bolehlah dianggap sebagai restoran halal yang terbesar di Ayutthaya.

Berasak juga la duduk 6 orang di meja kecil ni.

Makanannya sedap tapi pedas sikit. Kenyang... Alhamdulillah. 

Pemandangan di depan Restoran Yeeloh-Malik. 

Pemandangan jalan besar di depan Restoran Yeeloh-Malik. Restoran ini terletak di kawasan Old Ayutthaya, tidak jauh dari Ayutthaya UNESCO World Heritage Site. 

Perjalanan ke Kanchanaburi ambil masa hampir 2 1/2 jam dan kami selamat sampai di Kanchanaburi pada pukul 10 malam. Alhamdulillah.

Di Kanchanaburi, kami menginap di Kanokan Hotel. 

Biliknya cukup selesa. Alhamdulillah.

Selepas perjalanan selama 15 jam in total pastinyalah battery dah low.. hehe.

Bersambung..

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

4 comments:

  1. alaaa..
    kesiannya gajah tu masih dipakaikan howdah !!!!

    jagung theme park ?
    :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes. Kesian kan...
      Bila la mereka nak stop doing all that?
      I know when. Bila tourists cuma akan tunggang gajah yg tak 'disiksa' dengan howdah.

      Sure looks like it. Orang Thai kreatif.

      Delete
  2. lupa ..
    ada Netflix ?
    nanti nengok cerita Love Destiny ..best !!
    berlaku di Ayuthyya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak de la doc. Sebab yg di Astro pun sampai tak tertengok pun.. hahahaha.

      Delete