Wednesday, December 5, 2018

EGYPT - DAY 06 - PART 07 - MASJID IBNU TULUN

Seterusnya kami membuat satu lagi lawatan ke masjid di Kaherah ini iaitu ke Masjid Ibnu Tulun. 

Setakat ini kami telah pun melawat ke beberapa masjid besar di Kaherah ini iaitu Masjid Al Nasir Muhammad Ibn Qalaun dan Masjid Muhammad Ali Pasha (both di Kubu Sultan Salahuddin Al-Ayyubi), Masjid Amru Al 'As, Masjid Sayyida Nafisah, Masjid Imam Shafie (tak masuk sebab renovations). Manakala 2 buah masjid yang grand yang kami cuma dapat lihat dari jauh ialah Masjid Sultan Hassan dan Masjid Rifa'i. Dan untuk beberapa hari selanjutnya kami juga telah melawat Masjid Mursi Al Abbas, Masjid Nabi Daniel, Masjid Al Azhar dan Masjid Hussein. Jadi kami telah sempat melawat 8 buah masjid dan lihat dari luar 3 buah masjid di Kaherah ini.

Kami pun tiba di Masjid Ibnu Tulun.

Di luar masjid ini, di tempat kami turun dari bas ada satu info board yang besar.

Papan maklumat ini menunjukkan peta dan lokasi makam-makam dan masjid-masjid bersejarah di Kaherah.

Walau pun kami dah melawat beberapa masjid dan makam, nampaknya itu cuma a very small percentage. Basically because yang kami lawati adalah yang considered the important ones. Moreover, kami pun did not have the luxury of time to visit all the mosques and mausoleums. Di Kaherah ni ada sangat banyak lagi masjid dan makam bersejarah yang boleh dilawati.

Illustrations of the mosques and mausoleums.



Berjalan masuk ke Masjid Ibnu Tulun bersama Ustaz.


Baik, saya ease in into cerita tentang masjid ini dengan berkongsi dahulu sedikit tentang sejarah Mesir dan Ibnu Tulun. 

Mesir adalah wilayah Empayar Byzantine (Empayar Rom Timur), yang merupakan salah satu pusat Kristian purba. Tidak lama selepas bangkitnya Islam, ia ditawan oleh tentera Islam pada 642 dan sebuah ibu kota ketenteraan al-Fustat telah dibina. Ia adalah tempat di mana bandar purba Babylon pernah wujud. Sekarang ni pun masih ada beberapa biara Coptic di situ.

Lama selepas itu pada abad ke-10, Dinasti Fatimid telah berkuasa di Mesir dan membina ibu kota baru Al-Qahira (the Victorious) di utara al-Fustat. Kerana ia adalah bandar asal yang berkembang menjadi bandar besar Kaherah pada hari ini, pinggiran selatan yang dekat dengan Fustat dan Babylon kini dikenali sebagai Old Cairo.

Ibn Tulun, General Turkic yang dihantar dari Dinasti Abbasid Baghdad pada abad ke-9, memerintah Mesir dan Syria sebagai Amir (gabenor). Pada tahun 868 ia mendapat kemerdekaan dari Abbasid dan membina Dinasti Tulunid sendiri.

Dia kemudian membina ibu kota baru al-Qatai di pusat al-Fustat dan mendirikan Masjid Ibn Tulun dari 876 hingga 879. Al-Qata'i telah dibakar pada awal abad ke-10 oleh tentera Dinasti Abbasid ketika penaklukan semula Mesir dan Masjid Ibnu Tulun ini adalah satu-satunya struktur yang masih ujud. Masjid Ibnu Tulun ini adalah masjid tertua yang masih ada di Kaherah.

Oleh kerana al-Qatai kini sudah termasuk dalam daerah bandar Kaherah, warisan zaman al-Qatai yang tinggal hanyalah masjid ini, yang sangat penting untuk mempamerkan ciri-ciri masjid besar dari zaman awal Islam.

Also, ada satu legenda tempatan tentang tempat masjid ini didirikan. Masjid ini dibina di atas sebuah bukit kecil bernama Gebel Yashkur (Bukit Kesyukuran). Dikatakan di sinilah berlabuhnya Bahtera Nabi Nuh dan bukannya di Gunung Ararat.

Masjid Ibnu Tulun atau Masjid al-Maydan dibangunkan pada tahun 876-879M di masa pemerintahan Ahmad Ibn Tulun, penguasa pertama dari dinasti Ibnu Tulun yang berkuasa selama 135 tahun di Mesir. Masjid yang sudah berusia ratusan tahun ini menjadi salah sebuah peninggalan kegemilangan kerajaan Islam di Mesir. Ia juga adalah masjid kedua dibina di Mesir selepas Masjid Amru Al-'As.

