Monday, December 3, 2018

EGYPT - DAY 06 - PART 06 - CITY TOUR

Saya titled entry ni as 'City Tour' sebenarnya bukanlah named as 'City Tour' dalam our agent's travel itinerary. Actually entry ni merakam perjalanan kami dalam Kota Kaherah dari Masjid dan makam Imam Shafie menuju ke Masjid Ibnu Tulun. Since ada banyak foto and some interesting facts and observations maka I decided it'd be nice to dedicate an entry of its own. 

Kami teruskan perjalanan meninggalkan Masjid/makam Imam Shaife dan Imam Waki' di City of the Dead ini.

Melalui kawasan perkuburan.

Di kiri dan kanan jalan ini adalah kubur.

Beginilah keadaan jalanraya di kawasan ini. Tepi jalannya penuh berpasir dan berdebu dengan longgokkan sampah sarap atau pasir/batu here and there. 

Kawasan perkuburan di sini merupakan tempat tinggal penjaga kubur-kubur ini di mana rumah-rumah mereka dibina antara kubur-kubur. Sudah beberapa generasi tinggal di sini. Hence the name 'City of the Dead'. Mereka dikatakan antara rakyat Mesir yang termiskin, sama dengan mereka yang tinggal di Garbage City. Tapi nampak tak ada satellite dish tu? 


Melalui kawasan ada banyak kedai barang and other shops. Yang ni kedai jual bijirin agaknya.

Dari equipment tu nampak macam kedai cleaning service. 

Hardware shop.

Yang jual burung hidup pun ada. Kenapa la perlu letak di tengah panas atas jalanraya macam ni. Kesian burung-burung ni 😡.

Kedai burung and pet supplies. Tidak jauh dari sini, ada animal market di Al Sayeda Aisha street, bersebelahan dengan Al Sayeda Aisha Mosque.

Grains.


Kedai jual decorative plaster ceilings. 

Beg-beg yang dibuat dari kulit unta agaknya.

Banyak kedai jual bijirin. Mesir adalah pengimpot gandum terbesar di dunia yang digunakan untuk membekalkan roti dalam program subsidi roti kepada puluhan juta rakyat Mesir.

Tak tau kedai ni jual cecair apa.

Little cafe under shady tree.

Di bandar Kaherah ni juga kami nampak ada ramai penjual-penjual roti jalanan yang menjunjung roti-roti dalam bakul atau atas papan di atas kepala mereka. Roti ini dipanggil "aish baladi" dan merupakan makanan ruji Mesir.

Orang Mesir purba, bergantung pada kekayaan dan status mereka, mempunyai diet yang pelbagai, dengan roti dan bir merupakan makanan utama mereka. Kedua-duanya dimakan/minum dengan setiap hidangan, without them kira makanan mereka tak lengkap. Jadi sejak zaman purba lagi roti memang dah jadi makanan utama orang Mesir sampailah sekarang. 

Roti, dalam bahasa Arab Mesir, dipanggil "aish," yang bermaksud "kehidupan" atau "life" dan bukannya "khobz," perkataan yang digunakan oleh orang Arab lain. Sehinggakan bila orang Mesir tengah under stress, mereka akan kata "akl el aish murr" yang bermaksud "makan roti adalah pahit" atau "eating bread is bitter" - satu pepatah yang sebenarnya lebih tepat menggambarkan kesusahan dan cabaran yang mereka hadapi seperti pengangguran yang tinggi, peluang-peluang ekonomi yang tidak mencukupi, rasuah berleluasa, kos perkahwinan dan makanan adalah mahal, kesesakan lalu lintas yang teruk dan lain-lain keadaan.

"Aish baladi" ini dimakan dengan hampir semua jenis makanan lain Mesir. Orang Mesir menggunakan roti untuk mengaut makanan, sos dan kuah dan juga diguna untuk membungkus kebab dan falafel, supaya tangan tidak menjadi berminyak.

Seperti yang saya stated above, di Mesir roti adalah disubsidi. Kerajaan Mesir mula memberi subsidi seperti roti, gula dan teh di sekitar Perang Dunia II, dan telah melakukannya sejak itu. Mesir adalah pemakan roti dan pengimport gandum terbesar di dunia, dengan perbelanjaan sebanyak $3 bilion setahun untuk import. Sistem subsidi kerajaan yang berkos tinggi ini telah dilaksanakan sejak tahun 1960-an untuk memastikan harga roti rendah. Pada hari ini, sebuku roti aish baladi bersubsidi yang berharga 5 piastres (kurang dari 1 sen US) menjadi makanan utama kira-kira 50 juta orang rakyat Mesir.