Memasuki Masjid Ibnu Tulun melalui the outer gate.

Mosque of Ahmed Ibn Tulun: 263-265 A.H / 876-879A.D.

Yang menariknya saya nampak lapisan plaster dan batu bata merah dinding gate luar ini. Saya baca di masjid ni pernah dibuat major renovations, jadi mungkin batu bata ini dibiarkan terdedah untuk dipamer kepada pelawat. May be la. 

It is interesting to note that walaupun kemahiran membina bangunan batu sudah ada di Mesir sejak zaman Firaun, Ibnu Tulun telah memilih untuk menggunakan batu bata buatan mengikut tradisi Mesopotamia.

Berjalan masuk ke bangunan masjid. Masa ini kami melalui kawasan antara outer gate and dinding masjid yang dipanggil ziyada.

Saya letak sini side-by-side foto pintu masuk utama Masjid Ibnu Tulun sebelum dan selepas baikpulih.

Di antara tembok luar dan bangunan masjid ini (ziyada), ada sebuah muzium bernama Gayer Anderson Museum. Bangunan muzium ini adalah bekas kediaman Jeneral berbangsa Inggeris yang bernama RG John Gayer-Anderson. Jeneral Anderson beserta seluruh anggota keluarganya tinggal di sini sehingga tahun 1942. 

Pemandangan dalam Masjid Ibnu Tulun. 

Bangunan Masjid Ibnu Tulun dan Muzium Gayer Anderson ini pernah dijadikan sebagai lokasi filem James Bond The Spy Who Loved Me yang dibintangi oleh Roger Moore pada tahun 1977. Ini screenshot dari movie tu masa Roger Moore sedang berjalan dalam masjid. 

Anyway, tujuan sebenar saya mention pasal movie James Bond ni sebab nak tunjuk yang masjid ini dulu in 1977 sebelum direnovasi adalah sebenarnya dalam keadaan yang agak teruk. See above screenshots dan bandingkan dengan foto saya above it. Hinggakan mereka selamba je shooting dengan actor pakai kasut dalam masjid ni. 

So elok saya share sedikit info tentang Conservation Work yang dibuat oleh the Historic Cairo Project pada tahun 2000. Dan info tentang kerja baik pulih ini ada dipaparkan pada boards ini di dalam masjid.

Info tentang area masjid yang terbabit dalam pembinaan dan penambahan dan baikpulih yang dibuat pada masjid ini.

Juga menunjukkan lokasi 5 mihrab dalam masjid ini iaitu mihrab Siti Nafisa, mihrab Abbasid, mihrab Fatimid, mihrab Mustansir dan mihrab Lajin.

Foto-foto dalaman Masjid Ibnu Tulun selepas kerja-kerja pemuliharaan.

Keadaan Masjid Ibnu Tulun sebelum kerja-kerja pemuliharaan.


A summary of the project's aim and how it was carried out.

Maklumat tentang proses yang terlibat dalam kerja-kerja pemuliharaan masjid ini.


Masalah-masalah yang dihadapi secara amnya adalah deteriorations pada semua bahagian dari bumbung ke lantai. Ye lah, usia masjid ini pun dah beratus tahun. Bila baca tentang conservation work ini teringat saya ada mentioned sikit dalam blog entry saya tentang kerja-kerja pemuliharaan yang dibuat pada Pejabat Daerah dan Tanah Kinta, Batu Gajah, Perak. 

Ada keretakan pada kubah di atas mihrab. 

Keretakan pada konkrit bumbung dan kerosakan pada siling kayu.

Keadaan persekitaran masjid ketika itu.



Conservation work of the main facade. 



Pemuliharaan menara masjid.

Lain-lain kerja pemuliharaan. Really major work!

Tengok la betapa teruk keadaan stucco crowns tu.


Dan ini keadaan masjid ini sekarang. In so much better condition.

Before and after conservation work.

Ada deretan tingkap-tingkap pada dinding masjid yang kedudukannya tinggi hampir ke siling bertujuan memberikan pengudaraan yang baik untuk dalaman masjid supaya nyaman sesuai sebagai tempat beribadat.

Bila saya zoom in pada tingkap ni.. huii... cantik sungguh seni ukir hiasan pada bingkainya. Terpegun saya sekejap.

Ini salah satu tiang bucu inner court di bahagian dalam masjid yang dikatakan mempunyai extremely Eastern impression.

Kerja membaikpulih tiang dengan plaster asas kapur.

Seperti masjid lain di Kaherah, Masjid Ibnu Tulun ini juga ada sebuah inner court yang besar.

Masjid ini dibina dalam gaya Samarran dengan cara pembinaan Abbasiyah. Ia dibina dengan ruang berbumbung mengelilingi sebuah dataran dengan ruang bumbung terbesar berada di sisi kiblat, atau mengadap arah Makkah.

Ada sebuah sabil (binaan water fountain) berkubah di tengah dataran yang dibina pada akhir abad ketiga belas oleh Mamluk Sultan Lajin menggantikan binaan yang asal. 

Kerana Ibnu Tulun asalnya dari Bukhara di Asia Tengah dan telah dibesarkan dengan disiplin sebagai seorang askar di Samarra, dia telah banyak kali menggunakan Samarra sebagai model dalam pembangunan kota dan masjid di Mesir. Maka pembinaan Masjid Ibnu Tulun ini juga mencerminkan senibina dari Samarra. Reka bentuk masjid ini sangat mirip dengan Masjid Agung Samarra yang kini hanya tinggal runtuhan dan tidak lagi digunakan.

Masjid ini pernah digunakan oleh dinasti Fatimiyah untuk acara-acara selama bulan suci Ramadhan. Ia juga pernah dijadikan tempat persinggahan bagi para jemaah dari Afrika Utara ke Hijaz (Saudi Arabia) pada abad ke 12.

Masjid ini juga ada sebuah menara yang unik. Kalau menara Masjid Al Nasir Mohammad ibn Qalaun dipengaruhi oleh seni bina Ilkhanid (Mongol) dan menara Masjid Muhammad Ali Pasha oleh Turki, menara Masjid Ibnu Tulun ini pula dipengaruhi oleh senibina Masjid Besar Samarra di Iraq.

Beginilah rupa Masjid Besar Samarra. Foto-foto model masjid ini saya ambil di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu, Terengganu.

Menara spiral Masjid Ibnu Tulun ini diabadikan pada wang kertas Mesir bernilai LED 5.

Uniknya menara ini adalah pada binaan tangganya yang melingkari bahagian luar menara dan bukannya di bahagian dalam. Fyi, menara yang ada sekarang ini bukanlah menara yang asal kerana telah dibina semula pada tahun 1296. Minaret yang asli telah terbakar.

Menara masjid ini sebelum dan selepas pemuliharaan.

Nampaknya macam ada dibuat upkeep pada masjid ini. Bagus la sebab the last major conservation was done pada tahun 2000, 18 years ago.

Masjid ini yang dahulunya dibangunkan untuk menggantikan Masjid Amr Al 'As yang terlalu sempit untuk menampung tentera dan para pengikut Ibnu Tulun yang begitu ramai kini sepi.

Tingkap-tingkap yang dihiasi indah dengan ukiran bingkai bermotif tumbuh-tumbuhan dan jaring tingkap bermotif geometri.

Hiasan dan ukiran yang sama juga dapat dilihat pada pillars and arches and the inner windows.

Stucco crowns pada atas tiang sebelum dan selepas conservation work.

Menurut Ustaz, walaupun binaan Masjid Ibnu Tulun ini besar dan megah, masjid ini kini sepi seolah-olah ditinggalkan. Ia tidak makmur dengan kehadiran jemaah seperti di masjid-masjid lain di Kaherah. Ada pendapat yang mengatakan hal ini terjadi kerana masjid ini dulu tidak dibina atas dasar takwa. Ia sebaliknya dibina untuk bermegah-megah dan ingin menandingi Masjid Al Azhar yang terkenal sebagai pusat pengajian Islam.

Pengaruh senibina Moorish dari Andalusia juga dapat dilihat pada masjid ini kerana pada ketika itu ada ramai pendatang dari sana di Mesir. Mereka datang ke Mesir setelah diusir oleh penakluk Kristian pada tahun 1212-1260.

Oleh kerana bumbungnya rata dan dibuat dari kayu ringan, tiang-tiang besar yang banyak ini nampaknya jauh melebihi keperluan struktur.

Tiang-tiang yang banyak dalam masjid ini is desccribed as 'Forest of Pillars'. 

Ini di salah satu bahagian berbumbung masjid.

Di bahagian ruang solat utama berbumbung ada mihrab dan minbar.

Di atas di mihrab ini ada sebuah kubah besar. Reka bentuk dan hiasan pada bahagian dalam kubah ini adalah sangat cantik.

Dinding mihrab masjid dihiasi dengan ukiran dari bahan plaster simen dan kayu pada bahagian atas dan mozek kaca pada bahagian bawah. Pada bahagian atas mihrab juga terpahat tulisan dua kalimah syahadah menggunakan gaya tulisan kaligrafi Kufi.

Ini perbandingan minbar sebelum dan selepas conservation work.

Masjid ini mempunyai 6 mihrab, 5 darinya adalah flat dan 1 concave i.e the main mihrab.

Hiasan kaligrafi pada bahagian atas mihrab.