Apabila subsidi ini cuba dihentikan pada tahun 1977, telah berlaku rusuhan. Orang Mesir umumnya tidak dikenali sebagai orang yang aggressive, tetapi bila mereka diberitahu harga roti akan dinaikkan, samalah bagi mereka seperti menaikkan 'harga kehidupan', maka berhati-hatilah. Merusuh mereka sampai melumpuhkan beberapa major cities di Mesir.  

Paling baru, pada 2017 sekali lagi usaha memotong kos subsidi roti dibuat dengan mengurangkan penyediaan roti oleh negara antara 500 hingga 4,000 buku roti di setiap bakeri. Langkah ini diusul untuk menggantikan cadangan awal yang lebih kontroversi untuk memotong bekalan dari lima buku roti setiap orang sehari kepada tiga buku roti.

Walaupun dikatakan cadangan ini tidak memberi kesan dramatik kepada rakyat, tapi rakyat Mesir tetap terkesan olehnya. Sebagai tindak balas kepada keputusan itu, ratusan warga termiskin di Mesir memenuhi jalan-jalan di bandar-bandar Alexandria dan Giza, dan bandar Kafr el-Sheikh dan Minya. Jalan-jalan telah disekat dan bangunan kerajaan dikepong.

Kerajaan, di bawah presiden Abdel Fatah al-Sisi, mempertahankan pemotongan untuk subsidi roti ini sebagai langkah yang diperlukan untuk memerangi rasuah dalam program subsidi roti ini, dan menegaskan hal itu mungkin akan ada kesan pada bakeri, bukan individu.

Ehh... cerita pasal roti pulak kan 😃. Tapi saya rasa macam perlu la cerita sikit benda-benda macam ni supaya boleh kenal Mesir dan rakyatnya dengan lebih dekat. Jadi tak la ke Mesir sekadar melihat piramid dan sungai Nil sahaja. 

Ok, sambung cerita. Kelihatan di belakang flyover Kobri Al Sayeda Aesha tu Masjid El Sayeda Eisha. 


Di satu intersection yang sibuk. Melalui Salah Salem Street.
Salah Salem (1920 - 1962) adalah seorang pegawai tentera Mesir, ahli politik, dan ahli Free Officers Movement yang merancang Revolusi Mesir tahun 1952.

Sebuah lagi masjid, Al Ghouri Mosque. Nun di belakang, atas bukit tu ialah Masjid Muhammad Ali Pasha di Kubu Sultan Salahuddin al-Ayyubi.
Sultan Qansuh Al-Ghouri adalah sultan Mamluk, yang telah memerintah dari 1501 hingga 1516, sebelum mati dalam pertempuran melawan Uthmaniyyah di Aleppo, yang mengakibatkan kejatuhan kerajaan Mamluk serta hilang kepentingan di Mesir. Pada usia 78 tahun, Al Ghouri dipancung di Syria, dan mayatnya tidak pernah dijumpai.

Kubu Sultan Salahuddin al-Ayyubi. Blog entry saya tentang kubu ni boleh dibaca di sini.

Belah kiri tu Masjid Muhammad Ali Pasha. Yang berkubah hijau tu ialah Masjid Al Nasir Mohammad ibn Qalaun (ini blognya).

Masjid Muhammad Ali Pasha. Blog entry masjid ini boleh dibaca di sini.

Hard Rock Cafe, Cairo. Ada group member kami yang saya dengar merancang nak naik Grab pergi ke Hard Rock Cafe ni dari hotel selepas selesai tour for the day. To each his/her own lah.

Penjual tisu di tepi jalan. Ramai orang miskin di Kaherah ni dan menjual tisu adalah salah satu cara mereka menyara hidup.

Citadel of Saladin.

Kemudian kami melalui kawasan Bukit Mokattam dengan kawasan perkuburan yang besar di kaki bukit ini.

Citadel Plaza di kaki Bukit Mokattam. 
Mengikut sejarah, pergunungan Mokattam (ada yang kata bukit) adalah tempat kuari batu kapur dan deposit lain yang telah digunakan untuk membina piramid di Giza. Mengikut legenda Kristian awal pula, pernah seorang saint yang terkenal bernama Simon the Tanner yang hidup pada abad ke sepuluh menggerakkan gunung itu secara ajaib.

Passed by Bab El-Wazir Cemetery, City of the Dead. Di hujung tu ialah Masjid Sultan Hassan dan Masjid Rifa'i.
Terdapat lima tanah perkuburan utama dalam City of the Dead ini: Tanah Perkuburan Utara, Perkuburan Bab el Nasr, Tanah Perkuburan Selatan, Pemakaman Agung dan Bab el Wazir Cemetery.

Ini kawasan perkuburan yang ada penghuni, keluarga-keluarga yang sudah menetap di sini berdekad lamanya. Nampak tak rumah 2 tingkat tu. 

Kubah-kubah di kawasan perkuburan ini menunjukkan ada seseorang yang mulia dikuburkan di sana. Dahulu tempat ini dikenali sebagai kota kubah kerana ada banyak kubah-kubah mausoleums dan masjid-masjid. Sejak zaman kerajaan Mamluk, raja-raja dan putera raja bina masjid dan kubah sebagai makam mereka di kawasan ini.

Al Azhar Park. Taman Al Azhar adalah sebuah taman awam yang besar di tengah bandaraya Cairo. 
Taman yang dibangunkan dengan kos lebih dari USD $ 30 juta ini, adalah hadiah kepada Kaherah dari Aga Khan IV. Beliau adalah dari keturunan Fatimid Imam-Caliphs yang mendirikan kota Kaherah pada tahun 969.

El Azhar New Senate Building at Salah Salem Street.

Bangunan belah kiri di belakang tu ialah bangunan Al Azhar Library. Yang kanan pula ialah bangunan Egypt's Dar Al Ifta iaitu Pejabar Mufti Mesir. Kami diberitahu pegawai-pegawai agama Islam dari Malaysia sering dihantar berkursus di sini.

Bangunan yang kanan dengan 2 menara tu ialah Police Mosque atau El Shorta Mosque. Yang kiri tu bangunan kerajaan.

Police Mosque / El Shorta Mosque. 

Sebuah lagi masjid.

Kata Ustaz binaan dengan kubah tinggi tu adalah salah satu makam lama di City of the Dead ni. Mengikut ceritanya, cubaan untuk memindahnya (kerana kedudukannya berada di tengah jalan) ke lokasi lain telah tidak berjaya. Macam shrouded in mystery gitu kenapa tak boleh.

Dikatakan ia adalah makam seorang alim.

Mungkin ini adalah tong-tong air penduduk City of the Dead ni. Mungkin nak tunggu kedatangan lori air.



Pekerja-pekerja bandaraya sedang berehat berteduh dari kepanasan matahari.

Melalui kawasan yang banyak workshops.

Saya nampak rupa kereta-kereta di sini asal boleh jalan je. Tak kisah la kalau ada kemek, calar, lampu tak nyala, tak de air-con.... 

Gerai tepi jalan. 

Dan kami pun tiba di Malaysia Hall Abbasiah Cairo untuk bersolat dan makan tengahari.

Terus kami bersolat. Lega rasanya bila kewajipan dah ditunaikan. Baru la tenang hati nak berjalan-jalan. Surau di sini adalah sangat selesa. 

Untuk lunch kami naik ke tingkat 1 di Kafe Seri Putra. Lauk nasi campur kafe ni semuanya sedap-sedap belaka. Alhamdulillah. 

Suasana kafe ini juga selesa.

Selesai makan, kami naik semula bas. Sambil menunggu sempat rakam lelaki ni tengah hisap shisha.

Macam dah high nampaknya.. hehe.

Ada construction site berdekatan. 

Memang la bising dan berdebu habuk.

Sambung semula perjalanan.

Sekali sekala nampak kereta rosak di tengah jalan. 


Gerai tepi jalan. Ada la jugak teringin nak cuba makan di gerai macam ni tapi tak berani.. hehe.  

Berdiri je makannya.

Students Al Azhar dari Afrika.

Jalan sesak. Maklum la, lunch time.

Dah pukul satu. Waktu Zohor di Kaherah pada hari tu ialah pukul 11:40 am.

Truck Zabbaleen yang penuh sarat dengan sampah dan barangan untuk dikitar semula. Silalah baca entry saya tentang Zabbaleen di sini.


Awal pagi dah keluar hotel. Masa ni perut pun dah kenyang. Dalam traffic jam pulak. Dalam bas berhawa dingin. Maka sampai terlelap sekejap.. hehe.

Melalui semula kawasan City of the Dead untuk ke satu lagi lawatan masjid.


Ada makam yang cantik berpokok macam ni.

Generally kawasan perkuburan yang kami passed by ni nampaknya dijaga bersih.

Di tanah perkuburan ini ada banyak bangunan batu macam rumah ni. Besar dan selesa. Sebab tu mereka yang dah tinggal di sini sejak berdekad yang lalu tak mahu pindah tinggal di tempat lain walau pun ada peluang untuk berbuat demikian. 

Biasanya kalau ada bangunan besar berkubah dan bermenara macam ni, ia adalah sebuah masjid yang ada makam di dalamnya seperti makan raja atau putera raja.

Dan selalunya yang kami nampak di sebalik dinding macam ni ada sebuah macam courtyard yang open air, tidak berbumbung. Dan di courtyard tu la ada kuburnya.