Rasanya perlu ditekankan yang salah satu objektif kerja-kerja pemuliharaan adalah minimal intervention which was applied to two main concepts: re-treatability and compatibility. Sebab itu hiasan dinding seperti ini contohnya tidak kelihatan brand new and shiny as it would have been when the mosque was first built.

Pada penggemar fotografi masjid ini memang la tempat yang best untuk spend time dan ambil gambar. A place for the perfect photography excursion I'd say, especially if one appreciates historic mosques and their beautiful architecture. 

Masa kami melawat Masjid Ibnu Tulun ini ada beberapa pelajar sedang melukis. Cikgu mereka pun ada bersama di situ.


Before and after conservation work.

Duduk beramai-ramai mendengar penerangan dari Ustaz Faiz...

... sambil terus merakam suasana dalam masjid. 

Tengah duduk bersila tu tetiba jatuh sehelai bulu burung di riba. Tapi burungnya tak nampak pun. Good thing bukan bird poo.. hehe.

Kerana bumbung masjid ini rata maka perlu ada pancur air. Sungguh pun di Kaherah jarang hujan, tapi lepas dah bertahun tak hujan akan berlaku banjir kilat.

The pillar's stucco crown and abacus/capital with plant motif designs.

Stucco crown sebelum dan selepas conservation. Tengok la betapa teruk deterioration hiasan bahagian atas tiang ini.

Seperti biasa sebarang hiasan ukiran dalam masjid adalah bermotif tumbuh-tumbuhan.

Juga menggunakan kombinasi hiasan bermotif tumbuh-tumbuhan dan geometri. 

The mosque's arches before and after conservation work. 

Hiasan pada dinding dan tingkap.

Hiasan siling yang dibuat dari kayu yang diukir.

Keadaan siling sebelum dan selepas conservation work.

Ini hiasan lampu yang tipikal dalam masjid-masjid yang dibina di Kaherah pada zaman pemerintahan Mamluk.

Dataran dalam Masjid Ibnu Tulun atau dipanggil 'sahn'.
'Sahn' adalah 'halaman' dalam seni bina Islam. Kebanyakan masjid tradisional mempunyai central sahn besar, yang dikelilingi oleh riwaq atau arcade. Dalam reka bentuk Islam tradisional, kediaman dan kawasan perumahan juga boleh memiliki sahn persendirian.

Ibnu Tulun tidak pernah melupakan asal usulnya terbukti bila unsur binaan tempat asalnya itu diabadikan dalam binaan masjid dan lain-lain bangunan ketika dia membangunkan Kota Kaherah.

Zoom in pada menara. Ya, boleh dipanjat tapi kami decided tengok dari bawah je lah. Jauh pun nak jalan ke menara ni as it was situated on the other side of this huge mosque from where we were.

Zoom, zoom, zoom dan zoom lagi.. hehe.

Selain dari menara berbentuk Masjid Samarra tadi, binaan sabil yang berkubah tinggi ini juga diklasifikasikan sebagai menara masjid ini.

Tak pasti kalau ada tangga naik ke bahagian atas sabil ini. 

Saya perasan permaidani design sejadah masjid ini kelihatannya sudah agak usang. Di bahagian lain masjid ini karpetnya juga berpasir. Pelawat adalah dimestikan membalut kasut mereka dengan sarung kasut plastik yang ada disediakan oleh pihak masjid bagi menjaga kebersihan masjid jika tidak mahu membuka kasut. Fyi, sarung kasut tu dikira bukan percuma kerana anda akan diminta memberi derma dengan nada yang tegas (gayanya macam memaksa) oleh penjaga di situ. Fyi, sarung kasut plastik yang diberi juga adalah yang sudah digunakan oleh pelawat lain sebelumnya dan ada yang dah pun koyak. Sekadar pemerhatian, not judging sambil memikirkan yang di Kaherah ni ada sangat ramai orang miskin.

Menggunakan masa selebihnya ketika lawatan ini dengan merakam suasana masjid secara artistik. Kononnya la.. hehe. Must at least try right 😃.

Yes, guna kamera compact pun boleh kalau nak ambik gambar macam ni. 



Menyibuk ambil gambar students ni.. hehe.

Ok je this guy saya ambil gambar lukisan dia.

Berpanas melukis di dataran. Gigih student ni untuk mendapat sudut pandangan berlainan dari student lain yang semuanya would rather melukis di bawah teduh bumbung masjid.

Maka selesailah lawatan kami ke Masjid Ibnu Tulun yang merupakan salah satu masjid besar bersejarah di Kaherah. 



Itu Gayer Anderson Museum yang kami nampak masa masuk earlier.


Berjalan keluar meninggalkan Masjid Ibnu Tulun.


Bersambung...

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

No comments:

Post a Comment