Antara bangunan dan pagar batu makam dan kubur di sini ada jalan masuk yang sempit tak muat bas atau kereta nak lalu.

Bila saya ternampak kereta kuda macam ni saya akan berdoa semoga binatang-binatang yang digunakan adalah dijaga dengan baik dan tidak hidup tersiksa dengan burden kerja yang teruk. Kesian bila saya ada terbaca tentang animal treatment di Mesir 😞.

Ini satu contoh compound perkuburan satu keluarga yang besar. Boleh muat beberapa kubur di dalamnya.

Among the mausoleums, ada masjid-masjid. 


Kubah-kubah besar tidak semestinya masjid. Mungkin juga ia adalah makam-makam.



City of the Dead.

Sekarang berada di kawasan Old Cairo. Ini Masjid Sultan Hassan. Cerita tentang masjid ini dan Masjid Rifa'i boleh dibaca di sini

Ini Masjid Almahmodyah. Ianya juga adalah salah satu masjid bersejarah di Kaherah. Kata Ustaz dulu masjid ini boleh di lawat tapi sekarang sudah tidak dibenarkan.
Masjid ini dibina ketika zaman Uthmaniyah pada tahun 1567 semasa pentadbiran Mahmud Pasha yang dikebumikan di masjid ini. Masjid ini dinamakan sempena nama beliau. Mahmud Pasha ditembak mati berhampiran masjid ini selepas dituduh menindas rakyat Mesir.

Masjid Sultan Hassan (kiri) dan Masjid Rifa'i (kanan).

Kubu Sultan Salahuddin al-Ayyubi.


Masjid Muhammad Ali Pasha 

Al Azhar Park.

Then masa dalam perjalanan ni juga saya ternampak binaan yang sangat cantik ni. Such beautiful details. Nama binaan ini ialah 'sabil' atau tempat water fountain. Masa ni kami sedang lalu kawasan Al-Saufeya, salah satu area di Kaherah yang ada banyak bangunan-bangunan bersejarah. 

Fountain ni namanya 'Sabeel Om Abbass' atau 'Fountain Ibu Abbas'. Sabil abad ke 19 yang indah ini dibina oleh Emina Ilhamy. Beliau adalah cucu Abbas I, yang memerintah Mesir dari 1848 hingga 1854 A.D, dan ibu kepada Abbas II. Emina Ilhamy atau Amina al-Hamy (1858 - 1931) adalah seorang puteri Mesir dan Utsmaniyah dan ahli Dinasti Muhammad Ali. Dia adalah Khediva pertama dari 1873 hingga 1892 sebagai isteri Khedive Tewfik Pasha (Khedive is a title of the viceroy of Egypt) dan Valida Pasha kepada anak mereka Abbas Hilmi II Pasha dari 1892 hingga 1914.
Amina Najiba Khanum Effendi ibu dari pemerintah Abbas II, adalah seorang anggota masyarakat yang sangat disayangi yang menyumbangkan kepada banyak institusi amal.

Sabil yang terletak di simpang Al Soufeya street dan Al Saleeba street ini berbentuk segi lapan yang dilapisi dengan jubin marmar yang dihiasi design bunga dengan gaya Baroque dan Rococo. Fasadnya dikelilingi dengan 5 tingkap dengan wrought iron grill yang sangat cantik. Juga dihiasi dengan hiasan bermotif bunga dan garland bersama ayat-ayat Al-Quran dan puisi yang indah pada marmar putih.
Sabil bersegi ini mempunyai banyak ciri-ciri yang sama dengan Turkish Imperial fountains seperti prasasti-prasasti bersejarahnya, gril tingkap dan kerangka kayu yang diukir dengan cukup indah sekali.


Binaan-binaan seperti sabil ini ketika itu bagai satu trend di mana sultan-sultan, putera-puteri diraja dan peniaga-peniaga yang kaya menghadiahkannya kepada Kota Kaherah. Ia sering dibina di sudut-sudut jalan yang sibuk menyediakan tempat berteduh dari kepanasan di kota. Juga menjadi trend untuk membina tingkat kedua di atas sabil yang digunakan sebagai sekolah agama kecil di mana orang-orang miskin Kaherah boleh diajar membaca, menulis dan mempelajari Al-Quran. Pada hari ini bilik atas Sabil yang baru dibaikpulih ini diduduki oleh organisasi khidmat masyarakat.
Sekarang sabil-sabil di Kaherah ini tidak lagi berfungsi seperti dahulu. Banyak yang sudah hilang atau terbiar sejak pengunaan sistem air moden di Kaherah. Hari ini masih ada hampir 50 sabil di kota ini. Suatu ketika dahulu ada lebih dari 200 sabil di kota ini, jumlah terbesar bagi mana-mana bandar Islam.



Bersambung...

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

No comments:

Post a Comment